1 / 58

PEMIKIRAN

PEMIKIRAN. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat : membedakan pemikiran perspektif barat dengan pemikiran perspektif Islam berfikir secara kritis tentang pelbagai pemikiran dan mengaitkannya dengan pemikiran Melayu. PEMIKIRAN.

jules
Download Presentation

PEMIKIRAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PEMIKIRAN

  2. HASIL PEMELAJARAN Pelajardapat: membedakanpemikiranperspektifbaratdenganpemikiranperspektif Islam berfikirsecarakritistentangpelbagaipemikirandanmengaitkannyadenganpemikiranMelayu

  3. PEMIKIRAN • Sejak zaman Plato dan Aristotle, pemikiran telah dikaji. Aristotle pernah mengatakan bahawa keupayaan berfikirlah yang membedakan manusia dengan haiwan * Berfikir merupakan aktiviti yang rumit dan kompleks kerana terdapat pelbagai pendekatan dan objektif, termasuklah hal-hal tentang pemikiran mujarab: > konsep dan pemerolehan konsep > pengkategorian persekitaran > objek dan peristiwa * Pada abad ke-19, pemikiran dianggap rangkaian idea yang berasosiasi. Berfikir juga merupakan proses untuk memperoleh dan menjanakan ilmu, serta sebagai daya usaha perekayasaan pengalaman dan tingkah laku

  4. PEMIKIRAN PERSPEKTIF BARAT • Berfikir bermaksud: - memberikan cadangan atau pendapat (consider be of opinion) - membentuk konsep (form conception) - mengenali kewujudan atau kehadiran (recognize presence or existence) - latihan minda (exercise of mind)

  5. PEMIKIRAN PERSPEKTIF BARAT • Bagi golongan realisme, minda seseorang mampu berfikir dan menghasilkan pelbagai kemahiran dan kepintaran • Bagi golongan Idealisme, minda seseorang dapat menanggapi kebenaran hakiki dan segala jirim yang wujud dalam alam ini tidak terpisah daripada kemampuan minda • Rumusan: BERFIKIR HANYA DITENTUKAN OLEH PERSEPSI DAN TANGGAPAN DIRI MANUSIA

  6. PEMIKIRAN PERSPEKTIF ISLAM • Berfikir merupakan amalan dan aktiviti seperti amalan dan aktiviti jasad yang lain, hanya yang berbeda ialah aktiviti berfikir merupakan aktiviti akal yang berada dalam minda seseorang yang tidak pernah nampak secara lahiriah • Sebagai amalan dan aktiviti, berfikir perlu tunduk pada adab dan akhlak yang mulia, ikhlas, amanah, jujur… dan jauhi sifat takabur, riak, sombong, suka dipuji…

  7. SKOP PEMIKIRAN MENURUT TAHA JABIR AL- ‘A WANI ROH Amal KALBU NAFSU Adab Perlakuan Berfikir Akhlak Analisis Tindak Balas

  8. PEMIKIRAN: SESUATU YANG BERLAKU • Perkara bukan material yang terjadi dalam minda • Proses mental dalam diri sendiri • Proses mental dengan tidak mengambil kira aspek hasil dan kesan • Pemprosesan data oleh minda • Proses minda apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan dan suasana • Percampuran metafizikal, kimia, fizikal dan biologi

  9. PEMIKIRAN: TUJUAN BERFIKIR • Keupayaan berfikir, iaitu daya usaha untuk mencapai rumusan tentang perkara tertentu • Penggunaan minda untuk menyelesaikan masalah atau untuk membuat rumusan tentang sesuatu • Pengkreatifan yang berkait dengan penyelesaian masalah • Pelaksanaan sesuatu melalui penggunaan akal secara cendekia • Penciptaan idea untuk tujuan khusus • Penggunaan fakulti kognitif untuk melaksanakan sesuatu tanpa pengaruh emosi

  10. PEMIKIRAN MENURUT DEWEY (1933) • Definisi pemikiran Dewey (1933) amat popular dan sehingga kini masih menjadi rujukan umum • Beliau menganggap bahawa pemikiran itu tidak lain daripada perilaku penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan • Premis yang dipegangnya ialah bahawa manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk menyesuaikan dirinya dengan alam sekeliling yang sentiasa berobah • Kenyataan ini amat relevan dalam konteks pemikiran Melayu tradisional. Banyak bukti yang dapat dikemukakan untuk menyokong kenyataan ini, terutama daripada peribahasa Melayu: Sekali air bah, sekali pantai berubah Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Lain lubuk lain ikannya, lain padang lain belalangnya Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam

  11. CIRI PEMIKIRAN BIASA • Pengulangan idea akan menguasai dan mempengaruhi minda dalam pemprosesan apa-apa yang didengar • Persepsi akan mempengaruhi minda terhadap sesuatu, mungkin berasaskan warna atau keadaan fizikal seseorang • Niat dan kepentingan peribadi memainkan peranan penting dalam sesuatu tindakan • Ketiadaan keseimbangan idea akan memungkinkan kita cenderung untuk membuat rumusan berasaskan ciri negatif • Keutamaan terhadap kepentingan sesuatu idea yang tercipta akan kekal dalam minda • Pengalaman peribadi akan mempengaruhi minda bukannya pengalaman daripada sumber lain • Penglihatan sesuatu idea secara tuntas dan selalunya bersifat ekstrim

  12. PELBAGAI PEMIKIRAN • Pemikiran Analitikal > Pemikiran Kritikal • Pemikiran Reaktif > Pemikiran Historis • Pemikiran Teknikal > Pemikiran Hipotetikal • Pemikiran Projektif > Pemikiran Proaktif • Pemikiran Kreatif > Pemikiran Konstruktif • Pemikiran Sistematik > Pemikiran Pragmatik • Pemikiran Positif > Pemikiran Negatif • Pemikiran Nilai > Pemikiran Emotif • Pemikiran Intuitif > Pemikiran Objektif • Pemikiran Logika > Pemikiran Lateral • Pemikiran Vertikal > Pemikiran Paralel • Pemikiran Konvergen/Divergen > Pemikiran Reflektif

  13. PEMIKIRAN ANALITIKAL > Penanda utama pemikiran jenis ini ialah daya usaha untuk melihat sesuatu secara terperinci. Analisis ialah: - proses pemecahan masalah besar kepada masalah yang lebih kecil untuk maksud penyelesaian masalah tersebut - proses pencarian punca dan pemahaman situasi yang kompleks melalui pengenalpastian situasi dan unsurnya > Tujuan Pemikiran jenis ini ialah: - membuat huraian rinci tentang sesuatu idea - mencari persamaan dan perbedaan - mencari punca masalah - menyusun maklumat - membuat pelbagai tafsiran - mencari pertalian - mencari kaitan sebab akibat

  14. CONTOH membilang dari esa, mengaji dari alif berjalan sampai ke batas, berlayar sampai ke pulau beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh… Kuda sakti jatuh di logam Kena panah patah kakinya Cubalah tabur padi segenggam Barulah tahu mana jadinya! Hendak sombong berbini banyak hendak megah berlawan lebih

  15. PEMIKIRAN KRITIKAL • Pemikiran kritikal bermaksud mampu membuat penilaian. Kritikan membawa konotasi negatif, iaitu mencari kesalahan, kesilapan dan kelemahan • Pemikiran kritikal bertujuan untuk menghindarkan kesilapan dan kekeliruan untuk mencapai kesempurnaan, tetapi tidak cukup untuk mencapai keberkesanan cendekia • Pemikiran ini bermanfaat untuk memperbaik idea sedia ada tetapi tidak berupaya mencipta idea baharu • Pemikiran ini berobjektifkan: kesilapannya, kesalahannya, kecacatannya, kelemahannya, alasannya, rumusannya… sebab pulut santan binasa, banyak cakap, banyak salah, melihat tuah pada yang menang, melihat contoh pada yang sudah, akal tak sekali datang, fikiran tak selalu tiba, bak bujang julung berkeris, bak gadis julung bersubang…

  16. PEMIKIRAN REAKTIF • Pemikiran reaktif bermaksud pemikiran yang berasaskan apa-apa yang telah dan sedang berlaku, seperti peristiwa, idea, usuldan lainnya. Jika tiada yang berlaku, maka berfikir tidak diperlukan • Pemikiran ini akan selalu berlaku kerana peristiwa, idea, dan usul menjadi perkara dominan dalam kehidupan kita • Arah pemikiran akan ditentukan oleh perkara tersebut. Kesannya ialah kekalahan dalam persaingan jika tidak ada kesungguhan, dan kekurangan peluang jika tidak ada kekuatan dan keyakinan masakan kering air di laut kerana deburan ombak di pantai, macam kain tiga hasta, tarik ke atas bawah terdedah, tarik ke bawah atas terdedah…

  17. PEMIKIRAN HISTORIS • Pemikiran historis berasaskan sebab dan kerana, iaitu melihat masa lalu untuk menangani masa hadapan. Cara pemikiran jenis ini lebih mudah kerana yang dicari ialah puncanya • Antara kendalanya ialah masalah yang tidak diketahui puncanya, atau puncanya terlalu banyak sehingga sukar dikenal pasti • Analisis pemikiran jenis ini hanya dapat membantu dalam aspek pemahaman masalah bukannya penyelesaian masalah • Pemikiran jenis ini memerlukan tolehan ke belakang, ke dalam sejarah. Dalam beberapa hal, pemikiran jenis ini amat bermanfaat, terutama untuk mencari punca supaya kejayaan terus diulang dan dilestarikan atau dijadikan lebih cemerlang sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan, jauh berjalan banyak dilihat, lama hidup banyak dirasa, patah tumbuh hilang berganti, harimau mati meninggalkan belang, seperti Pak Kaduk ayamnya menang kampung tergadai, Si Luncai terjun dengan labu-labunya…

  18. PEMIKIRAN TEKNIKAL • Pemikiran jenis ini mempunyai unsur reka cipta, dan telah memberikan hasil yang dapat dinikmati • Pemikiran teknikal yang bersifat kreatif, produktif dan projektif amat diperlukan kini. • Pada masa ini, yang lebih dipentingkan ialah pemikiran logikal-analitikal-kritikal untuk menghasilkan huraian demi huraian. Bagi sesetengah orang, kegiatan cendekia yang bersifat kreatif, produktif dan konstruktif bukan kegiatan cendekia alang tukang terbuang kayu, alang cerdik binasa adat, alang alim rosak agama, alang sefaham rosak negara, alam terkembang jadikan guru…

  19. PEMIKIRAN HIPOTETIKAL • Hipotesis ialah ramalan yang munasabah, anggapan dasar, dan merupakan sejenis idea. Idea ialah rancangan yang tersusun dalam fikiran, gagasan, cita-cita • Hipotesis dan idea berperanan untuk menyusun dan menggunakan maklumat dengan cara tertentu • Kedua-duanya berupaya untuk mencipta maklumat, tetapi tidak berupaya mencipta idea • Yang ironisnya, kita lebih banyak memberikan perhatian pada maklumat daripada hipotesis dan idea menumbuk di lesung, bertanak di periuk masuk kandang kerbau menguak masuk kandang kambing mengembek di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

  20. PEMIKIRAN PROJEKTIF • Pemikiran yang berasaskan ramalan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Penekanannya terhadap perkara: kesannya, masalahnya, kesukaran yang dihadapi, risikonya, peluang yang wujud, manfaatnya, yang terlibat, yang untung, yang rugi, signifikannya… • Pemikiran jenis ini penting untuk menentukan ketepatan tindakan. Katakanlah kaki manusia bertambah menjadi tiga. Pemikiran projektif akan melihatnya dari sudut positif dan negatif, dengan pelbagai andaian dan kemungkinan masa hadapan. adil menjadi hakim, bijak dalam bertindak, cermat dalam melihat, teliti dalam berjanji, amanah dalam bersumpah; berhemat sebelum habis, sediakan payung sebelum hujan, berakit- rakit ke hulu berenang-renang ke tepian…

  21. PEMIKIRAN PROAKTIF • Pemikiran proaktif berteraskan daya usaha berfikir sebelum melakukan sesuatu. Objektifnya: berfikir tentang sesuatu yang belum difikirkan oleh orang lain, berfikir tentang sesuatu yang mungkin terjadi, berfikir untuk menghadapi sebarang kemungkinan, dan berfikir tentang perancangan masa hadapan. • Pemikiran jenis ini memerlukan daya imaginasi yang tajam berasaskan ketepatan maklumat dan logika. Keterampilan ini memerlukan daya khayal yang serius, terutama untuk menghadapi situasi yang memerlukan saingan ‘siapa cepat dia dapat’. kalau pandai meniti buih, selamatlah badan sampai ke seberang berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau…

  22. PEMIKIRAN KREATIF • Pemikiran kreatifberteraskan keupayaan mengamati sesuatu dari pelbagai perspektif untuk melaksanakan sesuatu idea. Objektifnya untuk mewujudkan pelbagai: • Persepsi: tanggapan langsung terhadap sesuatu, iaitu proses seseorang mengetahui beberapa hal melalui pancainderanya. • Konsep: idea yang dimujaradkan daripada peristiwa konkrit. • Idea: rancangan yang tersusun dalam fikiran • Penyelesaian masalah: Proses, perbuatan dan cara menyelesaikan sesuatu persoalan. • Peleraian konflik: proses ke arah penyelesaian ketegangan dan pertentangan • Reka cipta: penciptaan sesuatu yang sebelumnya tidak ada

  23. PEMIKIRAN KREATIF • Strategi / Taktik: Ilmu dan seni penggunaan sumber daya untuk melaksanakan kebijaksanaan tertentu. • Tatacara kerja: Aturan mengikut adat kebiasaan dalam aktiviti melakukan sesuatu tindakan. • Teori: Pendapat yang dikemukakan sebagai keterangan tentang sesuatu peristiwa. • Hipotesis: Sesuatu yang dianggap benar, walaupun kebenarannya masih perlu dibuktikan. • Peraturan: Ketentuan yang dibuat untuk mengatur sistem. • Perundingan: Proses, perbuatan, cara berunding atau merundingkan sesuatu.

  24. CIRI PEMIKIRAN KREATIF • Idea, konsep dan tanggapan baharu kadang-kadang bertentangan dengan fikiran logik, tetapi tetap diperlukan • Kepelbagaian alternatif untuk menangani sesuatu permasalahan • Perubahan idea bukannya penerusan idea semasa • Penggantian kerja cara baharu • Kepuasan hati dengan cara pelaksanaan sesuatu idea • Penghasilan idea yang luar biasa yang mengagumkan • Penggunaan logik songsang untuk memperkatakan sesuatu dan menilaikannya. • Pemerhatian terhadap kemungkinan masa hadapan

  25. PEMIKIRAN KREATIF • Pemikiran kreatif digunakan untuk maksud penyelesaian masalah, pewujudan peluang baharu, dan penyataan sokongan terhadap idea yang bertentangan dengan idea semasa. tidak ada keruh yang tak jernih tak ada kusut yang tak selesai kusut benang, cari hujung dan pangkal kusut rambut, ambil minyak dan sikat musuh jangan diadang, selisih jangan dicari tebu pada awak, peria pada teman sesat di hujng jalan, balik ke pangkal jalan…

  26. PEMIKIRAN KONSTRUKTIF • Pemikiran konstruktif berasaskan keupayaan untuk memperbaik kelemahan idea semasa. Objektifnya untuk:memperbaik yang buruk, menambah yang kurang, memperkuat yang lemah, memperbetul yang salah, menghilangkan risiko, meminimumkan bahaya, melaksanakan idea, dan menghindari kegagalan. • Penanda pemikiran konstruktif ialah: pengesyoran konkrit, penentuan cara terbaik, pengenalpastian bukti, dan penentuan gaya pelaksanaan yang berkesan. • Pemikiran konstruktif senantiasa mencari yang lebih baik. Dengan kaedah dan matra baharu, sesuatu idea akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. mencari kata muafakat, menokok mana yang kurang mengulas mana yang senteng, menghubung mana yang pendek

  27. PEMIKIRAN SISTEMATIK • Pemikiran sistematik berasaskan andaian bahawa kita perlu mengawal proses berfikir untuk mengelakkan kecelaruan. Ini dapat dilaksanakan dengan mengambil kira: objektif berfikir, perkara penting yang: difikirkan, diutamakan, diberi tumpuan, didahulukan, dikemudiankan, disirnakan, ditonjolkan, diketengahkan, dibincangkan, diperdebatkan… jika mendapat sama berlaba, kehilangan sama berugi, yang ada dimakan bersama, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah, banyak diberi berumpuk, sedikit beri bercecah, besar kayu besar bahannya…

  28. PEMIKIRAN PRAGMATIK • Pemikiran pragmatik memberikan tumpuan terhadap perkara yang: dapat dilaksanakan, sesuai dengan situasi, dapat diperoleh, diambil kira, kemungkinan terjadi. • Pemikiran pragmatik mengambil kira realiti alam sebenar. Setiap rancangan mengandung lebih daripada satu pelan tindakan. Kemungkinan pemikiran pragmatik ini kurang sesuai dengan ahli akademik kerana mereka selalunya berfikir secara ideal dengan mengesampingkan realiti kehidupan. kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga duduk sama rendah berdiri sama tinggi, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai…

  29. PEMIKIRAN POSITIF • Pemikiran positif berasaskan keupayaan mengenal pasti kebaikan, kegunaan dan kemanfaatan apa-apa sahaja. Objektifnya untuk mengenal pasti: yang baik, yang berguna, yang bermanfaat, yang mendapat faedah, yang berjaya, yang dapat dilaksanakan… • Pemikiran positif dilaksanakan dengan kesedaran tuntas. Kebaikan tetap wujud dalam situasi mana pun, termasuk idea yang buruk. Dengan itu idea yang lemah tidak akan ditolak kerana kelemahannya, tetapi akan dipilih bahagian yang munasabah dan ditolak bahagian yang tidak munasabah

  30. CIRI PEMIKIRAN POSITIF • Antara ciri pemikiran positif ialah: tumpuan terhadap kebaikan dan faedah, cara lain untuk mengatasi kelemahan, mempertahankan kebaikan dan kejayaan,pemberian pelbagai cadangan, faedah masa hadapan, dan faedah daripada idea baharu. tiada tukang yang membuang kayu, yang bongkok ke bingkai bajak, yang lurus ke tangkai sapu, yang setampuk ke papan tuai, yang kecil ke pasak sunting… yang buta penghembus lesung, yang pekak pelepas bedil, yang lumpuh penghuni rumah, yang kuat pembawa beban, yang bingung disuruh-suruh, yang kurap memikul buluh, yang cerdik lawan berunding…

  31. PEMIKIRAN NEGATIF • Pemikiran negatif bersifat semula jadi kerana dalam kehidupan, kesilapan, masalah, bahaya, risiko dan pelbagai musibah lain membawa kesan besar terhadap pemikir. • Pemikiran negatif akan menjadikan elemen tersebut sebagai fokusnya. Objektif pemikiran ini untuk mengenal pasti: keburukan, kelemahan, kesulitan, kebahayaan, kekurangan, risiko, kecacatan, kerugian, kegagalan, kendalaan, siapa yang rugi dan yang kalah, dan mengapa tiada harapan, tiada faedah dan tiada gunanya. • Premis pemikiran ini ialah setiap kebaikan, pasti ada keburukannya. Oleh itu, pemikiran ini akan dapat mengurangkan bahaya, risiko dan kesilapan. Pada masa yang sama, pemikiran jenis ini akan dapat menghambat kreativiti.

  32. PEMIKIRAN NEGATIF • Pemikiran negatif bermanfaat untuk: > mengesan musibah yang mungkin terjadi > menyediakan pelan kecemasan > menyediakan pelan keselamatan > menghindari masalah yang mungkin wujud > mempermantap idea sedia ada • Pemikiran negatif akan memastikan bahawa tindakan yang diambil lebih tepat, dan kesilapan serta keraguan dapat dielakkan.

  33. PEMIKIRAN NEGATIF • Pemikiran negatif mementingkan kebenaran dan realiti, mengambil kira matlamat, strategi, tatacara dan polisis, keselarasan idea dengan agama, budaya dan nilai. • Dalam budaya Melayu, pemimpin yang berfikir secara negatif dianggap pemimpin yang waras, bijaksana, berhati-hati, panjang akal, dewasa, berwibawa, sudah banyak makan garam… Ini demikian kerana soal kemasyarakatan berkait rapat dengan sistem nilai. seperti anjing dengan kucing, rezeki secupak tak jadi segantang hangat-hangat tahi ayam, sayang akan anak tangan-tangankan, sayang akan isteri tinggal-tinggalkan… bertaring tidak mengerkah, berkuku tidak mencakar, berkuasa tidak memaksa, berpengetahuan tidak membodohkan, berpangkat tidak menghambat…

  34. PEMIKIRAN NILAI • Pemikiran nilai berasaskan penggunaan pelbagai nilai sebagai dasar bagi pandangan dan keputusan yang diambil. Sumber nilai yang terpenting ialah agama. Yang tidak beragama akan menjadikan nilai moral sebagai sumbernya. • Agama akan menentukan yang baik, yang buruk, yang salah, yang betul, yang haram, yang mulia, yang hina, yang halal… • Perkara yang betul dari sudut akal, mungkin salah dari sudut nilai. Perkara yang salah dari sudut akal, mungkin juga betul dari sudut nilai.

  35. PEMIKIRAN NILAI • Nilai merupakan faktor utama yang mempengaruhi keputusan. Keputusan subjektif mana sekalipun tetap dipengaruhi nilai pembuat keputusan. Nilai seseorang terhadap wang, kemanusiaan, agama persahabatan, keadilan, nyawa, cinta, waktu, pengetahuan, kekerabatan… bergantung pada konteks, dan objektif semasa. yang diberi garis yang dipahat, yang ditakuk yang ditebang, berjinjang naik, bertangga turun, kemanakan beraja pada mamak, mamak beraja pada penghulu, penghulu beraja pada muafakat, muafakat beraja pada alur dan patut seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, seciap seperti ayam, sedencing seperti besi, malu tak boleh diagih, suku tak boleh dianjak, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedundun, selenggang seayun, seperigi sepermandian, sebantal, sejemuran, sejamban…

  36. PEMIKIRAN EMOTIF • Pemikiran emotif berasaskan penggunaan pelbagai emosi sebagai teras dalam menentukan pendapat dan keputusan. Emosi positif dan negatif digunakan untuk menjawab persoalan apa dan mengapa sesuatu itu wujud atau terjadi. disukai, dibenci, dianggap mudah, dianggap seni, dianggap merdu, dianggap berharga, digemari, dicurigai, dikasihi, dikasihani, dimarahi, dihargai, disangsi, didendami… • Setiap keputusan melibatkan emosi. Emosi ialah unsur normal dan dominan dalam proses berfikir. Yang penting ialah pengembangan antara emosi dengan faktor lain dalam membuat penilaian dan keputusan.

  37. PEMIKIRAN EMOTIF • Gaya berfikir emotif memperlihatkan ciri: > penggunaan emosi yang mendalam seperti kecintaan, ketakutan, kebencian, kemarahan, kecurigaan, dan keimanan > penggunaan nilai emosi pada perincian yang difikirkan sesuai pada satu-satu masa > pengutamaan logik dan penyelarasan antara fikiran dengan keputusan dalam membuat pertimbangan terhadap sesuatu

  38. PEMIKIRAN EMOTIF Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah Timun pada dia, pisau pada dia, hiris tebal tiada siapa menegah, hiris nipis tiada siapa menyuruh Timun dengan durian, menggolek luka digolek luka Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, ikut mata lata Syarak yang mengata, adat yang memaksa

  39. PEMIKIRAN INTUITIF • Pemikiran intuitif berasaskan penggunaan suara hati kecil untuk melakukan sesuatu tindakan, dengan tidak mengambil kira maklumat lengkap. Pemikiran jenis ini digunakan dalam situasi: * keputusan perlu dibuat walaupun tiada maklumat lengkap kerana sebab yang tidak dapat dielakkan * maklumat banyak tetapi tidak relevan dengan keputusan * banyak alternatif keputusan yang sama taranya * keadaan terdesak dan tiada waktu untuk mencari maklumat yang lebih sesuai • Semakin banyak maklumat dimiliki, semakin tinggi keupayaan intuisi untuk membuat keputusan yang tepat. Dalam kebanyakan keadaan, keputusan dibuat berasaskan: INTUISI + EMOSI + NILAI + LOGIK

  40. PEMIKIRAN INTUITIF Bijaknya menyimak kicau murai, bijak menarik rambut di tepung, bijak mengindang beras berantah, bijak menangkis bersilat lidah, bijak membuka simpul mati, bijak menyukat sama pepat, bijak mengukur sama panjang, bijak menimbang sama berat, bijak memberi kata putus, bijak melangkah dalam onak, bijak menepis tutung keris, bijak menyimpai arif mengungkai, bijak berlayar di angin sakal, bijak berkayuh menongkah arus, bijak marah dalam tertawa, bijak tersenyum dalam susah

  41. PEMIKIRAN OBJEKTIF • Pemikiran objektif ditandai oleh keupayaan untuk memperoleh maklumat dan fakta semata-mata. Objektif pemikiran ini untuk: > mendapatkan maklumat yang sedia ada > mendapatkan maklumat yang belum ada > mendapatkan maklumat lanjut > memperoleh cara mendapatkan maklumat • Pemikiran objektif bermakna elemen emosi, cita rasa, prasangka, dan nilai tidak diambil kira. • Contoh pertanyaan objektif: berapa harganya, berapa bahagian yang dikenal pasti, di mana diperoleh, apakah masalahnya, mana buktinya, apakah bahan yang diperlukan, mengapa…, apa, bila, bagaimana…

  42. PEMIKIRAN OBJEKTIF • Maklumat penting untuk membuat rumusan. Namun, maklumat yang terlalu banyak juga akan menghambat idea baharu. • Berfikir dengan objektif bermakna kita berfikir secara logika. Cadangan, idea, pandangan, tanggapan, kritikan, dan penilaian tidak boleh dibuat, tanpa fakta. Walau bagaimanapun, maklumat tidak boleh menggantikan keterampilan berfikir. Untuk mewujudkan idea baharu tetap diperlukan imaginasi dan spekulasi. kalau patah nak dengan detusnya, kalau sekah nak dengar leraknya, kalau tumbang nak dengar dentumnya… haus memberi air, litak memberi nasi, hilang mencari, sakit mengubat, mati menanam lain lubuk lain ikannya, lain padang lain belalangnya

  43. PEMIKIRAN LOGIKA • Pemikiran logika berasaskan keupayaan untuk mengenal pasti yang betul dan yang salah dari segi logiknya. Logik terbahagi kepada dua, iaitu: * logik akal: logik ciptaan akal manusia semata-mata seperti matematik * logik alam: logik yang berasaskan realiti alam sebenar • Pemikiran logika akal mungkin benar, tetapi tidak semestinya benar jika dilihat dari sudut logik alam. • Pemikiran logika ini digunakan untuk: mengenal pasti sebab akibat hubungan antara perkara atau peristiwa; membuat rumusan; dan mempermantap hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu idea.

  44. PEMIKIRAN LOGIKA • Logik akal bersifat nyata dan langsung, dan terdiri daripada satu set peraturan yang tujuannya untuk memperjelas perkara yang tersirat. Apabila peraturan dilanggar, maka terjadilah kesilapan logik. • Proses berfikir logika terjadi dalam duatahap, iaitu: * Peringkat persepsi: membuat tanggapan terhadap sesuatu idea * Peringkat proses: penggunaan logik • Contoh pemikiran logika: Semua agama menuntut manusia supaya mencintai kedamaian, membuat kebaikan serta menjauhi kejahatan. Oleh itu, semua orang beragama akan mencari kedamaian, senantiasa membuat kebaikan dan kebajikan serta tidak melakukan kejahatan

  45. PEMIKIRAN LOGIKA • Contoh pemikiran logika: Pangkat tinggi dan harta benda yang banyak akan membahagiakan manusia. Oleh itu, orang yang berpangkat tinggi dan kaya raya akan berasa bahagia yang tidak terhingga Yang elok dipakai, yang buruk dibuang Kalau singkat minta disambung, kalau panjang minta dikerat, kalau koyak minta ditampal Anak udang udanglah juga, mana nak jadi anak tenggiri… Datang nampak muka, pergi nampak belakang Pelepah tak akan melampaui pucuk Bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelombang

  46. PEMIKIRAN LATERAL • Pemikiran lateral berasaskan penciptaan idea yang baharu sama sekali. Hubungan dengan idea semasa diputuskan terus. Pemikiran lateral dapat mewujudkan idea melalui: > teknik songsang > teknik herot-perot > teknik analogi > teknik sergahan minda • Ciri utama pemikiran lateral ialah: > penundaan proses membuat penilaian > proses membuat keputusan terhadap sebarang idea > keupayaan berfikir tanpa konkongan terhadap jawapan ya / tidak > gayanya menggunakan logik boleh jadi

  47. PEMIKIRAN LATERAL • Contoh pemikiran lateral: Kepala sudah licin berkilat, menengok betina matanya lekat, dijadikan tua bala yang dapat Orang mengantuk disorongkan bantal Sudah jatuh ditimpa tangga Kalau ada sumur di ladang dapat kita bersama mandi kalau ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi

  48. PEMIKIRAN VERTIKAL • Pemikiran vertikal dikenali juga dengan nama pemikiran Jujmental. Pemikiran jenis ini merujuk operasi mental yang bergerak seperti dalam garisan lurus dan menegak. Tugasnya untuk mengenal pasti cara dan kaedah lain untuk mendefinisikan masalah dan mentafsirkannya. • Pemikiran vertikal dan pemikiran lateral mempunyai perbedaan yang nyata. Perbedaannya adalah seperti yang berikut: > pemikiran vertikel bersifat selektif, analitikal, menerima maklumat luar walaupun tidak relevan dengan masalah, dan beroperasi secara kronologi. > pemikiran lateral bersifat generatif, provokatif, menerima maklumat untuk mencipta maklumat baharu, dan menerima pemikiran yang tidak kronologi.

  49. PEMIKIRAN VERTIKAL • Contoh: • Rezeki secupak tak jadi segantang • Seperti anjing dengan kucing • Hangat-hangat tahi ayam • Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan • Supaya Melayu tetap terpuji Tunjuk dan ajar pemayung diri Apabila Melayu tak mahu terkeji Tunjuk ajar hendaklah dikaji

  50. PEMIKIRAN PARALEL • Berteraskan gaya berfikir enam topi warna, iaitu: Topi putih: untuk memperoleh maklumat semata-mata - bertemu buku dengan ruas Topi merah: penggunaan pelbagai emosi dan intuisi - sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang - sekali mengorak pura, dua tiga hutang langsai - sekali merengkuh dayang, dua tiga pulau terlangsung Topi hitam: aspek risiko, bahaya, kegagalan, kesilapan dan kesukaran - sebab pulut santan binasa - cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar- dengar

More Related