1 / 8

manual penggunaan Bactibiome 2nd generation

NOVOKLON SDN BHD tawarkan servis mengilang probiotik dan bahan bioaktif secara kontrak pada kos ekonomi untuk industri pertanian dan penternakan.

NOVOKLON
Download Presentation

manual penggunaan Bactibiome 2nd generation

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME (Versi 1.1) Dikilangkan oleh Halways Sdn Bhd www.halways.com Dikemaskini 2 Mei 2020 | Versi 1.1

  2. MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME KIT PEMBIAKAN PROBIOTIK BACTIBIOME (DIBEKALKAN) Bagi setiap pembelian, anda akan menerima item-item berikut: • Media Bactibiome • 0.22 um Vent filter (*Dibekalkan hanya jika ada bekalan semasa) • Bahan A (75 gram) • Bahan B (1 kilogram) PERALATAN LAIN DIPERLUKAN (YANG TIDAK DIBEKALKAN) Untuk menggunakan Bactibiome, anda hendaklah menyediakan peralatan-peralatan tambahan berikut: • pH meter • tiub oksigen • pam oksigen • tong drum (>200 liter) Dikemaskini 2 Mei 2020 | Versi 1.1

  3. MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME KAEDAH 2: MANUAL PEMBIAKAN PROBIOTIK MENGGUNAKAN BACTIBIOME 1. Sediakan tong seperti dalam gambarajah A. 2. Isi tong tersebut dengan air bersih sebanyak 200 liter. 3. Campurkan Bactibiome dan bahan A ke dalam tong tadi. 4. Gaul media tersebut hingga sebati. 5. Uji pH larutan media. (Pastikan pH berada antara 6.5-7. Jika pH rendah, naikkan pH menggunakan bahan B sedikit-sedikit hingga pH mencapai 6.5-7.) 6. Masukkan sekurang-kurangnya 50 – 100 g probiotik yang ingin diperbanyakkan. 7. Kacau hingga sebati. 8. Buka oksigen. (Pastikan oksigen cukup kuat untuk mengocak dasar/mendapan media. Elakkan oksigen terlalu kuat hingga mengganggu pembiakan probiotik. Lihat video penggunaan Bactibiome). 9. Pastikan tong ditutup rapat untuk elakkan serangga memasuki dan mencemari tong. 10. Pantau pH setiap hari. (Digalakkan untuk mengacau probiotik setiap kali sebelum mengambil bacaan pH). (pH media akan menurun sepanjang proses pembiakan. pH hendaklah dinaikkan sedikit-sedikit menggunakan bahan. Pastikan pH antara 6-7 sepanjang proses pembiakan). 11. Proses pembiakan kebiasannya akan siap antara 4-7 hari bergantung kepada jenis probiotik yang diperbanyakkan tersebut. 12. Setelah siap, tutup pam oksigen dan probiotik sedia untuk digunakan. 13. Probiotik yang telah siap sebaiknya digunakan sebelum mencapai usia 1-2 bulan. Penyimpanan di tempat sejuk 4 °C dapat memanjangkan hayat probiotik hingga 6 bulan. Gambarajah 2: Sistem pembiakan probiotik Bacillus menggunakan Bactibiome Dikemaskini 2 Mei 2020 | Versi 1.1

  4. MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME KAEDAH 1: MANUAL PEMBIAKAN PROBIOTIK MENGGUNAKAN BACTIBIOME 1. Campurkan Bactibiome (10 kg) dan bahan A dengan 10 kg air bersih. 2. Gaul hingga sebati. 3. Uji pH larutan media. (Pastikan pH berada antara 6.5 - 7. Jika pH rendah, naikkan pH menggunakan bahan B sedikit- sedikit hingga pH mencapai 6.5 - 7.) 4. Masukkan 50 - 100 g probiotik yang ingin diperbanyakkan. 5. Kacau hingga sebati. 6. Ratakan media probiotik tersebut di atas tray hingga ketebalan tidak melebihi 1 inci. 7. Pantau pH setiap hari. (Digalakkan menguji pH dengan mengambil beberapa sampel di kawasan berbeza). (pH media akan menurun sepanjang proses pembiakan. pH hendaklah dinaikkan sedikit-sedikit menggunakan bahan B. Pastikan pH antara 6-7 sepanjang proses pembiakan). 8. Probiotik biasanya akan menjadi cukup padat dalam tempoh 48 jam bergantung kepada jenis probiotik yang diperbanyakkan tersebut. 9. Setelah 48 jam, probiotik boleh digunakan di ladang. 10. Untuk tujuan penyimpanan, probiotik yang diperbanyakkan tersebut boleh dicampur dengan filler (contohnya tepung beras, DDGS, rice bran dan lain-lain) dan kemudian dikeringkan menggunakan angin atau mesin freeze dryer. Peringatan: Buang bahagian berkulat jika ada kulat tumbuh di mana-mana permukaan sepanjang proses pembiakan probiotik berlaku. Gambarajah 1: Cadangan penggunaan tray untuk perbanyakkan probiotik menggunakan Bactibiome kaedah 1. Dikemaskini 2 Mei 2020 | Versi 1.1

  5. MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME PENERANGAN PRODUK Probiotik Bacillus digunakan secara meluas dalam industri akuakultur. Namun harga probiotik yang dijual di pasaran terlalu mahal untuk penggunaan secara intensif. Bactibiome adalah media yang diformulasi khas untuk membolehkan penternak membiakkan probiotik di pasaran pada kos rendah. Dengan Bactibiome penternak dapat menjimatkan kos probiotik hingga 75% dan dapat menjana lebih keuntungan. Guna Bactibiome sekarang dan mula jimatkan kos. SPESIFIKASI Warna : Hijau pekat Tekstur : Cecair pekat pH : 2-3 RESPON KULTUR Organisma CFU (billion/mL) Pembiakan Pembentukan spora Bacillus subtilis Bacillus amyloliquefaciens Bacillus licheniformis Bacillus pumilus 0.5 - 3 0.5 - 2 0.5 - 2 0.5 - 2 Baik Baik Baik Baik Positif Positif Positif Positif Gambarajah 3: Probiotik Bacillus menjadi padat setelah 48 jam dibiakkan menggunakan Bactibiome Dikemaskini 2 Mei 2020 | Versi 1.1

  6. MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME PENYIMPANAN DAN JANGKA HAYAT Simpan di bawah suhu 30 °C. Habiskan setelah penutup dibuka. Guna sebelum tarikh tamat tempoh seperti tertera pada label. KAWALAN PENDEDAHAN / PERLINDUNGAN DIRI Kawalan pendedahan pekerjaan: peralatan perlindungan diri mesti dipilih mengikut tempat kerja, berdasarkan kepekatan dan jumlah bahan yang berbahaya. Pembekal perlu menunjukkan kestabilan peralatan perlindungan peribadi untuk reagen kimia. Perlindungan pernafasan: Diperlukan apabila wap / aerosol dihasilkan. Perlindungan tangan: Diperlukan sarung tangan pelindung Perlindungan mata: Diperlukan Gogal bertutup rapat Perlindungan kulit: pakaian pelindung asid-tahan. Kebersihan industri: Tukar pakaian tercemar. Basuh tangan selepas bekerja dengan bahan. LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Media pemadam yang sesuai: Untuk disesuaikan dengan persekitaran. Risiko khas: Tidak mudah terbakar. Peralatan pelindung khas untuk memadamkan api: Jangan tinggal di zon berbahaya tanpa pakaian perlindungan bahan kimia yang sesuai dan peralatan pernafasan serba lengkap. LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PELEPASAN TIDAK SENGAJA Langkah berjaga-jaga orang yang berkaitan dengan: Jangan menyedut wap / aerosol. Elakkan sentuhan bahan. Memastikan bekalan udara segar di dalam bilik tertutup. Langkah berjaga-jaga alam sekitar: Jangan benarkan untuk memasuki sistem pembetungan. Penghapusan: Meneutralkan dengan larutan natrium hidroksida cair atau dengan membuang pada kapur, pasir kapur, atau natrium karbonat. LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Jika tersedut: Berikan udara segar. Jika terkena kulit: Basuh dengan air yang banyak. Dab dengan polietilena glikol 400. Segera menukar pakaian yang tercemar. Jika termakan: Muntahkan dan banyak minum air. Segera panggil doctor jika termakan banyak. Jika terkena mata: Bilas dengan air yang banyak untuk sekurang-kurangnya 10 minit dengan kelopak mata yang terbuka luas. Dapatkan nasihat perubatan Dikemaskini 2 Mei 2020 | Versi 1.1

  7. MANUAL & SPESIFIKASI BACTIBIOME PENAFIAN Tiada jaminan, tersurat atau tersirat untuk tujuan tertentu atau tidak dibuat, kecuali produk yang dibincangkan di sini mematuhi perihal kimia pada label. Pembeli menanggung risiko penggunaan, penyimpanan dan pengendalian. Pengeluar atau pengedar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan atau berbangkit yang timbul secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan pembelian, penggunaan, penyimpanan atau pengendalian produk ini. Maklumat yang terkandung di sini adalah, sepanjang pengetahuan kami, benar dan tepat. Walau bagaimanapun, semua syor atau cadangan adalah dibuat tanpa jaminan, kerana keadaan-keadaan penggunaan adalah di luar kawalan kami. Kami menafikan sebarang liabiliti yang ditanggung berkaitan dengan penggunaan data- data atau cadangan. Dikemaskini 2 Mei 2020 | Versi 1.1

More Related