1 / 19

MASALAH RUMAHTANGGA

MASALAH RUMAHTANGGA. RUJUK : Penawar Bagi Talak. Pengertian Rujuk Rujuk bererti kembali dari segi bahasa.Manakala menurut istilah syarak ialah suami mengambil kembali bekas isterinya yang telah diceraikan ke pangkuannya. Rukun Rujuk. Rukun rujuk menurut ulama Syafie terbahagi kepada 3 :

frieda
Download Presentation

MASALAH RUMAHTANGGA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MASALAH RUMAHTANGGA

  2. RUJUK: Penawar Bagi Talak • Pengertian Rujuk Rujuk bererti kembali dari segi bahasa.Manakala menurut istilah syarak ialah suami mengambil kembali bekas isterinya yang telah diceraikan ke pangkuannya.

  3. Rukun Rujuk • Rukun rujuk menurut ulama Syafie terbahagi kepada 3 : • orang yang merujuk (suami) • orang yang dirujuk (isteri) • lafaz rujuk (sighah) • Lafaz rujuk terbahagi kepada 2: • Lafaz yang jelas (sarih) seperti kata suami, “Aku rujuk engkau.” • Lafaz secara sindiran (kinayah)seperti kata suami, “Aku pegang engkau kembali.”

  4. Rukun Rujuk • Sighah adalah rukun rujuk menurut ulama Hanafi. • Cara-cara rujuk: • Menggunakan lafaz yang jelas atau lafaz sindiran • Menggunakan perbuatan seperti pendapat ulama Hanafi • Tidak memerlukan persetujuan isteri

  5. Syarat Rujuk • SUAMI • Islam • Baligh • Sempurna akal • Kemahuan sendiri atau bukan dipaksa • ISTERI • Islam • Telah disetubuhi oleh suami • Bercerai bukan kerana fasakh atau khuluk • Bukan dijatuhkan talak tiga • Masih dalam tempoh idah

  6. Syarat Rujuk • SIGHAH • Menggunakan ucapan rujuk seperti kata suami, “Aku rujuk engkau.” • Tidak bertaklik seperti kata suami, “Aku rujuk engkau jika engkau bersetuju.” Rujuk dengan lafaz ini adalah tidak sah. • Tidak dihadkan masa atau waktu.

  7. Hikmat Rujuk • Memberi ketenangan jiwa • Bertepatan dengan fitrah manusia • Menyambung kembali hubungan yang terputus • Menyatukan semula keluarga

  8. IDAH : PENANTIAN BAGI WANITA • Pengertian Idah • Idah menurut bahasa ialah tempoh pengiraan. • Manakala dari segi istilah ialah tempoh masa larangan berkahwin ke atas isteri selepas berpisah dengan suami yang wajib dipatuhi. • Pihak isteri wajib mematuhi tempoh idah yang telah ditetapkan.

  9. Jenis Dan Tempoh Idah • Idah terbahagi kepada 3: • Idah quru’ (suci) • Idah bulan • idah bersalin

  10. Tempoh Idah Dan Situasinya

  11. Sebab Perbezaan Tempoh Bagi Jenis Idah • Idah bagi perempuan bercerai hidup: • Idah selama tiga kali suci sudah memadai dan mencukupi untuk membersihkan rahim daripada benih bekas suaminya. • Idah hingga melahirkan anak adalah mencukupi untuk menjaga kesihatan badan dan kandungannya.

  12. Sebab Perbezaan Tempoh Bagi Jenis Idah • Idah bagi isteri bercerai mati: Idah selama empat bulan sepuluh hari adalah memadai masa berkabung dan bersedih atas kematian suami. • Idah bagi isteri yang belum disetubuhi suami: Isteri yang belum disetubuhi suami tiada idah baginya keran rahimnya bersih daripada benih bekas suaminya.

  13. Hikmat Idah • Untuk memberi peluang kepada suami merujuki isterinya setelah diceraikan. • Sebagai masa berkabung bagi isteri yang kematian suaminya. • Memberi peluang kepada isteri menenangkan fikiran dan membuat persediaan untuk memulakan hidup baru. • Untuk memastikan rahim wanita itu bersih dan bebas daripada benih bekas suaminya. • Memberi penghormatan kepada isteri yang diceraikan mendapat perlindungan sementara sebelum meneruskan kehidupannya dengan lelaki lain.

  14. Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Idah • Hak semasa idah • Bagi isteri yang dicerai dengan talak raj’i (boleh dirujuk): • Dibawah tanggungjawab suami • Suami bertanggungjawab menanggung segala nafkah perbelanjaan dan tempat tinggal • Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin daripada bekas suaminya

  15. Bagi isteri yang dicerai dengan talak ba’in (talak tiga): • Sekiranya tidak hamil- berhak mendapat tempat tinggal saja • Jika hamil- berhak mendapat segala perbelanjaan (nafkah) dan tempat tinggal. • Isteri yang kematian suami: • Berhak mendapat tempat tinggal • Jika hamil- berhak mendapat harta pewarisan.

  16. Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Idah • Hak Selepas Idah • Tidak berhak mendapat apa-apa nafkah daripada bekas suaminya. • Bekas suaminya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadapnya. • Isteri bebas memnentukan corak hidupnya. • Berhak berkahwin semula dengan lelaki lain.

  17. Larangan-larangan Semasa Idah • Semasa Tempoh Idah Talak • Haram dipinang oleh mana-mana lelaki samada secara terang atau sindiran. • Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami melainkan sesuatu perkara yang dibenarkan syarak. • Harus berhias diri untuk kebaikan dirinya. • Haram berkahwin dengan lelaki selain suaminya.

  18. Larangan-larangan Semasa Idah • Semasa Tempoh Idah Kematian Suami • Haram dipinang secara terang tetapi harus secara sindiran. • Tidak boleh keluar rumah kecuali pada perkara yang dibenarkan syarak. • Haram berhias diri. • Haram berkahwin.

  19. Larangan-larangan Semasa Idah • Hikmat Larangan • Menjaga kehormatan wanita yang bercerai dengan suami. • Supaya tidak timbul perbuatan fitnah ke atas wanita. • Bukti masyarakat menghormati wanita walaupun tidak bersuami. • Menunjukkan Islam memuliakan kaum wanita dalam semua perkara.

More Related