730 likes | 3.35k Views
JENAYAH. PENGERTIAN: Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. FALSAFAH:
E N D
JENAYAH PENGERTIAN: Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya. FALSAFAH: Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah mengikut perspektif Islam.
Jenis-jenis jenayah 1. Jenayah ke atas tubuh badan dan nyawa seperti mencederakan manusia atau membunuhnya. • Jenayah ke atas harta benda seperti mencuri, merompak dan sebagainya. • Jenayah ke atas keturunan • Jenayah terhadap marwah dan kehormatan seperti qazaf, meminum arak, murtad dll.
JENIS HUKUM-HUKUM JENAYAH DALAM ISLAM HUDUD QISAS TA’ZIR • ZINA • QAZAF • MINUM ARAK • MENCURI • MEROMPAK • RIDDAH • MEMBUNUH DGN SENGAJA • MENCEDERAKAN ANGGOTA TUBUH BADAN • KESALAHAN HUDUD @ QISAS YG TIDAK CUKUP BUKTI UNTUK DIJATUHKAN HUKUM • KHALWAT, MENCURI YG TIDAK CUKUP NISAB dsb. • PERBUATAN YG BOLEH MENGGANGU KETENTERAMAN AWAM
HUKUMHUDUD PENGERTIAN: Dari segi bahasa: Menahan atau Mencegah. Dari segi istilah: Hukuman-hukuman yang telah ditetapkan oleh syara’ yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t.
HUKUMAN BAGI JENAYAH HUDUD ZINA Belum berkahwin: Sebat 100 kali. Telah berkahwin: Rejam sampai mati. QAZAF Sebat 80 kali. MINUM ARAK Sebat 40 kali MENCURI Potong tangan MEROMPAK Membunuh + Merompak = Dibunuh Merompak sahaja= Dipotong tangan & kaki Menggangu ketenteraman awam = Dipenjarakan MURTAD Dibunuh setelah disuruh bertaubat & diberi tempoh selama 3 hari.
HUKUM QISAS PENGERTIAN: Dari segi bahasa: Memotong Dari segi syarak: Hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran & hadis-hadis Nabi s.a.w. yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia.
HUKUMAN BAGI JENAYAH QISAS Seseorang penjenayah mesti dihukum serupa dengan kesalahan yang dilakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka mesti dihukum bunuh juga. Kalau ia mencederakan sebahagian anggota mangsanya, dia juga akan dihukum serupa perlakuannya. Kalau ia mencederakan sebahagian anggota mangsanya, dia juga akan dihukum serupa perlakuannya.
Persamaan dan Perbezaan Qisas dengan Hudud • Kedua-duanya merupakan hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dan wajib dilaksanakan. • Perbezaan antara keduanya adalah dari sudut hak yang terkandung di dalam kedua-duanya.Hudud Hak Allah lebih menonjol sedangkan Qisas Hak manusia lebih menonjol.
Implikasi dari perbezaan keduanya dari sudut perlaksanaan • Semua hukuman-hukuman Hudud adalah hak Allah s.w.t maka wajib ianya dilaksanakan dengan sempurna tanpa diubah atau dibatalkannya. • Adapun Qisas, meskipun ianya ditetapkan oleh Allah s.w.t dan wajib dilaksanakan; akan tetapi ianya adalah hak manusia. Ini bererti penentuan terakhir untuk dilaksanakan hukuman itu adalah hak manusia, iaitu hak orang yang menuntut Qisas tersebut.
HUKUM TA’ZIR PENGERTIAN: Dari segi bahasa: Menolak atau Menghalang Dari segi istilah: Hukuman yang dikenakan keatas orang yang membuat kesalahan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya dlm Al-Quran & Hadis atau hukuman yang dikenakan keatas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan hukuman itu.
Kesalahan yang masuk di bawah kategori ta’zir Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan yang boleh menggangu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA’ZIR Nasihat Teguran Ancaman Pemulauan Perisytiharan Umum Denda & merampas harta Penjara Sebat Bunuh Buang Daerah
KUASA PENGAMPUNANBAGI KESALAHAN HUDUD, QISAS & TA’ZIR Dalam kesalahan hudud, tiada pihak yang mempunyai kuasa pengampunan sama ada mangsa jenayah, warisnya atau pemerintah. Sekiranya berlaku pengampunan, hukuman hudud tetap dilaksanakan kerana kesalahan hudud melibatkan HAK ALLAH s.w.t.
Dalam kesalahan qisas, pihak yang menjadi mangsa sama ada mangsa itu sendiri atau warisnya berhak memberi pengampunan.
Dalam kesalahan ta’zir,pengampunan boleh diberikan oleh pemerintahsekiranya ia tidak merugikan mangsa jenayah tersebut. Pihak mangsa jenayah juga boleh mengampunkan penjeyahan sekiranya jenayah itu hanya menjejaskan dirinya sahaja
Mewujudkan KETENTERAMAN dalam Masyarakat & negara Menegakkan KEADILAN FAEDAH UNDANG-UNDANG JENAYAH PADA PERSPEKTIF iSLAM Melaksanakan TUNTUTAN ISLAM
HIKMAH DISYARIATKAN HUKUM JENAYAH ISLAM Menunjukkan KEADILAN dalam sistem perundangan Islam yang mana setiap kesalahan hendaklah dibalas dengan balasan yang sewajarnya.
2.Menghapuskan dan mencegah kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dalam masyarakat supaya anggota masyarakat dapat hidup dengan aman
3. Untuk menjaga keamanan dan kedamaian dalam masyarakat 4. Untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan-perbuatan jenayah
5. Supaya orang-orang yang bersalah akan menyesal dan bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t. 6. Menunjukkan Islam agama yang menjaga kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia.