1 / 75

Model mudah bagi Kitaran Perniagaan benar

Model mudah bagi Kitaran Perniagaan benar. Andaian model ini: Individu dalam masyarakat adalah sama. gelagat individu-individu ini diberikan oleh agen wakil (representative agent). Matlamat individu adalah untuk memaksimakan utilitinya, dari dua sumber, iaitu penggunaan dan masa rehat,

jerrod
Download Presentation

Model mudah bagi Kitaran Perniagaan benar

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Model mudah bagi Kitaran Perniagaan benar Andaian model ini: Individu dalam masyarakat adalah sama. gelagat individu-individu ini diberikan oleh agen wakil (representative agent)

  2. Matlamat individu adalah untuk memaksimakan utilitinya, • dari dua sumber, iaitu penggunaan dan masa rehat, • Diandaikan fungsi utilitinya sepeti berikut; Ut= U(Ct, let) …. (12.1) Di mana, c= penggunaan, le= masa rehat

  3. Bila individu membuat pengeluran, ia terpaksa mengorbankan masa rehatnya, • Berlaku tukar ganti antara buruh dengan masa rehat. • Pengeluaran output dalam model ini diberikan oleh fungsi berikut, Yt = ztF(Kt, Nt) …..12.2

  4. Di mana; Y = jumlah output dikeluarkan K = modal N = buruh z = kejutan kepada fungsi pengeluran ini. • Fungsi ini berbeza dari fungsi pengeluaran yang biasa kerana;

  5. A. Adanya sebutan z dalam kitaran perniagaan benar, kejutan ini boleh disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut; • Kejutan teknologi • Faktor-faktor persekitaran • Perubahan undang-undang kerajaan • Perubahan kesediaan bahan mentah.

  6. B. Dalam fungsi ini tiada bar di atas sebutan K, ini bermakna stok modal bukan tetap, tetapi ditentukan oleh agen wakil.

  7. Individu ini tidak menggunakan kesemua output yang dikeluarkan, • Tetapi akan menyimpan sebahagiannya, jadi didapati; Yt = Ct + St …(12.3) • Penggunaan campur tabungan sama dengan pendapatan (diandaikan tiada cukai).

  8. Tabungan sekarang menyebabkan pertambahan penggunaan di masa depan. • Kerana tabungan diandaikan digunakan bagi menambah stok modal di masa depan, iaitu; Kt+1 = St +(1-δ) Kt …(12.4) • Stok modal di masa (t+1) terdiri dari tabungan di masa t, dan juga sebahagian dai stok modal di masa t.

  9. Kesan kejutan teknologi yang positif. • Mula-mula diandaikan kejutan ini hanya sementara dan berakhir selepas satu tahun. • Dan kejutan ini diandaikan datang dari luar. • Dengan kejutan ini z0t akan berubah menjadi z1t.

  10. Fungsi pengeluaran akan berubah dari z0tF(Kt , Nt) Menjadi z1tF(Kt , Nt) • Fungsi pengeluaran yang baru ini adalah lebih curam berbanding fungsi yang asal.

  11. Kesan kejutan teknologi positif Yt Y2 z1tF(Kt , Nt) Y1 z0tF(Kt , Nt) Y0 N1 N0 Nt

  12. Mula-mula dengan menggunakan N0 buruh, pengeluaran dapat ditingkatkan kepada Y1. • Seterusnya individu ini bertindak balas kepada perubahan teknologi dengan menambah buruh kepada N1, • Output dapat ditambah kepada Y2. • Individu ini perlu memilih apa yang perlu dibuat dengan output atau pendapatan yang lebih ini lebih ini.

  13. Oleh kerana perubahan ini hanya sementara, individu akan menambung sebahagian dari pendapatan tambahan ini. • Untuk membolehkan penggunan di masa hadapan meningkat juga. • Tabungan ini akan menambah stok modal di masa hadapan, output akan bertambah. • Jadi walaupun kejutan ini sementara, kesannya akan dirasakan bagi beberapa tempoh seterusnya.

  14. Bila kesan kejutan adalah kekal • Kejutan yang kekal bagi beberapa tempoh akan mengurangkan insentif individu untuk menabung, • Kerana ia tahu pengeluaran akan bertambah juga di masa hadapan. • Pertambahan penggunaan buruh juga kurang dari keadaan kejutan sementara tadi.

  15. Ekonomi Keynesian mengkritik ekonomi Klasikal kerana tidak dapat menerangkan kitaran perniagaan dunia sebenar yang berterusan. • Pembuat teori kitaran perniagaan benar, yang bersetuju dengan ekoomi klasikal, mengunakan penerangan sebentar tadi, bagi menerangkan mengapa kitaran perniagaan, menaik atau menurun akan berterusan bagi beberapa tempoh.

  16. Faktor-faktor yang menyebabkan kejutan seperti yang diberikan tadi akan menyebabkan juga turun naik kitaran perniagaan yang beterusan. • Kejutan ini akan juga menyebabkan turun naik pengangguran dalam ekonomi.

  17. Model ketegaran harga (kos menu) • Model Keynesian yang awal mengandaikan upah nominal adalah tegar, sementara output dan gunatenaga akan berubah suai mengikut kuasa pasaran. • Model awal ini mengandaikan juga pasaran adalah bersaing sempurna bagi memudahkan penerangan ketegaran harga (price stickyness).

  18. Oleh itu harga yang tidak flaksibal ini menyebabkan berlakunya pengangguran. • Tetapi sebenarnya bila pasaran bersaing harga akan flaksibal kerana permintaan sentiasa sama dengan penawaran. • Jadi dalam pasaran persaingan sempurna, harga akan sentiasa flaksibal.

  19. Ahli ekonomi Keynesian baru cuba menerangkan ketegaran harga ini dengan mencadangkan; • Pasaran tidak sempurna, penjual mempunyai kuasa monopoli. • Ada kos menu.

  20. Pasaran tidak sempurna • Bila penjual ada kuasa monopoli, ia boleh menetapkan harga. • Bila permintaan berkurang, firma ini tidak akan menurunkan harga dan akan tetap dengan harga asalnya, • Jualan yang kurang dapat ditampong dengan harga yang tinggi ini.

  21. Walau bagaimana pun bila pernintaan berkurang, harga yang akan memaksimakan keuntungan akan turun. • Bila firma menurunkan harga, ia mendapat keuntungan , walau pun sedikit. • Jadi diberi penjelasan mengapa fima tidak menurunkan harga walau pun permintaan kurang. • Faktor ini dipanggil kos menu.

  22. Kos menu • Adalah sebarang kos yang akan ditanggung oleh firma bila harga barang ditukar. • Tetapi kos ini mungkin terlalu kecil bagi menyebabkan ketegaran harga, jadi dikemukakan beberapa sebab lain yang.

  23. Serperti; 1. Mengekalkan nama baik di mata pelanggan. 2. Kebimbangan bahawa penurunan harga akan menyebabkan ‘peperangan harga’, ini benar terutamanya bagi pasaran oligopoli.

  24. Model upah kecekapan. • Dalam tahun 1914, Henry Ford membayar $4.00 sehari kepada pekerjanya. • Firma-firma lain hanya membayar antara $2.00 - $3.00 sehari. • Ford berpendapat dengan membayar upah lebih tinggi dari upah pasaran, produktiviti pekerja akan meningkat.

  25. Kerana; • dapat mengurangkan kadar tidak hadir, • Pekerja akan kurang mencuri lulang • Dapat meningkatkan moral pekerja • Mengurangkan kadar berhenti kerja pekerja.

  26. Model upah kecekapan yang moden juga mempunyai pendapat yang sama. • Iaitu kecakapan pekerja akan bergantung kepada upah benar yang mereka terima. • Indeks kecekapan pekerja atau produktiviti mereka boleh ditulis sebagai e = e(W/P) ……(12.5) • Ini adalah hubungan positif, bila upah benar meningkat, produktiviti jiga meningkat

  27. Fungsi pengeluaran agregat boleh ditulis sebagai; Y = F(K, eN) ….(12.6) • Disini digunakan fungsi penggunaan seperti biasa, di mana stok modal adalah tetap, • Dan tiada sebutan bagi kejutan teknologi seperti dalam modal kitaran perniagaan benar.

  28. Kecekapan boleh diukur dengan melihat bilangan buruh (man-hour bagi sejam), dibahagi dengan indeks kecekapan. • Output akan bertambah bila; 1. bilangan buruh ditambah, atau 2. kecekapan buruh bertambah.

  29. Mengikut fungsi mengeluaran dalam (12.6), matlamat firma adalah untuk menetapkan upah benar yang akan meminimakan kos buruh yang cekap. • Atau boleh juga dilihat sebagai memaksimakan bilangan buruh yang cekap bagu setiap perbelanjaan upah.

  30. Syarat bagi mencapai upah kecekapan adalah seperti berikut; Peratus perubahan e(W/P) = 1 Peratus perubahan (W/P) • Bila peratus perubahan kecekapan lebih besar (2%) dari peratus perubahan upah yang dibayar, firma akan mengambil lagi pekerja (1%).

  31. Tetapi Bila peratus perubahan kecekapan (1%) sama dengan peratus perubahan upah yang dibayar (1%), firma tidak akan mengambil lebih pekerja lagi. • Di sini kecekapan telah dicapai.

  32. Keadaan sebenar ditemui bahawa firma akan membayar kadar upah lebih tinggi dari kadar upah keseimbangan, • kerana bukan tujuan firma menghasiklan kesimbangan pasaran, (semua orang mendapat pekerjaan).

  33. Beberapa rasional mengapa dibayar upah kecekapan. • Model curi tulang (shirking model). • dengan upah yang lebih tinggi dari upah pasaran, • pekerja tidak akan mencuri tulang, • kerana takut di buang kerja dan akan menerima upah lebih rendah bekerja di tempat lain.

  34. Model kos tukar ganti pekerja. • Dengan membayar upah yang tinggi, firma dapat mengurangkan kos mengambil pekerja dan kos melatih mereka. • Pekerja yang ada juga mudah dilatih, supaya menjadi terlatih, berpengalaman dan produktif.

  35. Model pertukaran hadiah. • Upah lebih tinggi yang dibayar merupakah hadiah kepada pekerja. • Sebagai balasannya, pekerja akan bekerja lebih kuat dan setia kepada firma.

  36. Upah kecekapan dan pengangguran suka rela • Bila sebahagian sektor sahaja dalam ekomomi mengamalkan upah kecekapan, • Akan terjadi pengangguran sukarela, • Kerana pekerja memilih bekerja di sektor tersebut, dan sanggup menganggur sementara menunggu peluang tersebut, • Mereka tidak rela bekerja di sektor dengan upah lebih rendah.

  37. Model dan hysterisis insider-outsider. • Perbincangan yang baru lepas tadi digunakan untuk menerangkan kadar pengangguran yang tinggi di Eropah dalam tahun 1980an. • Di negara-negara yang sama, kadar pengangguran adalah rendah dalam tahun-tahun 1950an sehingga ke awal tahun 1970an.

  38. Corak begini menunjukkan keadaan pengangguran sekarang dipengaruhi oleh colak pengangguran di masa lepas. • Ekonomi dikatakan boleh terperangkap di dalam ‘perangkap pengangguran’. • Keadaan yang berlaku dipanggil histerisis. • Dimana angkubah yang berubah nilainya, tidak menunjukkan kecenderungan kembali ke nilai yang asal tadi.

  39. Bagi pengangguran, model hiterisis menunjukkan mengapa pengganguran yang tinggi • akan berterusan berpanjangan, • walau pun punca pertambahannya telah lama berlalu. • Histerisis ini boleh diterngkan melalui beberapa model, tetapi di sini kita akan menumpukan kepada model orang dalaman-orang luaran (insider-outsider model).

  40. Orang dalam = adalah mereka yang menjadi ahli kesatuan sekerja. • Mereka ini akan mempengaruhi perubahan kadar upah. • Orang luar= adalah mereka yang bukan ahli kesatuan sekerja. • Majikan tidak akan menukarkah orang dalam dengan orang luar, kerana ia terpaksa menanggung kos tambahan, • Iaitu untuk melatih orang luar ini.

  41. Orang dalam ini telah biasa dan tahu cara-cara menuntut kenaikan upah. • Terjadilah pengangguran di kalangan orang luar. • Tetapi dalam keadaan ekonomi lembab, sebahagian dari orang dalam akan kehilangan pekerjaan. • Mereka ini menjadi orang luar dan tidak akan menuntut upah dinaikkan kerena mereka bukan ahli kesatua sekerja lagi.

  42. Setelah mereka menganggur, tidak mudah mereka mendapat perkejaan. • Dalam model orang dalam-orang luar ini , penganguran dikatakan terjadi kerana; • Kadar upah yang lebih tinggi dari upah keseimbangan, • Kitaran yang bertindak balas dengan pengurangan permintaan agregat.

  43. Dasar makroekonomi dalam model kitaran perniagaan benar Apakahperanandasarmakroekonomidalam model ini. Dasarkewangan (monetari) Mengikut model inifaktor-faktorbenarlebihpentingberbandingdenganfaktorkewangandalammenentukanturunnaik output dangunatenaga.

  44. Peranan wang adalah untuk menentukan tingkat harga, (seperti juga model klasikal). • Oleh itu perubahan kuantiti wang dan perubahan tingkat harga adalah berkadaran. • Dasar kewangan perlu memberi perhatian untuk mengawal tingkat harga. • Dasar yang paling baik adalah yang menghasilkan pertumbuhan pernawaran wang yang perlahan,

  45. Yang seterusnya akan menyetabilkan tingkat harga, • Ini bermakna kadar inflasi adalah rendah. • Dasar kewangan mengikut model kitaran perniagaan benar tidak akan memberi kesan kepada tingkat output dan gunatenaga.

  46. Dasar fiskal • Dalam model ini dasar fiskal akan mempengaruhi tingkat output dan gunatenaga. • Pengaruh ini bukan dari permintaan agreggat nominal seperti di dalam model Keynesian, tetapi datang dari sebelah penawaran.

  47. Umpamanya, perubahan kadar cukai ke atas pendapatan buruh atau ke atas pulangan dari modal akan mengubah perlakuan individu. • Pertambahan kadar cukai ke atas pendapatan buruh, akan meningkatkan masa rehat, megurangkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan.

  48. Cukai sekali gus (pukal), akan mengubah gelagat individu mengenai kekayaan • Tugas dasar fiskal dalam model kitaran perniagaan benar adalah untuk mengurangkan herotan dari cukai yang dikenakan. • Tetapi dalam masa yang sama menyediakan perkhidmatan awam yang diperlukan.

  49. Untuk mengurangkan herotan cukai, kerajaan boleh juga mengamalkan dasar kewangan , iaitu mengecap wang. • Bila sebahagian dari keperluan kewangan dibaiayai melalui ,mengecap wang, cukai dapat dikurangkan, dan herotan cukai dikurangkan. • Mengecap wang ini dipanggil ‘seigniorage’. • Ada keburukan seigniorage ini,

More Related