1 / 13

Mahkamah Perusahaan

Mahkamah Perusahaan. Sebuah tribunal ditubuhkan dibawah undang-undang utk bicarakan & turunkan keputusan-keputusan dalam pertikaian kerja yg telah dirundingkan oleh Menteri atau secara langsung oleh pihak-pihak pertikaian.

Download Presentation

Mahkamah Perusahaan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Mahkamah Perusahaan Sebuah tribunal ditubuhkan dibawah undang-undang utk bicarakan & turunkan keputusan-keputusan dalam pertikaian kerja yg telah dirundingkan oleh Menteri atau secara langsung oleh pihak-pihak pertikaian. Hanya dirujuk ke mahkamah apabila gagal mendapat penyelesaian rundingan bersama.

  2. Sejarah dan Latar Belakang • Mula ditubuhkan dalam tahun 1940 – di bawah aturan-aturan Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Siasatan. • Seterusnya dibawah “Industrial Court of Inquiry Rules” tetapi tidak dapat berfungsi akibat ditaklok oleh Jepun. • Statut terawal peruntukkan penubuhan mahkamah-mahkamah perusahaan ialah Enakmen Mahkamah Perusahaan, 1940 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen Mahkamah Perusahaan di Kedah & Ordinan Mahkamah Perusahaan, 1940 di Negeri-Negeri Selat – tetapi tidak pernah dikuatkuasakan. Kemudian ia diganti oleh Ordinan Mahkamah Perusahaan, 1948 & Ordinan Pertikaian Perusahaan, 1949 yg dipakai dlm Persekutuan Tanah Melayu.

  3. Samb. Sejarah dan Latar Belakang • Ordinan Mahkamah Perusahaan telah dimodelkan selaras dgn undang-undang di United Kingdom – didasarkan kpd konsep timbangtara sukarela dimana ia dapat bidang kuasa bg putuskan pertikaian perusahaan dpd kerelaan pihak-pihak bertelingkah. • Indonesia isytiharkan konfrontasi terhadap penubuhan Malaysia, Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu), 1964 diluluskan Parlimen bagi hadapi keadaan tempatan. • Peraturan-peraturan Perlu (larangan Mogok dan Tindakan Perusahaan Yang Ditetapkan) 1965 – undang-undang kecil yg diluluskan YDP Agong – bawah kuasa Akta Darurat. • September 1965 – peraturan-peraturan digantikan oleh Peraturan-peraturan Perlu (Pertikaian Perusahaan dalam perkhidmatan-perkhidmatan Perlu).

  4. Samb. Sejarah dan Latar Belakang • 1967, “Industrial Relation Act” diluluskan di mana konsep arbitrasi wajib diperkenalkan. Sekiranya berlaku pertikaian, pihak kerajaan boleh campurtangan bagi memaksa kedua-dua pihak ke meja rundingan seterusnya dirujuk ke Mahkamah. • “Industrial Relation Act” diterima pakai setelah melalui beberapa siri pindaan pada tahun 1971, 1975, 1976, 1980, 1989 & akhir sekali dalam tahun 1990. • Tujuan pindaan – bagi mentadbir hubungan antara majikan & pekerja & kesatuan sekerja - elak dan selesaikan sebarang perbezaan atau pertikaian yg timbul.

  5. Objektif Penubuhan • Ditubuhkan berikutan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – kuasa mahkamah diterima pakai & termaktub dalam Akta Parlimen. • Tujuan utama penubuhan – utk kelancaran & pemusatan kpd penyelesaian pertelingkahan dagangan tanpa terikat oleh formaliti & teknikaliti jika dibandingkan dgn mahkamah-mahkamah lain. • Tujuan lain: I) Objektif Umum – wujudkan prinsip & panduan kpd undang-undang perburuhan di sektor swasta melalui keputusan mahkamah yg akan jadi ikatan & ikutan. II) Objektif Organisasi – keluarkan keputusan (award) pertikaian perusahaan majikan dan pekerja dgn cepat & ekonomikal & beri pengiktirafan perjanjian bersama antara majikan & pekerja supaya dapat nikmati faedah & kemudahan serta wujud & kekalkan suasana harmoni perusahaan selaras dgn dasar perindustrian & pelaburan negara.

  6. Fungsi Mahkamah Perusahaan • Bidang kuasa terhad – tidak punyai kuasa utk bertindak di luar kuasa yg telah diperuntukkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967. • Fungsi utama – adili, bicara & turunkan keputusan/award pertikaian perusahaan samada dirujuk ke Menteri Sumber Manusia, atau dirujuk terus oleh pihak bertikai (majikan, pekerja atau kesatuan pekerja). • Mahkamah sentiasa pastikan tiada majikan buat keputusan memudaratkan/ tidak adil kpd pekerja kerana hak utk ‘hire and fire’ spt dlm common law tidak boleh dipakai. • Dlm proses pendaftaran & pengiktirafan kesatuan, perjanjian bersama akan diberikan spt yg diamanahkan oleh majikan atau kesatuan sekerja.

  7. Aktiviti Utama Mahkamah Perusahaan • Punyai 2 jenis aktiviti utama: proses arbitrasi & perjanjian bersama. • 1. Arbitrasi • Merupakan proses penyelesaian pertikaian perusahaan. • Di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 proses ini melalui 4 peringkat: • Perundingan Secara Langsung (Negotiation) - atau perundingan bersama diantara pihak majikan atau kump. majikan dan kump. pekerja dgn. Tujuan capai satu keputusan atau persetujuan mengenai syarat-syarat kerja.

  8. Samb. Aktiviti Utama Mahkamah Perusahaan • Rundingan damai (Conciliation) • Membawa kedua-dua pihak yg terlibat bersama utk selesaikan masalah mereka. • Dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan & digalakkan utk capai kata sepakat bagi capai persetujuan bersama. • Keputusan Y.B. Menteri (Kuasa Bicara Menteri) - Dlm kes yg tiada penyelesaian, dirujuk kpd Menteri yg akan putuskan samada kes punyai merit utk dirujuk ke Mahkamah Perusahaan atau tidak - Seksyen 33(1) Akta Perusahaan 1967.

  9. Samb. Aktiviti Utama Mahkamah Perusahaan • Timbangtara oleh Mahkamah Perusahaan (Arbitration) • Mahkamah Perusahaan bicarakan pertikaian yg dirujuk kpd.nya dan buat atau turunkan keputusan. • Peringkat i, ii & iii tertakluk dibawah bidangkuasa Jabatan Perhubungan Perusahaan dan peringkat iv (arbitration) tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Perusahaan.

  10. 2. Perjanjian Bersama • Aktiviti utama – mendaftar & beri pengiktirafan ke atas perjanjian bersama supaya ianya sah dari segi undang-undang.

  11. Organisasi Mahkamah Perusahaan • Yang Dipertua atau Presiden (ketua organisasi) – bertanggungjawab diatas seluruh fungsi & aktiviti mahkamah. • Terdapat 7 atau 5 orang Pengerusi di Mahkamah Kuala Lumpur, 1 orang di Mahkamah Pulau Pinang & 1 orang di Mahkamah Sabah & Sarawak. • Dibawah Yang Dipertua – 1 orang Pendaftar – bertindak sbg Ketua Pentadbiran bertanggungjawab di atas hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, personel & kewangan serta pengendalian sebutan & pendengaran kes. • Pendaftar dibantu oleh Timbalan Pendaftar & 3 orang Penolong Pendaftar yg kendalikan urusan harian mahkamah.

  12. Bidang Kuasa Mahkamah Perusahaan • Mengikut Seksyen 29 Akta Perhubungan Perusahaan, Mahkamah boleh dalam apa-apa prosiding: • Memerintah supaya mana-mana pihak disatukan, digantikan atau dibatalkan • Mengarah pihak-pihak dalam pertikaian & orang-orang lain yg punyai hubungan dgn pembicaraan supaya hadir di mahkamah. • Ambil keterangan atas sumpah atau ikrar & arahkan supaya dikemukakan buku-buku, surat-surat, dokumen-dokumen dan benda-benda di hadapannya

  13. Samb. Bidang Kuasa Mahkamah Perusahaan • Mendengar & buat keputusan di dalam sesuatu kes walaupun tanpa penyerahan kes atau pernyataan jawapan, ataupun mendengar kes secara sebelah pihak (ex-parte) selepas notis-notis atau saman-saman telah diserahkan kpd pihak-pihak bertikai. • Menjalankan mana-mana perbicaraan atau mana-mana bahagiannya secara persendirian. • Memanggil mana-mana pakar utk bantu selepas menghubungi Menteri • Umumnya mengarah & membuat semua perkara yg perlu atau mustahak bagi mempercepatkan pengadilan pertikaian itu.

More Related