1 / 20

ASAS PENGATURCARAAN C++

ASAS PENGATURCARAAN C++. Unit – 2 . @ jabatan teknologi maklumat . STRUKTUR ATURCARA C++. Terdiri daripada sekurang-kurangnya sebuah fungsi yang diberi nama main() dan boleh ditambah dengan beberapa fungsi lain dengan nama-nama yang tersendiri.

blue
Download Presentation

ASAS PENGATURCARAAN C++

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ASAS PENGATURCARAAN C++ Unit – 2 @ jabatan teknologi maklumat 

  2. STRUKTUR ATURCARA C++ • Terdiri daripada sekurang-kurangnya sebuah fungsi yang diberi nama main() dan boleh ditambah dengan beberapa fungsi lain dengan nama-nama yang tersendiri. • Aturcara yang mudah mungkin mempunyai fungsi main() sahaja, manakala sebuah aturcara yang kompleks mungkin mengandungi sebuah fungsi main() serta berpuluh-puluh malah beratus-ratus fungsi lain.

  3. STRUKTUR ATURCARA C++ Rajah 2.1: Format Aturcara C++

  4. STRUKTUR ATURCARA C++ • Sebuah fungsi pula, samada main() atau yang lainnya, adalah terdiri daripada 2 bahagian : • kepala dan • badan. • Bahagian kepala – mengandungi takrifan-takrifan dan arahan-arahan prapemproses.

  5. STRUKTUR ATURCARA C++ Bahagian badan – hampir keseluruhannya mengandungi kod-kod aturcara dan juga takrifan-takrifan pembolehubah. Secara umum, bahagian ini menentukan apakah sebenarnya yang dilakukan oleh fungsi berkenaan.

  6. STRUKTUR ATURCARA C++ KEPALA # include<iostream.h> #define max 30 void main() { int a; cout<<"enter a number "; cin>>a; cout<<"a is = "<<a; } BADAN Rajah 2.2: Struktur Aturcara C++

  7. JENIS DATA C++ Rajah 2.3: Jenis Data C++

  8. PERBEZAAN C DAN C++ Rajah 2.4: Perbezaan C Dan C++

  9. TOKEN • Token merupakan bahagian/unit didalam sebuah aturcara. • Token terdiri daripada: a. Pembolehubah b.Pemalar c.Kata Kunci d.Rentetan e.Operator

  10. PEMBOLEHUBAH • Pembolehubah merupakan pencam yang memegang nilai yang akan berubah-ubah sewaktu perlaksanaan program. • Mewakili lokasi memori komputer untuk menyimpan nilai-nilai aksara, integer dan perpuluhan. • Perlu diisytihar jenis data yang ingin digunakan terlebih dahulu. Contoh: int sum;

  11. PEMALAR • Pemalar merupakan pencam yang memegang nilai yang tidak akan berubah-ubah atau tetap. • Mewakili lokasi memori komputer untuk menyimpan nilai-nilai aksara, integer dan perpuluhan. • Perlu diisytiharkan jenis data dan mengumpukan nilai terlebih dahulu sebelum digunakan. Contoh: const float pi = 3.142 ;

  12. KATA KUNCI C++ • Kata kunci juga dikenali sebagai perkataan rizab. • merupakan pencam yang mempunyai tugasan dan makna yang tersendiri . • tidak boleh digunakan sebagai nama pembolehubah atau pemalar. • untuk kegunaan compiler bagi mengawal program.

  13. KATA KUNCI C++ Rajah 2.5: Antara Kata Kunci C++

  14. OPERATOR • Merupakan simbol yang akan melibatkan tindakan daripada “compiler” • Operator ini pula akan melibatkan operan. • Gabungan daripada operan dan operator akan membentuk sebuah ungkapan. • Terdapat 4 kategori operator dalam C++ a. hubungan b. logik c. umpukan d. matematik / aritmetik

  15. OPERATOR OPERATOR HUBUNGAN • Hasil akhir bagi operasi hubungan ialah sama ada (benar – 1 ) atau (palsu – 0 ) sahaja. Rajah 2.6: Operator Hubungan C++

  16. OPERATOR OPERATOR LOGIK • Hasil akhir bagi operasi logik ialah sama ada (benar – 1 ) atau (palsu – 0 ) sahaja. Rajah 2.7: Operator Logik C++

  17. OPERATOR OPERATOR UMPUKAN • mengunakan simbol (=) • Operan di sebelah kiri akan menerima nilai umpukan daripada nilai / ungkapan / operan di sebelah kanan. • Contoh : a = b + c;

  18. OPERATOR • OPERATOR MATEMATIK / ARITMETIK Rajah 2.8: Operator Aritmetik C++

  19. INPUT DAN OUTPUT • <iostream.h> • Input output stream. PERNYATAAN OUTPUT cout<< “Masukkan satu nilai integer\n”; paparan nilai pemalar/pembolehubah cout<< “Nilai integer yang dimasukkan ialah :”<<a; PERNYATAAN INPUT cin >> a;

  20. LATIHAN 1.Bina sebuah aturcara C++ yang ringkas. a) aturcara ini akan menerima dua input berjenis integer daripada pengguna. b) dapatkan hasil tambah bagi kedua- dua integer yang diinputkan. c) cetak semula nilai yang dipegang oleh input pertama, input kedua dan hasil tambah kedua-dua input tadi.

More Related