310 likes | 717 Views
ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat : membedakan pengetahuan indera , pengetahuan hasil pemikiran , dan pengetahuan ilmu m enyimpulkan makna falsafah dan cabang falsafah. ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH. > Pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga kategori:
E N D
HASIL PEMELAJARAN Pelajardapat: membedakanpengetahuanindera, pengetahuanhasilpemikiran, danpengetahuanilmu menyimpulkanmaknafalsafahdancabangfalsafah
ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH > Pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga kategori: i. Pengetahuan Indera: Pengetahuan pertama, umum dan menjadi asas pengetahuan manusia. Pengalaman pancaindera melalui induksi menjadi pengetahuan umum yang bersifat asas.Contoh: - Kita mengetahui setiap pagi matahari terbit di ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat; - Hubungan kekerabatan lebih mesra daripada hubungan di luar kekerabatan; - Cermat dan rajin bekerja pangkal kaya; - Makin tinggi taraf pendidikan, makin tinggilah kedudukan seseorang; - Orang selalunya tertarik pada keindahan dan kecantikan; - Pada hari tua, orang lebih tertarik pada agama; - Apabila menghadapi kesusahan, orang kerap teringat pada Tuhan; - Apabila bahagia orang lupa akan Tuhan… > Semua itu dibentuk daripada pengalaman hidup yang ditempuh sehari-hari, iaitu pengalaman yang penuh pancaroba dan pancarona
PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN • Abraham Maslow, bapa psikologi humanisme mengatakan bahawa hasil pemikiran manusia berasaskan lima hierarki terancang yang mendominasikan nafsu manusia, dan kemudiannya hilang apabila kepuasan diperoleh: i. Keperluan makan dan minum ii. Keperluan keselamatan, seperti penjagaan iii. Keperluan sosial, seperti kasih sayang dan belaian perasaan iv. Keperluan penghormatan, seperti status diri, pangkat dan penghargaan v. Keperluan pewujudan diri, iaitu keperluan untuk memenuhi segala-gala yang mampu dilaksanakan > Bagi Maslow, keperluan (v) merupakan kesepaduan segala potensi yang ada pada manusia yang dapat mewujudkan dirinya yang sebenar. Hasil pemikiran merupakan manifestasi daripada keperluan diri tersebut. Maslow menafikan manusia sebagai insan yang mempunyai roh, kalbu, nafsu akal, dan jasad yang wujud secara bersepadu. Yang difokuskan hanyalah tingkah laku luaran yang terjelma melalui psikologi, persekitaran atau sifat dalaman insan.
PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN • Ibnu Sina menganggap bahawa pengetahuan hasil pemikiran berasaskan tiga jiwa utama, iaitu jiwa sensitif, jiwa rasional dan agen cendekia. Setiap jiwa mempunyai fungsi dan keperluan tersendiri, serta bertindak secara sepadu > Jiwa sensitif terbahagi tiga, iaitu: * Deria luaran yang membolehkan seseorang itu menghidu, merasa, menyentuh, mendengar dan melihat, serta dapat memberikan rangsangan terhadap persekitaran * Deria dalaman yang terdiri daripada akal budi, daya ingatan, imaginasi keinsanan, imaginasi kehaiwanan, anggapan, memori dan mengingat semula * Nafsu, iaitu tempat diri merasakan keenakan atau kesengsaraan, suka, seronok, duka atau benci… • Jiwa rasional terbahagi dua, iaitu: * Cendekia praktikal yang dapat mencerap dan memperhatikan fenomena secara empirikal dan pengalaman amali * Cendekia berfikir yang mencerap fenomena dalam minda secara konseptual > Agen cendekia ialah agen yang dapat memberikan makna kepada ilmu (intuitif)
PENGETAHUAN ILMU • Ilmu yang diperolehlangsungdaripada Allah swtkepadaparaanbia (nabi) melaluiwahyudanparaaulia (wali) melaluiilham • Ilmu yang diperturunkandaripadanabidanparasahabat, sepertiilmu al-Quran, hadis, fiqahdanilmu agama yang lain • Ilmuakalatauilmusainsthe rational science. Ilmuiniialahilmuhasildaripadapengalamandanpemikiran. Pengalamandanpemikiranitudigunakansecarasistematikdanradikal, diarahdandikawalolehhukumberfikir (logika). Yang difikirkanituialahfaktaatau data hasilpenyelidikandaneksperimen • Semuailmusainsmempunyaifalsafahnyasendirikeranaperkembanganilmuberpangkaldaripadafalsafah. Itulahsebabnyafalsafahdikenalisebagaiinduksemuailmupengetahuan
FALSAFAH • Kata falsafah (Melayu), philosophie (Belanda), philosophie (Jerman), philosophy (Inggeris), philosophie (Perancis) berasal daripada kata bahasa Yunani, iaitu: Philien: mencintai, Sophia: kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran… • Falsafah ialah perihal mencintai kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran…melalui pemikiran yang mendalam. Berfalsafah merupakan puncak ketuntasan berfikir, iaitu dengan belajar dan menyelidik • Falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmat dalam penggunaan fikiran untuk mencari kebenaran hakiki. Kebenaran ialah perkara tertinggi yang dapat dicapai melalui akal atau kaedah berfikir • Dalam Islam, berfikir amat penting untuk mencapai hakikat. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, bahawa berfikir satu saat itu lebih tinggi nilainya daripada satu sembahyang malam • Falsafah ialah satu disiplin yang serius dari segi cendekia dan sejarah. Perkembangannya bermula dari zaman Griekenland ke Iskandariah, ke Romawi, ke tanah Arab, ke zaman pembaharuan di Eropah hinggalah zaman IT dan globalisasi kini.
MAKNA FALSAFAH • Berdasarkan pendapat Plato, Aristotle, Marcus Tullius Cicera, Al-Farabi, Immanuael Kant, W.P. Montague, J.A. Leighton, Harold, H. Titus, D.C. Mulder, Fuad Hassan, N. Drijarkara…, bolehlah dirumuskan bahawa falsafah itu ialah: > Ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan mendalam tentang sebab terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan mutlak ditemukan > Fokusnya tentang ketuhanan, alam semester dan diri manusia. Semuanya diberikan gambaran sebagai suatu keseluruhan yang mencakup pengetahuan biasa, warisan budaya dan hasil ilmu khusus yang lain
CABANG FALSAFAH Cabang falsafah dapat dirumuskan seperti yang berikut: * Metafizika * Logika * Etika * Estetika * Epistemologi * Falsafah Khusus
METAFIZIKA • Inggeris: metaphysics, Latin: metaphysica dari Yunani meta ta physica (sesudah fizika); daripada meta (setelah, melebihi) dan physikos (menyangkut alam) atau physis (alam) • Falsafah tentang hakikat yang ada di sebalik fizika. Hakikat yang bersifat abstrak dan di luar jangkauan pengalaman manusia. Tegasnya tentang realiti kehidupan di alam ini: Alam ini wujud atau tidak? Siapakah kita? Apakah peranan kita dalam kehidupan ini?… • Kajian tentang sesuatu yang bersifat rohani dan yang tidak dapat diterangkan dengan kaedah penjelasan yang ditemukan dalam ilmu yang lain • Kajian kritis terhadap andaian dasar yang digunakan oleh sistem pengetahuan kita dalam pernyataannya tentang apa-apa yang nyata
LOGIKA • Inggeris: logic, Latin: logica, Yunani: logike atau logikos (ujaran yang dapat difahami atau akal budi yang berfungsi dengan baik, teratur dan sistematik) • Falsafah tentang fikiran / pendapat yang betul dan yang salah mengikut norma tertentu dalam kehidupan manusia, iaitu tentang penaakulan • Logika mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kita mengemukakan cadangan dan hujah atas landasan yang betul dan boleh dipercayai serta tidak bercanggah dengan pemikiran rasional. Logik dapat dilihat dari dua segi: > logik deduktif: membuat kesimpulan daripada penyataan am hingga penyataan yang khusus > logik induktif: membuat kesimpulan daripada penyataan khusus hingga penyataan am yang tentatif
ETIKA • Dari Yunani ethikos,ethos (adat, kebiasaan, praktik). Etika mencakup idea karakter dan kecondongan (disposisi) dan berhubungan dengan kegiatan praktis • Etika berkaitan tingkah laku yang baik dan yang buruk, iaitu tentang nilai-nilai moral dan peraturan kelakuan yang dipersetujui oleh masyarakat dunia • Etika menjadi kiblat kepada idea kewajipan dan tugas, pernyataan prinsip perilaku, bukannya penelusuran konsep • Kebaikan dan kebenaran dapat dilihat sebagai objektif (padanan faktor realiti dan hal tertentu) atau subjektif. Keadaan ini melahirkan objektivisme etika atau subjektivisme etika • Etika pada emosi menyatakan sikap sepakat dan penolakan atau pencelaan, di samping menentukan makna dan daya nilai kehidupan
ESTETIKA • Estetika sebagai cabang falsafah juga dikenali sebagai falsafah keindahan. Estetika berasal daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud hal-hal yang dapat dicerap dengan indera atau aisthesis yang bermaksud cerapan indera • Estetika digambarkan sebagai kajian falsafah tentang keindahan dan kejelekan. Estetika juga berkaitan dengan nilai bukan moral. Ini demikian kerana estetika mengkaji nilai kecantikan dan kesenian dalam pelbagai objek yang ditemukan dalam alam ini • Antara persoalan estetika: - Apakah keindahan itu? - Keindahan bersifat objektif atau subjektif? - Apakah ukuran keindahan? - Apakah peranan keindahan dalam kehidupan? - Bagaimanakah hubungan antara keindahan dengan kebenaran?
EPISTEMOLOGI • Epistemologi berasal daripada kata bahasa Yunani episteme (pengetahuan, ilmu pengetahuan), dan logos (pengetahuan, maklumat), iaitu ilmu pengetahuan tentang pengetahuan. Epistemologi juga dikenali sebagai teori pengetahuan • Epistemologi ialah falsafah tentang ilmu pengetahuan, iaitu perihal mengetahui sesuatu yang tidak diketahui, seperti apakah sumber pengetahuan? Apakah yang benar? Apakah yang murni?… • Hakikat kebenaran ialah apa-apa yang ada pada tanggapan indera. Tidak ada hakikat kebenaran yang hakiki, yang bebas daripada keadaan seseorang dan suasananya • Oleh itu, tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ketidakbenaran mutlak. Benar pada individu tertentu, tidak benar pada individu lain, walaupun objek sasarannya satu. Boleh juga benar pada satu masa, dan tidak benar pada masa yang lain bagi orang yang sama. Jadi, pengetahuan yang benar ialah pengetahuan yang sesuai dengan objeknya
FALSAFAH KHUSUS • Falsafah yang perkembangannya paling pesat ialah falsafah ilmu pengetahuan. Disiplin ini mengandung perbedaan antara falsafah ilmu alam dengan falsafah ilmu sosial, seperti falsafah sejarah, falsafah pendidikan, falsafah agama, falsafah hukum, falsafah kejuruteraan, falsafah politik, falsafah kebudayaan dan falsafah bahasa • Falsafah yang berasaskan disiplin ilmu itulah yang dinamakan falsafah khusus. Falsafah jenis ini merupakan dasar daripada sebab penelitian ilmiahnya dalam bidang khusus tersebut • Ini juga merupakan titik tolak bagaimana ilmu itu mencapai objektifnya, iaitu kebenaran. Sebenarnya setiap ilmu ditujukan untuk mencapai kebenaran serta pengabdiannya kepada umat manusia, hanya cara atau jalannya yang berbeda
FALSAFAH KHUSUS • Setiapilmumempunyaiobjek formal atauobjekbendanya. Dalamobjekbenda, beberapailmumungkinmempunyaiobjek yang sama, tetapiuntukmaksudpenjelasanpemisahanilmu, makaobjekformalnyaberbeda • Objek formal inimerupakanpandangankhususilmumasing-masingberdasarkanapa-apa yang dianggapbenar, terutamamenurutnormadanukuranmasyarakatpadamasaitu. Olehitusetiapfalsafahilmutersebut, memperlihatkanfalsafahmasyarakatnya, disampingmemperlihatkanpeningkatandarisegiperkembanganilmuberkenaan • Cabangfalsafahdirumuskanmenerusialiranmonisme, dualisme, pluralisme, idealisme, materialisme, mekanisme, teologisme, determinisme, indeterminisme, naturalisme, hedonisme, utilitarisme, vitalisme, rasionalisme, empirisme, kritisisme, realisme, eksistensialisme, pragmatisme/eksperimentalisme, fenomenologisme, positivisme, aliranfalsafahhidup…
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH • Monisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah esa atau satu. Yang lain hanyalah ilusi. Golongan materialis menganggap benda ialah dasar dunia, golongan idealis menganggap idea ialah dasar dunia • Dualisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah dua, iaitu roh dan benda jasmani dan rohani, dunia inderawi dan dunia cendekiaan, realiti dan kemungkinan • Pluralisme: Realiti asas bersifat jamak • Idealisme: Hakikat itu bersifat roh. Semua realiti bersifat kerohanian. Jirim tidak benar dan alam semester harus dianggap sebagai sari pemikiran. Tiada pengetahuan lain, selain proses mental • Materialisme: Hakikat bersifat kebendaan. Sesuatu yang tidak nyata adalah tidak benar. Penekanan terhadap faktor kebendaan yang spiritual dalam metafizika, nilai, fisiologi dan epistemologi
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH • Mekanisme: Kejadian berlaku sendiri berdasarkan hukum sebab akibat. Penekanan terhadap keupayaan memberikan penjelasan mekanis bagi struktur internal benda alam dan seluruh alam • Teologi: Sesuatu kejadian berhubung dengan kejadian yang lain, iaitu semata-mata mempunyai tujuan yang sama. Hubungan dunia ilahi (ideal kekal dan tak berubah) dengan dunia fizikal • Determinisme: Kemahuan manusia dibelenggu, iaitu sudah dipastikan lebih dahulu, dan semua kejadian mempunyai sebab • Metafizika: Dikenali juga dengan nama Indeterminisme, iaitu kemahuan manusia bebas sebebas-bebasnya. Beberapa kejadian tidak mempunyai sebab, dan kejadian juga tidak dapat diramalkan kerana elemen kemungkinan, ketidakpastian, keterbukaan…
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH • Naturalisme: Kebahagiaan manusia boleh didapati menerusi panggilan fitrah (nature) kejadian manusia itu sendiri. Sifat manusia sebagai satu peluasan daripada peraturan biologi semata-mata mengikut prinsip alam • Hedonisme: perlakuan susila ialah perbuatan yang menimbulkan kenikmatan dan kelazatan. Konsep moral yang menyamakan kebaikan dengan kesenangan. Kebaikan dan kesenangan ini merupakan tujuan kehidupan • Utilitarianisme: Buruk dan baik perlakuan manusia dinilai daripada banyak atau sedikitnya manfaat bagi manusia. Dikenali juga sebagai teori kebahagiaan terbesar, Asasnya ialah kebaikan terbesar bagi jumlah terbesar • Vitalisme: Penilaian baik atau tidak perlakuan manusia berasaskan daya maksimum seseorang melakukan sesuatu tindakan. Aliran ini juga dikenali sebagai teori ilmiah tentang konstitusi batin makhluk hidup
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH • Rasionalisme: Dikenali juga sebagai intelektualisme, iaitu sumber pengetahuan manusia ialah fikiran, rasio dan jiwa manusia, dan bebas daripada pengamatan inderawi. Kebenaran tidak dapat diuji dengan prosedur, tetapi dapat diuji dengan kriteria tertentu • Empirisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman manusia, iaitu dari dunia luar yang ditanggap oleh pancaindera. Semua idea merupakan abstraksi yang dibentuk menerusi penggabungan apa-apa yang dialami • Kritisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada dunia luar, dan berasal daripada jiwa atau fikiran manusia • Realisme: Pengetahuan manusia ialah gambar yang baik dan tepat daripada kebenaran, kerana gambar yang baik akan memancarkan kebenaran. Manifestasi daripada kebenaran ialah menerima apa-apa yang ada walaupun tidak menyenangkan
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH • Eksistensialisme: Falsafah yang bertitik tolak pada manusia, yang eksistensi (konkrit), iaitu cara manusia berada dalam bentuk maujud, dan mendahului emosi. Oleh sebab pusat pemerhatiannya ialah manusia, maka aliran ini bersifat kemanusiaan • Pragmatisme: Benar atau tidaknya ujaran, dalil atau teori bergantung pada manfaat ujaran, dalil atau teori itu. Kebenaran ptraktis berasaskan kepentingan subjektif setiap individu • Fenomenologi: Hasrat sebenar akan tercapai jika kita cuba mengamati fenomena realiti yang sering terjadi di sekeliling kita. Aliran ini berpusat pada analisis gejala kesedaran manusia terhadap diri dan alam sekeliling • Positivisme: Peristiwa yang dialami oleh manusia dilihat dari perspektif yang positif berasaskan fakta pengetahuan. Ilmu alam merupakan sumber pengetahuan yang benar, dan menolak nilai kognitif
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH • Epistemologi: Dikenali juga sebagai Teori Pengetahuan, iaitu pengetahuan tentang pengetahuan. Hal ini terlihat jelas dalam aliran Realisme dan Idealisme • Logika: Falsafah yang menekankan ujaran yang dapat difahami atau akal budi yang berfungsi dengan baik, dan sistematik. Asasnya ialah pernyataan premis ke suatu pernyataan selanjutnya, iaitu kesimpulan. Logika juga dikenali dengan nama Instrumen Ilmu • Aliran Falsafah Hidup: Falsafah yang baik wujud jika akal dipadukan dengan keperibadian atau seluruh kehidupan • Cabang falsafah yang menjadi sumber paling penting dalam aliran pemikiran dan kebahasaan ialah metafizika, logika dan epistemologi. Cabang falsafah ini dijelmakan melalui tiga cara atau gaya, iaitu falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisis
FALSAFAH SPEKULATIF • Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu yang wujud, iaitu berdasarkan hakikat bahawa memang menjadi fitrah manusia berkeinginan untuk melihat sesuatu secara keseluruhan yang bermakna. Misalnya apabila kita melihat pemandangan yang indah, fikiran kita biasanya tidak tertumpu pada keindahan itu semata-mata, tetapi akan menjelajah ke perkara lain yang lebih khusus, yang mewujudkan keindahan itu Berdiri di tepi Bengawan Solo, terlihatlah kebesaran Kerajaan Mataram yang silam, tertegun di tepi kali Brantas, terlihatlah Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk, berdiri di pinggir Musi, terlihatlah Sang Nila Utama dan Deman Lebar Daun, berdiri di bukit Siguntang, terpandanglah Wan Empuk dan Wan Malini… Naik kapal terbang menuju Eropah, sampai di Afrika, kelihatan flora dan fauna yang hijau tanda kesuburan, di tanah Arab kelihatan gunung batu granit hitam, tiba di pergunungan Alpen, kelihatan gunung putih bersih diselaputi salji. Falsafah Spekulatif berusaha untuk mencari satu persepaduan dan pertalian bagi semua pemikiran dan pengalaman
FALSAFAH PRESKRIPTIF • Falsafah ini berusaha untuk menentukan nilai atau standard, perlakuan dan seni. Nilai etika dan nilai estetika diberikan garis panduan dengan menentukan nilai itu wujud semula jadi atau projeksi fikiran kita semata-mata • Dalam etika dan agama, tindakan moral ditentukan oleh sumber yang berautoriti, iaitu Tuhan. Sebarang penentangan dianggap tindakan moral yang negatif • Dalam ilmu pengetahuan, status preskriptif bermaksud sesuatu hukum menjadi prinsip yang utuh, dan memastikan bahawa benda terjadi seperti yang sepatutnya berasaskan prinsip yang ditentukan
FALSAFAH ANALISIS • Falsafah ini memberikan tumpuan terhadap makna dan perkataan. Yang dikaji ialah perkara seperti sebab musabab, fikiran, kebebasan, peluang yang sama, agar makna perkataan itu dapat dikaji dalam pelbagai konteks • Makna perkataan itu mungkin bercanggah jika digunakan dalam konteks yang berlainan. Cara inilah yang mendasari falsafah bahasa Falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisis tidak semestinya berpisah, malah dalam pelaksanaannya, ketiga-tiga falsafah itu cenderung untuk bergabung
FALSAFAH BAHASA • Ilmu yang menyelidiki bahasa dengan terperinci dan mendalam, iaitu bahasa sebagai alat dalam mengungkapkan soal ketuhanan, alam semester dan diri manusia sebagai insan yang hidup Falsafah Bahasa (Philosophy of Language): Falsafah bahasa bermakna percubaan atau pendirian dalam menganalisis ciri bahasa seperti sistem dan strukturnya, makna atau pengertian, lakuan bahasa… Falsafah bahasa tidak lari daripada asas pemikiran dalam kaedah penganalisisan bahasa Falsafah Kebahasaan (Linguistic Philosophy): Falsafah kebahasaan bermakna percubaan atau usaha untuk menjelaskan atau menghuraikan masalah falsafah dengan cara menganalisis makna perkataan, frasa atau ayat, dan dengan cara menganalisis perkaitan logik antara perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa tabii
KESIMPULAN • Pengetahuan ilmu diperoleh daripada pengalaman hidup sehari-hari • Pengetahuan hasil pemikiran berasaskan sensitif, rasional dan agen cendekia • Pengetahuan ilmu diperoleh secara langsung daripada tuhan, ilmu yang diperturunkan melalui rasul, nabi, dan ilmu akal • Falsafah ialah induk ilmu pengetahuan yang dapat digarap melalui metafizika, logika, etika, estetika, epistimologi dan falsafah khusus
KATA BIJAK PANDAI • UNTUK MENGERTI APA YANG TERJADI KINI, DAN APA YANG AKAN TERJADI ESOK, BELAJARLAH DARI MASA LALU