1 / 59

BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI.

kalare
Download Presentation

BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  2. KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI • Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap sudut. Metode atau kaedah yang digunakan dan dilalui oleh sesebuah negara atau bangsa untuk mencapai modenisasi ini pula berbeza. • Ada sesetengahnya berlaku dalam bentuk perancangan yang teratur dengan menetapkan terlebih dahulu apakah proses, kaedah dan matlamat yang hendak dicapai. • Manakala sesetengahnya pula berlaku perubahan dalam bentuk yang tidak dirancang, dan kebiasaannya boleh dihubungkan dengan tekanan daripada unsur-unsur luar.

  3. Jika pembangunan hanya menekankan aspek material semata-mata dengan mengenepikan aspek spiritual, maka matlamat pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak akan tercapai. Kedua-dua aspek ini mesti disatukan dan diseimbangkan bagi menuju ke arah kebahagiaan yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, dari sudut realitinya dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu, konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan tradisi sekularisme barat. • Sejak dari zaman batu awal (paleolitik) hinggalah ke zaman moden hari ini, manusia sentiasa berusaha untuk mengembangkan kegiatan ekonomi mereka, baik secara evolusi mahupun revolusi. Tujuannya adalah untuk merubah tahap kehidupan dan membangunkan masyarakat.

  4. KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN • Kerumitan dan masalah ekonomi terus juga berlaku serta sukar untuk diatasi. Implikasinya bukan hanya membawa kepada perbezaan jurang dalam masyarakat tetapi juga perpecahan dan peperangan antara kaum dan negara. • Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong. Sebagai contoh ekonomi kapitalisme adalah berbeza daripada ekonomi marxisme dan begitulah dengan yang lain-lainnya. Komponen ekonomi boleh saja disandarkan kepada aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan, peralatan yang digunakan dan sebagainya.

  5. KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN • Politik memainkan peranan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah, juga digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi, membina negara (state-building) dan negara-bangsa (nation-state). • Komponen-komponen yang ada seperti ekonomi,sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini.

  6. PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Dalam persada sejarah negara, pembangunan ekonomi ini telah melalui beberapa zaman yang berbeza. (1) Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 – 1956) • Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu sebelum kedatangan British (1400 – 1786) dan semasa penjajahan British.

  7. (2) Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786) • Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan. Mereka tidak berhadapan dengan masalah untuk mencari nafkah, memandangkan persekitaran tempat tinggal mereka mudah untuk memperolehi tanah-tanah yang subur dan lautnya dipenuhi dengan ikan. Begitu juga dengan sumber-sumber dari hutan yang mudah diperolehi. Keadaan semulajadi ini secara tidak langsung telah menentukan pola pekerjaan dan penempatan mereka.

  8. (3) Sistem dan pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Semasa Penjajahan British • Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Orang Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang terletak berhampiran bandar-bandar, manakala orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah. Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan.

  9. Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara mereka. • Pihak Inggeris telah menyediakan infrastruktur perhubungan dan pengangkutan seperti jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan untuk menambahkan pengeluaran.

  10. Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah seolah-olah tidak digalakkan oleh penjajah. Pihak Inggeris mahu mengekalkan mereka di dalam kegiatan-kegiatan pertanian yang boleh menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.

  11. 4.3 Modenisasi Di Malaysia Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Dua komponen penting untuk modenisasi Komponen ekonomi Komponen politik

  12. 4.3.1 Komponen Ekonomi Sejak awal lagi, sasaran Malaysia - mewujudkan masyarakat industri. Tumpuan: Peringkat awal - lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Akhir 1960-an- pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang 2000-an- pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

  13. 4.3.2 Komponen Politik Isu pembinaan negara bangsa penting kerana wilayahnya terdiri dariopada gabungan daerah, bangsa dan kerajaan yang berbeza hasil daripada proses migrasi dan penjajahan. Modenisasi dilakukan melalui: Pembinaan negara bangsa Dasar awam Penialain pencapaian dasar awam Integrasi nasional

  14. 4.3.3 HE Dalam Konteks Modernisasi Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal). Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.

  15. 4.3.4 Acuan Ekonomi Malaysia Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris, e.g. getah dan kelapa sawit. Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas. Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kumpulan etnik. Dua ciri: (1) aspek ekonomi; (2) ciri etnik

  16. 4.3.5 Ciri-ciri Etnik Dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik, Ekonomi Terdapat 24.36 juta penduduk Malaysia pada 2006: bumiputera 25.3%; Cina 25.3%, India 7.5%, etnik SS 1.3%. Aspek demografi menentukan kuasa politik. Melayu etnik majoriti dari segi demografi dan politik, Cina menguasai ekonomi. Kerajaan utamakan keseimbangan ekonomi untuk elak 13 Mei.

  17. 4.3.6 Perancangan Pembangunan Lima Tahun Draft Development Plan of Malaya (1950-1955) Asas tradisi perancangan moden Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Ke arah pemerintahan sendiri (PU 1955, Kemerdekaan 31 Ogos 1957) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) Penerusan dasar oleh pemimpin tempatan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) Lebih agresif, meliputi pendidikan, bahasa, budaya. Fokus utama, bangunkan masyarakat desa yg miskin.

  18. 4.3.6 Perancangan Pembangunan Lima Tahun Konfrontasi Malaysia Indonesia, Peristiwa 13 Mei Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) DEB (1971-1990) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) RMK4, RMK5 & RMK6 menitikberatkan teknologi yg lebih maju dan dasar penswastaan

  19. 4.3.6 Perancangan Pembangunan Lima Tahun Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) RMK7 & RMK8 berikan perhatian kepada industri berasaskan k-ekonomi Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) Modal insan hadhari

  20. 4.3.7 Dasar-dasar Awam: Pertanian, Perindustrian dan K-ekonomi Badan-badan untuk memajukan pertanian dan membasmi kemiskinan FELDA FELCRA MARA 1990an, perhatian kepada sektor perindustrian, e.g. Dasar Perindustrian Berat Dasar Penswastaan Kini pembangunan ekonomi menjurus kepada k-ekonomi dan ICT

  21. 4.4.1 Antara Pertumbuhan dan Agihan Antara Pertumbuhan Dan Agihan Isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. Beberapa isu penting : Antara Pertumbuhan dan Agihan Antara Equality dan Equity Isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut, antara kelas sosial yang berbeza. antara kelompok etnik yang berbeza. Untuk atasi masalah, DEB dilancarkan.

  22. Antara Equality dan Equity Antara Equity dan Equality Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Fasal (153) berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera. 4.4.2 Antara Equity dan Equality

  23. DEB dan HE Dasar pecah dan perintah British Pembangunan tidak seimbang Wujudkan jurang ekonomi antara kaum Bukti kemiskinan, rujuk Jadual 4.1 (ms 55) dan Jadual 4.2 (ms 56). DEB tidak mendiskriminasikan kaum, hanya sasarkan 30% pemilikan, bukannya 100%. 4.4.3 DEB dan HE

  24. Insiden kemiskinan menurun % Isi rumah Malaysia Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

  25. Insiden Kemiskinan Tinggi Di 5 Buah Negeri

  26. Jurang pendapatan antara kaum berkurangan Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah 1970 1980 1990 1999 2002 1: 2.1 1: 2.3 1: 1.8 1: 1.7 1: 1.7 1: 13 1: 1.8 1: 1.7 1: 1.4 1: 2.1 1: 1.8 1: 1.3 1: 1.8 1: 1.9 1: 13 Luar Bandar : Bandar Bumiputera : Cina Bumiputera : India

  27. Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30% Matlamat Pencapaian 1970 1990 1990 2002 • Bumiputera • Bukan Bumi. • Cina • India • Lain-lain • Asing • Nomine • JUMLAH 2.4 32.3 63.3 2.0 100.0 30.0 40.0 30.0 100.0 19.3 46.8 45.5 1.0 0.3 25.4 8.5 100.0 18.7 43.2 40.9 1.5 0.8 28.9 9.2 100.0

  28. Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003 1990 2002 Profesion Bumi Cina India Cina India Bumi • Akauntan • Arkitek • Doktor • Doktor Gigi • Doktor Veterinar • Jurutera • Juru Ukur • Peguam • JUMLAH 11.2 23.6 27.8 24.3 35.9 34.8 44.7 22.3 29.0 81.2 74.4 34.7 50.7 23.7 58.2 49.6 50.0 55.9 6.2 1.2 34.4 23.7 37.0 5.3 3.7 26.5 13.2 20.0 43.6 38.5 38.2 40.1 43.5 46.0 35.1 37.2 74.6 52.6 29.9 40.3 29.8 50.1 49.3 38.4 50.1 5.1 1.3 27.5 19.1 25.7 5.3 3.1 25.8 11.2

  29. Kualiti Hidup rakyat Malaysia meningkat

  30. Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi Bahasa Melayu Bahasa rasmi- pemangkin pembangunan negara Wadah komunuikasi untuk perpaduan nasional Pendidikan vernakular dibenarkan Kepentingan BI Dasar bahasa selepas 199 Martabatkan BM sebagai bahasa perpaduan Menjadikan BI bahasa pengajaran sains & math 4.4.4 Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti

  31. Globalisasi, Ekonomi dan HE Globalisasi Membantu memajukan ekonomi Asia dalam tempoh yang singkat (negar –negara Eropah Barat ambil masa yang lama) Menyebabkan negara-negara Asia mengalami krisis ekonomi 1985-1986. Akibat aliran keluar masuk modal asing Kesan kepada syarikat-syarikat. 4.4.5 Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan HE

  32. Implikasi Terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu Syarikat bukan Melayu berpengalaman, mampu hadapi krisis ekonomi. Syarikat Melayu tiada pengalaman, bermasalah, 1998, 25000 syarikat IKS dan 191 syarikat milik majoriti Melayu muflis. Perkongsian bijak bumi nonbumi untuk menghadapi cabaran ekonomi. 4.4.6 Krisis Besar Ekonomi 1985-1986, 1997-1998

  33. Bank-bank Islam pertama di dunia; Dubai Islamic Bank, UAE, dan Bank Pembangunan Islam (IDB), Arab Saudi pada 1975; membawa kepada kepesatan institusi kewangan Islam di seluruh dunia 1976-1985. Sudan, Pakistan, Iran tukar kepada sistem perbankan Islam. Gesaan di Malaysia, kejayaan LUTH. 4.4.7 Ekonomi Islam dalam ekonomi arus perdana Malaysia

  34. Kerajaan mewartakan Akta Bank Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983, berkembangnya sistem perbankan, insuran dan pasaran kewangan Islam. Akta Takaful 1984, penubuhan STMB, TNSB dsb. Dua peranan sistem perbankan Islam: Penyumbang kepada ekonomi negara Memenuhi tuntutan masyarakat Islam 4.4.7 Ekonomi Islam dalam ekonomi arus perdana Malaysia

  35. Diperkenalkan 1983, bertentangan dengan dasar pemiliknegaraan (nationalization) Tun Dr M: kerajaan tidak cekap, swasta cekap, penswastaan tingkatkan prestasi. Perbelanjaan sektor awam: 28% (1975); 35% (1982), kerajaan menanggung beban kewangan yang besar. 4.4.8 Dasar Penswastaandalam konteks Hubungan Etnik

  36. Tujuan Dasar Penswastaan: Kurangkan beban kewangan kerajaan. Tingkatkan persaingan, perbaiki kecekapan dan produktiviti. Rangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian. Kurangkan bilangan dan saiz sektor awam. Membantu pencapaian matlamat DEB. 4.4.8 Dasar Penswastaandalam konteks Hubungan Etnik

  37. 1980an, usahasama dengan Mitsubishi, selaras dengan Dasar PKT. 7 Mei 1983, penubuhan PROTON, modal berbayar RM150 juta. Pemegang saham: HICOM (70%), Mitsubishi Motors Corporation (15%), dan Mitsubishi Ciorporation (15%). 1 Julai 1985, Proton Saga, model pertama dikeluarkan. 4.4.9 Industri Automobil Nasional dan penglibatan etnik

  38. Untuk melindungi industri automobil nasional, Dasar Automotif Negara (DAN) dilancarkan. Tujuan utama DAN: merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara; Memberi manfaat kepada pengguna. Sebagai wadah kepada penglibatan golongan Bumiputera 4.4.9 Industri Automobil Nasional dan penglibatan etnik

  39. 4.5 Kesimpulan Aspek ekonomi dan etnisiti tidak dapat dipisahkan. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Kesan positif pembangunan ekonomi Malaysia dalam konteks hubungan etnik: kemiskinan tanpa mengira etnik. penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang

  40. (4) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama • Rancangan pembangunan negara sebenarnya telahpun bermula sekitar tahun 1950an. Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara. Sehubungan itu, rancangan pembangunan dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama telah dimulakan pada tahun 1956 hingga 1960. Sejumlah RM1,100 juta telah dilaburkan dalam rancangan ini. Tumpuan yang diberikan ialah untuk mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor awam yang berpadu.

  41. Rancangan Malaya Kedua lebih menumpukan kepada pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat jelata. Jangka masa untuk pelaksanaan rancangan ini ialah selama lima tahun (1961 – 1965), dan peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini sebanyak RM2,150.00 juta. • Melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970), beberapa pembaharuan telah diperkenalkan, diantaranya ialah menentukan hala tuju pembangunan dan meletakkan matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Matlamat yang ingin dicapai melalui rancangan ini ialah agar semua golongan miskin dan tidak bernasib baik dapat merasai nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang dirangka.

  42. Sungguhpun rancangan ini telah dianggap berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi, namun masih lagi tidak seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara kaum. • Penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor ekonomi masih lagi ditentukan mengikut kaum. Situasi ini telah melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kaum yang ada. Akibatnya pada 13 Mei 1969 berlakulah peristiwa yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.

  43. (5) Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua • Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan formula yang digunakan untuk memperbetulkan keadaan yang tidak selesa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah. Ia dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) yang melibatkan kos sebanyak RM7,250 juta dan merupakan satu Rancangan Jangka Panjang yang diatur untuk dilaksanakan dalam fasa kedua ini.

  44. Oleh kerana proses untuk mewujudkan perpaduan negara ini akan mengambil masa yang panjang maka DEB telah diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). • Melalui DEB ini, kerajaan telah memainkan peranannya secara langsung dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang ditetapkan. Perbadanan-perbadanan awam telah ditubuhkan untuk mengimbangi peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi pembangunan ekonomi negara.

  45. Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. • Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

  46. Bagi tahun 1970 pendapatan RM200.00 sebulan dianggap berada di bawah paras kemiskinan, tahun 1975 - RM250.00, tahun 1976/77 - RM272.00 dan tahun 1979 – • RM282.00 sebulan (INTAN 1980). • Penyusunan masyarakat pula adalah melalui strategi-strategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut.

  47. DEB dirangka untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada kaum bumiputera sahaja, tetapi juga mengambil kira kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing. • Pada pertengahan tahun 1980an memperlihatkan kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara memaksa kerajaan mengkaji semula peranannya sebagai penggerak dalam pembangunan ekonomi negara serta dasar-dasar yang dilaksanakan.

  48. RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA KETIGA • Kegagalan DEB dalam mencapai matlamatnya telah membawa kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermula dari tahun 1991-2000. • Walaupun DPN merupakan dasar baru negara, namun matlamat DEB iaitu untuk mewujudkan perpaduan negara masih diteruskan dalam perlaksanaannya. DPN juga tetap mengekalkan strategi DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang lebih seimbang.

  49. Beberapa kelemahan yang terdapat di dalam DEB sebelumnya telah diberi perhatian untuk diperbetulkan. Oleh itu, beberapa pendekatan telah diambil untuk dilaksanakan dalam DPN antaranya: • Memberi tumpuan yang lebih terhadap usaha pembasmian kemiskinan di kalangan golongan miskin tegar • Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah masyarakat bumiputera yang berorientasikan perdagangan dan perindustrian. • Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih aktif dalam proses penyusunan semula masyarakat. • Memberi lebih penekanan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika

  50. Dalam Rancangan Jangka panjang Ketiga (2001 – 2010) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional yang telah dilaksanakan sebelumnya. Objektif kepada pelaksanaan dasar ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dalam semua bidang mengikut coraknya yang tersendiri. • Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 – 2010), pelaksanaan Dasar Wawasan Negara fasa pertama ialah memberi tumpuan kepada pembangunan yang bercorak fizikal khususnya mewujudkan kemudahan infrastruktur yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi • dan sosial.

More Related