120 likes | 687 Views
Persampelan. Persampelan . Sampel merupakan satu set kes yang dipilih oleh penyelidik daripada satu populasi. Sampling element ( unsur persampelan) – unit analisis yang digunakan dalam kajian. Sampling frame ( rangka persampelan)- senarai semua unsur dalam populasi yang dikaji. .
E N D
Persampelan • Sampel merupakan satu set kes yang dipilih oleh penyelidik daripada satu populasi. • Sampling element (unsur persampelan) – unit analisis yang digunakan dalam kajian. • Sampling frame (rangka persampelan)- senarai semua unsur dalam populasi yang dikaji.
Persampelan rawak (probability sampling) • Simple random sampling (persampelan rawak mudah) • Penyelidik membuat rangka persampelan dan memberi nombor kepada setiap kes atau unsur dalam populasi. • Dengan menggunakan jadual nombor rawak (random number table) penyelidik memilih sampel yang dikehendaki. • Setiap unsur dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih
Persampelan sistematik (systematik sampling) • Juga merupakan persampelan rawak. • Penyelidik membuat rangka persampelan. • Penyelidik menentukan selang persampelan (sampling interval). • Penyelidik memilih unsur pertama secara rawak dan memilih unsur-unsur seterusnya berdasarkan selang persampelan.
Persampelan berlapis (stratified sampling) • Penyelidik membahagikan populasi kepada beberapa kategori yang saling ekslusif (mutually exclusive). • Penyelidik memilih sampel secara rawak daripada setiap kategori. • Bilangan yang dipilih daripada setiap kategori adalah berdasarkan nisbah dalam populasi.
Persampelan kelompok (cluster sampling) • Sering digunakan bila rangka persampelan tidak lengkap dan apabila populasi merangkumi kawasan geografi yang besar. • Populasi dibahagikan kepada kelompok-kelompok dan seterusnya kelompok-kelompok ini dipilih secara rawak. • Sering dilakukan dalam 2 atau tiga peringkat.
Contohnya: • Peringkat pertama: penyelidik memilih kelompok secara rawak. • Peringkat kedua: penyelidik memilih di dalam kelompok (yang telah dipilih secara rawak dalam peringkat pertama) secara rawak.
Saiz sampel • Banyak faktor perlu diambil kira dalam menentukan saiz sampel. • Seringkali sample yang besar adalah baik namun begitu ia tidak menjamin bahawa sampel itu akan mewakili ciri-ciri yang wujud dalam populasi.
Sumber Neuman, W. L. (2006). Social Research Methods: qualitative and quantitative. Wadsworth: Thomson Bailey, K. D. (1992). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: DBP.