530 likes | 871 Views
PENATARAN BAHASA. Penulisan Kata. KATA DASAR. Ditulis sebagai satu kesatuan. Contohnya: Suara penyanyi itu merdu sekali. KATA TURUNAN/KATA TERBITAN. Takrif: Kata dasar yang menggunakan imbuhan (awalan, sisipan dan akhiran) Kata yang menggunakan bentuk terikat seperti maha- dan tata-. .
E N D
PENATARAN BAHASA Penulisan Kata
KATA DASAR • Ditulis sebagai satu kesatuan. Contohnya: • Suara penyanyi itu merdu sekali.
KATA TURUNAN/KATA TERBITAN • Takrif: • Kata dasar yang menggunakan imbuhan (awalan, sisipan dan akhiran) • Kata yang menggunakan bentuk terikat seperti maha- dan tata-.
KATA DASAR BERIMBUHAN • Berjalan • Kesinambungan • Jahitan • Menganaktirikan
GABUNGAN KATA BENTUK TERIKAT • Antikerajaan • Dwibahasa • Poligami • Poliklinik • Swadaya
PENULISAN IMBUHAN YANG BERUBAH DARIPADA EJAAN LAMA • Ejaan Lama Ejaan Baru • di-makan dimakan • di-lihat dilihat • di-Kuala Lumpur di Kuala Lumpur
AWALAN SA- DIUBAH MENJADI SE- • Ejaan Lama Ejaan Baru • sa-bagaimana sebagaimana • Sa-saorang seseorang • Awalan se- ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya dan tanda sempang dihapuskan.
INGATAN:Tanda sempang digunakan apabila se- diikuti oleh kata nama khas yang bermula dengan huruf bsar. • Contoh: • se-Nusantara • se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu se-Malaysia)
PENULISAN PARTIKEL –LAH, -KAH, -TAH, DAN PUN • Ejaan Lama Ejaan Baru • ada-lah adalah • tolong-lah tolonglah • kenapa-kah kenapakah • bila-tah bilatah
KATA GANDA(Ditulis dengan tanda sempang) • Kata ganda penuh: • jari-jari • buku-buku • lompat-lompat
KATA GANDA • Kata ganda berimbuhan: • sekecil-kecil • seindah-indah • berjalan-jalan
KATA GANDA • Kata ganda berentak: • lauk-pauk • hingar-bingar • gundah-gulana
KATA GANDA YANG MENERIMA APITAN • Tanda sempang tetap digunakan: • dikucar-kacirkan • keramah-tamahan
PERULANGAN GABUNGAN KATA NAMA • Ulangan kata nama yang diterangkan iaitu kata yang pertama, bukan seluruh rangkai kata. Contoh: • balai-balai raya • pasu-pasu bunga
PARTIKEL PUN • Ada dua cara menulis partikel “pun”. “Pun” yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contoh: • Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.
PARTIKEL PUN YANG DITULIS SERANGKAI • Ada 13 kata: • adapun bagaimanapun • andaipun kalaupun • biarpun lagipun • kendatipun meskipun • mahupun sungguhpun • sekalipun • walaupun • ataupun
PENULISAN KATA MAJMUK • Ditulis secara terpisah: • sama ada • kereta api • urus setia
KATA MAJMUK MANTAP • Dieja serangkai: • antarabangsa • beritahu • bumiputera • jawatankuasa • kakitangan • kerjasama • warganegara • olahraga
Kata majmuk (sambungan) • Pesuruhjaya • Setiausaha • Sukarela • Suruhanjaya • Tandatangan • Tanggungjawab • Matahari
PENULISAN PARTIKEL-LAH, -KAH, -TAH DAN PUN • Ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya. Contoh: • adalah • apakah • bilatah
KESALAHAN MENGGUGURKAN SATU DARIPADA HURUF “G” • Apabila dimbuhkan dengan “meng-” atau “peng-” huruf “g” pada kata dasar kekal: • mengunakan sepatutnya menggunakan penganas sepatutnya pengganas
KESALAHAN MENAMBAH SATU HURUF “K” APABILA KATA DASAR BERAKHIR DENGAN HURUF “K” • Apabila diimbuhkan dengan apitan yang berakhiran “-an” atai “-i”: • kenaikkan sepatutnya kenaikan • mendudukki sepatutnya menduduki
KESALAHAN MENGGUGURKAN SATU HURUF “K” • Apabila kata dasar berakhir dengan huruf “k” diimbuhkan dengan apitan yang mengandungi akhiran “-kan”: • digalakan sepatutnya digalakkan • dimasukan sepatutnya dimasukkan
PENULISAN KATA DEPAN DI DAN KE • Ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Contoh: • di atas • ke beberapa tempat
“DI” SEBAGAI IMBUHAN • Ditulis serangkai: • dikeluarkan • dimasukkan • dinyanyikan • dibawakan
KATA GANTI KU, KAU, MU DAN NYA • Ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya atau mendahuluinya: • kauambil • bukumu • bukunya • kuingat • keretaku
KATA GANTI SINGKAT KU, MU DAN NYA BAGI NAMA TUHAN • Ditulis dengan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Contoh: • Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku. • Mereka memohon rahmat-Nya, hidayat-Nya, dan petunjuk-Nya.
PENULISAN KATA MAHA • Maha + kata nama – dieja serangkai. • Contoh: • mahasiswa • maharaja
PENULISAN KATA MAHA • Maha + kata adjektif – dieja terpisah • Contoh: • Maha Pengasih • Maha Mulia • Maha Penyayang
KATA SI DAN SANG • Dieja sebagai dua patah kata yakni dijarakkan dengan kata yang mengikutinya: • Si Lamri • Si Comel • Sang Nila utama • Sang Kancil
PENGGUNAAN TANDA SEMPANG (-) • Apabila se- diikuti oleh kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. • Contoh: • se-Nusantara • se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu Se-Malaysia)
BENTUK TERIKAT DIIKUTI KATA NAMA KHAS • Contoh: • anti-Rusia • pan-Afrikanisme • pro-Amerika • Catatan: • pan bererti seluruh atau segenap • boleh juga digunakan sebagai kata bebas. Contoh: anti perkauman, pro dan kontra.
MENULIS KATA ULANG/GANDA • Contoh: • gunung-ganang • rumah-rumah • pegawai-pegawai • selewat-lewatnya • tanggungjawab-tanggungjawab
UNTUK MEYAMBUNG SUKU KATA YANG DIPISAHKAN OLEH PENGGANTIAN BARIS • Contoh: • …menangguhkan penyeleng- garaan projek. …menangguhkan penyelengga- raan projek.
UNTUK MEMPERJELAS UNGKAPAN • Contoh: • ber-evolusi dengan ber-revolusi
UNTUK MERANGKAIKAN KE DAN AKHIRAN –AN DENGAN ANGKA • Contoh: • ke-33 • ke-200 • tahun 90-an • tahun 60-an
UNTUK MENYATAKAN HUBUNGAN ANTARA KATA-KATA • Lazimnya pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contoh: • alat pandang-dengar
Penulisan angka • Nombor kardinal • Bilangan ditulis dengan angka. Contoh: • 2 30 49 159 • Kata bilangan kardinal • Bilangan ditulis dengan perkataan. Contoh: • dua tiga puluh empat puluh tiga
Lambang bilangan di awal ayat • Ditulis dengan huruf: • Lima orang pelajar • bukan • 5 orang pelajar.
Kecuali yang menunjukkan urutan • 52 orang bersetuju, 15 orang berkecuali, 14 orang tidak mengundi.
Penulisan angka 1-11 • Ditulis dengan huruf. Contoh: • satu • dua • tiga
Penulisan angka yang salah • Ke 20 • Ke20 • Ke:20 • Ke – 20 • Sepatutnya: • ke-20
Angka roman besarI, II, III, XI, XII • Ingatan: tidak perlu ke- kerana sudah merujuk bilangan atau kali, atau abad berkenaan. Contoh: • Kejohanan Sepak Takraw VI • Abad XII (kedua belas)
Bentuk yang salah • Abad ke-XX • Sidang ke-V • Sidang ke XXX • Abad keIV
SINGKATAN • dll. dan lain-lain • dlm. dalam • dr. dari • dsb. dan sebagainya • sbg. sebagai • s.k. salinan kepada
Sekian, terima kasih. • Ingat, tulis betul, anda terampil. • “Bahasa Jiwa Bangsa”