1 / 37

Topic 3 : money supply process

Topic 3 : money supply process. Penawaran wang. Sebelum ini diandaikan penawaran wang adalah tetap, Sekarang kita akan mengkaji penawaran wang dengan lebih mendalam. Definisi wang.

kylie-bird
Download Presentation

Topic 3 : money supply process

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Topic 3 : money supply process

  2. Penawaran wang • Sebelum ini diandaikan penawaran wang adalah tetap, • Sekarang kita akan mengkaji penawaran wang dengan lebih mendalam.

  3. Definisi wang. • wang adalah satu aset yang diterima ramai sebagai pembayaran bagi barang, perkhidmatan dan hutang dalam urusniaga jual beli. • Wang dicipta oleh manusia untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi sistem ekonomi barter. • Ekonomi barter melibatkan pertukaran secara langsung barang-barang dan perkhidmatan dengan barang-barang dan perkhidmatan lain.

  4. Ciri-ciri wang. • berasaskan kesulitan yang timbul dalam sistem barter, wang diperkenalkan • ciri-ciri wang adalah seperti berikut; • mempunyai nilai yang agak stabil, tidak mengalami perubahan nyata. • mudah dibawa dan dikenali. • mudah disimpan tanpa mengurangkan nilainya • tahan lama • Penawaran wang terhad • boleh dibahagikan kepada unit-unit kecil yang seragam.

  5. FUNGSI-FUNGSI WANG Empat fungsi penting wang dalam ekonomi : 1. wang sebagai alat pertukaran (medium of exchange) • Urusniaga dapat dijalankan dengan lebih mudah bila menggunakan wang. • Tiada lagi masalah keperluan selaras diantara penjual dengan pembeli. 2. wang sebagai alat pengukur nilai (unit of account). • akan mudah mementukan nilai sesuatu barang menggunakan wang, • barang-barang yang dipertukarkan akan mempunyai nilai yang sama.

  6. FUNGSI-FUNGSI WANG 3.wang sebagai alat pembayaran tertunda (medium for defered payment) • dalam ekonomi yang berkembang pesat, kebanyakan pembayaran tidak dibuat serta merta, melibatkan bayaran tertunda. • Nilai pembayaran tertunda di masa depan ini dapat dinyatakan dalam nilai wang yang dipersetujui.

  7. FUNGSI-FUNGSI WANG 4. wang sebagai penyimpan nilai (store of value) ciri-ciri wang yang tahan lama, nilai yang stabil dan diterima umum, menjadikannya sebagai alat penyimpan nilai yang baik. contohnya simpanan dan deposit di bank dapat dibuat dalam bentuk wang, yang kekal nilainya.

  8. Bekalan wang di Malaysia • definasi bekalan wang ialah jumlah jenis-jenis wang yang ditawarkan dalam sesebuah ekonomi pada masa tertentu. • Terdapat tiga jenis wang yang digunakan di Malaysia; • Bekalan wang yang sempit (M1) • Bekalan wang M1 merangkumi wang syiling dan wang kertas, dan deposit permintaan (deposit semasa) M1 = mata wang dalam edaran + deposit permintaan • bekalan wang yang luas (M2) M2 = M1 + Separa wang

  9. Bekalan wang di Malaysia separa wangterdiri dari deposit simpanan dan deposit tetap di bank: ii) deposit mata wang asing iii) instrumen deposit bolehniaga (IDB) iV) perjanjian pembelian semula (repo) • Bekalan wang yang lebih luas (M3) M3 = M2 + deposit di institusi-institusi kewangan

  10. Bank Negara Malaysia • ia adalah bank pusat bagi Malaysia, • ditubuhkan pada 26hb. Januari 1959, • objektifnya termasuklah untuk; • mengeluarkan mata wang (ringgit) dan menyimpan rizab bagi mengawal nilai ringgit. • bertindak sebagai bank dan penasihat kepada kerajaan. • memperkenalkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang baik • mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara

  11. Bank Negara Malaysia • fungsi bank yang lebih luas adalah bagi membantu mencapai • pertumbuhan ekonomiyang tinggi • tingkat gunatenaga tinggi • kestabilan harga • imbangan pembayaran yang sihat • membasmi kemiskinan • menyusun semula masyarakat.

  12. Bank Negara Malaysia STRUKTUR ORGANISASI BANK NEGARA • Bank Negara diketuai oleh seorang Gabenor, • Dibantu oleh dua orang timbalan gabenor, • Terdapat lima orang pembantu gabenor yang bertanggung jawab ke atas lima bahagian iaitu; • ekonomi • pelaburan dan operasi • pembangunan organisasi • penyeliaan • peraturan.

  13. Bank Negara Malaysia Alat-alat kawalan bank pusat • operasi pasaran terbuka. • kadar diskaun • nisbah rizab wajib. • Rizab bank dan deposit bank • ketiga-tiga alat kawalan ini akan mengubah rizab di bank perdagangan. • perubahan rizab bank akan mempengaruhi jumlah deposit dalam sistem perbankan. • Mula-mula perhatikan kunci kira-kira bagi bank-bank perdagangan disatukan.

  14. CONTOH KUNCI KIRA-KIRA BANK DISATUKAN

  15. MODEL PENCIPTAAN DEPOSIT DI CITY BANK • katakan bank negara membeli RM1,000 sekuritinya dari Mr. A. • Bayaran dibuat menggunakan cek bank negara. • Mr. A menyimpan cek ini di City Bank. • Bila cek ini diserahkan kepada bank negara, pembayaran menjadikan rizab City bank bertambah. • Jika diandaikan nisbah rizab wajib (statutory/required reserve ratio)sebagai 10%, • rizab wajib (required reserve, rr) ialah RM100, i.e 10% x 1,000 • sementara RM900 adalah lebihan rizab (excess reserve) i.e 1,000 – 100 • Jadual ini mencatatkan apa yang berlaku.

  16. KESAN AWAL DARI PEMBELIAN RM1000 DIPASARAN TERBUKA Proses penciptaan deposit akan berterusan walau pun kesan ke atas City Bank telah tamat.

  17. KESAN AWAL DARI PEMBELIAN RM1,000 DIPASARAN TERBUKA. • City Bank tidak akan membiarkan rizab lebihannya begitu sahaja, kerana rizab ini tidak memberikan pulangan. • Beberapa andaian lain yang dibuat ialah; • semua harta dalam bentuk rizab tidak akan dikeluarkan oleh penyimpan dan tidak akan ditukar ke adalam bentuk tunai. • jumlah dan tempoh deposit simpanan adalah tetap. tingkat rizab lebihan yang diingini dalam sistem perbankan ini adalah malar (tetap). City Bank sekarang mempunyai RM900 rizab lebihan dan boleh memilih sama ada • membeli sekuriti atau • memberi pinjaman kepada Mr. B yang menggunakannya utk membeli sebuah TV dari kedai Heng Seng dan membayar menggunakan cek City Bank

  18. KEADAAN AWAL KUNCI KIRA-KIRA AMERICA BANK • Kedai Heng Seng mendepositkan cek ini di America’s Bank • Deposit sebanyak RM900 ini boleh digunakan oleh America Bank untuk diberi pinjam, iaitu setelah menyimpan rizab wajibnya. • Jadual di bawah menunjukkan kesan awal ke atas kunci kira-kira America Bank.

  19. KUNCI KIRA-KIRA AMERICA’S BANK • jumlah rizab lebihan RM810 ini boleh diberi pinjam atau diguna untuk membeli sekuriti. • Jika America’s bank membeli sekuriti sebuah syarikat koperat, bernilai RM810, kunci kira-kiranya akan berupa seperti jadual di bawah, • Proses akan berterusan kerana individu yang menjual sekuriti koperat tadi akan mendepositkan ceknya ke dalam bank perdagangan yang lain.

  20. PROSES PENCIPTAAN KREDIT • Bank tersebut boleh memberi pinjam RM729 (810-81) dan menyimpan RM81 sebagai rizab wajib. • Satu pusingan penciptaan deposit akan bermula lagi. • Proses ni akan berhenti apabila semua rizab baru telah diserap menjadi rizab wajib. (process stops when new reserves absorbed into required reserves which equals total deposits) NEW RESERVES = REQ. RESERVES = TOTAL DEPOSITS • Iaitu bila jumlah deposit menjadi RM10,000 kerana Rizab wajib = rrD x deposit 1000 = 0.1 x10,000

  21. PROSES PENCIPTAAN KREDIT • Secara amnya,boleh ditulis ΔRES = rrDΔDEP dimana rrD = nisbah rizab wajib(required reserve ratio) ΔDEP = pertambahan deposit (increase in deposit) ΔRES = pertambahan rizab (increase in reserve) atau ΔDEP = (1/rrD) ΔRES atau (1/rrD)= ΔDEP/ ΔRES • (1/rrD) juga dipanggil pengganda deposit(deposit multiplier) iaitu pertambahan deposit yang disebabkan pertambahan satu unit rizab bank. (increase in deposit due to one unit increase in bank reserve)

  22. PENGGANDA DEPOSIT(DEPOSIT MULTIPLIER) • Kesan yang sama juga ditemui jika kadar diskaun dikurangkankerana bank mempunyai lebih rizab untuk diberi pinjam. • rizab wajib dikurangkan, kerana bank mempunyai lebih banyak rizab lebihan untuk diberi pinjam. • Hubungan diantara rizab dan deposit adalah sama spt asas kewangan (BASE) dan penawaran wang (MS): BASE= CU + RES dimana CU : jumlah matawang dipegang oleh org awam Oleh sebab CU adalah tetap maka BASE bergantung kpd rizab, RES;i.e  BASE = RES

  23. Pengganda deposit •  dlm penawaran wang MS =  deposit bank, DEP. • Oleh itu pengganda wangadalahpertambahan penawaran wang disebabkan pertambahan satu unit asas kewangan, atau MS = DEP = 1 BASERES rrD • Apabila RES , DEP  (bergantung kpd pengganda wang) kerana DEP = 1 x RES rrD

  24. PENGGANDA DEPOSIT (SITUASI SEBENAR) Hal sebenarnya agak berbeza dan lebih kompleks: • Bila rizab di bank bertambah, bank akan berusaha mengalakkan pinjaman, iaitu dengan • mengurangkan kadar faedah, atau • melonggarkan syarat-syarat pinjaman. • jika bank membeli sekuriti, harga sekuriti akan naik, sementara kadar faedah ke atas sekuriti turun. buy sec  securities price   r • Apabila dasar mengembang dilaksanakan: bank akan menambah pembelian sekuriti secara gadai janji (mortgages) dan akan mengurangkan kadar faedah.

  25. PENCIPTAAN DEPOSIT: KES-KES YANG LEBIH UMUM • Perbincangan setakat ini tidak mengambarkan keadaan sebenar hubungan antara tindakan bank pusat dengan perubahan deposit atau penawaran wang. KES 1- CU TIDAK TETAP: • Mula-mula dilonggarkan andaian bahawa pegangan mata wang CU oleh orang ramai adalah tetap walau pun jumlah deposit bertambah. • Andaian yang lebih munasabah ialah orang ramai akan memegang lebih mata wang apabila terdapat pertambahan dalam jumlah deposit. • DEP  apabila CU  • Maka ada bocoran (leakage) dari rizab bank kpd wang didalam edaran.

  26. PENCIPTAAN DEPOSIT: KES-KES YANG LEBIH UMUM • Oleh itu sebarang perubahan asas kewangan hasil dari operasi pasaran terbuka akan • menambah jumlah deposit, • menambah jumlah mata wang yang dipegang oleh orang ramai. • diandaikan orang ramai akan memegang nisbah yang tetap diantara wang dengan jumlah deposit.(CU/DEP ratio constant) Contohnya satu ringgit wang bagi setiap empat ringgit deposit yang ada; iaitu CU/DEP = 1:4 = 0.25

  27. Contoh: • RM1,000 hasil dari penjualan sekuriti tidak semuanya dijadikan deposit: • RM800 didepositkan di bank, dan • dipegang sbg wang oleh orang ramai (Mr. A). • Seterusnya, bagi setiap peringkat penciptaan deposit, apabila akaun semasa meningkat, pegangan wang oleh orang ramai juga meningkat. • Oleh itu terdapat bocoran dari rizab bank kepada wang dalam edaran. • bila bahagian besar dari pertambahan asas kewangan pergi kepada rizab, pengganda wang akan menjadi lebih besar

  28. KES 2- BANK MENUKAR RIZAB DIINGINI (DESIRED RESERVES) • longgar andaian bank tidak menukar pegangan rizab diingini. • Didapati bila deposit bertambah, bank akan menambah juga rizab lebihan mereka. DEP  RES also  • Rizab lebihan dipegang sebagai bufer kepada turun naik rizab. • Bank juga memegang lebih rizab kerana; • Proses penciptaan deposit  kadar faedah  • oleh itu bank tidak akan menggunakan rizab lebihannya untuk memberi pinjaman atau membeli sekuriti. • Oleh itu rizab lebihan di bank tidak tetap jumlahnya. • Bila ada rizab lebihan yang baru, penciptaan deposit akan lebih kecil dari semasa tiada rizab lebihan.

  29. KES 2- BANK MENUKAR RIZAB DIINGINI (DESIRED RESERVES) • Nisbah rizab diingini dengan jumlah deposit boleh ditulis sebagai ER/DEP • Semakin tinggi nisbah ini,semakin kecil pengganda wang • longgarkan andaian deposit tetap dan simpanan yang dipegangan oleh orang ramai adalah tetap. • selalunya pegangan kedua-dua akaun ini selaras dengan pegangan akaun semasa. • kesan pegangan akaun –akaun ini keatas pengganda wang akan berbeza sekiranya dikenakan rizab wajib atau tidak.

  30. KES 2- BANK MENUKAR RIZAB DIINGINI (DESIRED RESERVES) • bila dikenakan rizab wajib ke atas akaun tetap dan simpanan, pengganda wang m (M1) akan lebih kecil dari pengganda bila tiada kenaikan akaun-akaun ini. • bila tidak dikenakan rizab wajib ke atas akaun-akaun ini, pengganda wang (M1) tidak akan berubah walau pun akaun-akaun ini bertambah. • pengganda wang bagi M1 adalah m = ΔMs = m (rrd, CU , ER) Δ(MB) DEP DEP

  31. FAKTOR PENENTU PENGGANDA WANG, m • perubahan rizab wajib. • Semakin tinggi nisbah rizab wajib semakin rendah pengganda. • keinginan orang ramai memegang akaun semasa berbanding deposit (CU/D). • ada hubungan negatif antara nisbah ini dengan pengganda wang. • Nisbah rizab lebihan dengan deposit (ER/DEP) • Juga ada hubungan negatif antara nisbah ini dengan pengganda wang. • Persamaan di atas boleh diubah menjadi seperti berikut, jika m diketahui ΔMs= m.ΔMB

  32. FAKTOR PENENTU PENGGANDA WANG, m • atau fungsi penawaran wang boleh ditulis sebagai Ms= m .MB • Fungsi ini berbeza dari fungsi penawaran wang yang dianggap tetap. • Fungsi yang baru ini akan juga dipengaruhi oleh • gelagat orang ramai (public behaviour)-CU/D dan • gelagat sistem perbankan (banking system behaviour)-ER/DEp • Oleh itu walau pun bank pusat menentukan penawaran wang secara eksogen (exogenous factor) iaitu(di luar sistem perbankan), jumlah wang sebenarnya akan berbeza dan tidak tetap, dan dipengaruhi oleh faktor endogen (endogenous factor) iaitu faktor dalaman juga

  33. SIAPA MENGAWAL PENAWARAN WANG? • Dalam jangka pendek: • adalah sukar bagi bank pusat untuk mengawal penawaran wang dengan berkesan kerana terdapat ketidak pastian mengenai nilai pengganda wang,m. • Pengganda wang akan dipengaruhi oleh gelagat orang ramai dan sistem berbankan, dan gelagat-gelagat ini ditentukan oleh angkubah ekonomi. • Dalam jangka yang lebih panjang (lebih dari 6 bulan): • bank pusat lebih berjaya mengawal penawaran wang kerana matlamat pertumbuhan adalah purata pertumbuhan wang, jadi boleh berlaku turun naik pertumbuhan dalam bulan-bulan berbeza.

  34. SIAPA MENGAWAL PENAWARAN WANG? Contoh : jika bank pusat menghendaki pertumbuhan wang sebanyak 5 %, tetapi • Pada bulan Januari pertumbuhan hanya 1%, bermakna pengganda wang telah jatuh. • Pada bulan Februari dan bulan-bulan seterusnya, Bank pusat akan berusaha meningkatkan pertumbuhan wang lebih dari 5% bagi menampung kekurangan di bulan Januari tadi. • Pengalaman kegagalan bank pusat mengawal penawaran wang adalah disebabkan bank pusat juga mempunyai matlamat mengawal angkubah-angkubah ekonomi. • Angkubah utama yang cuba dikawal adalah kadar faedah.

  35. SIAPA MENGAWAL PENAWARAN WANG? • Kerana ini timbullah percanggahan matlamat, selalunyabank pusat • sanggup mengalami kadar pertumbuhan wang yang kecil,tetapi • dapat mengawal pertambahan kadar faedah yang tidak diingini • Bagi mengekalkan kadar faedah di r*, bank pusat sanggup menambah penawaran wang ke Md1, • Jadi matlamat penawaran wang M* tidak akan tercapai.

  36. Monetary base (MB) dan penawaran wang (MS) • Hubungan antara rizab dengan deposit boleh disamakan dengan hubungan antara asas kewangan (MB) dengan penawaran wang (MS) • MB adalah jumlah wang yang dipegang oleh orang ramai campur rizab di bank. • Oleh kerana pegangan wang oleh orang ramai dianggap tetap, jadi MB adalah bergantung kepada rizab, dan MB = R • Perubahan penawaran wang adalah sama dengan perubahan deposit di bank.

  37. The relationship between the monetary variables m- money multiplier is the no of dollars of MS that can be Created from each dollar of BASE The relationship Among MS, m and BASE Is M = m (BASE)

More Related