1 / 8

MENGINTAI RUANG INSAF

MENGINTAI RUANG INSAF. Shukri Abdullah. Penyajak berasaskan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlati di padang hidup

kinsey
Download Presentation

MENGINTAI RUANG INSAF

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MENGINTAI RUANG INSAF Shukri Abdullah

  2. Penyajak berasaskan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu Sewaktu berlati di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi.

  3. Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, “Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rabb, Moga pintu taubat-Mu terbuka Sebelum api dari bara itu menyala. Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka.

  4. MAKSUD PERKATAAN nur-Mu – cahaya Allah tersadung – melanggar, merempuh selirat – berjalin-jalin dan kusut pidana – kejahatan atau kesalahan ancala - gunung aksara - huruf khilaf – salah atau keliru atau silap Rabb – yang empunya segala sesuatu, Allah

  5. TEMA Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat. PERSOALAN • Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup • Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. • Persoalan keinginan untuk kembali mendapatkan keampunan dan rahmat Allah. • Persoalan kesukaran mendapatkan rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup.

  6. NILAI • Keinsafan – timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya. • Rasional – penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. • Kesedaran – penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan • Bertakwa – ketakwaan dapat menghindarkan diri daripada kejahilan dan kemungkaran. • Kesyukuran – manusia yang sentiasa bersyukur akan mengenal kebesaran dan kasih sayang Tuhan kepada hambanya. • Merendah diri – bertaubat dan memohon keampunan menampilkan nilai merendah diri hamba terhadap penciptanya.

  7. PENGAJARAN • Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. • Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. • Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mengejar ilmu. • kita mestilah ingat akan Tuhan yang mencipta kita dan menjalankan amanah Tuhan sebaik-baiknya • Janganlah lakukan perkara-perkara mungkar yang menjauhkan diri kita dari nur dan keredaan Tuhan • Kita mestilah selalu bermuhasabah agar kita dapat membaiki diri dan mengubah perangai buruk yang penuh kejahilan.

  8. SOALAN • Nyatakan faktor yang boleh mendorong seseorang itu insaf? • Sedar akan kesilapan lampau • Mempunyai keinginan bertaubat

More Related