1 / 110

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015

Cgzu
Download Presentation

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) 2015

  2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  3. Diterbitkan oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya, Malaysia Tel.: 03-88841144 Faks.: 03-88893057 Web: www.moe.gov.my Hak Cipta © Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978-983-9264-19-7 9 7 8 9 8 3 9 2 6 4 1 9 7 Sebarang kandungan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak penerbit. Cetakan Pertama 2015

  4. Penasihat  Pengarah Bahagian Pendidikan Guru siDanG eDitOR  Rosnarizah binti Abdul Halim (Bahagian Pendidikan Guru) Abdul Mutalib bin Osman (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Rosli bin Yacob (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Noor Zaila binti Wahab (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Razianna binti Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru) Halida binti Yunus (Bahagian Pendidikan Guru) Ali bin Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru) Mohammad Nuri bin Hussin (Bahagian Pendidikan Guru) Mohd Sukri bin Zainol (Bahagian Pendidikan Guru) Aney Marinda binti Muhammad Amin (Bahagian Pendidikan Guru) Siti Fatimah binti Hj. Sahar (Bahagian Pendidikan Guru) Mohd Amin bin Said (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik) Hjh. Hajar binti Hj. Nordin (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) Juairiah binti Marjonet (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu) Azeran bin Osman (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka) Abdullah bin Abdull Manaf (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah) Nordan bin Abu Bakar (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang) Hj. Madaile bin Hj. Basri (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) Dayangku Hasnah binti Hj. Awang Bolhan (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak) Zaimah binti Zakaria (SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj)

  5. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 kata alU-alUan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia T usaha meningkatkan pencapaian murid dan pada masa yang sama penekanan diberikan terhadap inisiatif membangunkan kapasiti guru secara berterusan sepanjang kerjaya mereka. Selaras dengan itu, Makmal NKRA Kualiti Guru pada April 2010 memutuskan bahawa Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kecemerlangan profesion keguruan. Perkara ini turut diberikan penekanan di bawah Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan antaranya dengan berfokus kepada peningkatan kualiti guru melalui pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Guru Baharu, penekanan akan diberikan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran, terjemahan dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan hubung kait teori dan amalan PdP dengan mengambil kira perkembangan terkini pendidikan di Malaysia serta keperluan pendidikan abad ke-21. ransformasi pendidikan akan lebih efektif jika fokus khusus diberikan kepada Seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia pada masa ini, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai bahagian yang bertanggungjawab untuk pelaksanaan PPGB mengambil inisiatif untuk mengemas kini dan menambah baik pengisian program ini dengan menghasilkan Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015. Penghasilan panduan ini adalah secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan pihak sekolah berdasarkan pengalaman melaksanakan PPGB selama tiga tahun. Harapan saya agar panduan ini dapat digunakan secara berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam membangunkan kompetensi dan profesionalisme Guru Baharu secara holistik. PPGB yang bermula pada tahun 2011 hingga kini adalah sebahagian daripada PPB untuk memberikan sokongan kepada Guru Baharu mencapai potensi mereka melalui bimbingan berstruktur di peringkat sekolah. Pada fasa permulaan pembangunan profesional berterusan datUk dr. amin Bin senin 5

  6. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia kata alU-alUan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia P sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sehingga kini lebih daripada 19,000 Guru Baharu di seluruh negara telah mengikuti program ini. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah. Guru Baharu yang mengikuti program ini, antara satu hingga tiga tahun dan dalam tempoh masa tersebut, mereka dibimbing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta amalan nilai profesional sebagai guru yang berkualiti dan profesional. Dapatan kajian impak yang dilaksanakan pada tahun 2014 terhadap Guru Baharu yang mengikuti PPGB dari tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan program ini memberi perubahan yang positif terhadap pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai profesionalisme mereka. dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan dasar pendidikan terkini untuk diterjemahkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran serta tugas harian mereka mendidik murid di sekolah. Maka Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 dihasilkan sebagai asas untuk memastikan Guru Baharu dapat menguasai dan memantapkan kompetensi profesionalisme mereka selaras dengan hasrat KPM agar guru di Malaysia kekal berkualiti ke arah mentransformasi pendidikan negara. Panduan ini digunakan sebagai rujukan bukan hanya oleh Guru Baharu, tetapi juga bahan rujukan Guru Mentor, Pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak berkepentingan yang terlibat secara bersama untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini. rogram Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bermula pada tahun 2011 di Diharapkan Panduan PPGB ini dapat membantu Guru Baharu mengamalkan budaya kerja cemerlang di sekolah untuk melahirkan murid yang boleh berhadapan dan bersaing dalam dunia global masa hadapan. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, pengisian program ini ditambah baik bagi memastikan Guru Baharu datUk ee HOnG 6

  7. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 Kandungan Bab 1latar Belakang 9 11 12 13 Pendahuluan Objektif PPGB Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 Bab 2pelaksanaan Fasa ppGB Pengenalan Fasa Orientasi Fasa Pementoran Fasa Pembangunan Profesionalisme Contoh Pelaksanaan PPGB 15 17 19 29 37 43 Bab 3dokumen ppGB Pengenalan i. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah 49 ii Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu iii. Log Pementoran iv. Borang Penilaian Guru Baharu v. Laporan Status Pelaksanaan PPGB vi. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan PPGB 47 49 51 53 55 59 62 Bab 4Bahan rujukan Pengenalan Panduan Pementoran Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM Kompetensi Profesional Guru 65 67 69 77 95 Bibliografi penghargaan 101 105 7

  8. Bab 1 Latar Belakang

  9. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 pendaHUlUan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ialah salah satu daripada program yang menyokong pembangunan profesionalisme berterusan Guru Baharu iaitu guru yang pertama kali memasuki perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di sekolah. Program ini dilaksanakan berasaskan sekolah (work-based programme) melalui bimbingan berstruktur dan meliputi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Tempoh pelaksanaan PPGB ini adalah antara satu (1) hingga tiga (3) tahun. Guru Baharu diletakkan di bawah bimbingan seorang Guru Mentor yang berpengalaman untuk mempelajari tentang persekitaran dan budaya kerja sekolah serta mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan sistem dan aspirasi pendidikan negara. Guru Baharu juga berpeluang mendalami bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan ilmu dan kemahiran sedia ada, mempelajari pengurusan mata pelajaran serta pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui interaksi, tunjuk ajar dan bekerja secara bersama dengan guru lain seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kaunselor serta guru penasihat kokurikulum, sukan dan persatuan/kelab di sekolah. Guru Baharu juga digalakkan menggunakan inisiatif kendiri untuk mempelopori tugas, tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah selaras dengan aspirasi pembangunan profesionalisme berterusan bagi setiap guru. Secara keseluruhannya, PPGB dilaksanakan untuk mengupaya Guru Baharu melahirkan murid yang berpengetahuan, berfikiran tinggi, berkemahiran memimpin, berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika dan beridentiti nasional. Rajah 1: Pengenalan Program Pembangunan Guru Baharu PROGRaM PeMBanGunan GuRu BahaRu Program sokongan terhadap pembangunan profesionalisme dan kompetensi Guru Baharu Program pembelajaran melalui bimbingan berstruktur berasaskan sekolah Program penyesuaian antara ilmu dan kemahiran sedia ada Guru Baharu dengan situasi semasa sekolah 11

  10. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia OBJektiF ppGB Secara khususnya, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bertujuan untuk membantu Guru Baharu: mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar, • memperkembangkan potensi mereka melalui: • amalan sikap positif; • peningkatan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; • peningkatan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; • kemahiran menyepadukan teori dengan amali PdP; dan • penguasaan dan pemantapan strategi pengajaran serta kemahiran mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP. • membangun kompetensi profesionalisme secara berterusan iaitu melalui peningkatan pengetahuan, pemantapan kemahiran dan pengamalan nilai profesional yang lebih kukuh bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. • Rajah 2: Dimensi Kompetensi Profesional Guru Baharu kemahiRaN PeNgetahuaN Nilai PRofesioNal Sumber Rujukan: Dipetik daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014 (m.s. 17-19). 12

  11. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 pandUan pelaksanaan ppGB 2015 Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) pada asasnya adalah berpandukan Modul Program Pembangunan Guru Baharu yang telah dibangunkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru pada tahun 2010 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM. Kini dengan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan antaranya dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, maka Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 dihasilkan dengan isi kandungannya dikemaskinikan dan disusun semula dengan maklumat dan bahan terkini bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Selaras dengan itu, Panduan Pelaksanaan PPGB ini perlu dibaca bersama-sama dengan dokumen berikut: Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM. • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). • Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014. • Isi kandungan panduan ini disusun dengan cadangan fokus atau kandungan berserta cadangan tempoh masa pelaksanaan bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme untuk rujukan Guru Baharu, Guru Mentor, Pentadbir Sekolah serta guru lain di sekolah bertujuan: sebagai asas untuk PPGB dilaksanakan di sekolah; dan • untuk mewujudkan keselarasan dalam isi kandungan dan pengoperasian program di sekolah-sekolah seluruh negara. • 13

  12. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Panduan ini mengandungi empat (4) bab seperti berikut: Bab 1 latar belakang menerangkan secara ringkas Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) serta memperkenalkan kandungan panduan pelaksanaan program pembangunan Guru Baharu 2015. • Bab 2 pelaksanaan Fasa ppGB mengandungi maklumat berkaitan Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme berserta cadangan susunan fokus atau isi kandungan dan cadangan tempoh pelaksanaan bagi setiap fasa. • Bab 3 dokumen ppGB menggariskan dokumen yang digunakan dalam pelaksanaan PPGB bersama tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen iaitu: • Surat Lantikan Mentor oleh Pentadbir Sekolah • Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu • Log Pementoran • Borang Penilaian Guru Baharu • Laporan Status Pelaksanaan PPGB • Sijil Penyertaan PPGB dan Sijil Penghargaan PPGB • Bab 4 Bahan rujukan memaparkan bahan bacaan dan dokumen rujukan bagi pelaksanaan PPGB seperti berikut: • Panduan Pementoran • Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM • Kompetensi Profesional Guru, petikan daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19 • 14

  13. Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB

  14. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 penGenalan Pada dasarnya, pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme seperti dalam Rajah 3. Rajah 3: Fasa Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) PPGB bermula dengan Fasa Orientasi selama tiga bulan pertama. Dalam tempoh fasa ini, Guru Baharu juga melalui Fasa Pementoran bersama-sama Guru Mentor yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membimbing dan sebagai focalpoint Guru Mentor. Sepanjang tempoh ini juga; Guru Baharu berpeluang melalui program pembelajaran untuk membangunkan kompetensi profesional mereka. Oleh itu, ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak. Pusingan ini berlaku pada tahun pertama dan dijangka majoriti Guru Baharu akan melengkapkan PPGB dengan jayanya dalam tempoh ini. Sekiranya Guru Baharu memerlukan bimbingan lanjut, PPGB disambung ke tahun kedua dan tahun ketiga. 17

  15. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan isi kandungan bagi ketiga-tiga fasa ini disusun secara berasingan bagi tujuan persembahan dalam Panduan Pelaksanaan PPGB ini. Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan isi kandungan bagi setiap fasa: Fasa Fasa Fasa pemBanGUnan prOFesiOnalisme maklUmat Orientasi pementOran Tempoh Fasa • • • Objektif • • • Cadangan Kaedah Pelaksanaan • • • Dokumentasi Guru Baharu • • • Rekod Guru Mentor • • • Cadangan Minggu Pelaksanaan • Fokus • • • Perincian Kandungan • • • Keberhasilan (Outcomes) • • Dimensi Kompetensi Profesional • Penilaian dan Pentaksiran Guru Baharu • Cadangan Tempoh Masa • Aspek • Dimensi Pengetahuan • Dimensi Kemahiran • Dimensi Nilai Profesional • Cadangan Bulan Pelaksanaan • Catatan • • • Bagi tujuan pelaksanaan, Guru Mentor boleh mengubah suai dan menggabungkan aspek atau fokus kandungan daripada mana-mana fasa yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan semasa Guru Baharu sepanjang tempoh pelaksanaan PPGB. 18

  16. Fasa Orientasi

  17. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 tempoh Fasa : 3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah (dilaksanakan seiring dengan Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme). Objektif : Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar. Cadangan kaedah pelaksanaan : Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel 7. Ziarah/ lawatan sosial dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB rekod Guru mentor : Log Coaching and Mentoring Catatan : 1. Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 25). 2. Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk Senarai Semak Portfolio, m.s. 26). 3. Pentadbir Sekolah, Guru Mentor, Staf dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberikan taklimat, penerangan secara formal dan tidak formal kepada Guru Baharu. Memasyarakatkan Guru Baharu dengan budaya masyarakat setempat dengan menghadiri dan melibatkan diri secara berterusan dalam majlis perkahwinan, perayaan agama/ kaum dan sebagainya. 21

  18. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan minggu Cadangan dan Fokus keberhasilan (Outcomes) perincian kandungan Menerap dan mengamal nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam tugas harian 1 Profesionalisme Keguruan Merealisasi Fokus KPM § Strong Implementation, Rapid Execution – Excellence: Ultimate Reach of an Organization (SIRE-EURO) § Menimba Ilmu, Menyempurnakan Akhlak (‘sapaan’, ‘beri laluan’, ‘kebersihan’) Kod Etika Keguruan Standard Guru Malaysia (SGM) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) • • • • Memahami dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan amalan kerja serta menghormati budaya dan adat resam komuniti setempat 2 Budaya, Organisasi dan Persekitaran Sekolah Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju sekolah Latar belakang dan pencapaian murid Organisasi sekolah Taraf sekolah Persekitaran sekolah Guru dan budaya kerja sekolah Budaya komuniti tempatan: § Majlis keagamaan dan kebudayaan § Adat resam § Kepercayaan § Pantang larang § Bahasa/loghat/dialek § Nilai § Makanan dan pakaian § Adat istiadat hal ehwal anak negeri • • • • • • • 22

  19. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 Cadangan minggu Cadangan dan Fokus keberhasilan (Outcomes) perincian kandungan Mengetahui dan memahami tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah 3 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Pentadbiran Sekolah § Pengurusan dan tugas-tugas jawatankuasa sekolah § Polisi dan peraturan sekolah § Kemudahan prasarana § Pengurusan prosedur dan kewangan sekolah § Pengurusan Headcount § Pengurusan data dan maklumat murid § Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) § Aspek lain yang berkaitan Organisasi PIBG Peranan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia • • • 4 Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta haluan kerjaya dalam profesion keguruan Pekeliling Perkhidmatan Awam Mengetahui dan mendalami peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam • § Perintah-perintah Am Bab ‘A’ hingga Bab ‘G’ § Pekeliling Perbendaharaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) • Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran KPM • Dasar-dasar KPM; • § Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) § Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) § Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) § Misi dan Visi KPM § MBMMBI 23

  20. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan minggu Cadangan dan Fokus keberhasilan (Outcomes) perincian kandungan 5 Pengurusan Hal Ehwal Murid Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Memahami dan bersedia untuk melaksana tugas-tugas pengurusan sekolah. • Pengurusan kebajikan murid • Pendaftaran dan pertukaran murid • 6 – 7 Pengurusan Kurikulum Dokumen standard/kurikulum • Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan • Pengurusan Buku Rekod Mengajar • Pengurusan jadual waktu • Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan • Buku teks • Aspek lain yang berkaitan • 8 – 9 Pengurusan Kokurikulum Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulum • Aspek lain yang berkaitan • 10 Pengurusan Sukan Pematuhan kepada Dasar 1Murid 1Sukan Memahami dan bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah. • Aspek lain yang berkaitan • 11 – 12 Pengurusan Sahsiah Murid Disiplin murid • Rekod salah laku murid • 24

  21. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 FOrmat penyediaan pOrtFOliO 1. peranan dan tanGGUnGJaWaB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan 2. prOFil sekOlaH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran : i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan 3. pelan pemBanGUnan prOFesiOnal 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB 4. sUmBanGan kepada OrGanisasi/ prOFesiOn 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan 5. BaHan BUkti dalam pdp/ kepimpinan 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja 6. anUGeraH/ penCapaian 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain 7. penilaian pdp/ kepimpinan 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan 25

  22. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia senarai semak pOrtFOliO a. diisi oleh Guru Baharu [Sila tanda ( √ ) bagi perkara yang telah lengkap] Bulan ke-3 Bulan ke-12 1. peranan dan tanGGUnGJaWaB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan 2. prOFil sekOlaH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran: i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv)Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan 3. pelan pemBanGUnan prOFesiOnal 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB 4. sUmBanGan kepada OrGanisasi/ prOFesiOn 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan 5. BaHan BUkti dalam pdp/ kepimpinan 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja 6. anUGeraH/ penCapaian 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain 7. penilaian pdp/ kepimpinan 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan Tandatangan Guru Baharu : …………........ .……........ Tarikh : …………........ .……........ 26

  23. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 B. semakan oleh Guru mentor Bulan ke-3 Bulan ke-12 Setiap perincian dalam perkara 3, 6 (jika berkaitan) dan 7 telah dilengkapkan. Perkara 1 hingga 7 telah disediakan. Setiap perician dalam perkara 1, 2, 4 dan 5 telah dilengkapkan. Ulasan : ................................................................... Ulasan : ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... Tandatangan Tandatangan ................................ (Guru Mentor) Tarikh : ................................ (Guru Mentor) Tarikh : C. pengesahan oleh pengetua/Guru Besar Ulasan : .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... .................................................................................................................................... Tandatangan ................................................. (Pengetua/Guru Besar) Tarikh : 27

  24. Fasa pementOran

  25. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 tempoh Fasa : Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu melaporkan diri di sekolah. (Rujuk catatan di m.s. 32) • Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional di bawah). • Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014): Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional keguruan; • Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; • Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; • Menyepadukan teori dengan amali PdP; • Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi guru. • dimensi kompetensi profesional 1. Pengetahuan 2. Kemahiran 3. Nilai Profesional Cadangan kaedah pelaksanaan : Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB 31

  26. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia : rekod Guru mentor Log Coaching and Mentoring (Rujuk Panduan Pementoran, m.s. 69) : penilaian & pentaksiran terhadap pembangunan Guru Baharu: 1. Berasaskan Portfolio Guru Baharu 2. Penilaian Guru Baharu : Cadangan tempoh masa Sepanjang tahun Catatan: 1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi. 2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci melalui mod yang lebih praktikal: a. Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah. b. Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan program sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya. c. Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. 32

  27. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 Cadangan dan Fokus kandungan dimensi pengetahuan dimensi nilai profesional aspek dimensi kemahiran Proses Pengajaran dan Pembelajaran (menjurus kepada mata pelajaran/ bidang pengkhususan) Kandungan mata pelajaran Menterjemah kurikulum • Ketuhanan • • Merancang Rancangan Pelajaran Tahunan & Rancangan Pelajaran Harian § Bersyukur • Kurikulum (KSSR/ KBSM/ KSSM) • • Penyayang § Ikhlas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Penilaian • § Bertimbang rasa Pelaksanaan PdP (mengaplikasi teori kepada amalan) • § Berbudi bahasa § Empati Ilmu Pendidikan, pedagogi § Set induksi • • Integriti § Sumber pendidikan § Amanah Pelbagai pendekatan PdP dan psikologi (contoh: pengurusan kelas (classroom management) dan pengurusan murid) • § Kemahiran komunikasi § Berakauntabiliti § Teknik penyoalan § Adil § Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) • Efisien § Berilmu § Tugasan murid § Kreatif, kritis dan inovatif § Ketepatan § Interpersonal dan intrapersonal § Berdaya tahan § Berdaya usaha • Kecintaan terhadap profesion § Imej keguruan § Kualiti keguruan • Patriotisme dan tanggungjawab sosial § Pengorbanan untuk negara § Toleransi sosial 33

  28. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan dan Fokus kandungan dimensi pengetahuan dimensi nilai profesional aspek dimensi kemahiran Penilaian dan Pentaksiran Pencapaian Murid PBS yang merangkumi komponen seperti: Penilaian pembelajaran murid • Adil • • • Integriti Refleksi pengajaran guru • Ø Pedagogi Ø Pentaksiran Sekolah (PS) Ø PAJSK Ø Pentaksiran Psikometrik UPSR • PT3 • SPM • Pengurusan Bilik Darjah • Kepentingan bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran Pengurusan kelas • Efisien • Menguruskan bilik darjah kondusif • • Susun atur kelas abad ke-21 Pengurusan Disiplin Murid • Pekeliling ikhtisas mengenai disiplin pelajar yang sedang berkuat kuasa Mengenal pasti kesalahan disiplin pelajar dan merujuk kepada prosedur pengurusan disiplin • Ketuhanan • • Penyayang • Integriti Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Kokurikulum (Aktiviti Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform) • Sistem Fail Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah • Integriti • • Pekeliling/dasar berkaitan • Efisien Merekodkan dan menguruskan pensijilan • 34

  29. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 Cadangan dan Fokus kandungan dimensi pengetahuan dimensi nilai profesional aspek dimensi kemahiran Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Sukan 1Murid 1Sukan • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah • Perpaduan • • Toleransi • Tolak ansur Merekodkan dan menguruskan pensijilan • • Efisien Pengurusan Kebajikan Murid • Sistem Fail Merekodkan dan menguruskan kebajikan • Ketuhanan • • Pekeliling/dasar berkaitan • Penyayang • Integriti Pengurusan Kaunseling • Fungsi Perkhidmatan Kaunseling Fasilitasi • Penyayang • Memotivasi murid • Efisien • Mengurus kebajikan murid • Mengenal pasti dan membantu memperkembangkan potensi murid • Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Sekolah • Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa • Asas Perakaunan Integriti • • Pengurusan Kewangan Efisien • Akauntabiliti • • Outcome-based budgeting (OBB) Pengurusan Program- program Sekolah Pelan tindakan, pengoperasian, etiket dan protokol Menyediakan kertas konsep • Integriti • • • Efisien (Contoh: Hari Graduasi Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang) 35

  30. Fasa pemBanGUnan prOFesiOnalisme

  31. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan berterusan sepanjang kerjaya sebagai guru. Objektif : Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme Guru Baharu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. Cadangan kaedah pelaksanaan : Dilaksanakan secara formal dan tidak formal: 1. Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah) 2. Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia Cadangan aktiviti PPB: Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community - PLC) • Portal e-Guru • Wacana Ilmu • Penyelidikan • Penulisan dan Pengkaryaan • Lawatan Penanda Aras • Ulasan Buku • Inovasi • Coaching and Mentoring • Bengkel • Peningkatan Akademik • Kursus • Aktiviti PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014) • dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB rekod Guru mentor : Log Coaching and Mentoring Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB 39

  32. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan pelaksanaan Cadangan Bulan keberhasilan (Outcomes) Fokus kandungan Catatan • Dilaksanakan semasa Fasa Orientasi 1 Dasar-dasar KPM • Amalan dan pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan dasar utama KPM Rujuk Panduan Orientasi • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) • Bahan-bahan berkaitan boleh dimasukkan dalam Portfolio PPB • Strategi pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan • Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) • Pendedahan kepada sistem-sistem pengurusan KPM. Contoh: SPL KPM, HRMIS, SPS dan lain-lain (sila layari www.moe.gov. my untuk rujukan lebih lanjut) • Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) • Misi dan Visi KPM 2 Etika Keguruan dan Penjawat Awam Peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam Akauntabiliti sebagai pendidik Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi • Rujuk Panduan Orientasi Adab ‘Bina Ilmu, Menyempurna Akhlak’ • 3 Pengurusan Kewangan Sekolah Prosedur kewangan sekolah – pembelian, petty cash dan sebagainya Mengamalkan pengurusan kewangan peribadi dan sekolah yang positif Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi • Rujuk Panduan Orientasi Integriti dalam menguruskan kewangan • 40

  33. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 Cadangan pelaksanaan Cadangan Bulan keberhasilan (Outcomes) Fokus kandungan Catatan 4 - 5 Pedagogi Bilik Darjah Menghadapi murid pelbagai keupayaan dan kebolehan dalam kelas yang sama Mempelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran Boleh dilaksanakan semasa sesi LADAP, PLC, pementoran • KBAT Menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP Mahir menggunakan aplikasi KBAT dalam PdP Contoh aspek KBAT – program i-THINK dilakukan dalam PdP guru • 6 Penilaian dan pentaksiran dalam mata pelajaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Memahami dan melaksanakan penilaian dan pentaksiran dengan penuh integriti • i) UPSR ii) PT3 iii) SPM iv) STPM/STAM • Rekod perkembangan pembelajaran murid 7 Kajian Tindakan Pendedahan kepada kajian tindakan Menghasilkan kajian tindakan untuk penambahbaikan proses PdP Rujuk Buku Manual Kajian Tindakan terbitan BPPDP di laman web www.moe.gov.my • Mengenal pasti masalah dan fokus kajian, mengumpul data dan menulis laporan kajian tindakan • Perkongsian hasil kajian tindakan kepada pihak sekolah • 41

  34. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan pelaksanaan Cadangan Bulan keberhasilan (Outcomes) Fokus kandungan Catatan 8 dan seterusnya Pendidikan abad ke-21 Pembacaan dan ulasan buku berkaitan perkembangan terkini dalam pendidikan Guru Baharu dapat mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran di abad ke-21 Book review dikira sebagai latihan yang boleh dimasukkan dalam SPL KPM • Pembelajaran sepanjang hayat • Lawatan penanda aras • 42

  35. COntOH pelaksanaan ppGB

  36. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 45

  37. Bab 3 Dokumen PPGB

  38. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu kementerian pendidikan malaysia (PPGB) 2015 penGenalan Dokumen Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah dokumen yang diperlukan bagi memulakan dan melaksanakan PPGB. Perincian setiap dokumen serta tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen adalah seperti di bawah. i. surat lantikan Guru mentor oleh pentadbir sekolah Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan personaliti Guru Mentor. tatacara 1. Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu (1) minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah. 2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan. 3. Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar. 4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah. 49

More Related