E N D
Teks 1 Keluarga Lukman sudah bersiap-siap untuk ke lapangan terbang Changi untuk menjemput nenek dan datuknya pulang dari England. Mereka tinggal di sana selama tiga minggu setelah dibawa melihat tempat-tempat yang menarik oleh adik datuk yang sudah bertahun-tahun menetap di sana. Sampai sahaja di lapangan terbang, pesawat British Airways yang dinaiki mereka telah pun mendarat. “Baik kita cepat sampai, ya bu,” kata Lukman. “Walaupun pesawat sudah mendarat, penumpang-penumpang masih perlu melalui pemeriksaan imigresen dan mengambil bagasi-bagasi mereka sebelum mereka boleh keluar,” jelas ibu. “Hah, itu pun Atuk !” kata Lukman ketika ternampak datuknya. Lukman dan ayahnya segera mendapatkan mereka. Ayah bertanyakan khabar nenek dan datuk semasa di sana. “Kami sungguh gembira, tetapi aku rindu sangat dengan mi rebus, nasi dan sambal belacan,” kata nenek. Kami semua ketawa.
Gambar1 Pernahkah kamu membuat kebaikan? Ceritakan.
Teks 2 Pagi itu Raihan tidak boleh bangun. Badannya lemah dan dia mengerang kesakitan. Beberapa hari sebelumnya, ibu telah memberinya ubat demam kerana dia tidak mahu ke doktor. “Itulah, ibu ajak ke doktor, kamu enggan. Eh , tengok bintik-bintik merah di tangan kamu ini ! Ibu rasa kamu mendapat demam denggi. Mari cepat ke klinik,” kata ibunya. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan Raihan dihinggapi penyakit demam denggi dan mesti dihantar ke hospital dengan segera. “Pada masa ini ramai orang mendapat demam denggi. Minggu lalu sahaja, beratus-ratus orang telah dimasukkan ke hospital,” kata ayah. Kerajaan sedang berusaha membasmi pembiakan nyamuk Aedes yang membawa penyakit ini. Nyamuk jenis ini boleh membiak di air-air bersih seperti di dalam pasu bunga. Ada pendapat yang mengatakan nyamuk ini sudah boleh menyesuaikan diri di tempat kediaman yang lebih tinggi.
Gambar 2 Ceritakan pengalaman kamu menaiki pengangkutan awam.
Teks 3 Cuaca hari itu ini panas terik. Ramai pelajar berjalan kaki ke stesen bas yang berdekatan. Ada yang melindungi kepala mereka dari kepanasan matahari dengan fail. Lama mereka menunggu tetapi bas tidak juga datang. Mereka merungut-rungut kerana perkhidmatan bas yang lambat. “Bagaimana aku mendapatkan tempat duduk di dalam bas nanti?” fikir Zamri. Lazimnya dia dijemput ibunya ketika pulang dari sekolah tetapi hari itu ibunya terpaksa menghadiri mesyuarat penting di pejabatnya. Sedang dia memerhatikan gelagat pelajar-pelajar di situ, sebuah bas datang. Zamri cepat-cepat menaiki bas bersama pelajar-pelajar lain. Di sepanjang perjalanan, Zamri terpaksa berdiri. Kakinya terasa penat dan tegang. Malam itu dia menceritakan pengalamannya menaiki bas siang tadi kepada ayahnya. “Ayah, saya hendak menulis surat kepada syarikat bas agar memperbaiki perkhidmatan mereka,” kata Zamri.
Gambar 3 Ceritakan pengalaman kamu didenda oleh guru.
Teks 4 Malisa bersama kakaknya dibawa ibu ke perpustakaan yang berhampiran dengan rumah mereka. Memang menjadi kebiasaan mereka ke perpustakaan pada setiap petang Sabtu. Sedang Malisa dan kakaknya duduk membaca buku yang telah mereka pilih, sekumpulan budak-budak lelaki berlari di hadapan mereka dan hampir terlanggar Malisa. “Ibu, mengapa mereka berlari di dalam perpustakaan? Tidakkah mereka tahu ini tempat orang meminjam dan membaca buku?” tanya Malisa kepada ibunya. “Yalah bu, kelakuan mereka seperti di taman permainan sahaja, nasib baik mereka tidak terlanggar adik tadi,” kata kakak Malisa kepada ibu mereka. “Itulah akibatnya kalau terlalu seronok dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, mereka tidak tahu adab dan mengganggu ketenteraman para pengguna perpustakaan yang lain. Itu kelakuan yang salah dan membuat orang lain marah!” kata ibu dengan nada kesal. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang pustakawan menghampiri budak-budak itu dan memarahi mereka kerana berlari dan bermain di dalam perpustakaan.
Gambar 4 Tajuk: CeritakanmengenaisebuahPusatBeli-belahkegemarankamu.
Gambar 4 Tajuk: Ceritakanpengalamankamu di sebuahpasarbasah.