1 / 45

Unit 13 & 14 Kepentingan dan Aplikasi Kajian Semantik

Unit 13 & 14 Kepentingan dan Aplikasi Kajian Semantik. BBM 3206 Semantik. Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Pengenalan.

liluye
Download Presentation

Unit 13 & 14 Kepentingan dan Aplikasi Kajian Semantik

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Unit 13 & 14 Kepentingan dan Aplikasi Kajian Semantik BBM 3206 Semantik Prof Madya Dr. ZaitulAzmaZainonHamzahJabatanBahasaMelayuFakultiBahasaModendanKomunikasiUniversiti Putra Malaysia

  2. Pengenalan • Semantik sebagai satu cabang ilmu linguistik - berkait rapat dengan aspek tatabahasa. • Juga dalam bidang sastera, terjemahan, perubatan, sukan dll. • Semantik dan pragmatik.

  3. Semantik dalam Tatabahasa • Peranan semantik dalam menghuraikan tatabahasa dapat ditinjau dari dua sudut, iaitu: • Morfologi- imbuhan: kerja, bekerja, pekerjaan, pekerja dll. • - kata ganda : bersalam-salaman, kanak- kanak, meronta-ronta, kuih- muih • - kata majmuk : bumiputera, pasar raya, setiausaha, pilihan raya dll.

  4. makna pelbagai untuk sesuatu kata Kataadjektif :- “ halus” (i) Perabotdikedaiituhalussungguhbuatannya. • Perkataanhalus - kataadjektifpancainderaiaituderiasentuh. • Halus - kualitibuatanperabot yang kemasdanelok TeoriSegiTigaSemiotik –Richard & Ogden (lambang @ bentukkata, rujukan, konsep) (ii) Gulahalusdigunakanuntukmembuatkuihitu. • Perkataanhalus - kataadjektifukuran. • Halusbermaksudbentukkecil-kecil • TeoriTanda/Konsep-Ferdenand De Saussure (1916) • -Petanda (gambaran mental), Penanda (coretan)

  5. (iii) Wahida terjerit-jerit sejak tadi akibat dirasuk makhluk halus. • Perkataan halus merujuk kepada makhluk yang tidak • kelihatan (jin/iblis) - Kata adjektif keperihalan • John Rupert Firth menghuraikan makna bahasa • merujuk kepada kepercayaan masyarakat. • (iv) Pemuda itu telah dinobatkan sebagai orang paling • halus di negeri ini. • Perkataan halus - kata adjektif ukuran • Penggunaan halus kurang tepat – digantikan dengan • perkataan kecil atau kenit.

  6. Sintaksis – bidang yang mengkaji ayat-ayat, unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, jenis- jenis ayat, bentuk dan ragamnya. Contoh: - Adik saya memiliki teman baru. - Teman saya memiliki adik baru. - Adik baru saya memiliki teman. - Badannya letih lesu. - Letih lesu badannya. # Susunan perkataan menentukan makna ayat. - Kami sedang mencari jalan untuk menolong Husin. - Jalan yang menuju ke rumah saya sedang diperlebar. # Makna perkataan berubah mengikut penggunaannya.

  7. Semantik dalam Karya Sastera • Puisi – Sesuatu perkataan mempunyai makna dalam konteks pertuturan. • Pemilihan diksi, metafora, hiperbola, simile, personafikasi dsb. Contoh Penggunaan kata berunsur alam; Rinduku umpama ombak yang tiada henti memukul pantai Kasihmu bagai pantai yang setia menanti Bagai menunggu mentari senja beradu. Aku masih melayang di dataran bumi yang gersang tiada haluan dan tujuan.

  8. Penggunaan kata ‘Ombak’ • a. Hairansungguhakutengokperangaiombaknaikturunnaikturunkepantai. • b. Sewaktuberdiriditepipantai, akuterfikirtentangombak yang terus-menerusmemutihdipantai • c. Bagi A Samad Said: • Ombak • Yang menjamah • Kakikusekali • Takkandapatkukenalilagi

  9. Ulasan • Makna kata/perkataan /ungkapan dalam puisi mempunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Hal ini disebut sebagai ambiguity atau ketaksaan. Contoh: Sajak Kabur Warna Antara Garisan Sejauh ditempuh tanah hitam dan langit jingga api dan nyawa

  10. Prosa • Konsepsi – erti kognitif. • Konotatif – kata yang berlainan maksud. • Stilistik – berdasarkan situasi pertuturan • Refleksi – untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar. • Kolokasi – erti kata berdasarkan hubungannya dengan kata-kata lain. • Tematik – penekanan erti dalam ayat.

  11. Gaya Bahasa dalam Sastera • Diksi – pemilihan kata dan kejelasan kata untuk menimbulkan kesan tertentu dalam puisi. • Pemilihan serta penyusunannya itu mengutamakan ketepatan, tekanan, dan keistimewaan, termasuk sifat perkataan seperti konotatif, denotatif, kiasan, perkataan berimbuhan dsb.

  12. Contoh “Tak payah la Paie nak buat muka sepuluh sen dengan Aya. Buatlah muka lima sen pun, kalau muka satu sen pun Aya tak nak tengok. Dah, pergi sana!” Aya tidak makan dipujuk, ( Novel Dari Hati Turun Ke Blog oleh Umiamira) “Dan apa pula gunanya? Bisa membebaskan diri dari segala kejemuan dan gangguan otak buatku. Dan bagimu, kawan , apa yang bisa kau capai dengan memperjudikan nasib dan umurmu? (Pramoedya Ananta Toer)

  13. RSJ – Shahnon Ahmad • Lahuma berjalan lagi tapi kemudian terhenti di tengah-tengah bendang. Angin malam yang dingin menampar tubuhnya. Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya itu dan menyedut udara itu lanjut-lanjut masuk ke dalam paru-parunya, Kemudian udara dingin itu dilepas pula perlahan-lahan dan kemudiannya pula disedut lagi. • (RSJ 1997, Hlm 20

  14. Teks klasik • Maka tinggal Sultan Ahmad seorang diri di atas gajah. Maka oleh Feringgi, gajah Sultan Ahmad dikepungnya,dibanyak-banyakinya. Maka Sultan Ahmad pun beradakkan tombak dengan Feringgi, kena tapak tangan baginda, luka sedikit. • Maka oleh Sultan Ahmad digendangkannya tangannya, Maka titiah baginda, “Hai anak Melayu, lihatlah tangan kita sudah luka” (Sejarah Melayu hlm 203)

  15. Metafora Sejenis gaya bahasa perbandingan atau kiasan, ringkas dan padat. Umumnya terdiri daripada dua perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu perkataan konkrit. Contoh: - di teluk mesra terkembang sudah layar sejarahnya dia cuma anak kerdil tidak minta disayangi tidak pernah membenci dan tidak tahu menyesali tapi setiap kali pengacau itu melebarkan mulut dan mementaskan cerita dunia yang palsu diselimuti dengan bunga-bunga fitnah sekali itu juga datang badai yang mencucuk kembali parut lukanya Walaupun luka itu telah lama sembuh tapi parutnya masih ada di situ lalu berdarah kembali lalu dia mula menangis dan menangis. Metafora – melambangkan makna pemikiran penutur.

  16. Pantun • Anak Cina anak Yahudi • Minum arak berpeti-peti • Sejak bunga dipagar besi • Kumbang di luar menghempas diri • Kalau tuan pergi ke huma • Tolong penggal pisang sesikat • Kalau tuan menjadi bunga • Saya menjadi helang pengikat

  17. Ada rumah tidak berpintu • Ada pintu tidak bertingkap • Rimau garang memang begitu • Mengaum saja tidak menangkap • Ada satu Putera Alam • Duduk berkira siang malam • Sungguh jernih air di kolam • Tunggul buruk ada di dalam

  18. Lagu Muhasabah cinta

  19. Unsur figuratif dalam lirik lagu • Muhasabah Cinta - edCoustic.mp4 • Berita Kepada Kawan-Ebiet G Ade with lyrics.mp4

  20. Simili • Satu gaya bahasa perbandingan, menggunakan kata-kata tertentu, iaitu seperti, bagai, bak, laksana, umpama dsbnya. • Hiperbola – satu gaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Tujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contoh: di puncak Everest pasti aku temui segala-gala yang aku dambakan.

  21. Rumusan • Ahli bahasa memerlukan karya sastera sebagai bahan untuk mengkaji keindahan bahasa, manakala sasterawan memerlukan pengetahuan bahasa dan ilmu bahasa khususnya semantik untuk mengindahkan bahasa dalam karya mereka dan memberikan maksud yang tepat dalam pemilihan perkataan dalam karya mereka. A. Samad Said

  22. Semantik dalam Bidang Lain • Sesuatu ayat dianggap logik apabila ditunjang oleh premis yang tertentu. Misalnya: Semua planet bundar. (premis) Bumi adalah planet. ( premis) # Bumi bundar. • Semantik juga berperanan dalam bidang leksikografi. Katz dan Fodor (1963), mencadangkan setiap entri kamus harus mempunyai : a. a syntactic categorization. b. a semantic description. c. a statement of restriction of its occurrences.

  23. Pragmatik dan Tatabahasa • Mengikut Leech (1983), hubunganantarapragmatikdengantatabahasaadalahsalingmelengkapi, namun, mempunyaigarispemisah. Pragmatikialahkajiantentangpenginterpretasianmaknaujaranberdasarkankonteks. • Antaraperbezaan: - Semantik yang berkaitrapatdenganpragmatikialahilmu yang termasukdalamkomponentatabahasa, tetapipragmatiktidak. - Maknasemantiklebihterikatpadarumus-rumustatabahasa. Sebagaicontoh, dalampertukaranayataktifmenjadiayatpasif. Didapatiadarumus-rumustertentu yang dapatmemastikansamaadaayatitubetulatautidakdarisegistrukturmaknanya. Contoh; - The mosquito was killed by Suzy (Nyamukitutelahdibunuholeh Suzy - AyatPasif). - Suzy killed the mosquito (Suzy membunuhnyamukitu - AyatAktif).

  24. Tanpamorfemby, ayatitumenjaditidakgramatis. The mosquito was killed by Suzy (Nyamukitutelahdibunuholeh Suzy • Hal inimembuktikanbahawasemantikdikuasaiolehrumustatabahasatetapipragmatiktidakkeranapragmatiktidakberfokuskepadakegramatisanayat, sebaliknyamenerimaniatperlakuan (unsur-unsurillocutionary) yang mempunyaimakna. Contohayat: - If I were you, I’d leave this town now (Jikasayainianda, sayaakantinggalkan bandarinisekarangjuga.) • Ayat yang diujarkaninibolehmempunyaiberbagai-bagaitafsiranbergantungpadaintonasidanmimikmukapenuturnya. Ayatinibolehbermaksudataumempunyainiatperlakuan (unsurillocutionary) sebagaimemberiarahan, nasihat, atauugutan.

  25. Rumusdalamsemantikdantatabahasabersifatkonvensionaltetapipragmatikdimotivasikanolehtujuanperbualan. Maknaayat yang dikawalolehtatabahasaadalahlebihbersifatharafiahmanakalapragmatiktidakbegitu. Contoh: - I’ll pay you back tomorrow (Sayaakanbayarbalikpadaawakbesok). • Dari segitatabahasa yang bersifatkonvensional, ayatinimenerangkantentanglakuanmasadepan(future act) penutur. Tetapijikadianalisisdarisudutpragmatik,sepertikonteks, rasionalayat yang diujarkan, danprinsipperbualan yang terlibatakanmembolehkankitamembuatkesimpulanbahawaayat yang diujarkanitubertujuansebagaijanji. Di sinilahperbezaanantarakonvensionaldenganmotivasi.

  26. Tatabahasalebihbersifatpemetaan(mapping) sementarapragmatikadalahbersifatpenyelesaianmasalah. Pemetaanbermaksudwujudnyainteraksiantarafonologi, morfologi, sintaksis, dansemantikbagimembentukayat-ayat yang bermaknadan yang bolehditerimaumum. • Sintaksis pula selaludikatakanmempunyai set pemetaan yang paling komplekskeranaterdapatnya formula yang sempurnabagimenentukankegramatisanrepresentasibagisetiaptahap. Bagipragmatik, segalaayat yang diujarkanmempunyaifungsi yang tersendiridansegalamasalahpentafsiranmakna yang wujudakandapatdiselesaikan.

  27. Tatabahasa bersifat formal, tetapi pragmatik bersifat fungsional. Hal ini bermakna tatabahasa mempunyai rumus yang konvensional, manakala pragmatik lebih bersifat goal- oriented dan evaluative. • Kesimpulan, ilmu semantik, tatabahasa, dan pragmatik harus bergandingan dan bekerjasama bagi mendapatkan interpretasi makna yang sebenar. • Semantik akan beroperasi di tahap tatabahasa, manakala pragmatik akan bertindak sebagai pelengkapnya, (Nor Hashimah Jalaluddin,1995).

  28. Seterusnya, Sperber dan Wilson (1986), memberikan tiga alasan bahawa pragmatik tidak boleh dianggap sebahagian daripada tatabahasa. Alasan mereka adalah seperti yang berikut: - Makna tersirat seperti implikatur tidak dikuasai oleh rumus. Makna tersirat ini banyak dihasilkan oleh pengetahuan dunia dan inferens.Contoh: A. Tak pergi kuliah ke? B. Tak sedap badan. C. Tak cukup 80% tak boleh exam, tau! • Beberapa aspek ujaran yang mempunyai makna harafiah tidak dikuasai oleh rumus. Ketidaktentuan dalam kandungan harafiah memaksa kita merujuk kepada konteks yang tidak diberikan oleh rumus.

  29. Contoh yang baik ialah bahasa figuratif. • Akutidakfikir yang diasedarakankehadiranku, tetapitanpadidugadengantiba-tibadiamengangkatkanmatanyadaripadabuku yang sedangdibacanya, dandengansekilasdiamemandangteruskedalammataku. Dengancarabegitudiamenangkapperhatianku: sekarangdiasedar yang akutelahdudukdi situ memerhatinyasekian lama. Diamemberikusatusenyuman yang segar, dansenyumanituhebat, Georg; satusenyuman yang bolehmelebursatudunia, keranajikaseluruhduniamelihatnya, iabolehmenamatkansemuapeperangandankebenciandimukabumi, atau paling tidaksatugencatansenjata yang lama. • (Gadis Oren, 2009) Komunikasitanpalisantidakmemerlukanrumuslangsung, tetapipragmatikmasihmampumentafsirkanmaknasesuatuunsur.

  30. Rumusan • Berdasarkan ketiga-tiga alasan ini jelas bahawa pragmatik tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada tatabahasa seperti halnya dengan semantik. Oleh itu, yang boleh dilakukan adalah menggandingkan kedua-dua semantik dan pragmatik bagi mendapatkan tafsiran yang tepat dan jitu.

  31. Implikatur. Gazdar (1979) Ada lima ciri: 1) Bukanmerupakansebahagiandaripada yang diujarkan. Contoh: - Sayakedinginan. - Letakkasutitudi situ. - Diabersikapdingin. - Inikasutbaru. 2) Bersifatpekakonteksdanmempunyaiciri yang boleh dibatalkan. 3) Tidakbolehdigantikandenganungkapan lain jikamaksudasal implikaturlarikecualijikapenggantiujaranitumembawamakna yang sama. 4) Tidakbolehmempunyaisyaratbenar yang sama, jikaayat (1) salahdanmencakupayat (2), bermaknajugasalahmaka ayat (2) tidakbolehdianggapsebagaiimplikaturkeranaimplikatur tidakmengizinkanprosespencakupanberlaku. 5) Satuayatbolehmempunyailebihdaripadasatuinterpretasidan menghasilkanketidaktentuaninterpretasi.

  32. Semantik dalam Terjemahan • Dalam terjemahan, teori semantik membantu kegiatan terjemahan. Dalam terjemahan, yang dicari bukan bentuk yang sama tetapi bentuk-bentuk padanan. Antara perkara yang terlibat: a. kelainan antara kebermaknaan dan ketidakbermaknaan. b. kesinoniman dan ketidaksinoniman. c. kekaburan makna. d. keberlebihan erti atau membazir. e. polisemi. f. ayat-ayat yang karut.

  33. Semantik Autonom diterapkan dalam terjemahan bersifat literal translation . • Teori REST menekankan konteks (budaya penutur dan bahasa sasaran) a. “Bill, I’ve found a new job”. (Saya sudah mendapat pekerjaan baharu) i. Kimono (bahasa Jepun) - digunakan khusus untuk pakaian wanita Jepun. ii. Syariah (bahasa Arab) - digunakan khusus untuk perundangan Islam. iii. Lasagna (bahasa Italy) - digunakan khusus untuk sejenis makanan yang berasal dari Itali. iv. Esprit de corp (bahasa Perancis) - digunakan khusus untuk melambangkan suatu konsep.

  34. Contoh-contoh istilah saintifik dan teknikal yang dipinjam pula adalah seperti petroleum, insulin, helium, biologi, brek, neutral, linguistik dan banyak lagi. • Pinjaman adalah kaedah yang paling umum dan mudah antara semua kaedah terjemahan, dan merupakan satu bentuk kaedah formal. Banyak perkataan yang pada mulanya telah dipinjam semasa proses terjemahan dan akhimya melalui proses 'naturalisasi' atau diserapkan ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. • Proses ini mengadaptasi perkataan bahasa sumber kepada sistem sebutan, ejaan dan seterusnya morfologi bahasa sasaran (Newmark, 1988: 82). Contoh: almari (bahasa Portugis), kanun, syariat (bahasa Arab), pisau (bahasa Cina) cukai, maaf, (bahasa Hindi).

  35. Kaedah Peniruan (Caique) • Kaedah ini masih lagi menggunakan konsep pinjaman tetapi istilahnya diterjemahkan (pinjam terjemah) dan disusun mengikut tatabahasa bahasa sasaran. Terdapat dua jenis peniruan: i. Peniruan Penyampaian - sesuatu istilah bahasa sumber itu dipinjam dengan cara menterjemahkannya secara literal ke dalam bahasa sasaran. • Social science - sains sosial • Amino acid - asid amino • Website - laman sawang • Yellow culture - budaya kuning • Cold war - perang dingin • Underground - bawah tanah • Skyscraper - pencakar langit

  36. ii. Peniruan Struktur – memasukkan struktur bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. • Prime minister - Perdana menteri (BI-BM). • Secretaire generate – Secretary general (B.Perancis-BI).

  37. Terjemahan Harfiah • Dalam kaedah ini persamaan di peringkat kata (leksikal) dan peringkat ayat (sintaksis) dikekalkan. Kaedah ini lazimnya digunakan untuk menterjemah teks sumber yang ditulis dalam bahasa yang ringkas dan tidak kompleks. Bagi teks saintifik dan teknikal, terjemahan harfiah biasa digunakan dengan meminjam istilah bahasa sumber dan diubahsuaikan mengikut ejaan bahasa sasaran. Contoh: • He will attend the meeting tomorrow. Dia akan hadir mesyuarat esok. • I go to school by bus. Saya pergi ke sekolah dengan bas. • My mother is a teacher. Ibu saya seorang guru.

  38. Terjemahan harfiah membolehkan setiap perkataan dalam bahasa sumber diganti dengan padanannya dalam bahasa sasaran, dan sekali gus struktur ayat bahasa sumber dipindahkan terus ke dalam bahasa sasaran tanpa apa-apa perubahan besar. • Namun begitu, kadangkala warta tidak boleh disampaikan ke dalam bahasa sasaran dengan menggunakan ketiga-tiga kaedah seperti tersebut sebelum ini. Perkara ini berlaku apabila sesuatu teks sumber tidak mempunyai satu makna yang sama dalam bahasa sasaran atau teks tidak boleh dipindahkan terus kerana berbentuk figuratif dan struktur linguistiknya berlainan. Contohnya: • He looked at the map. • He looked the picture of health.

  39. Masalah terjemahan mungkin juga timbul apabila menterjemahkan satu perkataan yang membawa banyak maksud dalam bahasa sasaran jika digunakan dalam konteks yang berlainan. Makna setiap perkataan dipengaruhi oleh konteks. Oleh itu, terjemahan perlu dilakukan berdasarkan pemahaman keseluruhan konteks ayat. Contoh: • To administer an estate - mentadbir harta. • To administer first aid - memberi pertolongan cemas. • To administer an oath - menjalankan angkat sumpah. • To administer to the need of the poor – membantu keperluan golongan miskin.

  40. Penyamaan Fungsian • mencari penyamaan merupakan sesuatu yang rumit dalam terjemahan. Penyamaan yang dimaksudkan ialah 'penyamaan sejadi yang paling hampir'. • Penyamaan sebegini bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya. Kaedah ini mencadangkan agar penyamaan yang dicapai dalam teks terjemahan dapat menyampaikan fungsi yang sama seperti dalam teks sumber, terutamanya penggunaan bahasa figuratif seperti perumpamaan dan simpulan bahasa.

  41. Contoh • Ouch! - aduh! • Go to hell - persetan/pergi jahanam. • Casanova - buaya darat/hidung belang. • Sour grape - iri hati. • Sweetheart - buah hati. • As white as snow - putih seperti kapas (bukan salji) • (bahasa Arab :- Abyadh kallaban - white as milk). • To kill two birds with one stone - sambil menyelam minum air • Still water runs deep - air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

  42. Beberapa Kajian Semantik Melayu • Awang Had Salleh (1959) - Menulis rencana yang bertajuk “Sadikit Tentang Ma’ana. Beliau memberikan data bahasa Melayu dalam penggunaan sehari-hari. • Ainon Muhammad (1979) - Menulis tentang ‘Semantik: Satu Pengenalan Ringkas’ menyenaraikan setiap teori semantik mengikut peredaran zamannya dengan mudah. • Zaharah Kasim (1985) - Dalam artikel yang bertajuk, ‘Komponen Makna menjelaskan pentingnya peranan semantik untuk menyusun kamus. Mencadangkan teori semantik Katz dan Fodor (1963) dijadikan panduan oleh penyusun kamus.

  43. Zahrah Ghaffur (1986) - Membincangkan penerapan teori semantik dalam kerja-kerja penterjemahan berkomputer. • Ton Ibrahim (1987) - Membincangkan penerapan teori komponen makna pada kata gerak dalam tesis yang bertajuk,”Kata kerja Gerak dalam Dialek Kedah” Daripada kajian beliau, Ton telah dapat membezakan fiturnya seperti ke atas, ke bawah, ke belakang, ke tepi, ke dalam, ke luar, dari dan ke. Contoh: Kata arah ke atas adalah seperti yang berikut: - angkat, angkut,/ lompat, loncat,/ lambung, dan julang • Asmah Hj Omar (1990) - Menunjukkan penerapan teori semantik dalam menerangkan konsep konflik dan penyelesaian konflik. Contoh: berkelahi, bertengkar, bergaduh, berbabil, berbalah, bersengketa, bergeser, membangkang, melawan, berlawan

  44. Aishah Mahdi (1991) - Dalam tesis sarjananya yang berjudul, ‘Kata Pinjaman Tulen Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia: Satu Kajian Semantik’ menerapkan teori semantik analisis komponen pada kerja-kerja perkamusan. - Aishah memberikan contoh bagaimana penyempitan dan pengkhususan serta perluasan makna berlaku dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan aktor dan aktres dikategorikan untuk mereka yang berlakon filem sahaja. Dramatis untuk mereka yang berlakon drama.

  45. Sekian, terima kasih .

More Related