1 / 47

Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan

Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan. Persoalan kemiskinan merupakan persoalan yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia dan apa yang berbeza hanyalah dari sudut darjahnya sahaja

misae
Download Presentation

Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan

  2. Persoalan kemiskinan merupakan persoalan yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia dan apa yang berbeza hanyalah dari sudut darjahnya sahaja • Bagi NSM secara keseluruhanya penduduk-penduduk yang tinggal diluar bandar ramai yang miskin berbanding dengan penduduk di bandar dan memang menjadi lumrah yang sarang kemiskinan ( pockets of poverty ) biasanya tertumpu di luar bandar • Kemiskinan di luar bandar boleh dikaitkan dengan kurangnya taraf pendidikan dan kemudahan asas. • Perlu diingat bahawa negara yg mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi , nikmatnya belum tentu dirasai oleh golongan miskin terutamanya yang tinggal diluar bandar kerana untuk menyalurkan kekayaan kpd golongan miskin memerlukan satu mekanisma yang khusus.

  3. Semenjak negara mencapai kemerdekaan berbagai program dan projek pembangunan telah dilaksanakan untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat. Pencapaian ini adalah lebih ketara dalam tempoh 20 tahun di bawah DEB yang bertujuan membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. • Kadar pertumbuhan yang tinggi, kadar kemiskinan yg rendah, kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat akan memperkukuhkan asas negara untuk membangun secara berterusan dan memantapkan lagi perpaduan negara.

  4. Ciri-ciri Kemiskian • Golongan ini akan membelanjakan sebahagian besar drp pendapatan meraka ke atas makanan • Menghadapi masalah ketidakcukupan makanan • Mempunyai kadar buta huruf yang tinggi • Kadar kematian yang tinggi terutamanya di peringkat kanak-kanak • Sumber : E.Y. Nafziger The Economics of Developing Countries

  5. Konsep Kemiskinan Kemiskinan Mutlak Merujuk kpd kurang kemampuan sesebuah keluarga untuk memenuhi keperluan asasnya seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran. Untuk memenuhi keperluan ini, ia memerlukan pendapatan . Oleh itu dalam usaha untuk menentukan pendapatan minima yg diperlukan dan Konsep Garis Kemiskinan digunakan. Garis pendapatan ini sentiasa berubah-ubah mengikut taraf penduduk pada satu-satu masa. Tingkat pendapatan ini bergantung kepada kos sara hidup masyarakat dan ia dipengaruhi oleh tingkat harga.

  6. Pendapatan Garis Kemiskinan Semenanjung Malaysia 1980 RM 274 1990 370 1995 425 1999 510 2002 529

  7. Konsep Kemiskinan Kemiskinan Relatif Merujuk kepada perbandingan kemiskinan antara dua tempat yang berbeza misalnya antara bandar dan luar bandar. Atau ianya lebih merupakan keadaan yang menerangkan kedudukan relatif satu-satu kumpulan berbanding dengan kumpulan yang lain dari segi pendapatan. Apa yang cuba digambarkan oleh kemiskinan relatif ialah seseorang dianggap miskin pada satu-satu kawasan mungkin tidak dianggap miskin jika ia tinggal di kawasan lain. Sebagai contohnya, bagi golongan miskin di bandar dengan pendapatan yg ada dia mungkin tidak dianggap miskin jika dia tinggal di luar bandar. Oleh itu, untuk tempat yang kos hidupnya berbeza, garis kemiskinan yg berbeza digunakan.

  8. Ukuran Kemiskinan • Kemiskinan membawa makna yg berbeza bagi golongan yang berbeza.Definasi kemiskinan mungkin berbeza mengikut keadaan tempat dengan mengambilkira pelbagai faktor budaya, sosial dan persepsi berbeza mengenai kemiskinan, penafian dan pemeringkatan sosial • Namun beberapa dimensi sering ketara , iaitu, dari segi a) kelaparan dan kekurangan makanan b) Psikologi, termasuklah ketiadaan kuasa dan suara, kebergantungan, malu dan hina c) kekurangan akses kpd infrastruktur spt jalan, pengangkutan, air bersih dan elektrik d) tahap pendidikan dan kesihatan yang lemah, dan e) mudah terancam kpd risiko dan bahaya fizikal, alam sekitar, ekonomi, dan sosial

  9. Pendapatan Garis Kemiskinan • Tidak ada satu ukuran yang boleh mengambilkira semua dimensi kemiskinan • Komponen ekonomi sering digunakan sebagai ukuran penting. Dari segi ini kemiskinan sering di ukur dengan menggunakan konsep pendapatan atau penggunaan isirumah. Kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan terhadap keperluan asas yg diperlukan untuk kelasungan hidup dan kebajikan manusia. • Kemiskinan mutlak menentukan jumlah isirumah yg tergolong sebagai miskin sebagaimana ditentukan melalui pendapatan garis kemiskinan (PGK) • Mengikut pendekatan ini kemiskinan digambarkan sebagai kekurangan pendapatan untuk memenuhi keperluan sara hidup yang minima, meliputi keperluan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, dan keperluan asas bukan makanaan spt pendidikan, perubatan, pengangkutan dsb • Di Malaysia, golongan termiskin, ditakrifkan sebagai isirumah yg berpendapatan rendah drp separuh PGK yg juga termasuk di bawah konsep kemiskinan mutlak

  10. PGK merupakan sempadan taraf hidup yang memisahkan golongan yang miskin dan golongan tidak miskin. • Angka PGK sentiasa berubah-ubah mengikut kawasan, lokasi, saiz isi rumah, komposisi perbelanjaan dan perkhidmatan awam. • Angka PGK dikemaskinikan setiap tahun untuk mengambil kira nilai wang semasa dan keadaan inflasi . PGK yg dikirakan adalah reliable dan menunjukkan keadaan kemiskinan sebenar.

  11. Indeks Kualiti Hidup • Pengukur kemiskinan mempunyai beberapa kelemahan - PGK bukan konsep kemiskinan menyeluruh yang boleh mencerminkan kemiskinan dari semua dimensi. - tidak dapat menggambarkan taraf hidup isi rumah - ianya perlu disokong atau digunakan bersama dengan petunjuk sosial lain spt indeks kualiti hidup fizikal (PQLI) Indeks lain yang boleh digunakan adalah - indeks kualiti hidup fizikal , merupakan indeks komposit yang menggabungkan maklumat kesampaian dan penggunaan kemudahan asas spt bekalan air, elektrik, persekolahan, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan. - Indeks HDI, diketengahkan oleh UNDP, mengambarkan petunjuk pembangunan manusia dengan memberi tumpuan kpd kadar kematian bayi, kadar buta huruf, kadar jangka hayat, pendapatan isi rimah, dan kesampaian kpd kemudahan asas. Indeks ini bernilai di antara 0 dan 1 dan ianya mengukur tahap pembangunan manusia.

  12. - Indeks Pembangunan Manusia HPI, diperkenalkan pada tahun 1997 oleh UNDP, mengukur penafian terhadap beberapa elemen pembangunan manusia.

  13. Dimensi Kemiskinan • Kemiskinan mengikut etnik Maklumat mengikut kaum menunjukkan kaum Melayu merupakan golongan miskin terbesar berbanding dengan kaum lain. Ini disebabkan oleh kaum melayu kebanyakkanya tinggal di luar bandar dan bergantung kepada sektor pertanian dan seperti diketahui pertanian sering dianggap sebagai perangkap kemiskinan.

  14. Kemiskinan Mengikut Kumpulan Etnik Etnik 1970 1990 2002 Melayu 64.8 20.4 7.3 Cina 26.0 5.4 1.5 India 39.2 7.6 1.9 Lain2 44.8 22.8 13.0

  15. Kemiskinan mengikut strata bandar-luar bandar Kebanyakan mereka yg miskin adalah mereka yg tinggal di luar bandar. Kegiatan ekonomi mereka adalah tertumpu sektor2 tradisi yg terdiri drp pekebun kecil getah,penanam padi, pekerja estet dan nelayan Golongan ini mengeluarkan output pada paras yg rendah dengan produktiviti yg rendah

  16. Kemiskinan Mengikut Strata Bandar-Luar Bandar 1970 1985 1995 Luar Bandar 58.7 24.7 14.9 Bandar 21.3 8,2 3.4 Pengurangan kadar kemiskinan dalam tempoh RMK7 adalah disebabkan oleh perkembangan ekonomi dan pelaksanakan program khusus ke arah meningkatkan produktititi dan taraf hidup golongan miskin. Program khusus untuk bandar iaitu penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah meningkatjkan taraf hidup golongan miskin di bandar.

  17. Kemiskinan mengikut wilayah Pada umumnya kemiskinan di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi jika dibanding dengan Semenanjung Malaysia disebabkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah.

  18. Kadar Kemiskinan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1985 1990 1995 S. Malaysia 18.4 15.0 4.1 Sabah 33.1 34.1 25.6 Sarawak 31.9 21.0 16.0 Malaysia 20.7 17.1 8.7

  19. d) Golongan termiskin Golongan ini adalah mereka yang memperolehi pendapatan kurang separuh daripada PGK. Pada tahun 1995, dengan PGK pada RM425, PGK termiskin adalah RM 212.5 Kadar golongan termiskin telah berkurang drp 6.9 % pada tahun 1985 kpd 2.1 % pada tahun 1995. Pada tahun 1997 kadar golongan ini adalah 1.4 %. Untuk meningkatkan taraf hidup golongan ini kerajaan telah memperkenalkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin PPRT termasuklah penyediaan kemudahan asas, kemudahan sosial lain, bantuan rumah, bantuan ekonomi dan dsb. Pertumbuhan ekonomi yg pesat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997 dan pelaksanaan program PPRT telah mengurankan kadar ketermiskinan di kalangan rakyat.

  20. Trend Pertumbuhan Ekonomi • Pertumbuhan ekonomi yg sihat dan seimbang adalah perlu untuk menentukan pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf dan mutu hidup rakyat di masa akan datang. • Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, ekonominya telah mengalami pertumbuhan yang pesat hasil daripada pelaksanaan beberapa dasar ekonomi. • Untuk tempoh 1956-60 kadar petumbuhan purata adalah 4.1 % dan kadar ini terus meningkat kpd 5 % pada tahun 1961-65. • Kadar terus meningkat dari tahun setahun sehingga pada kadar 8.6 % pada tahun 1978-80. • Kadar pertumbuhan ini menurun pada awal 1980an berikutan keadaan kemelesetan ekonomi yang dialami oleh dunia menyebabkan kejatuhan dalam output sektor perindustrian dan perlombongan.Kadar ini berkurangan kd 5.2 % pada tahun 1981-85

  21. Trend Pertumbuhan Ekonomi • Keadaan ekonomi kembali pulih dan meningkat semula kepada 6.8 % pada tahun 1986-90 dan8.4 % pada tahun 1991-95. • Kadar pertumbuhan masih kekal tinggi 8.6 % pada tahun 1996 dan 7.8 % untuk tahun 1997. Tetapi menjadi negatif pada tahun 1998 akibat kegawatan dan krisis ekonomi yang dialami oleh negara-negara Asia. • Pemulihan ekonomi berlaku pada tahun 1999 dengan mencatatkan kadar pertumbuhan 6.1 % dan seterusnya meningkat kepada 8.3 % pada tahun 2000

  22. Faktor-Faktor pertumbuhan Ekonomi • Transformasi Ekonomi Transformasi ekonomi melibatkan perubahan ekonomi drp ekonomi yg berasaskan pertanian kpd ekonomi yg lebih menjurus kpd arah perindustrian. Perubahan ini perlu oleh sebab beberapa faktor seperti ketidakstabilan harga komoditi utama , persaingan yg hebat drp negara-negara pengeluar lain, persaingan drp barangan tiruan spt getah synthetic dsb. Bagi memastikan petumbuhan ekonomi yg berterusan, sektor perindustrian diperlukan mengambil alih peranan sektor pertanian sebagai jentera pembangunan negara.

  23. b) Pelaburan swasta yang kukuh. Pelaburan swasta akan terus menjadi penggerak kpd pertumbuhan ekonomi. Dalam RMK 8 ekonomi dijangka terus berkembang disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi dunia yg mampan. c) Infrastruktur yang lengkap juga memainkan peranan untuk pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur terutamanya bagi pengembangan sektor perindustrian yang menjadi teras pembangunan ekonomi. Penyediaan infrastruktur ini secara tidak langsung menjadi input kepada industri seperti bekalan air,elektrik,perhubungan dan pengangkutan yang akan melancarkan lagi proses perindustrian.

  24. d) Dasar-dasar kerajaan Pada umumnya , dasar pembangunan negara adalah propertumbuhan dan peranan utama kerajaan ialah untuk merangsang pertumbuhan dan menjadi rakan kongsi sektor swasta untuk menjana pertumbuhan dan menyalurkan faedah pembangunan kpd sebahagian besar penduduk. Kerajaan telah memainkan peranan dalam merangka dasar-dasar bagi menjamin pertumbuhan ekonomi berterusan. Dalam konteks ini kerajaan telah mengenalpasti sektor perindustrian memainkan peranan sebagai pendorong sejak tahun lapan puluhan. Memandangkan pentingnya sektor ini meningkatkan kecekapan dan daya saingnya, kerajaan telah mengambil langkah2 bagi merangka dasar2 baru dan membuat pindaan-pindaan ke atas dasar2 yg sedia ada spt PIP serta memperbaiki dan memperkemaskan peraturan2 pentadbiran yang berkaitan dengan perindustrian.

  25. Dasar Ekonomi Baru ( DEB 1970-1990) Dua matlamat pembangunan • Mengurangkan dan membasmikan kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kpd semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum b) Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi aktiviti ekonominya

  26. Dasar Pembangunan Nasional (DPbN 1991-2000) DPbN digubal untuk memperkukuhkan proses pencapaian pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidakseimbangan sosial dan ekonomi. Perpaduan negara kekal menjadi matlamat terakhir pembangunan sosioekonomi memandangkan sebuah masyarakat yg bersatu padu merupakan asas penting mewujudkan kesetabilan sosial dan politik serta pembangunan yg berterusan. DPbN menetapkan langkah permulaan ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju berasaskan perindustrian menjelang tahun 2020. Strategi untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di bawah PbN terus dilaksanakan menerusi pertumbuhan ekonomi. Penekanan utama bagi mencapai matlamat pengagihan di bawah RRJP2, terutama sekali yg berkaitan dengan kemiskinan adalah kpd pembasmian kemiskinan dan mengurangkan kemiskinan relatif.

  27. Dasar Pembangunan Nasional • Matlamat utama ialah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. • Strategi diasaskan atas 4 prinsip utama 1. Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama adalah penting dalam memastikan pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama dapat dicapai 2. Pembangunan masyarakat yang seimbang dapat menjamin kesetabilan sosial dan politik yang berterusan 3. Pemupukan dan pembetukan masyarakat Malaysia yang mempunyai etika dan nilai moral yang tinggi disamping sikap positif adalah penting dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab,berdaya tahan,progresif dan penyayang. 4. Pengurusan sumber asli dan ekologi yang baik bagi pengekalan alam semulajadi yang menarik dan bersih yang penting untuk generasi sekarang dan akan datang

  28. Pencapaian Pembasmian Kemiskinan • Pelaksanaan dasar berkaitan pembasmian kemiskinan dalam tempoh DEB (1970-1990) dan DPBN (1991-2000) telah menghasilkan beberapa maklumat penting. • Kadar kemiskinan di Malaysia telah berkurangan drp 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1 % dalam tahun 1990 dan berkurangan kpd 7.2 % pada tahun 2000. • Kadar kemiskinan di desa telah berkurangan drp 58.7 % pada tahun 1970 kpd 21.8 % pada tahun 1990 dan 11.2 % pada tahun 2000. • Penurunan kadar kemiskinan keseluruhan kpd 17.1 % pada 1990 dan 7.2 % pada tahun 2000 adalah satu kejayaan dalam pelaksanaan DEB dan DPBN yg mendekati sasaran yg telah ditetapkan iaitu 16.7 %.

  29. Kadar Kemiskinan Mengikut Strata 1970 1984 1990 2000 Desa 58.7 24.7 21.8 11.2 Bandar 21.3 8.2 7.5 3.1 Kese- 49.3 18.4 17.1 7.2 luruhan

  30. Sungguhpun kemiskinan mutlak telah banyak berkurang sejak DEB dan DPbN dilaksanakan, tetapi agihan pendapatan antara isi rumah berpendapatan tinggi dan rendah masih jauh berbeza. • Ini menyebabkan isu kemiskinan relatif dan perasaan tersisih secara relatif menjadi semakin penting selepas 1990. • Dasar ekonomi selepas 1990 perlu menerima hakikat ini dan berusaha untuk mengurangkan ketidaksamaan pendapatan bagi menghalang pertambahan kemiskinan di kalangan keluarga yang akan merasa kehilangan dan terpisah oleh kerana wujudnya jurang yang membezakan keadaan kehidupan mereka dengan kumpulan2 yg kaya dalam masyarakat.

  31. Kemiskinan Luar Bandar Punca kemiskinan luar bandar • Tingkat Pelajaran yg rendah • Tanah yg tidak ekonomik • Kekurangan modal • Kekurangan kemudahan infrastruktur

  32. Langkah Membasmi Kemiskinan Luar Bandar • Meningkatkan peluang pelajaran di luar bandar • Pembukaan tanah baru • Menambahkan kemudahan infrastruktur • Menambahkan pusat-pusat latihan

  33. a) Meningkatkan peluang pelajaran di luar bandar Pelajaran merupakan intipati kepada pembangunan dan untuk memastikan supaya pembangunan berjalan dengan baik manusia itu sendiri perlulah dibangunkan terlebih dahulu. Untuk membangun manusia pula, tiada jalan pintas melainkan manusia itu sendiri mesti melalui proses pendidikan. Dengan taraf pelajaran yg tinggi seseorang boleh mendapat pekerjaan yg baik serta menambahkan produktiviti dalam aktiviti yg dilakukanya

  34. b) Pembukaan tanah baru Kerajaan telah mengatasi masalah tanah pertanian yg tidak ekonomik dan kekurangan tanah di kalangan petani dengan membuka tanah pertanian baru. Agensi utama yg terlibat ialah FELDA dan FELCRA. Antara rancangan tanah yang telah dibuka ialah Rancangan Tanah JENGKA, KESEDAR, DARA, KEJORA dan KETENGAH.

  35. Menambahkan kemudahan infrastruktur Infrastruktur merupakan faktur yang sangat penting untuk menjamin hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan ke tempat pasaran dengan cepat. Sektor pertanian memerlukan jalinan sistem pengangkutan yg baik kerana keluaran sektor ini pada amya mudah rosak dan tidak tahan lama.

  36. d) Menambahkan pusat-pusat jualan Dengan adanya pusat-pusat jualan yang dikendalikan oleh kerajaan memberi peluang kpd penduduk luar bandar untuk memasarkan bukan sahaja hasil pertanian mereka tetapi juga hasil pertanian yang telah diperoses dan produk-produk lain.

  37. Program di bawah RMK 8 • Dalam tempoh RMK8 kadar kemiskinan akan dikurangkan kepada 0.5 % menjelang tahun 2005. Program mengatasi kemiskinan akan mempunyai sasaran lebih khusus dengan membasmi kemiskinan di kalangan mereka yg miskin di kawasan pendalaman. • Dalam tempoh RMK 8 pertumbuhan ekonomi diunjurkan kukuh dan dapat menjana lebih banyak peluang pekerjaan kpd golongan miskin untuk meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya keluar drp kemiskinan. Program latihan kemahiran dan pendidikan akan diperluaskan untuk membolehkan golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapatkan pekerjaan dalam sektor ekonomi yang lebih produktif dan menguntungkan. • Program pembasmian kemiskinan sedia ada seperti PPRT akan dipergiatkan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteran rakyat SPKR yang akan menangani Isu ketermiskinan, kemiskinan am serta kumpulan mudah miskin di kawasan bandar dan luar bandar

  38. Agihan Pendapatan Agihan pendapatan merupakan pembahagian pendapatan ke atas faktur-faktur pengeluaran atau merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh individu dalam sesebuah negara

  39. Semenanjung Malaysia • Kumpulan 20 peratus tertinggi mempunyai 55.7 % drp jumlah pendapatan , 40 % pertengahan mempunyai jumlah pendapatan 32.8 % dan 40 peratus terendah 11.5 % drp jumlah pendapatan • Corak agihan pendapatan ini telah bertambah baik , jumlah pendapatan kumpulan di atas adalah masing-masing 51.3 %, 35 % dan 13.8 %

  40. Angkali Gini adalah satu ukuran yang menunjukkan ketidaksamaan agihan pendapatan dalam sesebuah ekonomi. Agihan pendapatan telah bertambah baik drp 0.513 pada tahun 1970 kepada 0.442 pada tahun 1990. Nilai Gini pada tahun 1999 adalah 0.443.

  41. Dalam tempoh 1996-2000 pengagihan pendapatan keseluruhan di kalangan isi rumah di Malaysia telah bertambah baik. Peratusan isi rumah berpendapatan rendah (< RM1500 ) telah berkurangan kpd 54.4 % pada tahun 1999. • Mereka yang berpendapatan pertengahan (RM 1500 – RM3500 sebulan) telah meningkat drp 52.3% pada tahun 1995 kepada 37 % pada tahun 1999. Peningkatan ini membolehkan Malaysia lebih hampir ke arah mewujudkan kelas berpendapatan pertengahan yang lebih besar.

  42. Saiz dan bahagian pendapatan bagi kumpulan berpendapatan pertengahan dijangka meningkat berikutan pertumbuhan ekonomi yang diunjur tinggi dalam tempoh RMK8. Sebahagian drp objektif jangka panjang utama pengagihan pendapatan, kumpulan berpendapatan pertengahan yang lebih besar dan makmur akan dibentuk disamping meningkatkan golongan berpendapatan rendah. Dalam Dasar Wawasan Negara DWN usaha untuk membesarkan kumpulan berpendapatan pertengahan Bumiputra akan dipergiatkan.

  43. Pertumbuhan Ekonomi dan Pembasmian Kemiskinan Era 1950an dan 1960an – penekanan diberikan kpd pertubuhan untuk membasmi kemiskinan dan membaiki kualiti hidup. Tetapi kesan limpahan drp pertumbuhan kurang berkesan untuk mengatasi masalah kemiskinan. 1970an – menekan strategi penyedian kemudahan asas meliputi kesihatan, pendidikan dan pemakanan; dan pembangunan desa bersepadu yang bertujuan memanjangkan kesan limpahan serta meningkatkan kesan agihan kekayaan yg lebih adil. 1980an – penekanan adalah kepada peningkatan kecekapan sistem saluran bagi program pembasmian kemiskinan. 1990an- memperlihatkan penerusan penyelarasan ekonomi dalam era globalisasi dan liberalisasi.

  44. Pembasmian kemiskinan ialah satu agenda penting dalam perancangan pembangunan ekonomi Malaysia.Ini bererti penyelesaian terhadap fenomena kemiskinan ini memerlukan perancangan jangka panjang, bukannya perancangan ad hoc dan juga bukan jangka pendek. Penekanan terhadap kemiskinan sangat jelas dalam perancangan jangka panjang seperti RRJP1 (1971-1990), RRJP2 (1991-2000) dan RRJP3 (2001-2010) Dalam tempoh tersebut , perbelanjaan pembangunan sektor awam secara umum sangatlah besar Dalam RMK 6 dan RMK 7 perbelanjaan pembangunan meningkat masing-masing kpd RM 54705 dan RM 67500 juta

  45. Kesan drp perbelanjaan pembangunan ini telah memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. • Dalam tempoh 1971-1995, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi purata 7.45 % setahun.Hasil pertumbuhan ekonomi ini , kadar kemiskinan di Malaysia telah berkurangan drp 49.3 % pada tahun1970 kepada 20.7 % pada tahun 1985 dan 11.1 % pada tahun 1995. • Ini menunjukkan terdapat hubungan yg positif antara saiz perbelanjaan pembangunan sektor awam dengan kadar pertumbuhan ekonomi dan juga hubungan positif antara saiz perbelanjaan pembangunan untuk pembasmian kemiskinan dengan penurunan kadar kemiskinan.

  46. Pertumbuhan Ekonomi dan Agihan Pendapatan • Hipotesis Kuznets – pada tahap awal pembangunan sesebuah negara, agihan pendapatan akan menjadi lebih tidak setara. Keadaan ini berlaku oleh sebab pembangunan pesat pada peringkat awal tertumpu pada sektor moden yang dapat dinikmati oleh golongan minoriti sahaja. Sementara itu terdapat sebahagian besar penduduk yang masih berada dalam sektor tradisional yg kemajuannya amat lembap dan sukar mengejar serta menyesuaikan diri dengan pertumbuhan dalam sektor moden. • Model pembangunan dualism ini mengandaikan bahawa agihan pendapatan akan menjadi bertambah baik atau lebih setara apabila pertumbuhan terus berlaku. Pertumbuhan pada tahap pembangunan selanjutnya akan mengurangkan jurang pendapatan antara golongan elit yang berada dengan golongan majoriti penduduk yg kurang berada.

  47. Hubungan antara petumbuhan ekonomi dengan tingkat ketidaksetaraan agihan pendapatan adalah berbentuk positif pada peringkat awal pembangunan akan menjadi sebaliknya pada peringkat pembangunan pertengahan dan seterusnya.Bentuk perhubungan model pembangunan ini dikenali sebagai hipotesis Kuznets berbentuk “U”. • Semenjak 1970, ketidakseimbangan agihan pendapatan di kalangan penduduk Malaysia, mengikut kaum dan strata telah berkurang. • Pada Tahun 1970, isi rumah kumpulan 20 % tertinggi mempunyai 55.7 % drp jumlah pendapatan dan telah berkurangan kepada 50.3% pada tahun 1987. Bagi kumpulan pertengahan mempunyai 32.9% drp tahun jumlah pendapatan dan telah meningkat kpd 35.2 % pada tahun 1987 manakala bagi kumpulan 40% terendah pula mempunyai 11.15 % drp jumlah pendapatan dan telah meningkat kepada 14.5 % pada tahun 1987.

More Related