1 / 258

dfsdff

fcvv jajhajh kajak

jihad_zbi86
Download Presentation

dfsdff

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

  2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 Terbitan KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2019

  3. Terbitan 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  4. KANDUNGAN Mukasurat Rukun Negara i Falsafah Pendidikan Negara ii Pendahuluan 1 Cara Penggunaan Buku Panduan Pengajaran 2 Modul Pengajaran 1. 1.0 Keselamatan Bengkel 3 - 25 1.1 Amalan Keselamatan 1.1.1 Menyatakan peraturan keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan. 1.1.2 Menerangkan maksud simbol dan tanda keselamatan. 1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. 1.1.4 Membincangkan amalan keselamatan di bengkel: i. Kebersihan bengkel ii. Penyelenggaraan peralatan 1.1.5 Merumuskan kesan mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel. 2. 2.0 Pengenalan Kepada Reka Bentuk 27 - 66 2.1 Reka Bentuk 2.1.1 Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan 27 - 46 contoh produk sedia ada. 2.1.2 Mengenal pasti kepentingan reka bentuk dalam kehidupan. 2.1.3 Membincangkan laluan kerjaya dan pekerjaan dalam reka bentuk. 2.1.4 Menghuraikan apresiasi reka bentuk di persekitaran. 2.1.5 Memperihalkan penggunaan elemen dalam reka bentuk: i. Garisan ii. Rupa iii. Bentuk

  5. iv. Tekstur v. Saiz vi. Warna vii. Ruang viii. Nilai 47 - 66 2.2 Reka Bentuk Produk Bertema 2.2.1 Mengenal pasti jenis garisan dalam lakaran reka bentuk. 2.2.2 Melakar pelbagai jenis garisan. 2.2.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran dengan menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas. 2.2.4 Melakar reka bentuk produk menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas secara bertema. 2.2.5 Menganalisis lakaran reka bentuk produk bertema yang dihasilkan. 2.2.6 Menilai lakaran yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan. 2.2.7 Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan yang sesuai. 2.2.8 Membuat persembahan reka bentuk produk bertema yang telah dihasilkan. 67 - 122 3. 3.0 Pengenalan Kepada Teknologi 3.1 3.1.1 Menerangkan teknologi dan kepentingannya kepada kehidupan manusia. 3.1.2 Menghuraikan penggunaan teknologi peralatan secara konvensional dan moden dalam menghasilkan produk. 3.1.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat produk yang akan dihasilkan. 3.1.4 Membuat lakaran reka bentuk produk bermakluman yang akan dihasilkan. 3.1.5 Menilai maklumat pada lakaran dan membuat penambahbaikan. 3.1.6 Mengira kos bahan bagi reka bentuk produk yang akan dihasilkan.

  6. 3.1.7 Menghasilkan produk dengan menggunakan teknologi yang dipilih. 3.1.8 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media. Teknologi Rumah Tangga 4. 4.0 4.1 Reka Bentuk Pembungkusan Produk 123 - 154 4.1.1 Menghubung kait pembungkusan sedia ada dengan reka bentuk pembungkusan. 4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori produk. 4.1.3 Menerangkan kepentingan reka bentuk pembungkusan produk. 4.1.4 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk pembungkusan yang akan dihasilkan. 4.1.5 Membuat lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan yang akan dihasilkan mengikut kategori produk. 4.1.6 Menghuraikan lakaran reka bentuk bermaklumat pembungkusan produk yang akan dihasilkan. 4.1.7 Menilai lakaran dan membuat penambahbaikan. 4.1.8 Mengira kos bahan bagi reka bentuk pembungkusan produk yang akan dihasilkan. 4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan yang sesuai. 4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media. 5. 5.0 Reka Bentuk Makanan 155 - 182 5.1 Reka Bentuk Makanan 5.1.1 Mengenal pasti reka bentuk yang sesuai pada jenis makanan yang dipilih.

  7. 5.1.2 Menerangkan kepentingan reka bentuk makanan. 5.1.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang akan dihasilkan. 5.1.4 Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang akan dibuat. 5.1.5 Menghuraikan lakaran bermaklumat reka bentuk makanan yang akan dihasilkan. 5.1.6 Menilai maklumat pada lakaran dan membuat penambahbaikan. 5.1.7 Mengira kos bahan bagi reka bentuk makanan yang akan dihasilkan. 5.1.8 Menghasilkan satu reka bentuk pada bahan makanan yang dipilih berdasarkan lakaran yang disediakan menggunakan bahan dan alatan yang sesuai. 5.1.9 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media. 183 - 242 6. 6.0 Reka Bentuk Pengaturcaraan 6.1 Asas Pengaturcaraan 183 - 210 6.1.1 Menyatakan maksud pengaturcaraan dan kegunaan atur cara dalam perkakasan harian. 6.1.2 Mengenal pasti algoritma iaitu pseudokod dan carta alir. 6.1.3 Menulis pseudokod dan melukis carta alir struktur kawalan jujukan dalam situasi ringkas. 6.1.4 Menghuraikan satu masalah menggunakan pseudokod dan carta alir. 6.1.5 Menilai dan membuat penambahbaikan pseudokod dan carta alir yang dihasilkan. 6.1.6 Merumuskan pseudokod dan carta alir yang telah dihasilkan.

  8. 6.2 Pembangunan Kod Arahan 211 - 242 6.2.1 Mengenal pasti fitur-fitur pada antara muka perisian pengaturcaraan. 6.2.2 Menggunakan fitur-fitur untuk menggerakkan objek, memasukkan dialog, bunyi dan objek baharu dalam perisian pengaturcaraan. 6.2.3 Membina atur cara struktur kawalan jujukan menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk sesuatu objek: i. Melakukan pergerakan dari kedudukan A ke kedudukan B dengan kadar kelajuan berbeza. ii. Memaparkan dialog yang sesuai. iii. Mengeluarkan bunyi yang sesuai. 6.2.4 Menjalankan atur cara yang dibina dan membaiki ralat sekiranya ada. 6.2.5 Menghasilkan satu atur cara baharu menggunakan fitur-fitur yang bersesuaian dalam perisian pengaturcaraan. 6.2.6 Membentangkan secara lisan penghasilan atur cara baharu dalam perisian pengaturcaraan. Panel Penggubal Buku Panduan Pengajaran 243

  9. RUKUN NEGARA BAHAWASANYANegara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN i

  10. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) ii

  11. PENDAHULUAN Reka Bentuk dan Teknologi ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)(Semakan 2017) memberi penekanan kepada pengetahuan, kemahiran asas dalam mereka bentuk, kebolehan mengaplikasikan teknologi asas, nilai dan apresiasi dalam reka bentuk. Murid dididik supaya membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan mengamalkan asas keusahawanan di samping dapat membentuk kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri. Sebagai ilmu yang mengambil pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) dan Pembelajaran Abad ke 21, pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat meningkatkan potensi individu untuk menjana idea sebagai pereka bentuk untuk menghasilkan produk baharu dan bermanfaat. Justeru, Buku Panduan Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (Semakan 2017) Tahun 4 ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (Semakan 2017) Tahun 4 serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Buku Panduan ini adalah usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelbagai pihak. Panduan ini mengandungi maklumat dan bahan rujukan serta contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan modul ini. 1

  12. CARA MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi enam modul mengikut Standard Kandungan yang mengandungi lapan sub topik berdasarkan Standard Pembelajaran. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti yang dicadangkan. Berikut ialah kandungan yang terdapat di dalam buku panduan pengajaran: Mewakili tajuk yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan KKandungan Mewakili sub tajuk yang diajar untuk diukur dan boleh dicapai oleh murid Standard Pembelajaran Maklumat dan Rujukan Tambahan Mengandungi maklumat yang berkaitan tajuk Langkah kerja yang perlu dilakukan oleh guru untuk pengajaran Panduan Kerja Untuk menguji sejauh mana murid dapat menguasai standard pembelajaran Lembaran Kerja 2

  13. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 3

  14. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 4

  15. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 MODUL 1 KESELAMATAN BENGKEL STANDARD KANDUNGAN (SK) 1.1 AMALAN KESELAMATAN STANDARD PEMBELAJARAN (SP) 1.1.1 Menyatakan peraturan keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan. 1.1.2Menerangkan maksud simbol dan tanda keselamatan. 1.1.3Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. 1.1.4Membincangkan amalan keselamatan di bengkel: i. Kebersihan bengkel ii. Penyelenggaraan peralatan 1.1.5 Merumuskan kesan mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel 5

  16. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 MAKLUMAT DAN RUJUKAN TAMBAHAN 1.1.1 PERATURAN KESELAMATAN CADANGAN AKTIVTI PAK 21 I can see, I Think, I wonder Pengurusan keselamatan yang baik dan bersistematik dapat mengelakkan kemalangan dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi. Kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Oleh itu semua murid perlu mengutamakan keselamatan yang telah ditetapkan di dalam Bengkel RBT. 6

  17. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Kemalangan boleh dielakkan dengan cara mematuhi peraturan: a.Peraturan Keselamatan Diri: Pastikan rambut diikat dengan kemas Pakai pakaian dan kasut yang sesuai Masukkan tudung ke dalam apron Tanggalkan atau masukkan tali leher ke dalam apron Pastikan rambut diikat dengan kemas Masukkan tudung ke dalam apron Patuhi semua peraturan semasa menjalankan aktiviti Cuci tangan dengan menggunakan air dan sabun Gunakan alat pelindung diri. b. Peraturan Keselamatan Bengkel: 1. Dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru. 2. Dilarang membawa beg ke dalam bengkel. 3. Pastikan semua pintu dan tingkap terbuka supaya bengkel mempunyai cahaya yang cukup dan pengudaraan yang baik. 4. Minta kebenaran guru sebelum menggunakan peralatan dan bahan. 5. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan cermat. 6. Beritahu guru jika berlaku kemalangan atau kecederaan. 7. Bersihkan tempat kerja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti. 8. Bersihkan dengan segera jika terdapat sebarang tumpahan di lantai. 9. Matikan semua suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel. 7

  18. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 c. Peraturan Keselamatan Peralatan dan Bahan Peraturan Peralatan dan Bahan 1. Gunakan alatan dan bahan mengikut prosedur. 2. Gunakan bahan dengan berhemah dan cermat. 3. Bersihkan alatan yang telah digunakan dan simpan di tempat yang betul. 4. Beritahu guru jika berlaku kerosakan atau kehilangan alatan. 5. Dilarang menggunakan bekas bahan beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar untuk dijadikan bahan projek. 6. Minta bantuan guru jika terdapat sebarang keraguan ketika menggunakan alatan dan bahan semasa membuat aktiviti. Kit alatan tangan beroda Thinner Kit alatan tangan Syelek Keselamatan Peralatan dan Bahan 1. Simpan alatan dan bahan di tempat yang betul. 2. Simpan bahan-bahan yang berbahaya dan mudah terbakar di tempat yang sesuai dan selamat seperti di dalam almari. 3. Pastikan alat pemadam api dan peti pertolongan cemas sentiasa dalam keadaan baik. Peti pertolongan cemas Panel alatan tangan 8

  19. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 1.1.2 SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN CADANGAN AKTIVTI PAK 21 Personal Learning Experiences SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN MAKSUD SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN KETERANGAN Kawasan yang dilarang untuk merokok. Tidak Dibenarkan Merokok Bahan yang dilabel dengan simbol ini dikategorikan sebagai racun kerana ia menyebabkan kemudaratan atau kematian. Bahan Beracun Alat pemadam api berfungsi sebagai langkah memadam dan mengawal kebakaran kecil. Alat Pemadam Api Bahan yang mudah terbakar apabila terkena percikan api. Bahan Mudah Terbakar Murid perlu berhati- hati masa menggunakan kawasan ini. Lantai Licin 9

  20. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN MAKSUD SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN KETERANGAN Tanda untuk menunjukkan laluan keluar daripada bengkel. Tanda Keluar Tanda peringatan kepada pengguna bengkel supaya sentiasa mengutamakan keselamatan. Utamakan Keselamatan 10

  21. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 1.1.3 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN DI BENGKEL CADANGAN AKTIVTI PAK 21 Presentations (Persembahan) Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja sama ada sengaja atau tidak sengaja. Antara kemalangan yang biasa berlaku di dalam bengkel ialah luka ringan akibat terkena benda tajam dan renjatan elektril. Guru dan murid perlu sentiasa bersedia sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. Antara langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel ialah seperti berikut: 1.Cara Merawat Luka Ringan BIL GAMBAR PENERANGAN 1 Bersihkan luka dengan antiseptik. 2 Sapukan luka dengan iodin 3 Balutkan luka dengan kain kasa (gauze) dan plaster. 11

  22. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. 2.Cara Merawat Mangsa Renjatan Elektrik 1.Jangan menyentuh mangsa. 2.Matikan suis utama bekalan elektrik. Pisahkan mangsa dari punca kejutan dengan menggunakan kayu kering atau tali kering. 3.Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan berudara. Kemudian longgarkan pakaiannya. 4.Beri bantuan pernafasan sekiranya perlu. 5.Dapatkan bantuan daripada anggota perubatan. 12

  23. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Alatan Bantuan Kecemasan Sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel, murid perlu tahu di mana peti pertolongan cemas diletakkan. Peti pertolongan cemas perlu ada dalam setiap bengkel RBT. Ini penting bagi persediaan sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel. Antara bahan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas ialah: 1.Peti pertolongan cemas digunakan untuk merawat luka atau kecederaan ringan. 2.Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan senang untuk digunakan. 3.Peti pertolongan cemas perlu mempunyai ubat- ubatan, bahan rawatan luka dan kecederaan seperti: a.Ubat luka b.Iodin c.Kain pembalut luka d.Kapas e.Kain anduh f.Gunting g.Plaster 4.Murid perlu mendapat nasihat dan panduan guru sebelum menggunakan ubat-ubatan dan bahan rawatan. 13

  24. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 1.1.4 AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL CADANGAN AKTIVTI PAK 21 Hot Seating (Kerusi Panas) Guru dan murid akan berbincang berkenaan amalan kebersihan bengkel dan penyelenggaraan alatan. i.Kebersihan Bengkel Bengkel yang bersih dan teratur dapat mengelakkan kemalangan berlaku. Kerja pembersihan bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar berpandukan jadual tugas murid. Apakah yang akan berlaku sekiranya bengkel dibiarkan bersepah? Bincangkan amalan kebersihan di bengkel mengikut gambar A dan gambar B. Gambar A Gambar B Suasana di dalam bengkel. Susun atur peralatan dan bahan di dalam bengkel. 14

  25. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Peralatan dan bahan menjahit ii. Penyelenggaraan Peralatan Semua peralatan perlulah disenggara dan dijaga supaya dalam keadaan baik, tahan lama serta mudah di ambil apabila diperlukan. a. Menyelenggara Pen 3D (3 Dimensi) 1. Bersihkan bahagian tip pen 3D dengan menggunakan span basah. 2. Buang lebihan bahan mencetak daripada lubang pen 3D. 3. Simpan pen 3D di dalam bekas yang disediakan. Peringatan: Bahan mencetak perlu disimpan di tempat kedap udara untuk menjamin jangka hayat bahan mencetak tersebut. b. Menyelenggara Gunting 1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus yang sesuai. 2. Bersihkan gunting dengan kain atau dengan berus. 3. Sapu gunting dengan sedikit minyak pelincir bagi melindunginya daripada berkarat dan melincirkan bahagian yang bergerak. 4. Simpan gunting pada panel alatan 15

  26. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 c.Membersihkan Pisau Cuci pisau dengan segara setelah digunakan. Basuh dengan air sabun menggunakan span lembut. Bilas dan lapkan sehingga kering. 1. 2. 3. 4. Simpan di tempat yang disediakan. 1.1.6RUMUSAN KESAN MENGABAIKAN AMALAN KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL CADANGAN AKTIVITI PAK 21 Hot Seating (Kerusi Panas) PUNCA KESAN Murid mungkin akan tercedera semasa menggunakan alatan tanpa pengawasan guru Masuk bengkel tanpa kebenaran guru. Membawa beg masuk ke dalam bengkel. Ruang kerja akan menjadi sempit dan aktiviti sukar dilakukan. Membawa keluar alatan daripada bengkel. Alatan akan hilang dan rosak Bermain dan bergurau di dalam bengkel Murid akan mengalami kemalangan dan kecederaan. Guru boleh mengadakan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan isu sekiranya murid mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel. Mendokumentasi keselamatan dan amalan kerja yang baik di dalam bengkel. Dokumentasi ialah proses merekodkan semua perkara atau maklumat berkaitan dengan keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan. Dalam dokumentasi juga boleh dicatatkan berkenaan amalan kerja yang baik di dalam bengkel. Dokumentasi boleh dibuat dalam bentuk Slide pembentangan, fail atau buku skrap. 16

  27. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 LEMBARAN KERJA LEMBARAN KERJA 1 Nama: __________________________________________ Kelas: ___________________________________________ Tuliskan kepentingan menjaga keselamatan di dalam bengkel. Kepentingan menjaga keselamatan di dalam bengkel 17

  28. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 LEMBARAN KERJA 2 Nama: __________________________________________ Kelas: ___________________________________________ Arahan: Tandakan ( / ) pada penyataan yang betul dan ( X ) pada penyataan yang salah. 1.Murid tidak melaporkan kemalangan kepada guru. ( ) 2.Murid membawa masuk beg masuk ke dalam bengkel. ( ) 3.Murid menyusun semula kerusi dan membersihkan meja kerja. ( ) 4.Bermain dan bergurau semasa membuat aktiviti di bengkel. ( ) 5.Tutup semua suis elektrik sebelum masuk ke bengkel. ( ) 6.Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas. ( ) 7.Murid membuka semua tingkap dan pintu ketika masuk ke ( ) dalam bengkel. 8.Basuh tangan selepas melakukan aktiviti. ( ) 9.Murid memakai kasut semasa berada di dalam bengkel. ( ) 10.Murid meletakkan alatan tajam di atas meja selepas menggunakannya. ( ) 18

  29. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 LEMBARAN KERJA 3 Nama:____________________________________ Kelas:____________________________________ Arahan: Lengkapkan peta pokok di bawah tentang peraturan dan keselamatan bengkel. Peraturan dan keselamatan Diri Bengkel Peralatan dan bahan 1._________________________ _________________________ 2._________________________ _________________________ 3._________________________ _________________________ 1._______________________ _______________________ 2._______________________ _______________________ 3._______________________ _______________________ 1._____________________ _____________________ 2._____________________ _____________________ 3._____________________ _____________________ 19

  30. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 LEMBARAN KERJA 4 Nama:____________________________________ Kelas:____________________________________ Arahan: Bincangkan punca dan kesan tidak mengamalkan amalan keselamatan di bengkel mengikut gambar di bawah. 20

  31. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 PENILAIAN (BORANG SEMAK) BORANG SENARAI SEMAK NAMA MURID : KELAS : TAHUN : …………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………… 1.1 AMALAN KESELAMATAN PENILAIAN BIL PERKARA YANG DINILAI TP / TARIKH CATATAN YA TIDAK Dapat menyatakan peraturan di bengkel. 1. 1 Mengenal pasti simbol dan tanda keselamatan di bengkel. 2. 2 Menjelaskan maksud simbol dan tanda keselamatan. 3. Menyatakan kemalangan yang boleh berlaku di bengkel. 4. Menunjukkan cara langkah yang perlu diambil semasa berlaku kemalangan. 3 5. Dapat memberi pendapat dari segi keselamatan i. Kebersihan bengkel ii.Menyenggara alatan Menghuraikan amalan yang perlu dibuat untuk mengelakkan kemalangan di bengkel. 6. 4 7. Membuat kesimpulan kesan mengabaikan amalan keselamatan. 8. 5 9. Menghasilkan dokumentasi 6 10 Kerjasama Disemak Oleh: ……………………………………………… Nama Guru RBT Nama Sekolah 21

  32. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 CONTOH RPH Tajuk : 1.0 Keselamatan Bengkel Standard Kandungan (SK) : 1.1 Amalan Keselamatan Standard Pembelajaran (SP) 1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu : diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. : Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat :- 1. Melakukan langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku kebakaran di bengkel. Masa 1 Jam Langkah Pengajaran ( SP : 1.1.3 ) EMK / Catatan Set Induksi 1. Murid melihat tayangan video tentang tragedi kebakaran. - Tayangan video Youtube - Penjanaan idea 2. Guru dan murid bersoal jawab tentang tayangan video tersebut. 3. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Langkah 1 1. Guru menunjukkan pelan kebakaran bengkel . Nilai: Bekerjasama Cadangan Kaedah: Penerangan 2. Guru memberi penerangan mengenai pergerakan laluan kecemasan di dalam bengkel dan contoh jenis alat pemadam api. (Lampiran 1) Langkah 2 1. Murid diarah melakukan aktiviti menyelamatkan diri melalui laluan kecemasan yang disediakan berpandukan pelan Cadangan Kaedah : Simulasi kebakaran kebakaran 2. Murid diminta berkumpul di kawasan lapang yang dikhaskan untuk direkodkan semula kehadiran murid. Penilaian TP 3 3. Setelah selesai, guru menunjukkan demonstrasi dan menerangkan cara menggunakan alat pemadam api kepada murid. (Lampiran 2). (TP3) 4. Murid membuat amali cara menggunakan alat pemadam api. Penutup Murid diminta untuk membuat kesimpulan tentang pelajaran hari ini. Refleksi …………………………………………………………………………................................................... ..............................................................................……………………………………………………. ……………………………………………………............................................................................... ....................................................................................................................................................... 22

  33. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 LAMPIRAN 1 PELAN KECEMASAN BENGKEL RBT 23

  34. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 LAMPIRAN 2 CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API Langkah 1 Tanggalkan pin picu Langkah 2 Halakan muncung alat ke pangkal api mengikut arah angin. Langkah 3 Tekan tuas atas alat pemadam api Langkah 4 Layangkan nozel ke kiri dan kanan seperti menyapu. 24

  35. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 LEMBARAN KERJA Arahan: Labelkan bahagian utama alat alat pemadam api di bawah. tuas hos pin picu tong muncung 25

  36. BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 26

  37. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 27

  38. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 28

  39. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 MODUL 2 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK STANDARD KANDUNGAN (SK) 2.1 REKA BENTUK STANDARD PEMBELAJARAN (SP) 2.1.1 Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan contoh produk sedia ada. 2.1.2 Mengenal pasti kepentingan reka bentuk dalam kehidupan. 2.1.3 Membincangkan laluan kerjaya dan pekerjaan dalam reka bentuk. 2.1.4 Menghuraikan apresiasi reka bentuk di persekitaran. 2.1.5 Memperihalkan penggunaan elemen dalam reka bentuk : i. Garisan ii. Rupa iii. Bentuk iv. Tekstur v. Saiz vi. Warna vii. Ruang viii. Nilai 29

  40. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 MAKLUMAT/ RUJUKAN TAMBAHAN 2.1.1 MAKSUD REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK SEDIA ADA CADANGAN AKTIVITI PAK 21 Using Large Picture Card Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk samada dalam bentuk 2D atau 3D yang memberi impak kepada kehidupan. Ia bertujuan untuk menghasilkan rupa, bentuk atau penampilan sesebuah produk yang boleh diterima pakai oleh pengeluar dan pengguna sebelum sesuatu pelaburan dibuat untuk tujuan pengeluaran atau pembuatan. Antara reka bentuk yang terdapat di persekitaran kita ialah: Reka Bentuk Perabot Reka Bentuk Makanan Reka Bentuk Grafik Reka Bentuk Pakaian 30

  41. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 2.1.2KEPENTINGAN REKA BENTUK DALAM KEHIDUPAN CADANGAN AKTIVTI PAK 21 Timeline (Garisan Masa) a.Menyumbang kepada perkembangan teknologi terkini. Perubahan teknologi pengisar kopi b.Memenuhi kehendak individu dan masyarakat. Perubahan teknologi telefon bimbit c.Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian. Memudahkan kerja pembersihan 31

  42. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 2.1.3 MEMBUKA LALUAN KERJAYA DAN PEKERJAAN CADANGAN AKTIVTI PAK 21 Brainstorming (Sumbangsaran) Reka bentuk sentiasa membuka laluan kerjaya dan pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti rekaan fesyen, kejuruteraan, makanan, perubatan, pendidikan, komunikasi dan sebagainya. Jurutera Pereka fesyen Pereka grafik Juruteknik pergigian Chef Arkitek 32

  43. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 2.1.4 APRESIASI REKA BENTUK DI PERSEKITARAN CADANGAN AKTIVTI PAK 21 Brainstorming (Sumbangsaran) Reka Bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan. Dalam kehidupan, apresiasi reka bentuk boleh dilihat apabila kita tahu menghayati dan menghargai sesuatu reka bentuk yang ada disekeliling kita. Contohnya ialah botol air direka mempunyai lengkung di tengah supaya mudah dipegang dan senang dibawa. Reka bentuk itu perlu dihargai sebagai reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai nilai tersendiri. Selain itu, reka bentuk yang dibuat penambahbaikan atau reka bentuk baharu yang lebih baik, murah dan cekap juga dikatakan sebagai satu cara apresiasi kepada reka bentuk. Reka Bentuk silinder supaya mudah disimpan Reka Bentuk muncung memudahkan untuk minum Reka Bentuk lengkung untuk mudah dipegang Saiz yang mesra pengguna 33

  44. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 2.1.6PENGGUNAAN ELEMEN DALAM REKA BENTUK Colaboration (Kolaborasi) CADANGAN AKTIVITI PAK 21 Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti) Elemen reka bentuk ialah perkara yang digunakan untuk menzahirkan idea awal sesebuah rekaan secara lakaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan idea yang hendak digambarkan oleh pereka bentuk difahami. GARISAN NILAI RUPA ELEMEN REKA BENTUK RUANG BENTUK WARNA TEKSTUR SAIZ a.Garisan Merupakan cantuman satu siri titik atau pergerakan titik dalam sesuatu ruang. Satu unsur terpenting dalam aktiviti melakar, melukis, menggambar dan menulis. Garisan juga digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayangan. Ianya boleh dihasilkan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan (gadget). 34

  45. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 b.Rupa Rupa dibentuk apabila garisan bercantum. Rupa merujuk kepada ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai. Ia juga merujuk kepada elemen yang berbentuk dua dimensi (2D) dan rata. c. Bentuk Bentuk merujuk kepada pandangan tiga dimensi (3D) yang mempunyai ketinggian, kelebaran dan kedalaman. Ia juga menggambarkan luas dan isipadu. 35

  46. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 d. Tekstur Merujuk kepada struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui perasaan atau sentuhan seperti licin, kasar dan lain-lain. e. Saiz Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek. f. Warna Warna boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu warn asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna juga dipecahkan kepada warna panas dan warna sejuk. 36

  47. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Warna panas Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi. Ia juga melibatkan warna yang kuat dan terang. Warna sejuk Merupakan warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah. Warna sejuk memberi kesan emosi rendah ( redup, tenang, damai, pudar dan kusam) dan menyejukkan mata memandang. g. Ruang Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. h. Nilai Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna 37

  48. BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP) KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 1.0 LEMBARAN KERJA LEMBARAN KERJA 1 Nama : ____________________________________________ Nyatakan kepentingan reka bentuk dalam kerjaya dalam peta i-Think di bawah. Kelas : ______________________ KEPENTINGAN REKA BENTUK DALAM KEHIDUPAN 38

More Related