1 / 7

TEORI SKINNER

TEORI SKINNER. OLEH: Linda Maftuhatun Nikmah. SEJARAH SKINNER. BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990)

moana
Download Presentation

TEORI SKINNER

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TEORI SKINNER OLEH: Linda Maftuhatun Nikmah

  2. SEJARAH SKINNER BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990) B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yan telah dijalankan dalam tahun 1930-an.  ` Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.

  3. EKSPERIMEN SKINNER KETERANGAN

  4. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

  5. Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

  6. IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM P&P • Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan • Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan • Prinsip penghapusan sesuai  untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. • Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. • Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan. • Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah.

More Related