190 likes | 464 Views
Ramai orang pergi ke pekan; Sambil berjalan membeli lada, Bersifat manusia dan orang hutan; Cubalah teka apakah makhluknya?. AMSWA. MAWAS. MAWAS. Mawas merupakan kekata daerah dari Indonesia bagi orang hutan Sejenis monyet besar seperti orang hutan, cimpanzi, kelabat, dan beruk
E N D
Ramai orang pergi ke pekan; Sambil berjalan membeli lada, Bersifat manusia dan orang hutan; Cubalah teka apakah makhluknya?
AMSWA MAWAS
MAWAS • Mawas merupakan kekata daerah dari Indonesia bagi orang hutan • Sejenis monyet besar seperti orang hutan, cimpanzi, kelabat, dan beruk • Nama saintifik – Pongo pygmaeus • Sumatra – nama saintifik bagi orang hutan ialah Pongo pygmaeus abelii • Kalimantan – Pongo pygmaeus pygmaeus
Habitat – hutan • Jenis haiwan herbivor – makan daun • Tetapi terdapat spesies orang hutan di Sumatra yang dilihat makan daging • Terdapat di Sumatra, Malaysia, dan Kalimantan (Borneo)
Secara fizikal, • Mempunyai bulu yang panjang • Warna bulunya coklat kemerah- merahan dan kehitam-hitaman • Mempunyai ketinggian lima hingga enam kaki • Boleh berjalan tegak seperti manusia • Ada kalanya bergerak menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya • Tidak berekor
MAWAS • Merupakan makhluk yang mempunyai sifat manusia dan orang hutan • Dikaitkan dengan nama-nama seperti Sasquatch, Yowie (Australia), Mapinguari (Amazon), Yeti (Pergunungan Himalaya), dan Bigfoot (Utara California) • Mempunyai ketinggian tujuh hingga 10 kaki dan seberat 500lb (225kg)
Secara fizikal juga, tapak kaki mawas sepanjang 17 inci atau 43 sm dan lebarnya antara 5 hingga 9 inci • Pada 1970, sebanyak 1089 tapak kaki Mawas ditemui dalam salji berdekatan Bossburg, Washington
YETI • Kubu Tibet di kawasan Pergunungan Himalaya – Yeti dikatakan merayau-rayau di kawasan ini • Dalam bahasa Tibet, Yeti bermaksud makhluk ajaib • pada 1925, seorang jurugambar Greek yang bernama N.A. Tombazi terjumpa Yeti yang merayau di kaki Gunung Himalaya • Tombazi menemui 16 tapak kaki di tempat Yeti kelihatan
Orang Pendek • Dikenali juga sebagai ‘Sedapa’ • Di Kalimantan – ‘Batutut’ • Tinggi – 2.5 hingga 5 kaki • Terdapat di Sumatra • Berjalan tegak seperti manusia • Mempunyai lengan yang pendek • Makan haiwan kecil • Ditemui oleh orang Eropah pada tahun 1910 dan 1923
Mawas • Di Malaysia, mawas ditemui oleh seorang penduduk Kampung Chennah 28 km dari Jelebu, Negeri Sembilan • Liong Chong Shen menemui mawas di kebun getah dan kebun duriannya • Kejadian ini berlaku pada tahun 1999
Kisahnya … Liong Chong Shen, berusia 50 tahun dari Kampung Chennah, di Jelebu, Negeri Sembilan telah menemui mawas pada akhir tahun 1999. Pada waktu tengah hari Liong Chong Shen telah pergi ke kebun duriannya. Tiba-tiba dia terhidu bau haiwan. Kemudian dia terdengar bunyi dengkuran. Apabila dia menoleh, dia ternampak dua ekor mawas sedang memerhatikannya. Mawas-mawas itu setinggi lima dan enam kaki. Bulu pada anggota mawas itu berwarna coklat kehitaman. Jarak antara Liong Chong Shen dengan mawas itu lebih kurang 30 kaki jauhnya. Tidak lama selepas itu, mawas itu pun menuju ke arah hutan yang berdekatan.
Secara berkumpulan bincangkan isu-isu yang berikut : • Percayakah anda dengan kewujudan mawas seperti Orang Pendek, Yeti, Sasquatch, dan sebagainya seperti yang telah dibincangkan tadi? Berikan alasan kamu. • Percayakah anda bahawa manusia ini dikatakan berasal daripada mawas dan menjadi manusia melalui proses evolusi seperti yang diutarakan oleh Charles Darwin dalam Teori Evolusinya? Berikan alasan kamu.