1 / 90

PERIBAHASA

PERIBAHASA. Ada udang di sebalik batu = ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu perbuatan. Ada perahu hendak berenang. = ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya memilih jalan yang sukar. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

love
Download Presentation

PERIBAHASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERIBAHASA Ada udang di sebalik batu = ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu perbuatan.

  2. Ada perahu hendak berenang • = ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya memilih jalan yang sukar.

  3. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah • = dua kuasa besar berperang menyebabkan pihak yang lemah menjadi mangsa.

  4. Pisang tidak berbuah dua kali • = sesuatu perkara yang tidak baik akan sentiasa diingati agar tidak berulang lagi.

  5. Enggang lalu ranting patah • = seseorang yang pernah melakukan kejahatan, walaupun tidak melakukannya, tetap dituduh.

  6. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung @ Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak • = Kita hendaklah mengikut adat, peraturan atau budaya sesuatu tempat di mana kita berada.

  7. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat • = Diam orang yang cerdik mendatangkan hasil tetapi diam orang yang bodoh mendatangkan keburukan.

  8. Seperti belut pulang ke lumpur @ Seperti gagak pulang ke benua @ Ke mana terbangnya bangau kalau tidak ke belakang kerbau • Orang yang merantau akhirnya akan pulang ke kampung juga

  9. Genggam bara api biar sampai jadi arang @ Alang-alang mandi biar basah @ Alang-alang berdakwat biar hitam @ Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan • Melakukan sesuatu kerja mestilah hingga selesai dan sempurna.

  10. Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah • = Orang lain yang melakukan kejahatan, orang lain yang dituduh.

  11. Bagai aur ditarik songsang • Susah berbincang dengan orang yang berbeza pendapat.

  12. Bagai mencurah air ke daun keladi @ Bagai mencurah garam kelaut @ Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri @ Bagai hujan jatuh ke pasir • Nasihat yang tidak memberi kesan

  13. Lembu punya susu, sapi punya nama • = Orang lain yang buat kebaikan, orang lain pula yang dipuji

  14. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercatum juga @ Air dicencang tak akan putus • = Perkelahian adik-beradik tidak panjang, akhirnya mereka akan berbaik kembali

  15. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri @ Membuka pekung di dada • Sekiranya kita menceritakan keburukan keluarga sendiri, akhirnya kita juga yang mendapat malu

  16. Menunggu kucing bertanduk @ Menunggu buah yang tak gugur • = mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku

  17. Seperti anjing menyalak bukit • Perbuatan menyalahkan pihak berkuasa tidak memberi kesan atau sia-sia

  18. Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing • Orang yang mementingkan diri sendiri

  19. Api di dalam sekam • =Perbuatan jahat yang tidak disedari • Kerana dilakukan secara senyap

  20. Seperti musang berbulu ayam @ Seperti gunting di dalam lipatan @ Seperti musuh di dalam selimut • = Orang jahat atau musuh yang menyamar di dalam suatu kumpulan

  21. Bagai melepaskan batuk di tangga @ Hangat-hangat tahi ayam • = Melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh

  22. Seperti buku bertemu ruas • Berhadapan atau berlawan dengan orang yang sama gagah

  23. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran @ Seperti anjing dengan bayang-bayang • = Orang yang tamak selalu rugi

  24. Biar putih tulang, jangan putih mata • = Baik berlawan daripada menyerah kalah

  25. Kalau tak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya • = Kita mestilah berusaha jika mahu berjaya

  26. Seperti cencaru makan petang • Orang atau pasukan yang mendapat keuntungan pada saat-saat akhir

  27. Alah membeli menang memakai • Barang yang mahal, baik mutunya dan tahan lama

  28. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi • Apabila sudah mendapat sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik dilupakan

  29. Tiada rotan akar pun berguna juga • Tiada yang lebih baik, yang kurang baik pun memadailah

  30. Berkerat rotan berpatah arang • Hubungan yang putus buat selama-lamanya

  31. Sudah jatuh ditimpa tangga • = Orang yang mendapat kesusahan bertimpa-timpa

  32. Bagai si buta kehilangan tongkat @ Patah kandar @ Seperti anak ayam kehilangan ibu • Susah kerana hilang tempat bergantung dan berharap

  33. Bagai si kudung mendapat cincin • = Orang yang tidak dapat menggunakan sesuatu pemberian

  34. Bagai kera mendapat bunga • = Orang yang tidak pandai menghargai pemberian orang

  35. Enggang sama enggang, pipit sama pipit • Orang yang berkawan mengikut pangkat atau darjat

  36. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi • Sesuatu pergaduhan itu berlaku kerana kesalahan kedua-dua belah pihak

  37. Bertepuk sebelah tangan @ Seperti pungguk rindukan bulan • Cinta yang tidak mendapat balasan

  38. Seperti rusa masuk kampung • = Orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke bandar atau suatu tempat baru

  39. Bapa borek anak rintik • Kelakuan atau bakat anak dengan ibu bapanya yang sama

  40. Bagaimana acuan begitulah kuihnya • Perangai anak sama seperti didikan yang diterimanya

  41. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi • Bakat ibu bapa akan diwarisi oleh anak

  42. Bagai pinang dibelah dua @ Bagai cincin dengan permata • Pasangan yang sama cantik dan sama padan

  43. Hanya jauhari yang kenal manikam • = Orang yang pakar sahaja dalam sesuatu bidang tahu akan nilai sesuatu

  44. Seperti mengajar itik berenang • =Mengajar orang yang sudah pandai

  45. Seperti tikus membaiki labu • = Orang yang tidak pandai, apabila dia membaiki sesuatu maka menjadi semakin rosak.

  46. Seperti pahat dengan penukul • = Orang yang melakukan kerja hanya apabila disuruh

  47. Alah bisa tegal biasa • = Orang yang biasa melakukan sesuatu kerja, akan menjadi mudah.

  48. Bagai murai tercabut ekor • = Orang yang membuat bising

  49. Bagai telur di hujung tanduk • = Keadaan yang genting atau cemas.

  50. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya • Orang yang pendiam jangan disangka boleh dipermainkan.

More Related