1 / 21

MODUL 6: PEMERIKSAAN DAN MODERASI A. KERJA KURSUS B. PEPERIKSAAN BERTULIS

MODUL 6: PEMERIKSAAN DAN MODERASI A. KERJA KURSUS B. PEPERIKSAAN BERTULIS. Proses pemeriksaan dan moderasi yang sistematik memainkan peranan penting dalam menentukan satu piawaian yang dikehendaki bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran. A. KERJA KURSUS.

Download Presentation

MODUL 6: PEMERIKSAAN DAN MODERASI A. KERJA KURSUS B. PEPERIKSAAN BERTULIS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MODUL 6:PEMERIKSAAN DAN MODERASIA. KERJA KURSUSB. PEPERIKSAAN BERTULIS

  2. Proses pemeriksaan dan moderasi yang sistematik memainkan peranan penting dalam menentukan satu piawaian yang dikehendaki bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran

  3. A. KERJA KURSUS

  4. Penyelarasan Sebelum Pemeriksaan (Penyelarasan Skema Pemarkahan dan Rubrik) • a) Ketua Pemeriksa yang dilantik oleh Ketua Jabatan Akademik (KJA) memilih sekurang-kurangnya satu sampel tugasan secara rawak. • b) Semua pemeriksa menyemak sampel yang dipilih berdasarkan skema pemarkahan / rubrik untuk memastikan bahawa semua elemen penilaian ditanda untuk mencapai satu markah yang dipersetujui. • c) Skema pemarkahan dan rubrik boleh ditambah baik dengan persetujuan antara pemeriksa jika perlu. • d) Sekiranya seorang pemeriksa sahaja yang menyemak tugasan, penyelarasan sebelum pemeriksaan tidak perlu dilaksanakan.

  5. Proses Semasa Pemeriksaan • 1. Pemeriksa akan meneruskan proses penandaan berpandukan skema pemarkahan atau rubrik yang dipersetujui oleh panel pemeriksa. • 2. Pemeriksa harus mencatat maklum balas pada tugasan pelajar secara terperinci. Tambahan lagi, maklum balas juga perlu diberikan secara menyeluruh (rujuk Lampiran 5 untuk contoh borang maklum balas). • 3. Maklum balas kerja kursus harus disampaikan kepada pelajar secara individu selaras dengan tujuan pentaksiran untuk pembelajaran. • 4. Pemeriksa boleh merujuk Panduan Memberikan Maklum Balas Kerja kursus (Lampiran 6) untuk memahami cara memberikan maklum balas kepada pelajar. • 5. Selepas proses pemeriksaan selesai, markah diisi ke dalam Borang Markah Kerja Kursus (Lampiran 7).

  6. Moderasi Selepas Pemeriksaan • 1. Moderasi selepas pemeriksaan perlu dilaksanakan untuk menyelaraskan pemarkahan pemeriksa. • 2. Prosedur pelaksanaan moderasi adalah seperti yang dihuraikan pada Jadual 4 Buku panduan Kerja Kursus IPGM. • 3. Selepas moderasi ini, tugasan perlu diserahkan kepada pelajar untuk mengetahui pencapaiannya berdasarkan maklum balas yang telah dicatatkan. • 4. Untuk tujuan pengauditan, 9 set tugasan pelajar (3 markah tinggi, 3 markah sederhana dan 3 markah rendah) perlu dikutip balik dan disimpan di Jabatan Akademik.

  7. Prosedur pelaksanaan moderasi • A. Sebelum Moderasi • (i) Ketua pemeriksa memilih tiga tugasan daripada setiap kelompok iaitu markah tinggi, sederhana dan rendah sebagai sampel moderasi. • (ii) Pastikan 9 sampel yang dipilih adalah daripada semua pemeriksa. Jika jumlah tugasan kurang daripada 15, satu sampel sahaja perlu dipilih daripada setiap kelompok markah. • (ii) Pemeriksa mengisi markah sampel dalam Borang Moderasi (Lampiran 8 Buku Panduan Kerja Kursus). • (iii) Sekiranya seorang pemeriksa sahaja yang menyemak tugasan, moderasi hanya dilaksanakan bagi kes cemerlang (≥ 90 markah) dan gagal (< 50 markah). Moderasi ini perlu dilakukan oleh KJA/ pemeriksa yang dilantik.

  8. Prosedur pelaksanaan moderasi • B. Semasa Moderasi • (i) Ketua pemeriksa akan menyemak semua tugasan yang telah dipilih. Bagi tugasan yang ditanda oleh ketua pemeriksa, salah seorang panel pemeriksa bagi kursus tersebut hendaklah menyemak tugasan ketua pemeriksa. • (ii) Jika perbezaan markah dalam moderasi pusingan pertama (oleh ketua pemeriksa) kurang daripada 5, maka markah pemeriksa pertama (asal) dikekalkan. • (iii) Jika perbezaan markah adalah lima atau lebih (≥5), maka moderasi pusingan kedua hendaklah dilaksanakan oleh salah seorang panel pemeriksa. • (iv) Jika markah dalam moderasi pusingan kedua kurang daripada lima, maka markah pemeriksa asal dikekalkan. • (v) Jika masih terdapat perbezaan markah lima atau lebih (≥5) dalam moderasi pusingan kedua, maka penyelarasan markah hendaklah dilakukan oleh ketua pemeriksa. Rujuk contoh pengiraan markah penyelarasan pada Borang Moderasi yang dilampirkan (Lampiran 9 Buku Panduan Kerja Kursus). • (vi) Panel pemeriksa mesti bersetuju dengan markah penyelarasan tersebut untuk mendapat markah akhir tugasan. • (vii) Bagi tugasan yang gagal (<50 markah), tugasan itu perlu disemak semula oleh ketua pemeriksa. Jika markah ketua pemeriksa adalah lulus, maka markah itu diambil kira. Jika markah ketua pemeriksa masih gagal, maka KJA/pemeriksa yang dilantik perlu membuat semakan semula terhadap tugasan yang berkaitan. Dalam hal ini, markah KJA/pemeriksa yang dilantik adalah muktamad. • (viii) Bagi tugasan cemerlang (≥ 90 markah), ketua pemeriksa perlu menyemak semula tugasan tersebut. Jika berlaku perbezaan markah, maka markah ketua pemeriksa adalah muktamad. • Nota: Untuk membezakan penandaan, pemeriksa kedua mengguna pen dakwat hijau dan pemeriksa ketiga menggunakan pen dakwat ungu.

  9. Prosedur pelaksanaan moderasi • C. Selepas Moderasi • (i) Jika terdapat ketidaktekalan dari segi pemarkahan oleh seseorang pemeriksa, maka penyelarasan markah yang telah dipersetujui perlu dilaksanakan untuk pemeriksa tersebut. • (ii) Markah akhir tugasan semua pelajar mesti direkodkan pada ruang ”Markah selepas moderasi” dalam Borang Markah Kerja Kursus (Lampiran 7 Buku Panduan kerja Kursus). • (iii) Bagi tugasan yang gagal, ketua pemeriksa perlu mengisi Borang Kes Gagal (Lampiran 10 Buku Panduan kerja Kursus). • (iv) Ketua pemeriksa dikehendaki mengisi borang Laporan Panel Moderasi Kerja Kursus(Lampiran 11 Buku Panduan kerja Kursus).

  10. BORANG YANG PERLU DISEDIAKAN: • LAM PT06-01 JUN 2012 - BORANG MARKAH KERJA KURSUS • LAM PT06-02 JUN 2012 - BORANG MODERASI • LAMPT06-03 JUN 2012 - BORANG LAPORAN PANEL MODERASI KERJA KURSUS • LAM PT06-04 JUN 2012 - BORANG LAPORAN KES GAGAL 5. BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS PELAJAR

  11. Panduan Semakan Taburan Markah Kerja Kursus • Pentaksiran IPG adalah berbentuk rujukan norma bukan rujukan kriteria • Bagi tujuan membezakan pelajar dari segi tahap prestasi, markah kerja kursus seharusnya menunjukkan serakan yang munasabah. • Markah kerja kursus mesti sekurang-kurangnya terdiri daripada tiga gred merentasi dua kategori gred, contoh: A, A–, B+ atau A, B+, B, C+ atau B+, B, C. • Taburan markah kerja kursus seharusnya tidak terlalu terpencong. Sebagai contoh, jika dalam satu kumpulan 20 pelajar, terdapat 18 gred A, 1 gred A– dan 1 gred B+ • Bagi kes-kes di mana taburan tidak dapat memenuhi kriteria di atas, pensyarah perlu memberi justifikasi berasaskan prinsip-prinsip pentaksiran. Justifikasi ini perlu disahkan oleh Ketua Jabatan Akademik sebelum dicatat secara jelas dalam Laporan Ketua Jabatan (Borang A4) yang dilampirkan bersama Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan (BKKP).

  12. LENGKUNG TABURAN NORMAL asal

  13. SERAKAN YANG MENGHAMPIRI LENGKONG NORMAL • 2.15% markah tertinggi • 13.70% markah sederhana tinggi • 34.15% markah sederhana di atas min • 34.15% markah sederhana di bawah min • 13.70% markah sederhana rendah • 2.15% markah terendah • Contoh jika 20 orang pelajar : hanya seorang yang berpeluang mendapat markah tertinggi, tiga orang mendapat markah sederhana tinggi, dan enam orang mendapat markah sederhana di atas min. Begitulah sebaliknya, hanya seorang yang mendapat markah terendah, tiga orang mendapat markah sederhana rendah, dan enam orang mendapat markah sederhana di bawah min.

  14. Negatively skewed F r e q u e n c y Marks Mode > Median > Mean Implies exam too easy; Students are bright asal

  15. Positively skewed F r e q u e n c y Marks Mean > Median > Mode Implies exam too difficult or students are weak asal

  16. Perbandingan Lengkung Taburan Normal Dengan Nilai Sisihan Piawai Yang Berbeza Tetapi Nilai Min Yang Sama min

  17. Perbandingan Lengkung Taburan Normal Dengan Nilai Sisihan Piawai Yang Sama Tetapi Nilai Min Yang Berbeza Min A Min B Min C

  18. B. PEPERIKSAAN BERTULIS • PANDUAN PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN a. Penyelarasan Pemeriksaan Skrip Sampel i) Ketua Pemeriksa memilih tiga sampel skrip jawapan secara rawak ii) Sekiranya seorang pemeriksa sahaja yang memeriksa skrip peperiksaan, penyelarasan skrip sampel tidak perlu dilaksanakan iii) Sampel skrip disemak berdasarkan rubrik dan skema pemarkahan untuk memastikan semua elemen penilaian diperiksa dan digred dengan sewajarnya iv) Markah muktamad hendaklah dicapai mengikut persetujuan antara pemeriksa v) Selepas proses ini pemeriksa yang terlibat akan meneruskan proses pemeriksaan, berpandukan skrip jawapan pelajar yang telah diselaraskan dan skema pemarkahan yang mungkin telah diubah suai dan disetujui oleh panel

  19. B. PEPERIKSAAN BERTULIS • PANDUAN PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN b. Pemeriksaan Skrip Jawapan i) Pemeriksa hendaklah memeriksa semua skrip jawapan dengan merujuk kepada skema pemarkahan dan rubrik yang telah diselaraskan ii) Pemeriksa pertama menggunakan pen berdakwat merah iii) Markah mentah dicatat dengan jelas mengikut rubrik dan skema pemarkahan bagi persediaan penyelarasan markah (moderasi)

  20. B. PEPERIKSAAN BERTULIS • PANDUAN PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN c. Moderasi Skrip Jawapan i) Moderasi dilaksanakan untuk menyelaraskan pemarkahan skrip jawapan kepada suatu piawaian yang dikehendaki bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran ii) Ketua pemeriksa perlu memilih tiga skrip jawapan secara rawak yang telah diperiksa oleh setiap pemeriksa untuk penyelarasan markah dengan menggunakan pen berdakwat hijau iii) Sekiranya berlaku perbezaan markah ≥5 untuk setiap skrip yang dimoderasi, maka pemeriksa perlu memeriksa semua skrip jawapan tersebut semula iv) Jika perbezaan markah <5, markah pemeriksa pertama dikekalkan v) Jika markah ≥ 90% (cemerlang), semua skrip jawapan tersebut perlu disemak semula oleh ketua pemeriksa. Jika berlaku perbezaan markah, markah ketua pemeriksa adalah muktamad vi) Bagi kes gagal (< 50%), semua skrip jawapan tersebut perlu disemak semula oleh ketua pemeriksa. Jika markah ketua pemeriksa adalah lulus, maka markah itu diambil kira. Jika markah ketua pemeriksa masih gagal, maka Ketua Jabatan Akademik/Pemeriksa yang dilantik perlu membuat semakan semula terhadap skrip yang berkaitan. Dalam kes ini, markah Ketua Jabatan Akademi/Pemeriksa yang dilantik adalah muktamad vii) Sekiranya seorang pemeriksa sahaja yang memeriksa skrip jawapan, moderasi hanya dilaksanakan bagi kes cemerlang dangagal sahaja oleh Ketua Jabatan Akademik/Pemeriksa yang dilantik viii) Setelah proses moderasi selesai, pemeriksa perlu mengisi markah dalam Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan (BKKP- LAM PT07-01)

  21. TERIMA KASIH

More Related