950 likes | 3.02k Views
KURSUS UMRAH. Al Bayan Compound (22 – 02 – 2008). MANASIK UMRAH. Berihram dari miqat Berihram ialah niat dan talbiah. Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang. Apabila seseorang ingin berihram dia disunatkan:
E N D
KURSUS UMRAH Al Bayan Compound (22 – 02 – 2008)
MANASIK UMRAH • Berihram dari miqat • Berihram ialah niat dan talbiah. • Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang. Apabila seseorang ingin berihram dia disunatkan: • Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu. • Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya. • Mandi dan berwuduk. • Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru. • Memakai wangi-wangian . • Shalat sunnah ihram dua raka’at
Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata: • نـويت الـعمرة وأحرمت بـها لله تعالى / • لَبَّيْكَ اللّهُمَّ عُمْرَةً • لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَّ لَبَّيْكَ، ِإنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكُ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ. • Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. • Para jemaah mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.
Larangan Ihram 1. Pakai pakaian bersarong (L) 2. Menutup kepala (L) 3. Tutup muka (P) 4. Pakai sarung tangan (L/P) 5. Pakai bau-bauan (L/P) 6. Pakai minyak di kepala janggut/bulu 7. Menanggal rambut atau bulu 8. Mengerat atau memotong kuku 9. Memotong atau menebang pokok 10. Memburu binatang 11. Pendahuluan persetubuhan 12. Bersetuboh 13.Berkahwin
Memasuki Mekah: • Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca: • (اَللّهُمَّ هََذََا حَرَمُكَ وَ أَمْنُكَ، فَحَرِّمْنِي عَلَى النَّارِ، وَأَمِّنِّي مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادُكَ, وَاجْعَلْنِي مِنْ أَوْلِيَآئِكَ وَأَهلِ طَاعَتِكَ). • Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca: • اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْحَرَمَ حَرَمُكَ ، وَالْبَلَدَ بَلَدُكَ ، وَاْلأَمْنَ أَمَنُكَ ، ،وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ ، جِئْتُكَ مِنْ بِلاَدٍ بَعِيْدَةٍ بِذُنُوْبٍ کَثِيْرَةٍ ، وَأَعْمَالٍ سَيِّئَةٍ ، أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمُضْطَرِيْنَ إِلَيْكَ ، الْمُشْفِقِيْنَ مِنْ عَذَابِكَ ، أَنْ تَسْتَقْبِلَنِيْ بِمَحْضِ عَفْوِكَ وَأَنْ تُدْخِلَنِيْ فَسِيْحَ جَنَّتِكَ ، جَنَّةِ النَّعِيْمِ . • Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
Memasuki Masjidilharam: • Sunat masuk melalui Bab As-Salam.Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca: • بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ • اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالْسَّلامِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَکْتَ وَتَعَالَيْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِْکْرَامِ • اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا حَرَمُكَ وَحَرَمُ رَسُوْلِكَ ، فَحَرِّمْ لَحْمِيْ وبَشَرِيْ وَدَمِي وَعظْمِيْ عَلَى النَّارِ . • Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab,
Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca: • لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، • اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر، • لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ . أَعُوْذُ بِرَبِّ الْبَيْتِ مِنَ الْکُفْرِ وَالْفَقْرِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَضِيْقِ الصَّدْرِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم . • اللَّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ تَشْرِيْفًا وَتَکْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًا وَزِدْ يَارَبِّ مِمَّن شَرَّفَهُ وَکَرَّمَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ تَشْرِيْفًا وَتَکْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا.
Tawaf Umrah • Disunatkan menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan Hajarulaswad berada di kanannya kemudian dia berpindah pula untuk menghadap Hajarulaswad dan berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum). • Dia mulakan tawaf sambil membaca: • {بسم الله والله أكبر اللَّهُمَّ إِيْمَانًا بِكَ وَتَصْدِيْقًا بِکِتَابِكَ وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ} • Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat demikian. • Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya dengan menggunakan tangan kanannya (istilam) kemudian mencium tangannya. • Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut (بسم الله والله أكبر) kemudian dia memulakan tawaf.
Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan). • (Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya. • Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia cukup lalu saja tanpa mengisyaratkan dengan tangannya. • Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca: • (رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ • Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat. • Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.
Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat: • Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak. • Pada rakaat pertama dia membaca: (قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (قل هو الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah. • Allah s.w.t berfirman: • وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلَّى • Yang bermaksud: • Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. • Selepas sembahyang dia berdoa dengan do’a apa saja yang dikehendaki. • Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang cuma Allah membolehkan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat. • Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau memperbaharui wuduk, tawaf hendaklah disempurnakan dari awal pusingan yang sedang dia berada.
Multazam: • Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana. • Berdoa di Multazam adalah mustajab. • AIR ZAMZAM • Kemudian selepas itu dia disunatkan minum airzamzam sehingga rasa Tadhallu' sambil dia berdoa ketika meminumnya: • اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ کُلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ • Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
>> Saie Umrah • Saie Di Antara Safa dan Marwah: • Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca: • (إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم). • Kemudian dia membaca: • (الله أكبر الله أكبر، الله أكبر وَلِلَّهِ الحَمْد، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وحده لا شريك له، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ • ُيُحْيِِِيِِ وَيُمِيْتُ، بِيَدِهِ الخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِير، لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، • وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَ هَزَمَ الأَحْزَابَ وَ حْدَه، لاَ إِلَهَ إِلا الله، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ • الدِّيْن وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُوْنَ • Sebanyak tiga kali.
Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca: • (اللهُمَّ إِِِِِنِّي أَسْأَلُكَ مُوْجَِِِِباتِ رَحمْتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْم وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرِّ وَالفَوْزَ بِاِلجَنة وَالنَّجَاةَ مِنَ النار) • Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah: • (ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ، وَتَجَاوَزَ عَمَّا تَعْلَمْ, إِنَّكَ أَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَم ، اللهم إني أَسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم أعِنيَّ عَلَىَ ذِكرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ). • Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah. • Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah: • (إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم). • Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.
>> Bercukur Atau Bergunting • Tahallul Dari Umrah Untuk Tamattu': • Iaitu secara bercukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (1 sm) kemudian dia bertahallul dari ihram dan ketika itu dia dihalalkan melakukan semua perkara termasuk bersetubuh dengan isteri kecuali berburu.