480 likes | 999 Views
Pembakuan bahasa. PEMBAKUAN BAHASA. Bahasa baku bermaksud usaha, tindakan dan proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar, dan yang menjadi dasar ukuran. Bahasa baku ialah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam satu kawasan akibat perbedaan sosial dan daerah.
E N D
PEMBAKUAN BAHASA • Bahasa baku bermaksud usaha, tindakan dan proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar, dan yang menjadi dasar ukuran. • Bahasa baku ialah bahasa yang menunjukkan norma baku dalam satu kawasan akibat perbedaan sosial dan daerah. • Bahasa yang berprestij, dan perlu dikuasai untuk mencapai status sosial dan ekonomi dalam sesebuah negara. • Bahasa yang seragam, variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa dalam situasi rasmi. • Ragam bahasa yang digunakan untuk keperluan rasmi seperti dalam ucapan, syarahan, pengajaran, mesyuarat, taklimat, surat rasmi, arahan, pekeliling, laporan, iklan, tender, minit mesyuarat dan sebagainya.
BAHASA TERHAD • Bahasa terhad (restricted code) ialah variasi bahasa yang digunakan oleh penutur yang akrab (mesra) dalam kehidupan biasa. • Ciri bahasa terhad adalah seperti yang berikut: > Ringkas > Mengandung kependekan atau singkatan > Bergantung pada konteks > Rujukan perkara/peristiwa yang dialami bersama > Tidak memerlukan huraian mendalam
BAHASA TERBINA • Bahasa terbina (elaborated code) ialah variasi bahasa yang menjadi norma atau ukuran penggunaan bahasa baku. • Ciri bahasa terbina adalah seperti yang berikut: > Kompleks > Susunannya teratur dan rapi > Tidak berasaskan pengalaman dan pemahaman yang sama > Tajuk perbincangan memerlukan huraian terperinci
MATRA PERANCANGAN BAHASA • Matra perancangan bahasa terbahagi dua, iaitu: 1. Perancangan korpus 2. Perancangan taraf
PERANCANGAN KORPUS BAHASA • Perancangan korpus dalam konteks proses pembakuan bahasa dapat diteliti menerusi proses berikut: > Pemilihan (selection) > Pengekodan (codification) > Peluasan fungsi (elaboration of function) > Penerimaan (acceptance)
PEMILIHAN BAHASA • Proses memilih dan menentukan bahasa atau variasi bahasa untuk dijadikan norma penggunaan bahasa, khususnya dalam memilih bahasa untuk dijadikan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi atau bahasa baku.
PENGEKODAN BAHASA • Penentuan norma baku dalam kod bahasa seperti dalam: > tulisan > ejaan > ujaran > tatabahasa > kosa kata.
PELUASAN FUNGSI BAHASA • Usaha menjadikan variasi bahasa yang dipilih mampu untuk memenuhi keperluan negara dalam segala bidang. • Bahasa digunakan secara efisien, menerusi pengayaan leksikon dengan memasukkan kata baharu dan membuat perubahan pada struktur leksikon.
PENERIMAAN BAHASA • Usaha menjadikan variasi bahasa itu diterima oleh penggunanya untuk menjamin penggunaan yang berkesan. • pemantapan dapat dilakukan secara tekal.
CIRI BAHASA BAKU • Bersifat terbuka, iaitu dapat menerima pembaharuan dan pengubahsuaian. • Bersifat stabil, iaitu mempunyai sistem yang mantap, terutama dari aspek ejaan, peristilahan, perkamusan, dan tatabahasa. • Bersifat cendekia, iaitu bahasa yang berupaya membuat penyataan yang tepat dan padat. • Bersifat pemersatu, iaitu bahasa yang dapat digunakan sebagai alat penggunaan bahasa yang seragam dari segi fungsi dan bentuk. • Bersifat pemisah, iaitu keupayaan bahasa baku memisahkan satu masyarakat pengguna bahasa baku dengan masyarakat pengguna bahasa baku yang lain.
CIRI BAHASA BAKU • Berprestij, iaitu bahasa yang mempunyai kaitan dengan status sosial penuturnya. • Bersifat rangka rujukan, iaitu bahasa yang dijadikan ukuran untuk menentukan bahasa yang betul dan tepat. • Bersifat luwes, iaitu kekerapan penggunaannya dalam masyarakat amat tinggi. • Sejarah dan tradisi penggunaannya berkait dengan sejarah politik dan kesusasteraan dini. • Pengaruhnya yang besar dan tuntas terhadap kesusasteraan bertulis.
ASPEK PEMBAKUAN BAHASA • EJAAN • PERISTILAHAN • KOSA KATA • TATABAHASA • SEBUTAN • LARAS BAHASA
RUMUSAN • Pembakuan bahasa ialah usaha, proses dan tindakan mengetengahkan bentuk bahasa yang dapat dijadikan ukuran untuk menentukan betul salahnya bahasa yang digunakan. • Bahasa Melayu baku ialah bahasa yang seragam dan menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi rasmi. • Dua matra penting dalam proses perancangan bahasa ialah perancangan korpus dan perancangan status/taraf.
SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU • Sistem ejaan BM bermula dengan sistem ejaan Jawi. Tulisan Jawi telah mencetuskan tradisi persuratan yang memberikan sumbangan terhadap bahasa persatuan alam Melayu. • Huruf Rumi Latin mula digunakan pada abad ke-16 oleh pedagang, pengembara, penjajah dan sarjana Eropah. • Pada abad ke-20, orang Inggeris telah menyusun beberapa sistem ejaan Rumi BM yang berasaskan Kaedah Transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi. Antaranya ialah Ejaan Rumi Tomas Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-Negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881), Ejaan Rumi Maxwell (1882), dan Ejaan Rumi Wilkinson (1904).
SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU • Sistem ejaan sekolah berasaskan ejaan Rumi Wilkinson telah diperluas menerusi buku: > Mithal Huruf Rumi Darjah Satu (1920) > Kitab Loghat Melayu (1921) > Kitab Pelita Mengarang (1923) > Kitab Kumpulan Nama Melayu (1924) • Sistem ejaan yang terkenal selepas ejaan Rumi Wilkinson ialah Ejaan Rumi Za’ba. Ejaan ini telah digunakan sebagai ejaan rasmi sehingga 1972 apabila digantikan dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM yang disempurnakan pada 16 Ogos 1972. • Ejaan lain yang pernah digunakan ialah Ejaan Fajar Asia (1942 – 1945), dan Ejaan Malindo (1959).
PENGGUNAAN HURUF ABJAD • Terdapat 26 huruf abjad tulisan Rumi, iaitu: hurufsebutan perkataan • A a e ayam • B b bi basikal • C c si cacing • D d di dayang • E e i ekor / pekak • F f ef fasal • G g ji gayung • H h ec hilang • I i ai ikan
PENGGUNAAN HURUF ABJAD huruf sebutan perkataan • J j je jari • K k ke kaki • L l el lancung • M m em masuk • N n en nanas • O o o olah • P p pi pisang • Q q kiu Quran • R r ar rakit • S s es sayang
PENGGUNAAN HURUF ABJAD huruf sebutan perkataan • T t ti takut • U u yu ular • W w dabliu wayang • X x eks Xenon • Y y wai Yuran • Z z zek zakat
HURUF VOKAL • Terdapat 6 vokal atau bunyi vokal baku dalam BM. huruf vokal awal tengah akhir • a asing pasu gila • e (p) emas kena komunisme • e (t) ekor petak sore • i ikut pisau murni • o oleh kota radio • u usang pulut satu
HURUF KONSONAN konsonan awal tengah akhir • b bahawa sabut sebab • c cawan kaca Mac • d dayung budi abad • f falir kafan maaf • g garu duga beg • gh ghaib maghrib mubaligh • h hati sahut musuh • j jarang manja mikraj • k kalam paku pekak* • kh khamis akhir tarikh * huruf k di sini melambangkan bunyi hamzah
HURUF KONSONAN konsonan awal tengah akhir • n nasi kena kesan • ng nganga bangun senang • ny nyanyi hanyut - • p pasu kapur siap • q Quran Furqan buraq • r rasa bara putar • s sayang kasut kursus • sy syarat isyarat Quraisy • t tayang kutu ketat q Padanan huruf Jawi qafuntuk mengeja istilah agama dan kata daripada bahasa Arab.
HURUF KONSONAN konsonan awal tengah akhir • V varia lava - • W wanita sawah - • X xenon - - • Y yasin puyu - • Z zirah lazim lafaz V digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata
HURUF DIFTONG • Terdapat 3 jenis diftong dalam BM, iaitu: diftong awal tengah akhir • ai ain syaitan pandai • au aula saudara harimau • oi oidium boikot amboi
SISTEM KESELARASAN VOKAL • Sistem mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal akhir. • Syarat: > keselarasan dua huruf vokal pada kata dasar. > Kata dasar yang berakhiran suku kata tertutup. > Bagi kata yang mengandung lebih daripada dua suku kata, yang terlibat hanyalah dua suku kata yang terakhir.
POLA KESELARASAN VOKAL • Terdapat 18 pola keselarasan vokal BM, iaitu: suku kata suku kata akhir contoh praakhir tertutup • a a arah, kalah • a i alih, sumbangsih • a u asuh, halus • e (p) a emak, tembelang • e (p) i benih, sembelih • e (p) u belum, temenggung • e (t) a enak, belerang • e (t) e (t) gelek, selekeh • e (t) o esok, selekoh
POLA KESELARASAN VOKAL suku kata suku kata akhir contoh praakhir tertutup • I a hilang, selinap • i i pilih, belimbing • i u cium, tiup • o a olah, sekolah • o e (t) boleh, celoteh • o o kotor, kelompok • u a tumpang, ketupat • u i usik, cungkil • u u buluh, tengkujuh
POLA KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL Ejaan B. Rumpun Melayu B. Inggeris a – e (t) aneh, awet, kaget kabaret, panel pemer, Raden, laden jaket a – o calon, lakon, lancong, atom, kontraktor lapor, keraton, perabot e (p) – e (t) gembleng setem e (p) – o jempol, bendok gabenor, interkom i – e (t) imlek parlimen, simen, tiket, kriket i – o ijon, pilon diftong, transistor
KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL Ejaan B. Rumpun Melayu B. Inggeris u – e (t) tulen, ulet subjek, dokumen u – o bunglon, buron, lelucon kupon, konduktor a – e (p) pakem teater, plaster e (t) – i - hipotesis, objektif e (t) – u - petroleum, spektrum e (p) – e (p) demdem, pepet - i – e (p) iseng filem, artikel, partikel o – i - hipokrit, fosil o – u - bonus, forum u – e (p) lumer skuter o – e (p) - oktober, broker
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh a a abstract - abstrak plate - plat ae ae aerial – aerial aerograph – aerograf ae e aesthetics – estetika haematite – hematit ai ai aileron – aileron trailer – trailer au au automatic – automatik auditorium - auditorium
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh b, bb b barbecue – barbeku lobby – lobi c s cylinder – silinder cent – sen c, cc k carbon – karbon classic – klasik cc ks accent – aksen vaccin – vaksin ch s machine – mesin achelin - eselin
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh ch k technique – teknik cholera – kolera d, dd d dividend – dividen e e effective – efektif system – sistem ea ea bearing – bearing idealist – idealis ea i beaker – bikar grease – gris ee i beer – bir, jamboree - jambori
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh ei ei protein – protein atheist – ateist eo eo geometry – geometri stereo – stereo eu eu petroleum – petroleum europium – europium f, ff f factor – faktor traffic – trafik g, gg g geology – geologi aggressive - agresif
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh h h harmony – harmoni hotel – hotel i i identity – identiti textile – tekstil ia ia dialect – dialek criteria – kriteria ie i calorie – kalori ie ai pie – pai ie ie diesel – diesel tieceron - tieseron
EJAAN KATA TERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh io io iodine – iodin iu iu stadium – stadium premium – premium j j journal – jurnal jury – juri k k kilo – kilo kh kh khan – khan, khaki – khaki ll l pill – pil m, mm m optimism – optimisme mammal - mamalia
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh n, nn n neon – neon tennis – tenis ng ng linguistics – linguistik congress – kongres o o operator – operator orthodox – orthodoks oa o coat – kot cardboard – kadbod oe e gonorrhoea – gonorea foetus - fetus
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh oi oi alkaloid – alkaloid duboisine – duboisin oo oo zoo – zoo zoology – zoologi oo u cartoon – kartun canggaroo – kanggaru ou au accountant – akauntan pound – paun ou u coupon – kupon serious - serius
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh p, pp p apple – epal passport – paspot ph f graph – graf phoneme – fonem q k quality – kualiti technique – teknik r, rr r lorry – lori, recruit – rekrut rh r rhetoric – retorik rhythm – ritma s, ss s express – ekspres status - status
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh sc s proscenium – prosenium science – sains sc sk scooter – skuter telescope – teleskop sch sk scheme – skim scholastic – skolastik t, tt t battery – bateri tractor – traktor th t anthropology – antropologi theory - teori
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh u u republic – republik unit – unit ua ua aquarium – akuarium dualism – dualisme ue u accrue – akru tissue – tisu ue ue duet – duet ue gugur catalogue – katalog cheque - cek
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh ui ui annuity – anuiti equinox – ekuinoks uo uo quorum – kuorum quota – kuota uu u continuum – kontinum vaccum – vakum v v novel – novel university – universiti w w kiwi – kiwi wire – wayar wh w whisky – wiski, whistle - wisel
EJAAN KATA SERAPAN BAHASA ASING B. Inggeris B. Melayu Contoh x ks express – ekspres taxi – teksi x x xenon – xenon y i dynasty – dinasti psychology – psikologi y y royalty – royalti yankee – yangki z, zz z jazz – jaz zodiac - zodiak
BENTUK EJAAN TAMPAK • Kata bahasa asing yang dipinjam dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan asal. B. Inggeris B. Melayu atom atom block blok bonus bonus carbon karbon cartoon kartun clinic klinik college kolej contigent kontijen
BENTUK EJAAN TAMPAK B. Inggeris B. Melayu conductor konduktor dialogue dialog dialect dialek drama drama engine enjin factor faktor function fungsi garage garaj general jeneral image imej
BENTUK EJAAN TAMPAK B. Inggeris B. Melayu institute institut ledger lejar logic lojik logistics lojistik magistrate majistret margarine marjerin prestige prestij psychology psikologi regime rejim
BENTUK EJAAN TAMPAK B. Inggeris B. Melayu sabotage sabotaj sergeant sarjan script skrip sructure struktur stable stabil standard standard technology teknologi text teks tragedy tragedi zoology zoologi