980 likes | 4.62k Views
PERIBAHASA. Ada udang di sebalik batu = ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu perbuatan. Ada perahu hendak berenang. = ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya memilih jalan yang sukar. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
E N D
PERIBAHASA Ada udang di sebalik batu = ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu perbuatan.
Ada perahu hendak berenang • = ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya memilih jalan yang sukar.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah • = dua kuasa besar berperang menyebabkan pihak yang lemah menjadi mangsa.
Pisang tidak berbuah dua kali • = sesuatu perkara yang tidak baik akan sentiasa diingati agar tidak berulang lagi.
Enggang lalu ranting patah • = seseorang yang pernah melakukan kejahatan, walaupun tidak melakukannya, tetap dituduh.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung @ Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak • = Kita hendaklah mengikut adat, peraturan atau budaya sesuatu tempat di mana kita berada.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat • = Diam orang yang cerdik mendatangkan hasil tetapi diam orang yang bodoh mendatangkan keburukan.
Seperti belut pulang ke lumpur @ Seperti gagak pulang ke benua @ Ke mana terbangnya bangau kalau tidak ke belakang kerbau • Orang yang merantau akhirnya akan pulang ke kampung juga
Genggam bara api biar sampai jadi arang @ Alang-alang mandi biar basah @ Alang-alang berdakwat biar hitam @ Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan • Melakukan sesuatu kerja mestilah hingga selesai dan sempurna.
Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah • = Orang lain yang melakukan kejahatan, orang lain yang dituduh.
Bagai aur ditarik songsang • Susah berbincang dengan orang yang berbeza pendapat.
Bagai mencurah air ke daun keladi @ Bagai mencurah garam kelaut @ Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri @ Bagai hujan jatuh ke pasir • Nasihat yang tidak memberi kesan
Lembu punya susu, sapi punya nama • = Orang lain yang buat kebaikan, orang lain pula yang dipuji
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercatum juga @ Air dicencang tak akan putus • = Perkelahian adik-beradik tidak panjang, akhirnya mereka akan berbaik kembali
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri @ Membuka pekung di dada • Sekiranya kita menceritakan keburukan keluarga sendiri, akhirnya kita juga yang mendapat malu
Menunggu kucing bertanduk @ Menunggu buah yang tak gugur • = mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku
Seperti anjing menyalak bukit • Perbuatan menyalahkan pihak berkuasa tidak memberi kesan atau sia-sia
Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing • Orang yang mementingkan diri sendiri
Api di dalam sekam • =Perbuatan jahat yang tidak disedari • Kerana dilakukan secara senyap
Seperti musang berbulu ayam @ Seperti gunting di dalam lipatan @ Seperti musuh di dalam selimut • = Orang jahat atau musuh yang menyamar di dalam suatu kumpulan
Bagai melepaskan batuk di tangga @ Hangat-hangat tahi ayam • = Melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh
Seperti buku bertemu ruas • Berhadapan atau berlawan dengan orang yang sama gagah
Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran @ Seperti anjing dengan bayang-bayang • = Orang yang tamak selalu rugi
Biar putih tulang, jangan putih mata • = Baik berlawan daripada menyerah kalah
Kalau tak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya • = Kita mestilah berusaha jika mahu berjaya
Seperti cencaru makan petang • Orang atau pasukan yang mendapat keuntungan pada saat-saat akhir
Alah membeli menang memakai • Barang yang mahal, baik mutunya dan tahan lama
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi • Apabila sudah mendapat sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik dilupakan
Tiada rotan akar pun berguna juga • Tiada yang lebih baik, yang kurang baik pun memadailah
Berkerat rotan berpatah arang • Hubungan yang putus buat selama-lamanya
Sudah jatuh ditimpa tangga • = Orang yang mendapat kesusahan bertimpa-timpa
Bagai si buta kehilangan tongkat @ Patah kandar @ Seperti anak ayam kehilangan ibu • Susah kerana hilang tempat bergantung dan berharap
Bagai si kudung mendapat cincin • = Orang yang tidak dapat menggunakan sesuatu pemberian
Bagai kera mendapat bunga • = Orang yang tidak pandai menghargai pemberian orang
Enggang sama enggang, pipit sama pipit • Orang yang berkawan mengikut pangkat atau darjat
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi • Sesuatu pergaduhan itu berlaku kerana kesalahan kedua-dua belah pihak
Bertepuk sebelah tangan @ Seperti pungguk rindukan bulan • Cinta yang tidak mendapat balasan
Seperti rusa masuk kampung • = Orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke bandar atau suatu tempat baru
Bapa borek anak rintik • Kelakuan atau bakat anak dengan ibu bapanya yang sama
Bagaimana acuan begitulah kuihnya • Perangai anak sama seperti didikan yang diterimanya
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi • Bakat ibu bapa akan diwarisi oleh anak
Bagai pinang dibelah dua @ Bagai cincin dengan permata • Pasangan yang sama cantik dan sama padan
Hanya jauhari yang kenal manikam • = Orang yang pakar sahaja dalam sesuatu bidang tahu akan nilai sesuatu
Seperti mengajar itik berenang • =Mengajar orang yang sudah pandai
Seperti tikus membaiki labu • = Orang yang tidak pandai, apabila dia membaiki sesuatu maka menjadi semakin rosak.
Seperti pahat dengan penukul • = Orang yang melakukan kerja hanya apabila disuruh
Alah bisa tegal biasa • = Orang yang biasa melakukan sesuatu kerja, akan menjadi mudah.
Bagai murai tercabut ekor • = Orang yang membuat bising
Bagai telur di hujung tanduk • = Keadaan yang genting atau cemas.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya • Orang yang pendiam jangan disangka boleh dipermainkan.