20 likes | 228 Views
MERUBAH IMPIAN MENJADI KENYATAAN IMPIAN
E N D
MERUBAH IMPIAN MENJADI KENYATAAN IMPIAN Setiap manusia pasti mempunyai impian. Begitu juga dengan saya dan anda. Sekurang-kurangnya, kita mempunyai impian asas untuk hidup dan menikmati kehidupan yang selesa dan senang. Kita pasti mengimpikan untuk tinggal di rumah banglo, memiliki kereta mewah, mempunyai wang yang banyak untuk hidup selesa dan kegunaan untuk kecemasan serta berbagai-bagai lagi. Bahkan orang yang hilang akal sekalipun setidak-tidaknya pernah mengimpikan untuk tidur dan makan dengan selesa. Ini adalah fitrah semulajadi manusia. Orang yang tidak mempunyai impian adalah orang yang telah mati jiwa danakalnya. Orang yang sedemikian adalah manusia yang melanggar fitrah dinamika manusia. Mereka menongkah hukum perkembangan dan peningkatan insaniah jasmani dan rohani. Adakah manusia seperti ini layak untuk hidup dan menikmati hidup? Tepuk dada tanya akal waras kita. Jangan sekali-kali tanya selera kerana selera semulajadi ,selalu mahukan yang mudah, mewah dan selesa tanpa apa-apa usaha. Kemahuan yang sedemikian tanpa sebarang usaha, hanyalah sebagai mimpi. Mimpi yang tidak akan menjadi realiti. TUKARKAN IMPIAN KEPADA WAWASAN Bagaimana mengubah impian menjadi wawasan? Berapa ramai manusia yang kaya dengan impian tetapi terus dan kekal miskin dalam kenyataan kehidupan. Mereka terus kekal dan tekal dalam kepapaan justeru gagal menzahirkan impian kepada kenyataan sebenar. Antara puncanya ialah: • Impian tidak jelas dan merangsang jiwa. • Tidak mengetahui cara untuk menjelmakan impian tersebut. • Nah tukarkanlah impian anda kepada suatu wawasan (vision). Wawasan lebih jelas dan bermakna daripada impian kerana wawasan yang dimiliki mempunyai sasaran (gol) dan tempoh masa untuk dicapai. Binalah wawasan yang jelas bukan kabur kerana wawasan yang jelas maka sebenarnya, anda mempunyai matlamat yang jelas tentang hidup anda, begitulah sebaliknya. Matlamat hidup yang jelas umpama orang bermain bola yang tahu di mana letaknya tiang gol. Bermain bola tanpa gol, bukanlah bermain bola namanya. “If there is no goal, there’s no game.” • WAWASAN YANG MERANGSANG JIWA • Wawasan yang kabur dan hambar bukanlah dinamakan wawasan. Contohnya; “ Saya ingin menjadi orang yang berjaya pada masa hadapan.” Ungkapan tersebut adalah satu wawasan yang kabur dan tidak merangsangjiwa. Hal ini kerana, ia terlalu umum dan tiada masa yang pasti untuk dicapainya. • Wawasan yang baik dan merangsang jiwa untuk bertindak adalah mempunyai ciri-ciri SMART.; • S – Specific • M – Miserable • A – Attainable • R – Reasonable • T – Time bound • Contoh: Saya mesti mempunyai wang sebanyak RM 100, 000.00 pada bulan Mei 2009nanti. • Daripada pernyataan di atas ,matlamat anda sangat jelas dan terfokus iaitu mempunyai wang berjumlah RM100,000.00 dan nilai boleh diukur sebanyak • mana.Anda juga mempunyai target masa bila ianya tercapai. Pernyataan wawasan seumpama ini mampu merangsang minda dan jiwa justru anda sendiri • kerana anda kenalpasti dan dapat mengambarkan imej dalam minda anda.Andatahu apa itu wang; rupanya,bentuknya,nilai dan kegunaanya.
SINOPSIS RENUNGAN Bagi memperjelaskan bagaimana satu senario wawasan yang mampu merangsang jiwa dan minda anda,hayati sinopsis analogi di bawah:- Andaikan saya adalah sebagai jutawan dan anda sangat mengenali sikap dan tingkahlaku saya. Suatu hari saya datang kepada anda dan membuat satu tawaran. “ Adakah anda mahu wang RM1 juta ? Jika anda mahu,anda boleh dapatkannya dengan apa cara sahaja. Wang itu ada dalam satu guni yang saya gantung di sebatang pokok besar yang tinggi di hujung kampung. Tetapi dengan satu syarat . Anda hanya diberi masa 1 jam sahaja. Jika anda dapat wang itu,ianya akan menjadi milik ANDA. Apakah perasaan anda ketika itu ? Saya yakin anda tentunya tersangat ghairah dan tidak sabar-sabar untuk mengambil wang itu. Kenapa? Kerana minda anda telah boleh menggambarkan apa benda yang anda mahu. Metabolisma anda turut aktif. Anda tidak sabar untuk bertindak. Apabila saya katakan “Anda boleh mula dari sekarang” pastinya anda tidak banyak soal tetapi sebaliknya mula bertindak kerana anda merasa yakin dengan saya dan apa yang saya tawarkan serta lonjakan motivasi luarbiasa anda juga YAKIN wang itu akan menjadi milik anda. Barangkali langkah pertama anda,anda akan ke tempat di mana wang itu digantung. Anda bukan berjalan tetapi BERLARI kerana musuh utama anda waktu itu adalah MASA. Bagaimana perasaan anda,apabila sampai didapati memang benar apa yang ditawarkan? Pastinya jantung anda berdebar kerana anda yakin apa yang ada di dalamnya. Waktu itu yang ada dalam pemikiran anda dan jiwa anda ialah untuk mendapatkannya segera .Bila anda sampai ke tempat itu anda telah kehilangan masa10 minit pertama. Barangkali anda memulakan langkah pertama anda dengan mencari ranting kayu lalu membaling beberapa kali. Anda gunakan kaedah itu ialah kerana anda ada sedikit pengalaman melihat atau melakukannya sendiri seperti cara untuk menjatuhkan buah mangga. Namun setelah hampir 10 minit mencuba anda gagal. Dada anda semakin berdebar. Masa semakin singkat. Tanpa banyak ruang untuk berfikir secara rasional,anda barangkali mencuba dengan cara memanjat walaupun belum pernah anda cuba selama ini. Keberanian anda mencuba kaedah baru kerana tolakan motivasi yang amat tinggi dalam diri waktu itu. Tidak mustahil mungkin anda berjaya memanjatnya separuh. Tanpa anda sedar anda telah gunakan potensi diri anda melalui tolakan keinginan itu. Anda gagal lagi. Masa berlalu 10 minit tanpa hasil. Adakah anda akan mula mengalah ? Saya yakin TIDAK. Anda mungkin teringat ada tangga di rumah anda. Anda akan berlari pulang untuk mengambilnya dan apabila sampai semula anda telah menghabiskan masa 10 minit lagi. Tanpa mengira penat dan lelah anda terus menyandar tangga dan mula memanjat. Apabila sampai di hujung tangga atas anda perlu memanjat lagi tetapi anda tidak mungkin mampu mengambilnya kerana karung itu terletak di hujung dahan.Anda turun untuk mencari galah..Mungkin anda hanya terjumpa ranting kayu. Tanpa berlengah masa anda akan memanjat semula. Apabila sampai anda akan mula mengait-gait. Hujung galah sudah menyentuh guni namun setelah bebrapa kali anda yakin karung wang tak mungkin akan jatuh. Anda turun ke bawah semula berfikir mencari idea. Anda tidak terasa penat dan lelah waktu itu. Apabila anda melihat jam masa yang tinggal hanya 15 minit saja lagi. Dada anda bagaikan pecah,jantung anda bagaikan luruh. Anda berada di dalam zon kritikal survival. Adakah anda akan BERHENTI ? Tidak,anda tidak akan berhenti melepaskan peluang keemasan itu. Dalam kecamuk konflik yang hebat akal anda berputar ligat berfikir cara,cara,cara.... Anda mungkin teringat bahawa jiran anda adalah bekas komando dan memiliki senapang patah untuk menjaga kebun setelah bersara. Tanpa membuang masa anda akan berlari ke rumahnya untuk meminta bantuan. Anda yakin dengan kepakaran penembak tepat karung berisi RM1 juta boleh dijatuhkan. Namun bagaimana perasaan anda,bila saja anda sampai dan meminta pertolongan beliau buat acuh tak acuh sahaja.? Tentunya anda berasa geram,marah dan sebagainya. Kalau boleh anda ingin merampas senapang itu dan menembak sendiri karung itu . Setelah hampir 10 minit merayu mungkin beliau bersetuju dan barangkali anda tanpa segan-silu menarik tangan beliau agar bergerak pantas seperti mengejar musuh kerana himpitan masa yang sangat genting. Apabila sampai anda bukan sahaja terlalu lelah tapi terlalu cemas kerana masa hanya tinggal 1 minit sahaja lagi. Dan beberapa saat sebelum masa tamat anda terdengar tembakan dan melihat karung wang itu jatuh. Anda mungkin tidak menerkam karung itu tapi anda terduduk keletihan. Lalu merangkak perlahan ke tempat karung dan membukanya dengan penuh debar. Sah ada wang RM1 juta.... Anda akan melompat kegembiraan.Kepenatan, Keletihan hilang sekelip mata entah ke mana.......ANDA KAYA. Apa yang saya ingin gambarkan,begitulah kalau wawasan kita jelas matlamat kita berfokus. Kita akan berusaha gigih dengan seribu DAYA dan seribu CARA. Kita menggnakan aset potensi diri semulajadi yang dianugerahkan seoptima mungkin. Kita berani mencuba jalan-jalan LUARBIASA kerana hasilnya juga LUARBIASA. Vision without action is a dream.Vision with action can change the world. Selamat Berjaya.