580 likes | 2.37k Views
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF. Makna Denotatif. Makna kognatif, makna konseptual, ideasional. Berkaitan pengetahuan dan bahasa ilmiah. – pembuktian yang konkrit. Fakta yang khusus. Tidak memerlukan interpretasi tambahan. Fikirkan bersama. Rumah itu luasnya 250 meter persegi (denotatif)
E N D
Makna Denotatif • Makna kognatif, makna konseptual, ideasional. • Berkaitan pengetahuan dan bahasa ilmiah. – pembuktian yang konkrit. • Fakta yang khusus. • Tidak memerlukan interpretasi tambahan
Fikirkan bersama • Rumah itu luasnya 250 meter persegi (denotatif) • Rumah itu luas sekali (konotatif) • Ada seribu orang menghadiri majlis itu (denotatif) • Banyak sekali orang yang menghadiri pertemuan itu. (konotatif)
Setiap kata memiliki denotasi iaitu ketepatan makna. • Bagaimana kata dipilih. • Sesuai? • Berkaitan? • Memilih kata denotasi lebih mudah. Jika kesalahan berlaku mungkin disebabkan kekeliruan dengan kata yang mirip bentuknya.- gajih – gaji, bahwa – bawa, darah – dara dsbnya
Makna Konotatif • Makna emotif atau makna ebaluatif. • Makna yang mengandungi nilai-nilai emosional. • Makna konotatif berlaku kerana pembicara ingin menimbulkan perasaan setuju - tidak setuju, senang – tidak senang kepada pihak pendengar.
Pilihan kata atau diksi lebih berkaitan dengan makna konotatif. • Kata ‘Kurus kering’ bagi menggantikan ‘ramping’ jelas maknanya. • Sinonim yang mempunyai makna konotatif – mati, meninggal, wafat, gugur, mangkat, berpulang memiliki denotasi yang sama iaitu ‘jiwa seseorang telah meninggalkan badannya’.
Teliti bersama • ‘Meninggal’, ‘wafat’, ‘berpulang’ – mempunyai konotasi tertentu – ada nilai kesopanan / lebih sopan. • ‘Mangkat’ – konotasi nilai ‘kebesaran’ • ‘Gugur’ – mengandungi nilai keagungan dan keluhuran.
Bahasa dan Penentuan Makna Konotasi • Bahasa digunakan berdasarkan fungsinya sama ada pertanyaan, pernyataan atau perintah. • Kalimat tanya ada hubungan dengan informasi iaitu sosial dan interpersonal yang memasukkan nilai emotif atau konotatif. • Boleh saya tahu nama saudara?
Bahasa yang digunakan berkaitan dengan fungsi untuk meyakinkan, membujuk, mengingatkan, menyindir orang lain. • Kata-kata yang berfungsi mengiringi kegiatan juga bervariasi • Saya berjanji akan datang esok. • Pasti saya akan ke sini.
Pemilihan kata dengan penilaian makna. • Kata yang digunakan mempengaruhi sikap orang yang mendengar atau terlibat. • Gagah-berani,, berani, mulia – nilai yang baik jika dihubungkan dengan tanggapan. • Penakut, pengecut penghianat mengandungi konotasi yang kurang menyenangkan. • Nilai emotif mempengaruhi situasi perbualan atau pembicaraan.
Bahasa dikaitan dengan tanggapan sosial masyarakat iaitu nilai kesopanan. • Kata mengandung, hamil bunting, berbadan dua mempunyai makna emotif tertentu dalam konteks masyarakat. • Diam!, Tutup mulut! vs • Minta tenang sedikit, Perhatian! • Dua contoh yang diberi mempunyai perbezaan penerimaan atau status.
Perbezaan-perbezaan makna – Apa yang dikatakan berlainan sekali dengan apa yang dimaksudkan. • Peranan intonasi dapat mengubah makna. • Anda memang sangat pintar! • Andalah gadis yang paling cantik di antero dunia.
Peluasan Erti – suatu proses perubahan makna yang dialami oleh kata yang sebelumnya mangandungi makna khusus tetapi kemudiannya mempunyai makna meluas. • Saudara – pertalian darah • Saudara – sistem panggilan / komunikasi
Penyempitan Arti – Makna yang lama lebih luas daripada makna yang baru. • Sarjana = semua orang cendekiawan kini untuk gelaran di universiti. • Ameliorasi – satu proses perubahan makna, iaitu erti yang baru dirasakan lebih tinggi atau baik nilainya berbanding dengan erti yang lama. • Wanita = perempuan, isteri = bini.