1 / 17

KULIAH 10

KULIAH 10. FEDERALISME : HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN NEGERI DATIN DR. SARVINDER KAUR. Sistem pentadbiran yang dilaksanakan di Malaysia adalah sistem federalisme iaitu pembahagian kuasa diantara dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

etana
Download Presentation

KULIAH 10

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KULIAH 10 FEDERALISME : HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN NEGERI DATIN DR. SARVINDER KAUR

  2. Sistem pentadbiran yang dilaksanakan di Malaysia adalah sistem federalisme iaitu pembahagian kuasa diantara dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. • Berjaya dilaksanakan di Malaysia kerana bersesuaian. Cth. Sejarah, Perlembagaan bertulis, budaya, negeri-negeri dll.

  3. PEMBAHAGIAN KUASA MEMBUAT UNDANG-UNDANG • Badan perundangan KP: Parlimen • Undang-undang untuk semua bahagian Persekutuan atau sebahagian daripadanya atau di luar Persekutuan. • Badan perundangan KN: Dewan Undangan Negeri • Undang-undang untuk negeri itu sahaja. • Pengagihan kuasa : Jadual 9

  4. SENARAI I (SENARAI PERSEKUTUAN) • Bidangkuasa yang dipunyai oleh KP sahaja. • Menyentuh perkara nasional • Cth. Hubungan luar, pertahanan, kewangan dll. (26 bidangkuasa) • SENARAI II (SENARAI NEGERI) • Bidangkuasa yang dipunyai oleh KN sahaja • Menyentuh perkara-perkara kenegerian/ wilayah • Cth. Adat istiadat, hal ehwal agama, kerajaan tempatan dll. (13 bidangkuasa)

  5. SENARAI III (SENARAI BERSAMA) • KP dan KN mempunyai bidangkuasa dalam senarai ini. • Cth. Kebajikan masyarakat, perlindungan binatang liar dll. • Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa-kuasa khas, cth. Hal ehwal imigresen yang sepatutnya di bawah bidangkuasa KP

  6. Jika sesuatu perkara tiada dalam ketiga-tiga senarai tersebut: • Per 77 – KN mempunyai kuasa melainkan KP sudah ada kuasa dalam perkara tersebut mengikut apa-apa peruntukan.

  7. Hubungan antara KP dan KN: • Perkara 2(b): • KP boleh menggubal undang-undang untuk mengubah sempadan Negeri (dgn. Persetujuan negeri tsb & MRR) • Perkara 4 dan 75: • Jika undang-undang negeri bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang negeri adalah terbatal sejauh ianya bercanggah. • Perkara 73: • Memberi kuasa kepada KP menggubal undang-undang untuk semua bahagian Persekutuan.

  8. 4. Perkara 76: • Memberi KP kuasa menggubal undang-undang yang termasuk dalam senarai II untuk tujuan: • Melaksanakan perjanjian antarabangsa (tetapi dalam beberapa perkara shj. & hanya boleh digubal dengan persetujuan DUN) • Menyeragamkan undang-undang antara dua atau lebih negeri dalam persekutuan (hanya boleh dipakaiterima setelah diluluskan oleh DUN, iaitu diterima sebagai undang-undang negeri). • Apabila diminta oleh KN (hanya boleh dipakai terima setelah diluluskan oleh DUN, iaitu diterima sebagai undang-undang negeri).

  9. Perkara 76A: • DUN boleh menggubal undang-undang dalam senarai I jika diberi kuasa oleh Parlimen dan mengikut syarat-syarat Parlimen. 5. Hal-ehwal tanah • Dalam senarai II • KP boleh mengarahkan KN menyerahkan tanah kepada KP jika berpuashati bahawa tanah itu dikehendaki oleh KP untuk sesuatu tujuan yang ada dalam bidangkuasanya. • KN mesti menyerahkan tanah tersebut (biasanya dengan syarat KP membayar cukai tahunan kepada KN). • 76(4) – Parlimen boleh menyeragamkan undang-undang tentang tanah dan kerajaan tempatan, tidak perlu diluluskan oleh DUN kecuali undang-undang tersebut memberi kuasa memerintah kepada KP.

  10. 6. Bidangkuasa Kewangan • Dalam bidangkuasa senarai I • Sumber wang KN adalah dari: • Hasil keupayaan negeri itu sendiri • Pemberian oleh KP kepada KN • Pinjaman

  11. Jenis-jenis pemberian oleh KP kepada KN: • Pemberian geran mengikut bilangan penduduk: • Diberi tiap-tiap tahun • Perhitungan – ikut Perlembagaan (Jadual 10, Bhg. 1) • Pemberian Jalan Negeri • Wajib dan diberi tiap-tiap tahun • Perhitungan – mengikut Perlembagaan • Pemberian untuk pembangunan dan untuk menambah hasil negeri amnya • tidak wajib • Dibuat dari semasa ke semasa

  12. Pinjaman • Dari dua punca sahaja: • Persekutuan • Bank/puncak lain – mengikut syarat KP • Kerjasama KP dan KN • Biasanya jika ada masalah atau isu-isu, akan diselesaikan melalui jawatankuasa-jawatankuasa atau majlis-majlis.

  13. Tiga Majlis utama: • Majlis Tanah Negara • Tujuan: membentuk dasar tanah negara untuk seluruh Persekutuan – memajukan dan mengawal penggunaan tanah. • Keahlian: diketuai Menteri, 10 wakil KP dan seorang setiap KN. • Majlis Kewangan Negara • Tujuan: membincangkan hal-hal seperti pemberian kepada KN, pinjaman dsb. • Keahlian: diketuai oleh PM, 1 menteri, 1 wakil setiap negeri. • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan • Tujuan: membentuk dasar negara untuk mengawal dan memajukan kerajaan tempatan. • Keahlian: diketuai menteri, 10 wakil KP dan seorang wakil bagi setiap negeri.

  14. Majis Raja-Raja juga memainkan peranan yang penting dalam hubungan KP dan KN.

  15. PEMBAHAGIAN KUASA PEMERINTAHAN (PER 80) • Kuasa pemerintahan KP ialah seperti dalam senarai I dan kuasa pemerintahan KN ialah seperti dalam senarai II. • KP hanya mempunyai kuasa memerintah dalam senarai III sekiranya diperuntukkan oleh undang-undang. • Undang-undang boleh memberi kuasa pemerintahan kepada KP tentang perkara-perkara dalam senarai bersama supaya kuasa itu hanyalah menjadi kuasa mutlak untuknya sahaja (Per. 95(2)). • Per 76(4): Parlimen mempunyai kuasa untuk menyeragamkan undang-undang tentang hal-ehwal tanah dan kerajaan tempatan – tidak perlu diluluskan oleh DUN, tetapi pemerintahan kepada KP maka undang-undang ini tidak akan berkuatkuasa dalam sesebuah negeri tanpa kelulusan DUN.

  16. Undang-undang Persekutuan boleh memberi kuasa eksekutif keapda sesebuah negeri • KP boleh melaksanakan kuasa eksekutif bagi pihak KN dan sebaliknya, dengan persetujuan kedua-dua pihak. • KP boeh menjalankan penyiasatan membenarkan tinjauan memungut dan menyiarkan perangkaan yang difikirkan mustahak, walaupun hal itu berkaitan dengan perkara dalam bidangkuasa KN. • Jika difikirkan mustahak KP boleh menjalankan penyelidikan, mengadakan tempat percubaan dan pertunjukan dsb. kepada mana-mana KN walaupun berkaitan dengan perkara dalam senarai negeri.

  17. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related