70 likes | 317 Views
KECEK – (V). Sajak Awang Abdullah. Rangkap 1 : Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri.
E N D
KECEK – (V) Sajak Awang Abdullah
Rangkap 1: Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri. Rangkap 2: Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan untuk membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani tersebut tidak pernah mengharapkan belas ikhsan daripada orang lain meringankan beban yang dipikulnya sekian lama. Rangkap 3: Seorang nelayan mencari rezeki di laut yang luas terbentang yang saban hari bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain kerana keadaan cuaca di laut telah sebati dengan jiwanya. Rangkap 4: Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya. Setiap inci perbuatan baik atau jahat dilakukan oleh manusia akan dicatat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak.
TEMA Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.
PERSOALAN 1. Sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain 2. Kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki 3. Ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga 4. Hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang
GAYA BAHASA 1. Metafora – akaun kemiskinannya - pagar sengsara - akaun sengsaranya - ruang kedaifan - rahang laut - pusaran nasib - rumah keadilan 2. Pengulangan – tetapi, ke dalam, di, ke dalam 3. Asonansi – yang telah lama pecah 4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan
NADA Sinis NILAI 1. Kejujuran; contohnya petani dan nelayan jujur dalam melakukan sebarang perbuatan 2. Kegigihan; contohnya, nelayan gigih mencari rezeki di laut luas untuk mencari sesuap nasi. 3. Ketabahan; contohnya, petani tabah membesarkan dua belas orang anaknya walaupun bergelumang dengan kemiskinan. 4. Keadilan; contoh, Allah amat adil dalam menilai setiap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia.
PENGAJARAN • Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal. • 2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga. • 3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan kepada orang yang tidak amanah. • 4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain untuk memperoleh kekayaan.