E N D
ModelBunker & Thorpe-Teaching Games for Understanding- [TGfU]
PENGENALAN • TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah • TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan: • Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan • Meningkatkan tahap aktiviti fizikal • Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria • Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini
FAKTOR-FAKTOR • Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU: • Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan • Kekurangan pengetahuan tentang permainan • Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan • Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan • Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan
MATLAMAT • Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan • Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan • Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan
PERKEMBANGAN • Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa • Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola • Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama: • Target • Striking / Fielding • Net / Wall • Invasion
KATEGORI PERMAINAN • Target • Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata • Contoh: bowling, archery, golf • Striking / Fielding • Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding • Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan • Contoh: baseball , softball, cricket
Net / Wall • Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding • Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang • Contoh: badminton, squash, table tennis • Invasion / Serangan • Permainan berpasukan • Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata • Contoh: soccer, basketball, handball
TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN • Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras • TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan • Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut • Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama • Contoh:Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling