1 / 95

Pembaharuan Sistem Pilihan Raya Jepun 1994: Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

Asmadi Hassan 26 Februari 2013 DKB Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pembaharuan Sistem Pilihan Raya Jepun 1994: Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto. Glosari. Habatsu – puak politik / faction. Jiminto - Parti Liberal Demokratik.

reilly
Download Presentation

Pembaharuan Sistem Pilihan Raya Jepun 1994: Implikasi ke atas Habatsu dalam Jiminto

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Asmadi Hassan 26 Februari 2013 DKB Fakulti Sastera dan Sains Sosial PembaharuanSistemPilihan Raya Jepun 1994: ImplikasikeatasHabatsudalamJiminto

  2. Glosari • Habatsu – puak politik / faction. • Jiminto - Parti Liberal Demokratik. • Chu Senkyoku Sei - Kawasan Pilihan Raya Berbagai Wakil. • Sho Senkyoku Sei - Kawasan Perwakilan Tunggal. • Hirei Daihyo Sei - Perwakilan Bernisbah. • habatsushuryu ha – puak politik arus perdana. • han shuryu ha – puak politik penentang arus perdana.

  3. soshuryu ha – penguasaan puak politik besar dalam parti. • Kanji Cho - Setiausah agong parti. • Jieitai –Tentera Pertahanan diri Jepun. • Heiwa Iji Katsudo Ho - Undang-undang Operasi Keamanan. • zoku giin –ahli politikpakar dalam bidang tertentu dalam Jiminto. • kaku fuku senso - Peperangan Kaku-Fuku. • Miki oroshi - gerakan menjatuhkan Miki. • Jiban - penyokong setia. • Kanban - nama yang dikenali ramai. • Kaban - beg yang berisi wang.

  4. koenkai–kumpulan penyokong ahli politik. • Kensetsu Sho - Kementerian Pembinaan. • Tosanyaku –Tiga jawatan tertinggi dalam Jiminto • Naikaku Kanbo Chokan - Ketua Setiausaha Kabinet. • Honebuto no Hoshin –Perancangan induk. • Jieitai –Tentera pertahanan diri Jepun

  5. Habatsu - kelompok penting dalam Parti Liberal Demokratik (Jiminto). Untuk memahami politik Jepun, perlu memahami habatsu dalam parti tersebut - Akira Nakamura, Universiti Meiji. Ini kerana: 1. Jiminto merupakan parti pemerintah dan pembentukan parti tersebut dari pakatan antara habatsu 2. Keputusan kerajaan dan parti dipengaruhi habatsu contoh pemilihan presiden parti, perdana menteri, menteri kabinet dan jawatan tertinggi parti. Pengenalan

  6. Perubahan signifikan habatsu apabila sistem pilihan raya Dewan Rendah berubah tahun 1994. Kawasan Pilihan Raya Berbagai Wakil (Chu Senkyoku Sei) digantikan dengan campuran:- 1. Kawasan Perwakilan Tunggal (Sho Senkyoku Sei) 2. Perwakilan Bernisbah (Hirei Daihyo Sei).

  7. Implikasi Pilihan Raya Baru Terhadap Parti • Penstrukturan semula parti-parti politik Tahun 1993 - 2004, 10 parti ditubuhkan dan lenyap kerana penggabungan atau pembubaran. Contoh - Shinto Sakigake, 1993-1998. Jiyuto, 1998-2003. Shin Shinto, 1994-1997. • Perubahan kerana parti menstruktur semula sejajar dengan sistem pilihan raya baru.

  8. Kerangka Analisis

  9. Chu Senkyoku Sei dan Kekukuhan habatsu dalam Jiminto • Chu Senkyoku Sei - pertandingkan 1-6 enam kerusi dalam satu kawasan pilihan raya menyebabkan persaingan berlaku antara calon Jiminto yang mewakili habatsu masing-masing. • Habatsu membantu dari segi 1. Kewangan. 2. Sokongan berkempen. • Habatsu mempunyai peranan dalam pilihan raya sehingga mengukuhkan kedudukan dalam Jiminto.

  10. Kesan Kekukuhan Habatsu dalam Jiminto • Kelemahan kepimpinan pemimpin Jepun • Pembuatan keputusan yang tidak dipusatkan. • Pepecahan parti dan kekerapan tukar ganti Perdana Menteri. • Kos pilihan raya yang tinggi dan kerapkali berlakunya rasuah.

  11. Kelemahan Kepimpinan Pemimpin Jepun. • Perdana Menteri tidak mendapat perhatian masyarakat dunia walaupun Jepun mencapai kejayaan membanggakan dalam ekonomi. - Kenji Hayao. • Diabaikan dalam pembuatan keputusan kerajaan.-Kenji Hayao • Walaupun Kakuei Tanaka seorang handal berpolitik, tetapi gaya kepimpinan yang bijak mengumpul kekuatan dari kekuatan habatsu -Gerald L. Curtis. • Dilupakan dalam kajian akademik dan laporan akhbar. Ellis S. Krauss dan Benjamin Nyblade.

  12. Kelemahan berpunca dari perlantikan ke jawatan Perdana Menteri yang bergantung kepada pakatan antara habatsu. • Untuk mempertahankan kabinet bergantung kepada bagaimana berurusan dengan habatsu. • Perdana Menteri perlu terima cadangan habatsu untuk melantik ahli kabinet. • Tiada kebebasan bentuk kabinet sendiri.

  13. Selepas pentadbiran Kakuei Tanaka 1970-an, pembesaran habatsu beliau, mewujudkan soshuryu ha. • Walaupun Tanaka tidak menjadi Perdana Menteri, tetapi kekuatan habatsunya membolehkan beliau mendominasi politik. • Soshuryu ha menyebabkan sesiapa bercita-cita menjadi Perdana Menteri perlu mendapat persetujuan dari habatsu Tanaka. • Contoh - Masayoshi Ohira - Zenko Suzuki - Yasuhiro Nakasone

  14. Jawatan Perdana Menteri kepada habatsu lain dan mengawal melalui (Setiausaha Agong). • Kanji Cho berpengaruh dalam 1. Pembentukan kabinet 2. Bilangan jawatan kabinet kepada setiap habatsu 3. Urusan dalaman negara. • Kanji Cho terkenal – Ichiro Ozawa Contoh:- - Perang Teluk tahun 1990-1991, sumbang US$13 bilion kepada tentera pelbagai negara. - Menemuduga pengganti Kaifu sebagai PM – calon senior - Miyazawa, Mitsuzuka dan Watanabe. - Meluluskan Heiwa Iji Katsudo Ho tahun 1992 semasa pentadbiran Kaifu untuk menghantar Jieitai ke luar negara.

  15. Akibat pembentukan kerajaan berdasarkan habatsu 1. Kebebasan Perdana Menteri untuk membentuk hala tuju negara terhad 2. Pengikut habatsu pula menumpahkan lebih kesetiaan kepada habatsu yang dinaungi berbanding kepada Perdana Menteri dan parti. 3. Menyukarkan perpaduan dalam parti. 4. Menyukarkan pembentukan kabinet yang efektif Perdana Menteri lemah dalam pentadbiran.

  16. Pembuatan Keputusan tidak Dipusatkan. • Pembuatan keputusan dilaksanakan oleh anggota Diet pakar dalam Jiminto iaitu zoku giin dalam bukai – (Michio Muramatsu dan Takashi Inoguchi). • Zoku dikuasai oleh habatsu tertentu, seperti Tanaka - zoku pembinaan, pos dan telekomunikasi, habatsu Abe - zoku pengangkutan dan habatsu Fukuda zoku pendidikan. • Oleh kerana habatsu menguasai zoku, maka berlaku campur tangan habatsu dalam pembuatan keputusan.

  17. Model PembuatanKeputusan

  18. Justeru, pembuatan keputusan kerajaan dikuasai zoku giin. • Hujahan tersebut tidak menyentuh pengaruh Perdana Menteri. • Perdana Menteri sukar untuk menunjukkan kepimpinannya walaupun sebagai ketua pentadbiran negara, sebaliknya, habatsu telah menghakis kuasa Perdana Menteri.

  19. Pepecahan Parti dan Kekerapan Pertukaran Perdana Menteri. • Habatsu menyukarkan penyatuan parti - Lee W. Farnsworth. • Jiminto berpecah kepada habatsu dan kesetiaan ahli politik kepada habatsu berbanding parti. • Jiminto seperti parti dalam parti kerana mempunyai pemimpin, dasar, tabungan wang politik tersendiri - Mitsuru Uchida. • Habatsu bersaing memperbesarkan kekuatan bagi meningkatkan pengaruh masing-masing.

  20. Contoh 1. Persaingan sengit antara habatsu Tanaka dengan Fukuda menyebabkan pepecahan parti. - Wujud perkataan Peperangan Kaku-Fuku (kaku fuku senso) pada tahun 1970-an-1980-an.

  21. Habatsu menyebabkan tukar ganti pemimpin tinggi - tahun 1955 sehingga 1993 terdapat 15 orang Perdana Menteri berbanding empat orang bagi Malaysia.

  22. Perdana Menteri letak jawatan kerana tekanan habatsu kecuali Tanzan Ishibashi dan Hayato Ikeda. • 1. Takeo Miki tahun 1976 kerana gerakan menjatuhkan Miki (Miki oroshi) oleh habatsu Tanaka kerana Miki meneruskan pendakwaan Tanaka yang terlibat dalam skandal Lockheed. - Alasan - kegagalan Jiminto di bawah Miki mempertahankan 24 kerusi dalam pilihan raya Dewan Rendah pada tahun 1976. • 2. Kes Masayoshi Ohira, peneraju habatsu yang tidak berpuas hati dengan pemilihan Perdana Menteri berusaha menjatuhkan pemimpin tersebut. - Tahun 1980, Ohira diundi tidak percaya dan habatsu dalam Jiminto yang sepatutnya menyokong Ohira mengambil pendirian tidak hadir ke Diet.

  23. 3. Satu faktor kejatuhan Jiminto tahun 1993 kerana perpecahan dalam habatsu Takeshita kepada habatsu Obuchi dan Hata-Ozawa. - Mei 1993, habatsu Hata-Ozawa mengundi tidak percaya terhadap Miyazawa sehingga hilang majoriti di Dewan Rendah. - Pilihan raya diadakan tetapi gagal memperolehi majoriti.

  24. Oleh itu, sejak mentadbir negara, Perdana Menteri perlu bersedia kerana habatsu boleh menjatuhkannya. • Dalam kes Miki, apabila Perdana Menteri dipilih gagal menurut arahan habatsu yang lebih kuat menyebabkan kedudukan tidak stabil. • Beliau perlu turut arahan dan sekiranya gagal akan dijatuhkan.

  25. Pilihan Raya Berkos Tinggi dan Berlakunya Rasuah • Keupayaan kewangan satu syarat penting untuk menjadi peneraju habatsu. • Peneraju habatsu menyediakan wang besar bagi membiayai perbelanjaan diri dan pengikutnya. • Wang sebagai satu dari tiga perkara untuk memenangi pilihan raya iaitu penyokong setia (jiban), nama yang dikenali ramai (kanban) dan beg yang berisi wang (kaban).

  26. Ahli Jiminto perlu ichi-oku en (seratus juta yen) bagi memenangi pilihan raya dan kalah sekiranya mempunyai nana sen en (70 juta yen). (Hans Baewarld). • Perbelanjaan pejabat, keperluan harian, kumpulan penyokong (koenkai). • Mengaktifkan koenkai paling mahal - membawa ke kawasan peranginan, - derma semasa kankonsosai (kelahiran, kahwin, mati), - taja hadiah pertandingan dll. • Wang diperolehi dari pemimpin habatsu dan aktiviti pengumpulan wang.

  27. Aktiviti terakhir Tanaka membawa 11,000 ahli koenkai ke onsen Nukumi di Yamagata dengan belanja US$1.4 juta. • Perbelanjaan tinggi ditampung melalui sumbangan kumpulan peniaga. • Habatsu mendapatkan wang dengan menguasai kementerian berpotensi menjana kewangan kepada habatsu seperti Kementerian Pembinaan (Kensetsu Sho). (habatsu Tanaka). • Kontraktor mendapat projek awam menyumbangkan kembali 3% wang kepada peneraju habatsu

  28. Asahi Shimbun 31 Oktober 1993 mendapati dari 480 anggota Diet, 223 orang mengakui menerima sumbangan syarikat pembinaan. • Oleh itu hubungan akrab dengan kontraktor kerja awam aset penting kepada habatsu di mana wang diterima diagih semula kepada pengikut habatsu. • Keperluan kewangan mendesak menyebabkan berlaku rasuah. • Contoh rasuah melibatkan ahli politik berpengaruh ialah, 1. Skandal Lockheed 2. Recruit Cosmos Corporations 3. Sagawa Kyubin.

  29. Skandal Lockheed tahun 1976 membabitkan ahli politik termasuk Kakuei Tanaka bagi pembelian pesawat, All Nippon Airways (ANA) daripada Lockheed TriStar Aircraft. • Kakuei Tanaka bersalah dihukum penjara selama empat tahun tetapi meninggal dunia tahun 1993 ketika dalam tempoh rayuan. • Skandal Lockheed merupakan:- 1. realiti politik - peneraju habatsu mengumpulkan wang bagi membiayai politiknya dan pengikut. 2. Satu tindak balas kepada Chu Senkyoku Sei yang memerlukan habatsu perlu bersaing sesama sendiri dan pembangkang hingga kos pilihan raya tinggi.

  30. Skandal Recruit Cosmos tahun 1988 melibatkan pemimpin berpengaruh perniagaan dan Jiminto. • Skandal merebak ke dunia politik. 1. Takeshita meletak jawatan sebagai anggota Diet pada 5 April 1989 dan Setiausahanya Ihei Aoki membunuh diri. 2. Miyazawa mengaku menerima 10,000 unit saham Recruit Cosmos dan mendapat keuntungan sebanyak US$128,000 dan meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 14 Disember 1988. 3. Shintaro Abe, Kanji ChoJiminto mengakui menerima saham 8 juta yen dan melatak jawatan. 4. Toshiki Kaifu dikritik hebat kerana skandal dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

  31. Sagawa Kyubin - Ogos 1992 melibatkan Shin Kanemaru - Timbalan Presiden Jiminto, pemimpin kananhabatsu Takeshita dan menteri di Unyu Sho. • Kanemaru terima 500 juta yen dari Tokyo Sagawa Kyubin kerana meluluskan permit dan lesen operasi syarikat tersebut. • Beliau dituduh menerima wang sumbangan dari syarikat tersebut secara tidak sah bagi tujuan menampung perbelanjaan berkempen dalam pilihan raya. • Kanemaru didapati bersalah dan dipenjarakan.

  32. Oleh kerana terlalu banyak kesan negatif kewujudan habatsu maka terdapat desakan supaya kelompok tersebut dihapuskan. • Caranya melalui perubahan dalam sistem pilihan raya yang tidak memberi ruang kepada perkembangan habatsu, sebaliknya memperkasakan kepimpinan Perdana Menteri.

  33. Pilihan raya baru diluluskan pada 29 Januari 1994, iaitu Chu Senkyoku Sei digantikan dengan campuran Sho Senkyoku Sei dan Hirei Daihyo Sei. • Peraturan ketat dalam sumbangan kewangan kepada ahli politik. • Pembaharuan sistem pilihan raya supaya matlamat penyatuan parti, sistem pilihan raya berkos rendah serta melahirkan pemimpin berkarisma. • Kuncinya dengan melemahkan habatsu.

  34. Sebelum pembaharuan, ahli politik bergantung kepada habatsu untuk dipilih sebagai calon dan memenangi pilihan raya, • Selepas perubahan tumpuan beralih kepada parti dan mengakhiri kepentingan habatsu. • Sokongan habatsu tidak diperlukan, sebaliknya pemimpin parti memutuskan calon yang bertanding dalam Sho Senkyoku Sei dan Hirei Daihyo Sei. • Pemimpin parti berkuasa menentukan pengagihan sumber kewangan parti kepada ahli-ahlinya. • Oleh itu apabila kuasa difokuskan, kepimpinan parti bertambah kukuh dan seterusnya melemahkan habatsu.

  35. ImplikasiPerubahanSistemPilihan Raya keatashabatsu • Kesetiaan ahli habatsu terhakis 1. Parti mengambil alih peranan habatsu dalam pencalonan pilihan raya, sumber kewangan. - Walaupun habatsu tidak lenyap tetapi fungsinya yang mengikat kesetiaan antara penaung dan pengikut semakin terhakis

  36. Pengikut habatsu tidak menurut arahan peneraju masing-masing supaya menyokong calon beliau dalam pilihan raya Presiden Jiminto. • Buktinya:- 1. Ryutaro Hashimoto. 2. Keizo Obuchi. 3. Junichiro Koizumi.

  37. Ryutaro Hashimoto • Tahun 1995, tiga calon bertanding Ryutaro Hashimoto, Junichiro Koizumi dan Yohei Kono. • Hashimoto berkempen dengan 1. berpakat dengan peneraju habatsu 2. berkempen kepada semua habatsu. • Hasilnya – pengikut habatsu yang sepatutnya menyokong calon sokongan peneraju habatsunya engkar dengan menyokong calon lain.

  38. Buktinya:- 1.Pengikut habatsu Miyazawa, Mitsuzuka dan Komoto yang sepatutnya menyokong Kono dan Koizumi kerana peneraju habatsu masing-masing bersetuju untuk menyokong calon-calon tersebut tidak menurut arahan. - Contoh Koichi Kato dari habatsu Miyazawa bersama pengikutnya menyokong Hashimoto. - Walaupun habatsu Mitsuzuka menyokong Koizumi, tetapi dua pemimpin penting habatsu tersebut, Shizuka Kamei dan Junpei Tsukahara menyokong Hashimoto.

  39. Ahli pelbagai habatsu mengundi Hashimoto berbanding menurut arahan peneraju kerana 1. Populariti Hashimoto pada masa tersebut melebihi dua orang calon lain. 2. Populariti Hashimoto membantu mereka mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kerana sistem pilihan raya baru mementingkan imej pemimpin berkarisma berbanding habatsu.

  40. KeizoObuchi • Persaingan antara Keizo Obuchi, Seiroku Kajiyama dan Junichiro Koizumi. • Kesetiaan habatsu terhakis apabila dua calon dari habatsu yang sama iaitu Keizo Obuchi dan Seiroku Kajiyama dari habatsu Obuchi bertanding. • Pepecahan juga berlaku dalam habatsu Kato kepada tiga kumpulan iaitu 1.Kato dan pengikutnya menyokong Obuchi, 2. Katsuhiko Shirakawa dan penyokongnya menyokong Koizumi 3. Yohei Kono mengundi Kajiyama. Sebelum ini pematuhan arahan habatsu satu obligasi, tetapi kini habatsu berpecah dan mempunyai calon pilihan masing-masing.

  41. Junichiro Koizumi • Pilihan raya Presiden berikutnya tahun 2001, 2003 dan 2004. • April 2001 - Junichiro Koizumi, Ryutaro Hashimoto, Shizuka Kamei dan Taro Aso bertanding. • Koizumi keluar dari habatsu Mori dan tidak menganggotai mana-mana habatsu, • Habatsu Hashimoto dengan 95 orang pengikut diramalkan menang kerana paling besar telah tewas walaupun diarahkan supaya menyokong calon mereka.

  42. Kemenangan Koizumi menunjukkan 1. Calon tanpa sokongan habatsu berupaya menewaskan calon mewakili habatsu. 2. Kemerosotan pengaruh habatsu sejak pentadbiran Hashimoto berterusan pada zaman Koizumi. 3. Koizumi memenangi undi dari kalangan golongan muda di peringkat undi Diet yang mengingkari arahan habatsu masing-masing. - Bukti golongan muda menyokong Koizumi ialah Nobuteru Ishihara dan pemimpin dari habatsu Hashimoto dan Horiuchi.

  43. Pemimpin muda - Kazuta Yamamoto menegaskan peneraju habatsu secara tradisionalnya perlu menyediakan wang semasa berkempendalam pilihan raya dan jawatan seperti menteri dan timbalan menteri di kabinet serta jawatan dalam parti. • Walau bagaimanapun generasi muda sekarang bermatlamat untuk bekerja dengan ahli politik berpengetahuan berkaitan dasar kerajaan.

  44. Kejayaan Koizumi dipengaruhi dua faktor penting. - Pertama, Jiminto memerlukan imej popular Koizumi untuk menghadapi pilihan raya akan datang. - Melalui sistem pilihan raya lama identiti Presiden kurang penting bagi memancing undi kerana undi peribadi lebih ditekankan, tetapi sistem pilihan raya baru, faktor ini menjadi elemen penentu kemenangan. - Kedua sistem pilihan raya lama, dasar-dasar diperkenalkan oleh calon Presiden kurang signifikan berbanding pakatan antara habatsu-habatsu, tetapi kini dasar diperkenalkan menjadi tumpuan.

  45. September 2003 pilihan raya presiden Jimintohabatsu Hashimoto meletakkan Takao Fujii,selain itu Shizuka Kamei dan Masahiko Komura bertanding. • Habatsu Hashimoto berpecah kepada:- 1. Kumpulan penyokong pemilihan semula Koizumi sebagai presiden Jiminto diketuai oleh pemimpin Dewan Tinggi, Mikio Aoki 2. Kumpulan bermatlamat Koizumi diganti oleh pemimpin lain yang diketuai oleh Hiromu Nonaka.

  46. Habatsu lain jugaberpecah Buktinya:- 1. HabatsuHoriuchiberpecahkeranapemimpin veteran dalamhabatsutersebutiaitu Makoto Koga menyokong Komura. 2. PenerajuhabatsuHoriuchi, MitsuoHoriuchi pula menyokong Koizumi.

  47. Peneraju habatsu Komura, Masahiko Komura yang bertanding dalam pilihan raya Presiden menentang Koizumi pada pilihan raya Presiden tahun 2003 mengakui bahawa pengikutnya tidak lagi menurut arahan yang dikeluarkannya: “even if I say turn right, nobody would turn right.”

  48. Pilihan Raya BerkosTinggidanRasuah • Pilihan raya baru mengetatkan sumbangan wang dari korporat kepada ahli politik. • Selepas pembaharuan sistem pilihan raya, ahli politik mendapatkan wang dari tiga punca utama, 1. parti politik. 2. cawangan parti. 3. aktiviti pengumpulan wang. • Habatsu tidak dimasukkan dalam senarai penyumbang utama kepada ahli politik.

More Related