1 / 21

HIJRAH b) Sumbangan Tokoh dalam Geografi & Pelayaran

HIJRAH b) Sumbangan Tokoh dalam Geografi & Pelayaran. HIJRAH SEBAGAI IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI CABARAN. Mengimbau kembali lipatan sejarah 1429 tahun yang lalu, Allah swt telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah yang besar dan teragung yang pernah berlaku dalam sejarah Islam.

nelia
Download Presentation

HIJRAH b) Sumbangan Tokoh dalam Geografi & Pelayaran

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. HIJRAHb) Sumbangan Tokoh dalam Geografi & Pelayaran

  2. HIJRAH SEBAGAI IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI CABARAN Mengimbau kembali lipatan sejarah 1429 tahun yang lalu, Allah swt telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah yang besar dan teragung yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Pada tanggal 1 Muharram setiap tahun, umat Islam seluruh dunia akan memperingati dan meraikan peristiwa hijrah sebagai tanda permulaan tahun Islam. Namun seramai mana umat Islam generasi kini dan akan datang dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa hijrah tersebut sebagai panduan meniti cabaran dunia yang semakin global dari segi kemanusiaan, peradaban akhlak, kegawatan ekonomi mahupun pergolakan dunia yang semakin menuju kehancuran akibat peperangan yang berlaku.

  3. HIJRAH – berasal dari bahasa Arab HAJARA yang secara generik bermaksud pindah, keluar, migrasi atau meninggalkan satu daerah ke satu daerah yang lain atau berubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Ia juga difahami sebagai transformasi dan reformasi kualiti kehidupan manusia ke arah formasi terbuka, adil dan demokrasi. Ini dirujuk dari Hans Welr dalam A Dictionary of Modern Written Arabic, 1980.

  4. Hijrah juga boleh difahamkan sebagai meninggalkan sesuatu yang dilarang. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. Ini membuktikan bahawa hijrah adalah satu jihad bukannya “pelarian” dan “arbitrasi” seperti yang ditafsirkan oleh sesetengah orientalis barat yang sengaja mahu menenggelamkan pengertian suci hijrah itu sendiri.

  5. Sesungguhnya hijrah baginda Rasul saw dan para sahabat adalah satu peristiwa sejarah yang amat penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam dipelusuk dunia kerana penghijrahan itu, memberi ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan ajaran Islam baik dari aspek aqidah,syariat dan akhlak serta kaitannya kepada hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar

  6. Hijrah merupakan langkah penting melalui perancangan dan strategi yang cukup teratur untuk mengubah wajah dan perwatakan dunia serta menentukan arah masa depan sejarah manusia ke arah kesejahteraan, kebahagiaan, kemajuan serta kejayaan pembangunan manusia. Peristiwa hijrah bukan sahaja meninggalkan sejarah untuk dikenang dan dirayakan, malah membawa iktibar dan pengajaran yang cukup bermakna dalam arus cabaran kehidupan masa kini. Penghijrahan baginda Rasul saw itu sendiri adalah awal dari tekad perubahan atau dalam istilah apapun samada reformasi, tajdid, islah dan sebagainya dari situasi yang tidak menguntungkan kepada situasi yang lebih dinamik dan berkesan

  7. CABARAN HIJRAH ‘AQLIYYAH TSAQAAFIYYAH/ MEMBUDAYAKAN AQAL BUDI • Iaitu tekad untuk memurnikan sistem pemikiran dan persepsi seorang muslim kepada penggunaan akal secara maksimum melalui kemampuan intelektual dalam membezakan perkara baik dan buruk, halal atau haram dan sebagainya. Penyalahgunaan akal kepada sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan akan menghadirkan implikasi yang besar kepada pandangan umum terhadap sesuatu perkara yang akhirnya diikuti tanpa dirujuk secara waras. Contohnya melihat cara hidup barat dalam pergaulan dan berpakaian serta cenderung untuk mengikutinya tanpa memikirkan kesan disebalik cara tersebut yang boleh meruntuhkan akhlak dan tanpa disedari terjebak dalam sebuah penjajahan baru yang dipanggil “intellectual colonization” – penjajahan intelektual.

  8. Begitulah antara cabaran hijrah daripada banyak cabaran lain yang tidak dapat diungkapkan di sini yang perlu diberi perhatian agar iktibar hijrah baginda Rasul saw yang lalu dapat digunakan untuk memimpin generasi manusia kini dan akan datang supaya tidak lari lebih jauh dari ajaran Islam sebenar seimbang dengan kemodenan cara hidup yang sedia ada.

  9. Berdasarkan isian di atas, dapat diambil beberapa kesimpulan : Pertama : Jika kita benar-benar mengimani wahyu Allah, tentu kita mempunyai sikap optimis terhadap perubahan kehidupan dari yang buruk kepada yang baik. Kedua : Cabaran hidup masa kini dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap nasib umat Islam akan datang supaya lebih terpimpin ke jalan yang benar dan diredhai Allah.

  10. Ketiga : Umat Islam dapat mempelajari sejarah perjuangan baginda Rasul saw dan para sahabat dalam membangunkan sejarah gemilang peradaban manusia, politik pemerintahan berasaskan syariat. Keempat : Mempersiapkan generasi Islam kini agar lebih memahami dan menghayati akhlak Islamiyyah yang tulis dalam pembentukan tingkahlaku peradaban manusia.

  11. TOPIK II : SUMBANGAN TOKOH ISLAM DALAM GEOGRAFI & PELAYARAN • Orang Islam Menemui Amerika Lebih Awal dari Christoper Columbus • Ramai pengkaji sejarah menegaskan bahawa orang-orang Islam telah tiba di Amerika Utara sebelum kedatangan Cristoper Columbus, tidak kurang 500 tahun lebih awal, apabila kapal-kapal orang Islam belayar ke Lautan Atlantik, ketika itu dikenali sebagai Sea Of Injustice (Laut Ketidakadilan) dan menghala ke barat berabad-abad sebelum Columbus.

  12. Seorang pengkaji sejarah Islam, Al-Masoudiy menjelaskan dan bukunya bertajuk "Murujal-Dhabab Wa Maadin Al-Jawhar" bahawa seorang pelaut Islam bernama Khishkhash bin Said Al-Qurthuby belayar dari pelabuhan Palos di Sepanyol pada 889M telah sampai ke beberapa tempat dan membawa pulang banyak harta. Al-Masoudiy tutut menjelaskan dalam peta yang dilukisnya bahawa ada beberapa kawasan di Lautan Atlantik  yang beliau namakan sebagai "tanah yang tidak diketahui".

  13. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Yusuf Mirwa dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris menyebut bahawa pelayaran Columbus jelas menunjukkan kehadiran orang Islam di mana Columbus telah melihat sebuah pulau merah dikenali sebagai "Canar" dan diperintah oleh seorang arab tua bernama Abu Abdullah. Beliau juga mendapati bahawa penduduk pulau San Salvador memanggil pulau itu sebagai "Juan Hani" yang berasal dari sebutan Arab "Ikhwat Hani". Columbus sendiri turut menulis mengenai seorang kulit hitam yang beliau lihat sendiri di Honduras dan berasal dari satu suku kaum yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Mamiy" yang bermaksud "Imammiy" atau "Imam"

  14. Sejarawan Amerika, Weiner, yang juga seorang profesor di Universiti Harvard, menulis bahawa Columbus mengetahui kehadiran orang Islam di Dunia Baru (Amerika) yang datang dari Afrika Timur dan telah berkembang menerusi Caribbean ke serata pelusok Amerika Utara dan Selatan. Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa pedagang yang turut berkahwin dengan penduduk India tempatan. Beberapa buku rujukan Islam menyebut mengenai pelayaran di Lautan Atlantik berkenaan seperti ahi Geografi terkenal Al-Idrisy dalam bukunya "Nuzhat Al-Mushtaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq" dan seorang lagi penulis Islam bernama Al-Umary melalui bukunya yang bertDalam buku catatannya, Columbus menyebut bahawa semasa di Cuba, beliau melihat sebuah masjid di sebuah puncak bukit dan senjata yang digunakan oleh orang-orang Haiti menyerupai senjata yang digunakan oleh orang Afrika.ajuk "Masaliki al-Absar Fi Mamalik Al-Amsar".

  15. Barry Neil dalam bukunya "The Story Of America" mengemukakan banyak bukti tentang kehadiran orang Arab di Amerika. Antaranya ialah peta, bekas-bekas sekolah, nama-nama puak dan tempat (yang mana 565 telah beliau catatkan) berasal dari nama-nama Arab dan Islam seperti "Maka" yang merupakan nama Mekah. Beliau berkata nama tersebut berasal dari nama Makkah Al-Mukarramah. Terdapat juga nama-nama lain seperti Muna, Ahmed, Abagi, Zulu dan Murabitun. Selain daripada itu banyak lagi budaya dan tradisi yang menunjukkan dengan jelas  hubungan antara orang kulit merah Amerika dengan Arab-Islam.

  16. Alexander Foun, dalam kajiannya mengenai kesenian purba di Amerika menjelaskan pendapat bahawa ukiran yang diperolehinya mempunyai ciri-ciri Arab di mana beliau telah menemui motif bulan sabit dalam banyak hasil seni lukis dan   kerja tangan di dinding-dinding dan duit syiling. Buku "They Came Before Columbus" karangan Evans Syrtima membentangkan banyak bukti lain mengenai ketibaan orang Afrika ke Amerika seperti nama-nama yang digunakan oleh puak kulit merah terutama yang berkaitan dengan petunjuk-petunjuk sejarah.

  17. Orientalis British De Lasay dalam bukunya "Arabic Thought And Its Place In The History Of West" menyatakan pelayaran yang dibuat oleh kumpulan muslim pada 1312M.Beliau turut mengakui bahawa kepakaran pelayaran orang Arab dan Muslim Afrika membolehkan mereka (barat) sampai ke Amerika. De Lasay juga berkata tidak diragukan bahawa banyak telah diperkatakan tentang kehadiran awal orang Islam ke Amerika seblelum Columbus.

  18. Semoga pendedahan-pendedahan oleh beberapa tokoh Islam dan disokong oleh sejarawan barat dan Amerika tentang kedatangan awal muslim ke Amerika dapat mengukuhkan lagi semangat dakwah muslim Amerika dan membawa kepada simpati bagi perjuangan Arab-islam yang kini menjadi bahan yang sering diberi gambaran salah dan punca permusuhan.

  19. Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia Tenggara merupakan kejayaan yang terkenal di China malah di seluruh dunia. Cheng Ho merupakan seorang umat Islam di China. Peta pelayaran laut yang disunting oleh Laksamana Cheng Ho merupakan peta pelayaran laut yang paling awal di China. Ma Huan, seorang pengiring dalam pelayaran laksamana Cheng Ho merupakan seorang umat Islam di China. Beliau telah mencatat tentang geografi, barangan hasil bumi, iklim, adat resam, agama dan lain-lain di lebih 20 buah negara yang dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho

  20. Kecemerlangan dalam pelayaran bukan sahaja dikuasai oleh orang Islam dari timur tengah tetapi juga datangnya daripada orang2 Islam Negeri China. Menunjukkan globalnya kebijaksanaan umat Islam.

  21. Homework • Kaji sumbangan tokoh2 Islam berikut: • a) al-Mas’udi • b) Ibn Battutah • c) Ibn Hawqal • d) Sulaiman al-Mahri • e) Ibn Majid • f) al-Istakhri

More Related