1 / 21

PASARAN MODAL ISLAM

PASARAN MODAL ISLAM. Mohd Zaim Bin Mohd Nadzir (126553) Wan Abdul Fatah Bin Wan Ghafar (123151) Mohd Zaki Bin Shaari (126231) Nur Hanisah Bt Ngaimin (125022) Siti Suhaidah Chia Bt Muhamad Yusof Chia (125023) Nurul Shuhada Bt Yusof @ Ayub (126636). Pasaran Modal Islam Di Malaysia.

Download Presentation

PASARAN MODAL ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PASARAN MODAL ISLAM Mohd Zaim Bin Mohd Nadzir (126553) Wan Abdul Fatah Bin Wan Ghafar (123151) Mohd Zaki Bin Shaari (126231) Nur Hanisah Bt Ngaimin (125022) Siti Suhaidah Chia Bt Muhamad Yusof Chia (125023) Nurul Shuhada Bt Yusof @ Ayub (126636)

  2. Pasaran Modal Islam Di Malaysia • Masih di peringkat awal • Sokongan kerajaan merupakan faktor utama yang mempercepatkan proses pertumbuhan dan perkembangan pasaran modal Islam di Malaysia  • Sambutan yang menggalakkan daripada   peserta pasaran iaitu pelabur, perantara kewangan serta syarikat yang memerlukan pembiayaan berdasarkan prinsip Islam • Peranan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pengawal selia pasaran modal

  3. Instrumen yang didagangkandalam pasaran • Saham biasa (SB) • Pemilikan sesebuah syarikat oleh pemegang saham • Kontrak mudharabah • Pemegang saham mempunyai hak pemilikan, hak berkongsi untung, hak mengundi ahli Lembaga Pengarah • Menanggung risiko yang dikaitkan dengan pemilikan tersebut • Tidak mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan syarak

  4. Sambungan…. • Saham keutamaan  (SK) - Instrumen yang mempunyai ciri-ciri yang menyamai bon dan saham biasa - Terhad penggunaannya - Ciri umum: Pemilik berhak mendapat dividen tetap sebelum dividen dibayar kepada pemegang saham biasa   - Distrukturkan supaya dapat memenuhi keperluan syarak seperti pembayaran dividen yang tidak tetap  

  5. Sambungan…. • Bon atau debentur • merupakan nota janji jangka panjang yang dikeluarkan oleh syarikat yang memerlukan pembiayaan • melayakkan pemiliknya untuk mendapat bayaran faedah berkala di samping bayaran semula prinsipal pada akhir tempoh matang • Amaun faedah yang diterima adalah tetap dan  bergantung kepada kadar kupon bon • Bukan sebahagian daripada modal saham tetapi umumnya sebagai pinjaman modal • Pemegang debentur bukanlah pemegang saham

  6. Keperluan Asas Pelaburan Islam • Islam tidak melarang transaksi hutang • Al-quran menegaskan bahawa kontrak hutang hendaklah dijalankan tanpa faedah,masa yang tetap dan mesti direkod mengikut terma – terma ekuiti. • Penggunaan kredit adalah sama seperti dalam sistem kapitalis yang biasa, di mana pemiutang menerima bon atau pinjaman atau perjanjian untuk membayar jumlah wang prinsipal tetap pada masa hadapan dan kadar faedah tetap. • Tetapi di dalam Islam Allah telah membenarkan perniagaan dan melarang riba (interest)

  7. Pelaburan Ekuiti Dalam Islam • Berpandukan ayat 275 surah al-Baqarah ahli – ahli fekah (fuqaha) membenarkan pelaburan ekuiti. Kemungkinan keuntungan adalah daripada positif atau negatif yang mana tidak ditentukan. • Pegangan ekuiti mungkin dalam sektor hartanah atau dalam perniagaan. • Pegangan ekuiti dalam perniagaan oleh individu boleh secara langsung atau tidak melalui institusi kewangan.

  8. Sambungan…. • Bank Islam fokus dalam pelbagai jenis : - Musharakah [sistem yang sama seperti “joint venture” yang mana bank sebagai pekongsi dalam tempoh masa untuk sesuatu projek-bank dan pelanggan sama-sama sumbang modal serta kongsi untung ikut nisbah yang dipersetujui] - Mudarabah [ gabungan modal dan kepakaran, bank sebagai rakan kongsi tidur sumbang modal manakala pelanggan sumbangkan kepakaran. Untungrugi dikongsi ikut nisbah yang dipersetujui] - Murabahah [ sama seperti serahan perniagaan, bank membeli komoditi untuk pelanggan pada harga yang diketahui dan jual semula kepada pelanggan atau pihak ketiga pada harga keuntungan]

  9. Kemungkinan Penerimaan Islam Terhadap Pulangan Atas Sekuriti Korporat (i) Ciri – ciri sekuriti pemilikan korporat • SB asasnya tiada pembayaran tetap, tetapi mempunyai hak ke atas apa jua baki harta atau hasil yang tinggal selepas bayaran kepada pemiutang dan saham keutamaan (SK) di lakukan. • Ini benar sama ada pemilik memegang ekuiti dalam pecahan hartanah yang mengandungi cagaran hutang, atau saham dalam perniagaan di mana aset mereka terlibat dengan pembayaran kepada pemiutang.

  10. Sambungan…. • Nilai baki pembayaran pemilik hartanah dan pemegang SB akan berubah disebabkan nilai harta dan hasil yang berubah – ubah. • Jelasnya, SK adalah tidak pasti gambaran pemilikannya walaupun mereka adalah secara sah pemilik instrumen. • SK sama dengan alat kredit di mana : - Pembayaran hasil adalah nilai yang tetap atau kadar yang melebihi baki berubah seperti yang diterima oleh pemegang SB - Dalam kes pembubaran perniagaan, nilai tuntutan SK biasanya dibayar semula sebelum sebarang pembayaran kepada pemegang SB.

  11. Sambungan…. • Disebabkan oleh dua ciri tersebut, SK dikenali dalam lingkungan kewangan dengan terbitan bon seakan – akan alat kredit. • Asas kepada hak keutamaan dan kecenderungan mestilah difahami sebaiknya dan tidak digabungkan daripada ciri lain iaitu kadar faedah tetap yang tidak ditentukan. • Kadar faedah tetap yang tidak ditentukan adalah dilarang oleh fuqaha tetapi ianya tidak harus ada kekeliruan dengan jenis pelarasan keutamaan semasa pengagihan keuntungan.

  12. Sambungan…. • Jika terdapat keuntungan pemegang SK akan mendapat pulangan terlebih dahulu daripada pemegang SB. • Pemegang SK juga mempunyai hak untuk mengundi. • Keuntungan yang patut dikekalkan dan perlu diagihkan adalah ditentukan oleh Lembaga Pengarah di mana mereka menerima persetujuan daripada pemegang SB di mana pemegang SK tidak terlibat. • Ciri terkumpul adalah perlindungan kepada hak dividen pemegang SK disebabkan mereka tidak terlibat dalam membuat keputusan tersebut.

  13. Sambungan…. • Sekiranya proses membuat keputusan tidak memuaskan hati pemegang SK mereka mempunyai 2 pilihan : - bersara sekiranya penebusan disertakan - menjadi ahli yang aktif sekiranya pertukaran peruntukan disertakan • Peruntukan ‘pengeluaran’ adalah sama sengan konsep perjanjian ‘musharakah’ di mana bank islam terlibat dalam projek kewangan.

  14. Sambungan…. • Selepas kadar tetap dimansuhkan SK akan hilang campuran semulajadi ‘hybrid nature’ dan akan cenderung kepada bahagian pemilikan. • Kadar rundingan melibatkan keuntungan yang berpatutan. • Pengarah boleh menangguhkan dividen jika pendapat mereka menepati kehendak perniagaan.

  15. Sambungan…. • Ini berbeza daripada instrumen kredit di mana faedah mesti dibayar tidak kira sumber daripada mana dan sama ada pendapatan semasa mencukupi jika syarikat yang bankrap itu kekal. • Pemegang SK membuat tuntutan kepada pendapatan dan prinsipal. • Seterusnya SK tanpa pilihan penebusan, tidak akan matang tetapi akan beroperasi berterusan. • Di dalam memilih sekuriti korporat dalam modal pasaran campuran kita perlu berhati – hati dengan sumber pendapatan perniagaan dan penggunaannya.

  16. ii) Untung Modal-bahagian lain dalam pendapatan • Bahagian lain daripada pulangan atas saham biasa mungkin boleh diterima dalam bentuk lebihan terkumpul atau penilaian dalam nilai pasaran. • Nilai saham adalah turun naik dalam pasaran • Untung modal atau rugi berlaku pada masa jualan saham atau harta dalam pasaran terbuka. • Nilai keuntungan atau kerugian yang diperoleh melalui jualan saham adalah secara kebetulan daripada kecairan stok melebihi tunai yang diperlukan oleh pelabur.

  17. Sambungan…. • Kita seharusnya berhati-hati dalam membezakan untung sah daripada jualan aset dan untung tidak sah daripada spekulasi, perjudian dan perjanjian masa hadapan yang mana diharamkan dalam Islam. • Islam melarang spekulasi dan perjanjian masa hadapan yang bermaksud bayaran pinjaman hanya boleh ditangguhkan apabila pelanggan atau pengeluar dalam keadaan sukar untuk bertemu penggunaan benar atau keperluan pengeluaran.

  18. Sambungan…. • Realisasi dalam untung modal boleh menjadi spekulasi apabila disalahguna oleh broker. Amnya orang yang mengambil untung atau hasil jangka pendek selalunya tidak hirau situasi syarikat persendirian. • Harga saham meningkat dengan untung dari perniagaan dan polisi dividen. Pelabur mungkin lebih tertarik kepada dividen daripada jumlah pendapatan dalam syarikat.

  19. Sambungan…. • Perjudian dapat dilihat dari segi aktiviti ekonomi. Ia adalah andaian risiko untuk keuntungan yang mana orang yang terlibat mengambil risiko sebagai taruhan atau peluang dalam permainan. • Aktiviti spekulative berkait dengan salahguna dan perjanjian masa hadapan dimana pelabur mencari pulangan yang utama daripada pendapatan perniagaan melebihi daripada operasi jualan atau pembelian dalam turun naik pasaran.

  20. Sambungan…. • Perbezaan antara spekulasi dan pelaburan adalah dari segi tujuan. • Spekulasi adalah mengutamakan tujuan penghargaan pada prinsipal manakala pelaburan Islam adalah untuk pendapatan di mana pendapatan itu adalah tetap dalam perniagaan untuk pegangan saham

  21. Kesimpulan • Pelaburan dalam Islam adalah dibenarkan tetapi perlu jelas kepada skop dan bentuk aktiviti serta garis panduan untuk aliran dana dalam ekonomi Islam. • Apa yang paling penting tujuan pelaburan tersebut dan ianya mestilah memenuhi kehendak syariah.

More Related