1 / 25

Ila’,Zihar Dan Li’an

Ila’,Zihar Dan Li’an. Terdapat tiga perkara yang sama dengan talak atau ia bertukar menjadi talak.Perkara tersebut ialah: 1-Ila’ 2-Zihar 3-Li’an. Takrif Ila ’. Ila’ dari segi bahasa: Asal perkataan Al-aliyyah yang bermaksud sumpah. Firman Allah s.w.t:

percy
Download Presentation

Ila’,Zihar Dan Li’an

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Ila’,Zihar Dan Li’an Terdapat tiga perkara yang sama dengan talak atau ia bertukar menjadi talak.Perkara tersebut ialah: 1-Ila’ 2-Zihar 3-Li’an

  2. TakrifIla’ Ila’ dari segi bahasa: Asal perkataan Al-aliyyah yang bermaksud sumpah. Firman Allah s.w.t: “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya diantara kamu,bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga dan orang-orang miskin” (An-Nur:22) Ila’ dari segi istilah: Suami yang berhak mentalakkan isterinya bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya lebih daripada empat bulan atau secara mutlak (tanpa disebut tempoh masanya)

  3. HukumIla’ Jika suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya secara mutlak atau selama lebih dari empat bulan,beliau telah melakukan ila’terhadap isterinya. Terdapat beberapa hukum syarak berkaitan dengan ila’. Hakim harus memberi peluang selama empat bulan kepada suami bermula pada hari dia bersumpah.Ianya supaya memberi peluang pada suami untuk menarik semula sumpahnya dan kemudian membayar kafarah (denda/hukuman) atau menceraikan isterinya jika dia tidak mahu rujuk dan tidak mahu membayar kafarah sumpah.

  4. Jika tempoh empat bulan telah tamat dan suami tetap dengan sumpahnya,beliau telah memudaratkan isterinya.Maka hakim berhak mengambil salah satu tindakan tersebut: 1-Memaksan suami menarik balik sumpahnya dan kembali semula kepada isterinya serta membayar kafarah sumpah jika dia bersumpah dengan nama Allah atau bersumpah dengan salah satu sifat Allah.Jika dia bersumpah untuk melakukan sesuatu atau bersedekah dengan sesuatu dia hendaklah melakukannya.

  5. 2-Memaksa suami menceraikan isterinya jika dia enggan menarik balik sumpahnya dan tetap berpegangsumpahnya. *Jika suami enggan melakukan salah satu perkara tersebut maka hakim hendaklah menjatuhkan talak satu bagi pihaknya.(suami)

  6. DalilNaqliBagiIla’ Firman Allah s.w.t: “Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka,diberikan tempoh empat bulan.Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya) maka sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi.Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak,maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani” (Al-Baqarah:226-227)

  7. TakrifZihar Zihar dari segi bahasa: perkata zahru bererti belakang. Contoh: “Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku” Dari segi istilah: Seorang suami menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu atau adik beradik perempuannya daripada sudut haram mengahwininya. Orang Arab dahulu menganggap zihar sebagai salah satu daripada talak.Islam sebaliknya memberikan tanggapan lain dari zihar dan memberikan hukum baru yang bukan berbentuk talak.

  8. HukumZihar Zihar adalah haram dan merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar berdasarkan ijmak ulama. Firman Allah s.w.t: “Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukanyang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta” (Al-Mujadalah:2)

  9. Lafaz-LafazZihar Lafaz zihar terbahagi kepada dua: 1-Lafaz Sorih: ialah lafaz yang menunjukkan kepada maksud zihar sahaja dan tidak boleh diandaikan kepada makna-makna yang lain. Contoh: Suami berkata pada isteri: “Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku” *Jika suami melafazkan ungkapan berikut sama ada dia berniat ataupun tidak maka dia telah menziharkan isterinya.

  10. Lafaz Kinayah (kiasan): ialah lafaz yang boleh diandaikan sebagai zihar dan juga boleh diandaikan sebagai bukan zihar. Contoh: Suami berkata pada isteri: “Bagiku kau seperti ibu dan adik-beradik perempuanku” *Jika suami melafazkan ungkapan berikut,kita perlu lihat maksud beliau semasa melafazkannya. Jika beliau bermaksud zihar maka ia menjadi zihar. Jika dia bermaksud menyamakan isterinya dengan ibu dan adik beradik perempuannya dari sudut kemulian dan penghormatan maka ianya tidak menjadi zihar dan dia tidak dikenakan apa-apa hukuman.

  11. HukumHakamZihar *Jika suami menuturkan lafaz zihar secara sorih atau kinayah dan dia berniat zihar iaitu suami menyamakan isterinya dengan mahramnya daripada segi haram mengahwininya.Maka gugur hukum zihar. *Jika suami mengucapkan lafaz talak selepas zihar,hukum zihar dimasukkan ke dalam hukum talak.

  12. KafarahZihar Kafarah zihar adalah mengikut tertib kemampuan seperti berikut: 1-Membebaskan seorang hamba yang tidak mempunyai kecacatan yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja seperti,hilang salah satu anggota badan seperti kaki atau sakit yang berterusan. 2-Jika tidak ada hamba seperti zaman kita sekarang,atau suami tidak mampu membebaskan seorang hamba,dia mesti berpuasa dua bulan Islam secara berturut-turut. 3-Jika suami tidak mampu berpuasa atau beliau tidak tahan berpuasa selama dua bulan berturut-turut,disebabkan sakit atau terlalu tua,dia mesti memberi makan 60 orang miskin.Setiap orang miskin mendapat secupak makanan asasi kawasan tersebut.

  13. DalilKafarahMengikutTertib Dalil kafarah zihar dilakukan mengikut tertib kemampuan ialah hadis berikut: Salman bin Sakhar Al-Ansari dari bani Bayadhah meriwayatkan: “Beliau telah menziharkan isterinya.Apabila masuk bulan Ramadan dan pada malam pertengahan Ramadan beliau menyetubuhinya isterinya.Beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan menceritakan apa yang telah berlaku.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bebaskan seorang hamba” Salman berkata: “Aku tidak mampu melakukannya” Nabi bersabda lagi: “Berpuasalah dua bulan berturut-turut” Salman menjawab: “Aku tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut” Sabda Rasulullah s.a.w kepada Farwah bin Amru: Berikan bakul itu kepadanya. “iaitu bakul yang mempunyai 15 hingga 16 gantang makanan untuk diberi makan kepada 60 orang miskin” (HR.Imam Tirmizi)

  14. KafarahZiharPerluDilakukanSegera Suami dituntut membayar kafarah zihar dengan segera.Beliau tidak boleh bersetubuh dengan isterinya sehingga menyempurnakan salah satu daripada tiga kafarah yang disebutkan sebelum ni. Jika kafarah belum diselesaikan lalu suami menyetubuhi isterinya maka dia dikira melakukan maksiat dan kafarah tetap wajib atasnya. Sebelum membayar kafarah zihar maka haram hukum bersetubuh.

  15. DalilMembayarKafarahZiharSebelumBersetubuh Firman Allah s.w.t: “Sebelum mereka berdua (suami isteri) bersama” (Al-Mujdalah:3) Dalam sebuah hadis disebut: Seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w.Beliau telah menziharkan isterinya dan selepas itu menyetubuhinya. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah,aku telah menziharkan isteriku dan selepas itu menyetubuhinya sebelum aku membayar kafarah zihar” Rasulullah s.a.w menjawab: “Apakah yang menyebabkan engkau melakukan perkara itu?semoga kamu dirahmati oleh Allah” Beliau menjawab: “Aku melihat gelang kakinya di bawah sinaran cahaya bulan.”Sabda Rasulullah s.a.w: “Jangan kamu menyetubuhinya sehingga kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah” (HR.Imam Tirmizi)

  16. Li’an Takrif Li’an: Dari segi bahasa: Menghalau dan menjauhkan. Contoh: La’anahullah bererti Allah menghalau dan menjauhkannya. Dinamakan li’an kerana jauhnya suami isteri diantara satu sama lain. Dari segi istilah: Beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina. Dinamakan li’an kerana perkataan-perkataan yang digunakan itu mengandungi maksud halau dan menjauhkan (li’an).Juga kerana kedua-dua pihak yang melakukan li’an menjauhkan diri antara satu sama lain disebabkan li’an yang dilakukan.

  17. HikmahDisyariatkanLi’an *Jika isteri benar-benar berzina dengan lelaki lain maka suami dibenarkan berpisah dengan isteri tersebut tanpa membayar nafkah padanya. *Kedua-dua pihak akan mendapat hak yang adil tanpa berasa zalim.

  18. HukumMenuduhIsteriBerzina Suami berhak menuduh isterinya berzina jika dia mengetahui isterinya telah berzina atau mempunyai sangkaan yang kuat bahawa isterinya berzina. *Suami wajib menuduh isterinya berzina jika dia mengetahui kandungan itu bukan anaknya. *Suami diharuskan menuduh isteri berzina jika benar-benar berlaku perzinaan walaupun isterinya tidak mengandung.

  19. Cara SuamiMeli’anIsterinya Li’an dilakukan di hadapan hakim dengan dihadiri oleh sekumpulan manusia.Disunatkan dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat dan orang-orang saleh dan dilakukan di masjid di tempat yang tinggi seperti atas mimbar dan sebagainya. Kemudian suami berkata: “Aku naik saksi demi Allah,aku berada di pihak yang benar terhadap dakwaanku bahawa isteriku (sebut nama isteri) telah berzina” Dia perlu menyebut sebanyak empat kali jika isterinya hadir maka hendaklah dia menunjuk tangannya ke arah isterinya setiap kali menyebutnya. Kemudian pada kali yang kelima,selepas dinasihatkan dan diberi peringatan oleh hakim supaya tidak berbohong,suami perlu berkata: “Aku dilaknat oleh Allah jika aku berbohong”

  20. DalilLi’an Firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina,sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesah tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri,maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah,empat kali bahawa sesungguhnya dia dari orang yang benar.Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang berdusta” (An-Nur:6-7)

  21. DalilDaripadaHadis Sahal bin Sa’ad r.a berkata: Seorang lelaki Ansar datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah!Apakah pendapat kamu jika seorang lelaki mendapati isterinya berdua-duan bersama-sama lelaki lain,adakah dia boleh membunuhnya?Selepas itu Allah menurunkan ayat Al-Quran mengenai perkara tersebut (ayat li’an seperti di atas).Sabda Nabi s.a.w: Allah telah menjelaskan hukumnya terhadap masalah kamu dengan isterimu.Sahal berkata:Kedua-dua pasangan tersebut telah melakukan li’an di masjid dan aku menyaksikannya”

  22. HasilHukumDaripadaSuamiMeli’anIsterinya Apabila suami meli’an isterinya mengikut cara yang disebutkan,ia melahirkan lima hukum: 1-Suami tidak dikenakan hukuman hudud kesalahan qazaf. 2-Isteri wajib dikenakan hukuman hudud kesalahan zina kecuali dia juga melakukan li’an. 3Hubungan perkahwinan antara mereka berdua terbatal. 4-Menafikan kandungan atau anak yang dilahirkan adalah anaknya.Dengan itu anak tersebut tidak boleh dibinkan kepada suami dan hendaklah diserahkan kepada isteri. 5-Mereka diharamkan berkahwin selama-lamanya.

  23. Cara IsteriMelakukanLi’an Li’an yang dilakukan oleh suami akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan qazaf. Li’an yang dilakukan isteri pula akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan zina akibat daripada li’an tersebut. Li’an isteri berkata: “Aku naik saksi demi Allah si fulan berbohong dalam tuduhannya yang mengatakan aku berzina” Hendaklah diulang sebanyak empat kali dan pada kali yang kelima,dia hendaklah berkata: “Kemurkaan Allah menimpaku sekiranya dia berkata benar” *Apabila beliau berkata demikian,hukuman hudud kesalahan zinatidak dikenakan ke atasnya.

  24. DalilLi’anIsteri Firman Allah s.w.t: “Dan bagi menghindarkan hukuman siksa daripada isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah,empat kali,bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya daripada orang-orang yang berdusta.Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata) bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya adalah orang-orang yang benar” (An-Nur:8-9)

  25. Syarat-SyaratLi’an Yang Paling Penting Untuk menjadikan li’an itu sah,mesti mengambil kira syarat-syarat berikut: 1-Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu daripada li’an. 2-Li’an suami mendahului li’an isteri. 3-Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan yang telah disebutkan.Jika salah seorang menukarkan lafaz penyaksian tadi dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan murka atau sebaliknya,li’an tersebut tidak sah.Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam Al-Quran dan mesti digunakan semasa melakukan li’an 4-Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara berturut-turut.Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh sebarang perkara yang dianggap oleh u’ruf sebagai pemisah. 5-Hakim wajib memberikan nasihat dan mengiatkan kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong seperti berkata: “Perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah.Salah seorang daripada kamu adalah pembohong.Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?

More Related