320 likes | 704 Views
PERSONAL FINANCIAL DEVELOPMENT. Disediakan oleh : MOHD HISHAM IDRIS www.hishamidris.blogspot.com. PENGURUSAN BELANJAWAN. ‘Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’. APA ITU BELANJAWAN?.
E N D
PERSONAL FINANCIAL DEVELOPMENT Disediakanoleh: MOHD HISHAM IDRIS www.hishamidris.blogspot.com
PENGURUSAN BELANJAWAN ‘Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’
APA ITU BELANJAWAN? • Satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber yang sedia ada untuk memenuhi keperluan individu dan untuk melaksanakan dasar dan matlamat yang dirancangkan.
SIAPA YANG MERANCANG BELANJAWAN? • Negara • Negeri • Syarikat • Perniagaan • Pengurus Projek • Ketua Keluarga • INdividu • Sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti yang melibatkan sumber kewangan / wang.
PERANCANGAN / PENGURUSAN KEWANGAN • Pengurusan Kewangan adalah perihal menguruskan sumber dan kegunaan dana syarikat / individu agar dapat memaksimumkan nilai syarikat. • Objektif perniagaan ialah memaksimumkan kekayaan pemilik / individu. (memaksimumkan nilai syarikat / individu).
RANCANG DAN URUS KEWANGAN • Membolehkan perniagaan / individu membuat perbandingan antara pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan anggaran yang dibuat. • Menjadi panduan kepada pihak tertentu untuk menilai permohonan pembiayaan syarikat / individu. • Memberi maklumat tunai di bank , amaun perlu dibayar kepada pembekal, amaun belum terima pelanggan. • Mengawal perancangan dan belanjawan. • Mengesan perbelanjaan. • Meramal Pendapatan. • Mengesan sumber kewangan dan kestabilan kewangan. • Mengesan kebolehan dan keupayaan perniagaan membayar hutang.
BILA MULA MERANCANG? • Sebelum memulakan perniagaan / sesuatu projek. • Sebaiknya perlu memulakan perancangan perniagaan / projek, sebelum 6 bulan / 1 tahun sebelum beroperasi. • SEBELUM DAN SELEPAS BEROPERASI. • SETIAP MASA (JIKA PERLU). • ‘GAGAL UNTUK MERANCANG BERERTI ANDA MERANCANG UNTUK GAGAL’.
SEGERA MERANCANG KEWANGAN, JIKA? • Perbelanjaan melebihi pendapatan. • Berlaku tunggakan perbelanjaan pada overhead tetap. • Hutang keliling pinggang. Perbelanjaan melebihi 70% daripada pendapatan. • Blacklist / CTOS / CCRIS. • Gangguan mental dan fizikal.
TANDA-TANDA MASALAH KEWANGAN • Berhutang tanpa melihat kepada kebolehan membayar balik. • Sentiasa berhutang. • Tidak mampu membayar balik pinjaman. • Memohon pinjaman untuk membiayai keperluan hidup. • Menggunakan kemudahan kredit secara maksimum. • Tidak menjawab telefon / sentiasa mematikan telefon. • Bertukar alamat / telefon setiap masa. • Sentiasa berpindah-randah. • Kurang menjaga kesihatan mental dan fizikal. • Masalah rumahtangga.
ASAS PENGURUSAN BELANJAWAN • Menetapkan matlamat kewangan. • Menganalisa sumber-sumber yang dimiliki. • Meramalkan pendapatan yang diperolehi. • Mencatat perbelanjaan yang dibuat. • Membezakan keperluan dan kehendak. • Merekod aktiviti kewangan harian. • Menilai kewangan secara berkala. • Memantau / mengawal kewangan secara berkala. • Memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.
PENETAPAN MATLAMAT • S – SMART • M – MEASURABLE • A – ANTTAINABLE • R – REALISTIC • T – TIME BOUND
PRINSIP ASAS BELANJAWAN • PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN (DI JAUHI) • PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN (DI INGGINI) • ‘Kekayaan itu bukan bergantung kepada berapa banyak yang diperolehi / dimiliki, tetapi ia bergantung kepada berapa banyakkah simpanan yang didapati daripada kegiatan yang diusahakan’.
KEPERLUAN VS. KEHENDAK • Keperluan – Keinginan memiliki sesuatu barangan / perkhidmatan disebabkan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan/minuman, pakaian dan tempat tinggal. • Kehendak – keinginan memiliki sesuatu barangan / perkhidmatan disebabkan dorongan untuk kepuasan peribadi atau tuntutan hawa nafsu.
PANDUAN PERBELANJAAN • Melihat keperluan dan kehendak. • Membuat catatan. • Melakukan perbandingan harga. • Cari yang murah dan berkualiti. • Cari yang mahal dan jaminan tinggi. • Berjimat ketika susah, Menyimpan ketika senang. • Berbelanja mengikut keperluan bukan mengikut perasaan. • Buat kajian pendapatan dan kebolehbayaran individu sebelum berbelanja. • Memastikan barangan yang dibeli seperti yang dikehendaki. • Kekuatan mental dan rohani, mendahulukan kepentingan kumpulan melebihi keperluan individu. • Sentiasa melakukan ‘update’ ekomoni negara, negeri, syarikat dan keluarga.
PERTANYAAN PERBELANJAAN • Apa yang perlu? • Bila dikehendaki? • Di mana diperolehi? • Bagaimana memperolehi? • Mengapa perlu dimiliki? • Kesan / akibat jika memilikinya? • Kebolehan memiliki?
MARI BERBELANJA & MENCATAT • Apakah keperluan asas individu? Catatkan 10 barangan / perkhidmatan yang boleh dikategorikan sebagai keperluan asas individu. • Apakah keperluan asas untuk memulakan perniagaan? Catatkan 10 keperluan bagi memulakankan perniagaan.
AH LONG a.k.a ALONG • ‘PINJAMAN DAPAT PENUH’ • ‘PINJAMAN TUKAR CEK’ • ‘PINJAMAN UNTUK PENJAJA / PENIAGA’ • PINJAMAN JAMIN LULUS • ‘KAMI BUKAN ALONG, KAMI CUMA NAK TOLONG’. • DSB…
SIAPA AH LONG a.k.a ALONG? • Syarikat persendirian sama ada SDN. BHD. / Enterprise / individu yang memiliki aset / kewangan yang banyak untuk memberi pinjaman kepada individu / syarikat yang memerlukan wang / modal untuk memulakan / menjalankan perniagaan. • Kebanyakan syarikat SDN. BHD. mempunyai lesen pemberi pinjaman (dikeluarkan oleh BNM, SC dan SSM) akan tetapi syarikat Enterprise kebanyakannya bersembunyi disebalik kedai pajak gadai / membeli emas terpakai. • Kebanyakan AH LONG menggunakan agen-agen yang tidak bertauliah dalam memasarkan perkhidmatan mereka. Iklan-iklan yang digunakan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempat. • Pinjaman yang diberikan bercorak jangka pendek (kurang 1 tahun) dan pembayaran balik dalam tempoh mingguan / bulanan. • Kadar faedah pinjaman sangat tinggi iaitu di antara 10% ke 30% sebulan atau seminggu.
PADAH PINJAMAN AH LONG a.k.a ALONG • Sekiranya pinjaman tidak dapat dilunaskan oleh peminjam, AH LONG akan mencari isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara sehinggakan sahabat-handai akan terlibat untuk menyelesaikan hutang mereka. • Jika tidak selesai juga, AH LONG akan menggunakan kekerasan dengan memenjarakan, menyiksa, mencederakan, mencacatkan serta membunuh sama ada peminjam tersebut, atau isteri, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara sehinggakan kepada sahabat-handai.
PUNCA PINJAMAN AH LONG a.k.a ALONG • Menghadapi kecemasan / kesulitan kewangan yang mendesak. • Tidak berkelayakan memohon pinjaman bank. • Proses pinjaman AH LONG mudah. • Blacklist / CCRIS / CTOS / Bankrup. • Terpengaruh dengan agen-agen AH LONG. • Kurang pengetahuan berkenaan pinjaman. • Keliru dengan perkhidmatan bank dan AH LONG. • Terpedaya dengan hadiah / promosi yang diberikan. • Tidak percaya kepada pinjaman bank.
PANDUAN MENGELAK AH LONG a.k.a ALONG • Melihat keperluan sebenar syarikat / individu. • Mencari kemudahan kewangan / pembiayaan yang ditawarkan oleh bank / institusi kerajaan. • Menyelesaikan masalah blacklist / CTOS / CCRIS melalui khidmat perundingan kewangan yang ditawarkan oleh AKPK. • Mendapatkan khidmat nasihat kewangan kepada pakar yang bertauliah. • Menjalankan perniagaan / aktiviti individu mengunakan wang sendiri secara kecil-kecilan. • Menubuhkan gagasan / persatuan / tabung amanah yang boleh digunakan bagi keperluan ahli-ahlikan. • Mendapatkan maklumat terperinci berkenaan pembiayaan sebelum bersetuju untuk mendapatkan pinjaman. • Menyimpan dahulu wang sebagai simpanan untuk memulakan perniagaan.
PENDIDIKAN KEWANGAN ‘Celik Kewangan, Ceria Kehidupan’
APA ITU PENDIDIKAN KEWANGAN? • Merupakan satu seni dan sains menguruskan wang. Semua individu dan organisasi memperoleh dan mendapatkan wang dan membelanjakan atau melabur wang tersebut. • Kewangan juga merupakan satu bidang kajian berkaitan dengan wang. • Melibatkan aktiviti-aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan dan setiap entiti terbabit dengan wang.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN KEWANGAN? • Memastikan matlamat syarikat dapat dicapai - objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham, memaksimumkan keuntungan & meminimumkan kos. • Mencapai objektif kewangan. • Menguruskan aset tetap dan aset semasa dengan baik • Memastikan aliran tunai dapat memenuhi visi dan matlamat syarikat • Merancang kewangan mengikut kesesuaian dana syarikat • Merancang belanjawan • Sumber-sumber kewangan dapat digunakan dengan sebaik mungkin - Mengawal aliran sumber kewangan dan perbelanjaan perniagaan dengan baik. • Mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko kerugian - Mendapat kadar pulangan pelaburan dan keuntungan yang lebih tinggi daripada sesuatu pelaburan yang dibuat. • Mempercepatkan pulangan modal - Mempunyai peluang yang cerah untuk mempercepatkan pusingan modal perniagaan.
KEBIJAKSANAAN MENGURUS KEWANGAN • Menetapkan tujuan kewangan. • Mengkaji penggunaan wang anda. • Kepentingan belanjawan. • Membuat anggaran. • Membuat keputusan pengeluaran. • Perbelanjaan sentiasa tetap dalam belanjawan dan anggaran. • Anggaran menerusi pendapatan dan pengeluaran harian, bulanan dan suku tahun. • Sentiasa menyimpan rekod perbelanjaan.
MENABUNG? LALUKAN SEKARANG? • Tetapkan matlamat menabung. • Tetapkan kadar yang diingini sama ada setiap hari, minggu, bulan dan tahun. • Kebiasaannya disarankan menabung sebanyak 10% hingga 30% atau 1/10 atau 1/3 daripada pendapatan individu atau keuntungan syarikat. • Simpan dahulu pendapatan / keuntungan sebelum berbelanja. Dengan simpanan ini jadikan ianya harta benda yang dapat dimanfaatkan ketika susah dan sesak. • ‘Harta itu bukan berapa banyak yang dimiliki, tetapi harta itu adalah sesuatu yang membantu kelangsungan hidup di kala kesusahan / berapa lama harta ini bertahan membantu ketika susah atau sesak. Memberi ‘passive income’.
PENGURUSAN HUTANG SEBAIKNYA • Dapatkan khidmat nasihat AKPK. • Menilai pendapatan dan perbelanjaan. • Menetapkan jumlah komitmen bulanan. Kurangkan komitmen tetap. • Menghimpunkan pinjaman kepada satu bank yang memberi kadar faedah yang rendah. • Mengurangkan penggunaan Kad Kredit. • Berunding dengan bank untuk memanjangkan tempoh pinjaman. • Berunding dengan bank untuk memberikan rebet / diskaun yang tinggi bila mahu melunaskan hutang. • Kurangkan mengunakan agen-agen pinjaman untuk menguruskan pinjaman. • Mempercepatkan menyelesaikan pinjaman, jika prestasi kewangan syarikat / individu baik / meningkat. • Membuat pinjaman semula / ‘Re-financing’ untuk harta tak alih seperti kereta, rumah atau pejabat untuk mengurangkan jumlah bayaran balik bulanan yang terpaksa di bayar.
PENGURUSAN PERBELANJAAN • Pengeluaran yang perlu. • Perbelanjaan yang wajib dilakukan. • Pembayaran hutang. • Pengeluaran tidak wajib. • Perbelanjaan tidak diduga. • Pembiayaan bulanan.
SUMBER-SUMBER PENDAPATAN • Pendapatan perniagaan. • Gaji. • Pendapatan pertanian. • Pendapatan sambilan. • Pendapatan – Elaun, OT dan Upah. • DSB…
PENGURUSAN PERAKAUNAN JURNAL AM, LEDGER, PENYATA UNTUNG RUGI & KUNCI KIRA-KIRA
PENGURUSAN KEWANGAN PENYATA ALIRAN TUNAI, PENYATA PENDAPATAN & ANALISIS TPM