1 / 13

KONSEP DARAB

KONSEP DARAB. Pengenalan. - Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru – guru mesti mengetahui konsep darab dengan lebih mendalam dan mahir untuk memberi penerangan kepada pelajar.

magnar
Download Presentation

KONSEP DARAB

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KONSEP DARAB

  2. Pengenalan - Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru – guru mesti mengetahui konsep darab dengan lebih mendalam dan mahir untuk memberi penerangan kepada pelajar - Guru-guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaiatu konsep tambah berulang-ulang. Apabila pelajar sedah menguasai konsep tersebut, barulah konsep darab lain disampaikan sebagai pengayaan dan penyesuaian dengan situasi yang berbeza

  3. KONSEP PENDARABAN 1. Konsep Tambah Berulang-ulang 2. Konsep Kali / Ganda 3. Konsep Baris & Turus ( Tatasusunan ) 4. Konsep Kombinasi

  4. 1. Konsep Tambah Berulang-ulang Rajah 1 Ada 3 biji pinggan. Terdapat 2 biji epal di dalam setiap pinggan tersebut. Berapakah jumlah epal-epal tersebut? Mari kita bina ayat / bahasa matematik daripadaRajah 1 Ada berapa biji pinggan semuanya?( 3 biji ) Ada berapa biji epal di dalam setiap pinggan? ( 2 biji )

  5. Kemudian lanjutkan soal-jawap untuk memperkenalkan konsep kumpulan Ada berapa kumpulan epal kesemuanya?( 3 kumpulan ) Ada berapa biji epal bagi setiap kumpulan?( 2 biji ) Berapakah jumlah kesemua epal tersebut ?( 6 biji ) Jadi kita boleh tulis ayat matematik darab 3 X 2 = 6 Jumlah semua Bilangan Kumpulan Bilangan Ahli setiap Kumpulan

  6. Jumlah objek adalah bersamaan dengan bilangan kumpulan didarabkan dengan bilangan ahli dalam kumpulan 3 X 2 = 6 Bermaksud 2 + 2 + 2 = 6

  7. 2. Konsep Kali / Ganda Pita Ahmad Pita Bakar 2 cm Rajah 2 Rajah 2menunjukkan panjang pita yang dipunyai oleh Ahmad dan Bakar. Panjang pita Bakar ialah 2 cm. Berapakah panjang pita Ali berbanding dengan pita Bakar. Ayat matematik untuk masalah di atas Panjang pita Ahmad = 4 kali ( panjang pita Bakar ) = 4 kali ( 2 cm ) = 4 X 2 = 8 cm

  8. Daud membeli 3 buah buku tulis. Manakala Farid membeli 4 kali ganda daripada jumlah buku yang dibeli oleh Daud. Berapakah jumlah buku yang dibeli oleh Farid? 1 kali 1 kali 1 kali 1 kali Buku Daud 4 kali Buku Farid

  9. Jumlah buku yang dibeli oleh Farid . = 4 kali ( buku Daud ) = 4 X ( 3 buah buku ) = 4 X 3 = 12

  10. 3. Konsep Baris & Turus / Tatasusunan (Array) Sekumpulan bunga disusun dalam tiga barisan. Setiap baris diletakkan sebanyak 5 kuntum bunga. Berapakah jumlah bunga tersebut Baris 1 Baris 1 Baris 1 Turus 5 Turus 1 Turus 2 Turus 3 Turus 4 Ayat matematiknya. Ada berapa baris bunga? ( 3 baris ) Ada berapa turus bunga? ( 5 turus ) Berapakah jumlah kesemua bunga tersebut? ( 15 )

  11. 3 X 5 = 15 Jumlah semua Bilangan baris Bilangan turus

  12. 4. Konsep Kombinasi Dalam satu jamuan ringan, kuih-kuih dan minuman yang disediakan adalah seperti berikut: 3 jenis kuih, iaitu karipap, donat dan kek 2 jenis minuman, iaitu tea dan kopi Jika setiap orang dibenarkan mengambil hanya satu jenis kuih dan satu jenis minuman sahaja, berapakah jenis kuih dan minuman yang berbeza dapat disediakan Tea Karipap Kopi Tea Donat Kopi Tea Kek Kopi

More Related