260 likes | 526 Views
BAB 3 konsep kepercayaan dan amalan beragama II. IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA. Maruwiah Ahmat. PENDAHULUAN. Hasil Pembelajaran. Kandungan Bab. Menerangkan kejadian alam dan manusia dari pelbagai perspektif. Menghuraikan keperluan agama menurut kepercayaan dan amalan.
E N D
BAB 3 konsepkepercayaandanamalanberagama II IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA Maruwiah Ahmat
PENDAHULUAN • Hasil Pembelajaran Kandungan Bab • Menerangkan kejadian alam dan manusia dari pelbagai perspektif. • Menghuraikan keperluan agama menurut kepercayaan dan amalan. • Menjelaskan peranan akhlak dalam kehidupan. 3.1 Konsep Kepercayaan 3.2 Konsep Ibadah 3.3 Dosa dan Pahala 3.4 Rabbaniyyah 3.5 Konsep Halal dan Haram 3.6 Kehidupan Selepas Mati
KONSEP DOSA DAN PAHALA • Umumnya dosa ialah suatu balasan buruk yang terhasil dari tindakan dan perbuatan yang jahat manakala pahala ialah suatu balasan baik yang diperolehi hasil daripada kebaikan dan amalan terpuji dalam satu-satu agama
DOSA DAN PAHALA - YAHUDI • Agama Yahudi menganggap perbuatan jahat dan perbuatan menyalahi perintah Tuhan adalah berdosa. Seseorang yang berdosa perlu meminta ampun kepada Tuhan dengan cara-cara tertentu. • Bagi penganut Yahudi, Yom Kippur merupakan hari paling suci dalam agama Yahudi. Ia adalah hari penebusan dosa bagi penganut Yahudi. • Pada hari Yom Kippur, mereka berpuasa dan bertaubat untuk mendapat keredhaan Tuhan
DOSA DAN PAHALA - KRISTIAN • Setiap perbuatan jahat dan menyalahi perintah Tuhan dianggap berdosa. • Antaranya ialah Dosa Warisan atau disebut sebagai Original Sin. • Nabi Adam dan Hawa telah menyebabkan terjadinya dosa warisan ini. • Apabila melakukan kesalahan, seseorang harus mengakui perbuatan jahatnya itu dan memohon keampunan kepada Tuhan di hadapan seorang paderi (priest) dalam upacara confession.
DOSA DAN PAHALA - ISLAM • Setiap manusia secara fitrahnya dilahirkan suci tanpa dosa. • Dikira berdosa hanya apabila melakukan perbuatan keji yang akan mengakibatkan balasan neraka. • Ganjaran syurga bagi yang melakukan kebaikan. • Digalakkan senantiasa meminta ampun Allah dalam pelbagai cara sama ada melalui doa, solat mahupun zikir kerana Islam mempercayai bahawa Allah bersifat Maha Pengampun.
KONSEP RABBANIYAH • Rab bermaksud tuhan. • Rabbaniyah bermaksud sifat ketuhanan. • Semua agama bersifat ketuhanan. Namun cara mereka menyembah tuhan adalah pelbagai. • Perbezaan juga dilihat dari segi menyifatkan keadaan Tuhan. • Hubungan manusia dan Tuhannya juga terdapat dalam pelbagai bentuk berdasarkan agama.
KONSEP RABBANIYAH - YAHUDI • Percaya kepada satu tuhan dan menyembah satu tuhan. • Allah dianggap sebagai zat yang kekal, pencipta alam semesta, dan sumber peribadi. • Allah mempunyai kuasa untuk campur tangan di dunia. • Allah dijelaskan dalam pengertian seperti: "Ada satu Zat, sempurna dalam segala cara, yang merupakan penyebab utama dari semua keberadaan. Semua tergantung pada keberadaan Allah dan semua berasal dari Allah. "
KONSEP RABBANIYAH - KRISTIAN • Agama monoteisme, namun ajaran Kristian adalah politeisme dengan adanya konsep Triniti. • Agama Katolik meyakini bahwa Roh Qudus tumbuh dari Tuhan Bapa dan Anak secara bersamaan. • Berkeyakinan bahwa Tuhan Bapa dan Tuhan Anak memiliki kesempurnaan yang sama. • Meyakini bahawa Jesus atau Tuhan Anak ikut bersama-sama dengan Tuhan Bapa mencipta langit dan bumi.
KONSEP RABBANIYAH - ISLAM • Monoteisme. Hanya menyembah Allah. • Benar-benar mengetahui dan yakin bahawa Allah Maha Berkuasa dan berhak berbuat mengikut kehendakNya dan manusia perlu patuh kepada-Nya. • Meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui atas seluruh kejadian-Nya. Dia berkuasa menyusun aturan kehidupan untuk makhluknya. • Meyakini bahawa dengan kebijaksanaan dan keadilan Allah, Dia menciptakan aturan hidup ini dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan makhluk-Nya atas rahmat dan keadilannya. • Meyakini bahawa manusia tetap lemah dan tidak berupaya untuk sampai ke tahap kesempurnaan walau setinggi manapun ilmu pengetahuannya.
KONSEP HALAL DAN HARAM HALAL • Menurut Kamus Dewan, halal bermaksud hukum yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan, diperbolehkan, diizinkan dan dibenarkan. • Halal merupakan suatu prinsip mendatangkan kebaikan dengan menjauhi sesuatu yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia dari segi jasmani dan jiwa. • Contoh : Memakan binatang yang disembelih
KONSEP HALAL DAN HARAM HARAM • Haram merupakan sesuatu yang ditegah untuk dilakukan, dipakai, dimakan atau diminum dan sebagainya. • Sesuatu yang haram boleh mendatangkan keburukan atau kemudaratan kepada manusia dari segi jasmani dan jiwa. • Contoh : Memakan binatang yang tidak disembelih/bangkai Meminum minuman memabukkan
HALAL DAN HARAM - YAHUDI • Kosher adalah standard halal bagi orang Yahudi. • Yang tidak boleh dimakan disebut trefa atau trayfah. • Minuman arak dibolehkan dengan kadar yang tertentu. • Ikan yang tidak bersirip atau bersisik, kerang, dan tidak boleh makan daging bersama susu kecuali waktu makannya terpisah. • Semua jenis gelatin (tanpa memandang terbuat dari binatang yang disembelih atau tidak dan semua jenis keju (tanpa melihat cara dan proses pembuatannya).
HALAL DAN HARAM - YAHUDI Tidak Kosher atau Trayfa • Potongan-potongan daging tertentu, meskipun dari haiwan yang halal, juga tidak kosher. • Babidanpotongannya. • Makananlaut • Gandum, barli, oat hanya kosher padaperayaanPossoversahaja. Maklumat lain • PenyembelihbinatangadalahorangYahuditerpilih. • Menyembelihdenganperalatantajamsahaja.
HALAL DAN HARAM - KRISTIAN HALAL • Binatang berkuku belah dan memamah biak (sapi, kambing, rusa, kijang) • Binatang bersirip dan bersisik di dalam air (ikan laut/tawar). • Binatang merayap, bersayap dan melompat (spt. belalang)
HALAL DAN HARAM - KRISTIAN • Tidak berkuku belah dan memamah biak (kelinci, marmot, pelanduk) • berkuku belah dan tidak memamah biak (babi, babi hutan • tidak berkuku belah dan tidak memamah biak (kuda); tidak bersirip dan bersisik (belut) • burung (rajawali, hantu, elang, bangau, camar, kelelawar, gagak, pungguk) • merayap dan berkeriapan (tikus, katak, landak, biawak, bengkarung, siput) • semua persembahan kepada berhala; darah; bangkai; • berasal dari haiwan yang mati dicekik, penganiayaan; anak lembu/kambing jantan tua. H A R A M
HALAL DAN HARAM - ISLAM HALAL • Semua makanan adalah halal kecuali dinyatakan pengharamannya di dalam Al-Quran. • Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan. • Bebas dari najis • Bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing. • Disembelih mengikut hukum Syarak. • Diperolehi melalui sumber yang diharuskan.
HALAL DAN HARAM - ISLAM HARAM • Semua makanan yang kotor dianggap haram. • Anjing dan babi dan segala keturunan dan bahagian badannya. • Semua makanan/minuman yang memabukkan. • Semua makanan/minuman yang mendatangkan mudarat. • Semua haiwan yang perlu disembelih tetapi tidak disembelih dengan kaedah syarak. • Binatang dua alam (reptalia). • Binatangberbisa.
KEHIDUPAN SELEPAS MATI • Kematian adalah terputusnya hubungan roh dengan jasad zahir dan batin, perpisahan antara keduanya, atau penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. • Mati berbeza dengan tidur kerana tidur adalah suatu keadaan terputusnya roh sementara dengan hubungan lahiriah.
KEHIDUPAN SELEPAS MATI-YAHUDI • Penganut Yahudi mempercayai wujudnya kehidupan selepas kematian. • Mereka percaya terdapatnya syurga dan neraka. • Individu yang banyak melakukan kebaikan dan amalan keagamaan Yahudi akan dikurniakan Syurga manakala mereka yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan neraka
KEHIDUPAN SELEPAS MATI-KRISTIAN • Mempercayai adanya kehidupan selepas kematian. Mereka percaya setiap perbuatan jahat akan dibalas dengan siksaan di akhirat. • Manakala perbuatan baik akan diberi ganjaran baik selepas di akhirat. • Selepas kematian mereka akan dibangkitkan semula dan ditempatkan di 3 tempat iaitu syurga (Heaven), neraka (Hell) dan Purgatory. • Purgatory adalah tempat orang yang tidak layak ke syurga ataupun ke neraka.
KEHIDUPAN SELEPAS MATI - ISLAM • Syurga dan neraka adalah tempat terakhir perjalanan seseorang. • Manusia akan menerima balasan setimpal di sisi Allah di akhirat atas segala amalan yang dikerjakan di dunia. • Alam selepas kematian : Alam Barzakh Kiamat Kebangkitan (al-Ba’ath) Dihimpunkan (al-Hasyr) Amalan dihitung (al-Hisab) Titian Sirat Syurga atau Neraka
Aktiviti – Kuiz II 1. Konsep kepercayaan bagi agama Yahudi, Kristian dan Islam mempunyai persamaan. Berikan 3 persamaan tersebut. 2. Berikan maksud rabbaniyah. _________________________ 3. Nyatakan sebab pengharaman perkara di bawah. (a) Binatang yang tidak disembelih berdasarkan agama Yahudi atau Islam. (b) Minuman atau makanan yang memabukkan. (d) Penyalahgunaan dadah.