400 likes | 748 Views
AKIDAH 1 (3). Beriman dengan Malaikat. Dikemaskini oleh: Siti Fairuz Ramlan. Beriman Kepada Malaikat. Definasi: Malaikat kata jama’ dari malak- satu jisim yang lembut yang bercahaya, yang mampu datang dalam berbagai bentuk yang baik
E N D
Beriman dengan Malaikat Dikemaskini oleh: Siti Fairuz Ramlan
BerimanKepadaMalaikat • Definasi: Malaikat kata jama’ dari malak- satu jisim yang lembut yang bercahaya, yang mampu datang dalam berbagai bentuk yang baik • Sifat: Taat dan patuh dan mustahil membuat dosa, tiada taklif • Tempat tinggal:Kebanyakannya langit, sebahagiannya di bumi • Para nabi dan rasul kadangkala melihat susuk asal mereka ( Nabi melihat asal jibril 2kali • Malaikat dikhabarkan mempunyai kepak
BerimanKepadaMalaikat • Makhluk nurani • Tidak mempunyai hawa nafsu • Tidak berjantina-sesiapa yang mensabitkan jantina malaikat dikira fasiq • Tidak dapat dilihat manusia • Diciptakan hanya untuk ta’at serta melaksanakan perintah Allah • Hukum beriman : wajib • Sebahagian dari perkara sam’iyyat • Diciptaan terlebih dahulu sebelum manusia.
BerimanKepadaMalaikat • Antara tugas para Malaikat kepada penduduk bumi: • Menurunkan rahmat melalui hujan • menyampaikan wahyu kepada para nabi • mencabut nyawa manusia apabila tiba masa • Firman Allah : “Sesungguhnya ada malaikat yang menjaga dan mengawasi kamu.Mereka adalah makhluk yang mulia.Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan” (al-Infitaar:10-12)
Hakikat Kejadian Malaikat • Hanya Allah S.W.T • Yang Maha Mengetahui Hakikat sebenar kejadian Malaikat • Bilangan mereka tidak terkira
KeutamaanManusiaMelebihiMalaikat • 1. Allah mengurniakan Ilmu Pengetahuan kpd Manusia. • 2. Manusia diberi keistimewaan utk mengenal, mengetahui dan mengkaji bermacam2 perkara. • 3- Allah memerintahkan malaikat supaya memberi penghormatan kepada Manusia 4- SifatKetaatanMalaikatadalahsuatupemberian yang sucioleh Allah S.W.T. SedangkanManusiaharusberusahamelawankehendaknafsu, godaansyaitanuntukmembersihkanjiwadalammelakukanketaatankepada Allah S.W.T.
TABIAT MALAIKAT • 1- Berbakti kpd Allah, Tunduk dan Patuh pada kekuasaan-NYA. • 2- Melaksanakan Semua Perintah Allah S.W.T • 3- Mengatur hal-ihwal alam semester mengikut kehendak dan Iradah Allah S.W.T • Tidak tidur.لايفترون {الأنبياء: يسبحون الليل والنهار 20
TAFAWUT MALAIKAT • Terdapat TAFAWUT dalam Penciptaan Malaikat. • TAFAWUT :Berbeza dari segi Kedudukan , Pangkat dan sebagainya. • Semulia-mulia malaikat adalah yang mengikuti perang badar. PEKERJAAN MALAIKAT • 1- DI ALAM ROH • 2- DI ALAM DUNIA
1- DI ALAM ROH • 1- Bertasbih serta patuh dan tunduk sepenuhnya kepada Allah S.W.T • 2- Memikul ‘Arasy Allah S.W.T • 3- Memberi salam kpd penghuni Syurga. • 4- Menyiksa para Penghuni Neraka • 5- Bertugas untuk menyampaikan wahyu
DI ALAM DUNIA • Malaikat itu mempunyai pekerjaan dalam mengatur Alam Semesta , SEPERTI : • 1- Mengirimkan angin dan udara • 2- Mengiringi awan dan cuaca • 3- Menurunkan hujan • 4- Mendoakan orang-orang mu’min.
Perbezaanmanusia, malaikat & jin • Manusia diciptakan dari tanah • Malaikat diciptakan dari cahaya • Jin diciptakan dari lidah api • Iblis diciptakan dari api. • Mengapa manusia adalah sebaik-baik ciptaan?
Beriman dengan para Nabi dan Rasul
BerimanKepadarasul • Nabi: Dari segi bahasa: pemberi khabar • Rasul: Dari segi bahasa: Utusan • Dari segi istilah bagi nabi dan rasul: • Seorang insan yang diutus ALLAH S.W.T utk menyampaikan hukum dan syariat • Mu’tazilah: Nabi dan Rasul adalah serupa. • Ahlu Sunnah: Semua rasul adalah nabi dan tidak semua nabi adalah rasul. • Qadiani: Adanya nabi selepas nabi saw
BerimanKepadarasul • Perbezaan antara Nabi dan Rasul: • Nabi: Setiap nabi Diturunkan pada setiap kaum yang tersendiri dan mengikut syariat rasul yang terdahulu • Rasul: Diberikan syariat yang sesuai dengan keadaan kaumnya, dan sebahagian diberikan kitab. • Nabi saw diutuskan untuk sekelian manusia. • Ciri-ciri: Lelaki yang sempurna rupa dan akhlak • Asal usul yang mulia • Terpelihara dari keaiban rupa dan peribadi • Bilangan nabi: 124 000 • Bilangan rasul: 313
BerimanKepadarasul • Firman Allah : “dan tidak ada sesuatu kaum pun melainkan telah diutuskan dari kalangan mereka seorang Rasul” (Faatir :24) “dan bagi setiap kaum itu Nabi” (ar-Ra’d :7) • Jumlah Nabi-nabi yang wajib diimani yang disebut dalam Quran hanya 25 rasul • Hukum beriman : wajib
BerimanKepadarasul • Dari 25 rasul terdapat lima yang digelar ulul azmi:- Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa & Nabi Muhammad S.A.W • Dari kedua-dua anak Nabi Ibrahim, turunlah 2 bangsa yang dominan di muka bumi. • Nabi Ishak:- Bani Israil • Nabi Ismail:- Bangsa Arab
BerimanKepadanabi • Beberapa nama nabi yang bukan rasul: • Nabi Syiith A.S • Nabi Syam’un A.S • Nabi Samuel A.S • Nabi Daniel A.S • Nabi Khidr A.S • Nabi Sya’yan bin Amsiya A.S • Nabi Armiya bin Halqiya A.S
Sifat-sifatwajib • As-Sidq: Bercakap benar • Al-Fathonah:Bijak, tajam akal & pandai • At-Tabligh:menyampaikan wahyu • Al-Amanah-Al-’Ismah: terpelihara dari melakukan dosa kecil dan besar
Sifat-sifat Mustahil bagi para nabi • Al-kazb:pembohong • Al-kitman:menyimpan/ tidak menyebarkan wahyu • Al-khiyanah:pengkhianat/melakukan dosa • Al-baladah-tidak tajam akal dan tidak bijak
Sifat-sifat harus bagi Para Nabi • Sifat-sifat kemanusiaan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya • Diharuskan mereka sakit tetapi yang tidak memudaratkan • Diharuskan terjadinya lupa atau leka pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan ALLAH S.W.T cth kisah Nabi Yusha’ dengan Nabi Musa. • Tidak diharuskan utk mereka mimpi yang berasal dari mainan syaitan
Beriman dengan Qada' dan Qadar
Pengertiantakdir • Pengetahuan Allah tentang apa yang akan berlaku sesuai dengan ketetapan yang diaturkanNya • Allah mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku di alam ini • Tiada yang berlaku tanpa keizinan Allah • Setiap sesuatu diikat dengan sebab dan musabbab
Definasi Qada’ & Qadar • Qada’ dari segi bahasa:hukum, penciptaan, penetapan • Dari segi Istilah:kehendak Allah S.W.T yang azali yang berkaitan dengan semua makhluk sama ada baik atau buruk samada yang sedang berlaku atau akan datang • Qadar dari segi bahasa: perlaksanaan, hukum, puncak sesuatu perkara, kemampuan • Dari segi Istilah:perlaksanaan kehendak Allah S.W.T di alam hakiki atas kadar tertentu dan dengan cara tertentu
Ertiberimankepadatakdir • Beriman bahawa apa yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan sebaliknya eg. Rezki, kehidupan, keluarga dan sebagainya. • Tidak bergerak atau diam sesuatu melainkan dengan kehendak Allah • Allah redha kepada hambaNya yang taat dan tidak suka kepada hambaNya yang kafir dan fasiq • Allah tidak menyuruh hambaNya berbuat kejahatan tetapi hambaNya yang melakukan perbuatannya sendiri
Pembahagiantakdir • Takdir dibahagikan kepada dua: baik dan buruk • Nisbah baik dan buruk bergantung pada manusia jika berkaitan dengan perbuatan hamba yang boleh diusaha. • Allah memberikan takdir yang baik dan buruk pada manusia berdasarkan hikmahNYA utk kebaikan hamba. • Terdapat juga rezki yang baik dan buruk dan urusan pencarian rezki diberikan pada manusia dengan tujuan untuk menguji hamba
Ketentuanqadarbaikdanburuk • Qadar baik ialah yang bermanfaat • Qadar buruk ialah yang memudaratkan • Qadar baik dan buruk datangnya dari Allah • Meyakini ilmu Allah yang Maha Bijaksana • Segala yang dijadikan Allah ada hikmahnya • Manusia jahil untuk mengetahui hikmah Allah dalam penentuan qadar • Manusia berfikir dan memanfaatkan qadar yang baik
Kesanberimankepadaqadar • Berusaha untuk mengenali qadar yang baik dan memanfaatkannya • Yakin segala sesuatu yang terjadi ada hikmahnya • Tidak berputus asa apabila ditimpa musibah • Tidak sombong apabila mendapat kesenangan • Hukum beriman : wajib
Hakikatkebebasanperbuatanmanusia • Manusia diberi kebebasan oleh Allah memilih berbuat baik atau buruk • Manusia dibekali dengan akal untuk berfikir • Manusia dipertanggungjawabkan akan perbuatan mereka di dunia • Manusia diganjari jika memilih yang baik dan disiksa jika memilih yang buruk
Pendapat-pendapat lain berkaitan dgn Qada’ dan Qadar • Mu’tazailah: Qada’ dan Qadar adalah serupa • Al-Qadiriah al-Ula: Ilmu Allah tidak mendahului kewujudan makhluk kecuali selepas terjadinya lalu mensabitkan kejahilan bagi ALLAH S.W.T • Al-Jabariyah: Qada’ & Qadar ialah kehendak dan perlaksanaannya pada makhluk dan mereka tiada pilihan kecuali mengikut segala aturanNYA.
Kepentinganberimankepadaallah • Kewajipan pertama manusia ialah mengenali Allah (ma’rifatullah) dan beriman kepadaNya • Tanpa mengenali Allah : • Manusia akan hidup seperti haiwan • Manusia akan membuat kerosakan dan maksiat • Takut mati dan cintakan dunia • Diharamkan dari mendapat keredaan Allah
Kepentinganberimankepadarasul • Tanpa beriman kepada Rasul : • Terkeluar dari Islam • Diharamkan dari mendapat hidayah Allah • Diharamkan dari mendapat nikmat syurga • Akan ditimpa fitnah di dunia dan akhirat
Hikmahkewujudanmanusia • Hikmah tersebut tidak akan diketahui kecuali melalui ajaran Rasul • Firman Allah : “dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan dunia serta makan minum sebagaimana binatang makan minum dan neraka lah tempat tinggal mereka” (Muhammad :12)
Mencarituhanitufitrah • Siapakah pencipta kita? • Apakah perkara yang dapat meraih keredaanNya? • Apakah perkara yang menyebabkan kemurkaanNya? • Kisah nabi Ibrahim mencari Tuhannya.
Apakahkepentingandiutuskankepadamanusiaseorangrasul? JelaskanfaedahberimankepadaQada’ & Qadar. Apakahfaktor yang mengharamkankitaberimandenganQada’ & QadarmengikutfahamanMuktazilahQadariah & Jabariah?