1 / 13

Mikroekonomi (ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan)

stpm term 1

Izah12
Download Presentation

Mikroekonomi (ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. EKONOMI BIDANGAN & TAK EKONOMI BIDANGAN Iwana Hanani Nur Hafizah Mas Syafiqah

  2. a.i Ekonomi Bidangan - Pelbagai faedah yang dinikmati firma itu apabila firma itu mengembangkan skala atau perkembangan industri itu keseluruhan sehingga membawa kepada kejatuhan kos purata firma. EKONOMI BIDANGAN ======== ======== LUARAN ==== DALAMAN

  3. i. Ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman Ekonomi bidangan dalaman - Pelbagai faedah yang dinikmati firma itu apabila firma itu mengembangkan skala pengeluaran sehingga membawa kepada kejatuhan kos purata firma. Tak ekonomi bidangan dalaman - Kemeresotan kecekapan firma yang menyebabkan kenaikan kos purata kesan daripada pengembangan skala pengeluaran firma itu sendiri.

  4. ii. FAKTOR YANG MENYEBABKAN EKONOMI BIDANGAN DALAMAN EKONOMI PENGURUSAN ----------- EKONOMI PENGKHUSUSAN --------- PUNCA-PUNCA ----------- -------------- -------------- EKONOMI KEWANGAN EKONOMI TEKNIKAL EKONOMI PEMASARAN

  5. 1. Ekonomi Pengkhususan Pembahagian kerja & pengkhususan meningkatkan kecekapan pekerja daya pengeluaran, maka AC semakin rendah apabila output bertambah. 2. Ekonomi Pengurusan Perkembangan firma meningkatkan kecekapan pengurus, melicinkan pentadbiran serta pengeluaran. Bilangan pengurus sama untuk menjalankan kerja pentadbiran yang bertambah. Kos perunit pengurus berkurang.

  6. 3. Ekonomi Kewangan Memperoleh pinjaman bank dengan kadar bunga rendah & tempoh yg lebih panjang. Memudahkan firma menambahkan modal bagi meningkatkan keluaran. 4. Ekonomi Pemasaran Membeli bahan mentah secara pukal pada harga murah. Kos pengiklanan dapat dibiayai kerana AC semakin kurang. 5. Ekonomi Teknikal Penggunaan mesin & peralatan secara optimum dan tidak berlaku pembaziran. Firma mampu membeli mesin lebih canggih, jimat kos dan meningkatkan daya pengeluaran.

  7. ii. FAKTOR YANG MENYEBABKAN TAK EKONOMI BIDANGAN DALAMAN 1. Tak Ekonomi Pengkhususan Pekerjaan berulang akan menjemukan pekerja, kepuasan kerja menurun & sumbangan mereka diabaikan seterusnya prestasi kerja merosot. 2. Tak Ekonomi Pemasaran Ketidakcekapan dalam penyelesaran antara jabatan dalam organisasi menyebabkan pemasaran terjejas.

  8. 3. Tak Ekonomi Pengurusan Pengurus tidak berupaya mengawal kakitangan yang terlalu ramai, beban kerja pentadbiran bertambah, kawalan semakin tidak cekap dan kualiti keluaran juga terjejas seterusnya kos pengeluaran meningkat. 4. Tak Ekonomi Teknikal Masalah kerosakan atau kehausan apabila mesin terus digunakan untuk mengeluarkan keluaran yang banyak. Perbelanjaan pembaikan atau pembelian mesin baru akan meningkatkan kos pengeluaran firma.

  9. c.i. Ekonomi Bidangan Luaran & Tak Ekonomi Bidangan Luaran Ekonomi Bidangan Luaran Pelbagai faedah yang dinikmati firma itu apabila industri itu berkembang secara keseluruhan sehingga membawa kepada kejatuhan kos purata firma. Tak Ekonomi Bidangan Luaran Kemerosotan kecekapan firma yang menyebabkan kenaikan kos purata kesan daripada perkembangan industri itu secara keseluruhan.

  10. b.i Tak Ekonomi Bidangan Kemerosotan kecekapan firma yang menyebabkan kenaikan kos purata kesan daripada pembesaran skala pengeluaran firma itu sendiri atau perkembangan industri itu secara keseluruhan. TAK EKONOMI BIDANGAN TAK EKONOMI BIDANGAN ========= =============== ====== DALAMAN LUARAN

  11. ii. Fakor yang menyebabkan Ekonomi Bidangan Luaran 1. Pembangunan Tenaga Buruh Pengembangan industri menyebabkan pembangunan tenaga buruh yang mahir di kawasan perindustrian 2. Perubahan Teknologi Perubahan teknologi dalam industri menyebabkan perkembangan firma- firma dalam industri.

  12. 3. Kemajuan Infrastruktur Pemusatan firma-firma di satu kawasan industrian memudahkan kerajaan membina infrastruktur yang memungkinkan firma-firma menikmati ekonomi bidangan luaran. 4. Bekalan Input & Modal Pengembangan sesuatu industri membolehkan firma memperoleh bahan mentah dan barang modal pada kos yang murah. 5. Maklumat dan Pameran Perdagangan Pengembangan industri memudahkan firma mendapat maklumat akibat dari sebaran am dan kemajuan dalam infrastuktur. Pameran perdagangan dapat diadakan pada AC yang rendah.

  13. iii. FAKTOR YANG MENYEBABKAN TAK EKONOMI BIDANGAN LUARAN 1. Kekurangan Faktor Pengeluaran 2. Kos Sosial Kekurangan bahan mentah, kesukaran pekerja mendapat tempat tinggal. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran di kawasan industri tersebut. Masalah kesesakan, pencemaran alam sekitar dan masalah-masalah sosial akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat.

More Related