550 likes | 1.73k Views
Nota Am. PERTOLANGAN CEMAS. Definisi Pertolongan Cemas Sistem Pernafasan Dan Peredaran Darah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Pendarahan Kecil Terseliuh Dan Patah. DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS. Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan.
E N D
Nota Am PERTOLANGAN CEMAS Definisi Pertolongan Cemas Sistem Pernafasan Dan Peredaran Darah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Pendarahan Kecil Terseliuh Dan Patah
DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS • Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan. • Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rtawatan dari doktor. • Matlamat utama: >untuk menyelamat nyawa >mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk >mengurangkan kesakitan. >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor
SISTEM PERNAFASAN • Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembuskan udara • Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah • Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya kompisisi gas nitrogen • Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respi
SISTEM PEREDARAN DARAH • Berfungsi menylurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel di dalam badan dan membawa bahan buangan keluar • Dalam badan seseorang dewasa terdapat sekitar 4-6 liter darah • Setiap 7kg berat badan mengandungi 0.5 liter darah
FUNGSI DARAH • Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu • Membawa bahan buangan ke organ pembuangan • Melawan penyakit • Membawa enzim dan hormone ke organ sasaran • Mengawal suhu badan • Menghentikan pendarahan
RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR) • Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas • Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada • Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan • Dua sebab utama CPR dilakukan: *terhenti pernafasan *tiada nadi
PEMERIKSAAN ABC • Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR A – Airway (saluran pernafasan) B – Breathing (pernafasan) C – Circulation (peredaran darah)
A - AIRWAY (Airway )Saluran pernafassan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.
B - BREATHING Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut.
C - CIRCULATION Peredaran darah.langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT • Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. • Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. • Buangkan sebarang benda asing dari mulut. • Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. • Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. • Tentukan mulutnya terbuka. • Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. • Angkat mulut danm biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. • Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. • Catatan: • Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. • Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. • Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik
RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR • Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya. • Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC. • Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. • Buang sebarang benda asing dari mulut. • Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. • Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. • Tentukan mulutnya terbuka. • Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. • Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. • Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan prnghujung hulu hati. • Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali. • Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik. • Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. • Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit
KAEDAH CPR SEORANG DIRI Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. apatkan bantuan. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan twkanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: - letakkan tangan anda di atas dada mangsa. - berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang dewasa - selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan) - berikan 15kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) -selepas 4 pusingan periksa nadi karotik -teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi. -lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan . bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.
KEDUDUKAN PEMULIHAN Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.
PENDARAHAN KECIL Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu: pendarahan eksternal (dibahagian luar) • luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau • luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai • luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam • luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum pendarahan internal (dibahagian dalam) • perut –muntah berdarah • paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah • tali usus – darah pada dubur • rahim – tumpah darah • buah pinggang – kencing berdarah • tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung pendarahan internal tanpa kesan • limpa dan hati pecah • pendarahan dalam otak
RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM A) Luka-luka kecil. Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut: # bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. # cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. # keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. # lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. # gunakan pembalut untuk memegang plaster.
B) luka kecil yang ada benda asing. Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut: ~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. ~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril. ~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek. ~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek. ~ bawa mangsa ke hospital.
CARA MENAHAN DARAH a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertaidengan patah. 1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan. 2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah. 3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat. 4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 – 15 minit.
b) Tekanan tidak tepat – tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut. c) Anggota terputus – kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang baah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.
PEMBEBATAN & PEMBALUTAN Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka. Fungsi pembebat dan balutan adalah: • Mencegah jangkitan kuman • Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah • Mengwal pendarahan dan melindungi luka Jenis-jenis pembebatan ialah: • Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar • Pembebat melekat – plaster, digunakan untuk luka kecil • Pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman • Pembebat pembebat biasa – gauze Peraturan membalut: • Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. • Cuci luka dari tempat lukake arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. • Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk kea rah tempat luka. • Gunakan pembalut untuk memegang pembebat. Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah : • Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa, WOW bandage • Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko • Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus • Pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh
TERSELIUH & PATAH 1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh : • Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta. • Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi. • Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan. • Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari. • Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan
JENIS-JENIS PATAH Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori : • Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka. • Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang. • Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain. • Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak. • Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua. • Patah simple. Tulang patah dua sahaja.
TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG • Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot. • Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah. • Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera. • Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal. • Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot. • Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
PRINSIP RAWATAN SECARA AM Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut : • Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak. • Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian. • Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera. • Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih. • Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat. • Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.