480 likes | 1.44k Views
JIHAD EKONOMI. PENGENALAN. Suatu hakikat yang diketahui umum ialah kewujudan dua unsur dalam diri manusia iaitu elemen roh dan jasad. Gabungan kedua-dua elemen ini sepatutnya seimbang di dalam diri manusia. . Al Imran 3: 83.
E N D
PENGENALAN • Suatu hakikat yang diketahui umum ialah kewujudan dua unsur dalam diri manusia iaitu elemen roh dan jasad. • Gabungan kedua-dua elemen ini sepatutnya seimbang di dalam diri manusia.
Al Imran 3: 83 • “Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan”.
Pengenalan • Yang menjadi ujian mengenai keseimbangan ini ialah jin dan manusia Keseimbangan yang hakiki diertikan di dalam bahasa Arabnya sebagai Islam. Semua manusia mesti mencari paksi teras keseimbangan ini (akidah tauhid) untuk menjayakan keseimbangan kehidupan yang berkesinambungan hingga ke akhirat.
Pengenalan • Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. yang istimewa mempunyai musuh yang istimewa iaitu syaitan yang mempunyai tipu muslihat yang cukup licik sehingga ramai yang menjadi mangsa korbannya. Korban yang dimaksudkan ialah korban akidah yang sepatutnya menjadi puncak atau panji untuk dinobatkan sebagai khalifah Allah s.w.t. yang berjaya di dunia dan akhirat.
An Naas 114 : 1-6 • “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia, Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia” (an-Naas: 114: 1-6).
PENGERTIAN JIHAD • Jihad segi bahasa ialah daripada perkataan al-Jahd yang bermakna kesukaran yang amat sangat (musyaqqah) dan perkataan al-Juhd bermakna usaha dan tenaga. Menurut al-Naisaburiy yang jelasnya jihad ialah membelanjakan segala usaha untuk mencapai sesuatu maksud. Ia juga bermaksud membelanjakan segala usaha berperang pada jalan Allah secara langsung, atau menerusi harta, atau buah fikiran, memperbanyakkan baju besi dan sebagainya (Haikal, 1996). Maka jihad ialah menumpukan usaha dan tenaga untuk menentang orang-orang kafir dan menghadapi mereka dengan jiwa, harta dan lidah (Zuhailiy, 1989).
Pengertian Jihad • Menurut Muhammad Khair Haikal di dalam bukunya “Al-Jihad wa al-Qital Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah” merumuskan bahawa jihad secara khususnya diertikan sebagai perang dengan segala keperluannya membelanjakan harta yang sewajarnya bagi keperluan alat-alat peperangan atau perjalanannya serta mendahulukan syarat yang disyariatkan iaitu menyampaikan dakwah bagi orang-orang kafir kerana proses penyampaian dakwah ini adalah syarat yang asal bagi peperangan
JIHAD EKONOMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM • Ianya dapat difahami sebagai suatu cara atau wasilah untuk menyempurnakan maslahah-maslahah lain lagi yang utama iaitu persoalan agama, keturunan, akal dan maruah. • Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. samalah seperti seorang yang selalu berpuasa dan selalu melakukan ibadat malam serta taat kepada ayat-ayat Allah s.w.t. Beliau tidak merasa letih dari puasa dan sembahyangnya sehinggalah orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. itu kembali.
Sabda Rasulullah s.a.w • Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah s.w.t., orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.
Al Anfaal 8: 60 • “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya”.
Al Imran 3: 110 • “Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman”.
Sebahagian ulama Salaf mengatakan: “manakala kemiskinan itu pergi ke suatu negeri, maka ‘kekafiran’ akan meminta kepadanya “bawalah aku bersamamu”. • Dzu-Nun seorang penyair Mesir pernah berkata: “Manusia yang paling kufur adalah orang miskin yang tidak sabar dan memang jarang sekali di antara mereka yang boleh bersabar”. (al-Qaradawi: 1980). • Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hampir-hampir kemiskinan membawa seseorang kepada kekufuran” (Riwayat Abu Na’im).
PERANAN HARTA MELIPUTI KESEMUA JIHAD • Di dalam kitab “Jundullah thaqafatan wa Akhlaqan” Said Hawwa telah membahagikan jihad kepada lima kategori iaitu (1) jihad lisan, (2) jihad pendidikan, (3) jihad dengan tangan dan jiwa, (4) jihad siasah dan (5) jihad harta. • Sa’id Hawwa meletakkanjihad harta sebagai syarat yang penting bagi kesemua jenis jihad yang ada dan tidak akan terhasil tanpanya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga ‘Adn’. Itulah kemenanganyang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenanganyang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman”.
An Nisaa’ 4: 5 • “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”.
Peranan harta • Sesungguhnya banyak sekali persoalan harta di sebut oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran supaya umat Islam tidak mengabaikannya. Lantaran itu sistem-sistem Islam tidak lari daripada membicarakan persoalan harta seperti zakat dan pusaka. Bahkan dalam bab jenayah sendiripun terdapat juga denda atau kifarat melibatkan soal harta seperti bayaran diat kerana membunuh. Begitu juga dalam bab-bab yang lain seperti membayar dam, persoalan perkahwinan (mahar) dan lain-lain juga melibatkan soal tanggungan harta. Kegagalan membayar harta zakat juga membawa akibat buruk di hari akhirat.
Peranan harta • Manusia dituntut oleh Allah s.w.t. agar menjadi kaya tetapi kekayaannya itu bukan untuk dieksploitasikan untuk diri sendiri, sebaliknya diambil sekadar keperluannya dan keluarganya. Manakala yang lain-lainnya dituntut agar dibelanjakan kepada jalan Allah s.w.t. Disinilah letaknya kefahaman seseorang itu dari segi keperluannya, ada yang hanya mengambil sekadar yang perlu sahaja atau paling minima dan bakinya dimanfaatkan kepada jalan Allah s.w.t.
Peranan Harta • Persoalan yang timbul ialah penggunaan terhadap harta itu dan bukannya larangan menjadi kaya. Dengan harta seseorang mampu melakukan banyak kebajikan. Hal ini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.
Peranan Harta • Hadis-hadis yang memuji sifat zuhud tidak ada menyatakan kemiskinan sebagai suatu yang terpuji, bahkan Nabi s.a.w. memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. daripada kemiskinan (al-Qardawi 1980).
Membendung Kemiskinan • Cara Islam membendung kemiskinan dapat dilihat menerusi sistem pengagihan zakat, sistem pewarisan, sistem wasiat, sedekah, ihya al-mawat dan lain-lain lagi. Itu adalah secara khusus bagi negara dan individu. Rasulullah s.a.w. bukan sahaja bersabda mengenai perekonomian tetapi juga mempraktikkannya di dalam kehidupan. Baginda seorang yang rajin dalam semua bidang.
Kerjaya para rasul • Baginda mengetengahkan contoh-contoh para rasul yang terdahulu daripada Baginda seperti Nabi Adam a.s. sebagai petani, Nabi Nuh a.s. sebagai peniaga, Nabi Daud a.s. sebagai tukang besi, Nabi Musa a.s. sebagai jurutulis, Nabi Zakaria a.s. sebagai tukang kayu, Nabi Sulaiman a.s. sebagai pembuat bakul dan Nabi Isa a.s. sebagai tukang tenun dan pencelup kain.
Kerjaya sahabat rasullullah • Para sahabat yang terlibat dengan pekerjaan antaranya termasuklah Khubab bin al-Arth r.a. sebagai tukang besi, Abdullah bin Mas’ud r.a. pengembala kambing, Sa’ad bin Abi Waqas r.a. sebagai pembuat anak panah, Zubir bin al-Awwam r.a. sebagai tukang jahit, Salman al-Farisi r.a. sebagai tukang gunting dan Ali bin Abi Talib r.a. sebagai penyiram pokok tamar.
Keluaran negara Islam • Mengenai harta yang dilihat sebagai sumber kekayaan untuk umat Islam dapat dilihat menerusi kedudukan harta yang banyak diperolehi di negara-negara milik umat Islam. Hampir separuh pengeluaran makanan dunia dihasilkan oleh negara-negara Islam, 85% pengeluaran kapas, 70% petroleum, 45% fosfat, 50% emas dan 70% minyak sawit (al-Khayyat, 1988).
Geografi • Dari segi sistem perhubungan pula kita dapat lihat bahawa umat Islam menguasai kedudukan strategik yang baik dari segi geografi. Kedudukan umat Islam yang berada di tengah-tengah sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan) ternyata mencipta suatu suasana yang terbaik untuk menguasai dunia. Cuma agak malang umat Islam semacam gagal menghayati anugerah Allah s.w.t. iaitu kurang berkarya di dalam berfikir atau kurang kreatif untuk meningkatkan ekonomi mereka.
Salah faham • Menyempitkan konsep Islam sebagai Al-Din hanya kepada makan pakai tempat tinggal yang daruri sahaja adalah suatu tradisi yang bukan dari budaya Islam. Tradisi Islam adalah tradisi yang kaya dengan khazanah ilmu, amal dan harta. Sikap yang salah ialah penggunaan harta ke jalan yang salah. Kita lihat tradisi orang Arab dahulu yang berjalan ke sana ke mari seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran mengusahakan kehidupan melalui perdagangan.
Quraisy 106: 1-4 • “Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah), (iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syaam), maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai (ka’bah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.”
Mekah • Kota Mekah juga menjadi lambang pertemuan pelbagai lapisan masyarakat khususnya mengenai perdagangan. Tradisi ini walaupun lanjutan dari zaman jahiliyyah tetapi tidak pernah dibatalkan oleh Islam bahkan digerakkan lagi dengan meletakkan asas-asas akhlak yang membangunkan ketamadunan manusia.
Aktiviti terlarang • Prinsip-perinsip yang batil dilarang seperti ihtikar, riba, penjualan barang-barang yang memusnahkan fungsi manusia seperti bangkai, berhala dan sebagainya. Konsep-konsep di zaman jahiliyyah yang dilihat berguna tidak dibatalkan seperti konsep jual salam yang sudah ada di zaman jahiliyyah tetapi Islam membenarkannya disebabkan ada masalah kepada umat manusia, sekalipun ianya dilihat sebagai suatu kaedah pengecualian dari konsep asas jual beli.
KONSEP JIHAD EKONOMI BERTERASKAN AKIDAH TAUHID • Akidah adalah teras dalam setiap aktiviti kehidupan umat Islam termasuklah ekonomi. • Di zaman awal Islam yang terkenal dengan generasi model yang kental akidahnya, kita dapati banyak contoh-contoh yang memperlihatkan bagaimana Rasulullah s.a.w. membangunkan sosio-ekonomi masyarakat dan membebaskan diri mereka daripada cengkaman kapitalis jahiliyyah yang diketuai oleh kaum Yahudi.
Gagasan Rasulullah • Rasulullah s.a.w. ketika di Madinah telah mengambil pendekatan yang serius bagi menangani isu penguasaan ekonomi yang pada umumnya dikuasai oleh Yahudi. Salah satu tindakan yang dibuat pada permulaan hijrah ialah menguasai telaga-telaga air yang dikuasai oleh Yahudi. • Rasulullah s.a.w. telah mengesyorkan sahabat-sahabatnya untuk menyewa sebuah telaga yahudi dengan bersyaratkan bahawa orang-orang Islam cuma menjual air telaga tersebut selama dua hari dalam seminggu.
Pakar ekonomi • Dengan kekuatan akidah generasi awal telah melahirkan pakar-pakar dalam bidang ekonomi seperti Abu Bakar r.a., ‘Umar bin al-Khattab r.a., ‘Uthman bin ‘Affan r.a. dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. Baginda sendiri juga seorang peniaga yang mahir yang mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda semasa memperdagangkan barangan perniagaan Siti Khadijah. Baginda bersama-sama para sahabatnya memboikot segala kegiatan ekonomi yang berteraskan riba dan lain-lain penipuan. Mana-mana peniaga yang tidak jujur dan tidak mempunyai tanggungjawab sosial juga akan diboikot.
Pengaliran wang • Bagi mengawal pengaliran wang agar ianya dapat melumpuhkan monopoli pihak musuh, masyarakat Islam ketika itu digalakkan mengeluarkan produk keperluan harian mereka sendiri untuk dipasarkan. Mereka digalakkan berniaga dan ada sebahagiannya bertindak sebagai pengeluar produk, manakala selebihnya sebagai pengedar dan peniaga.
Bersaing di pasaran • Mereka juga pada masa yang sama memasuki pasar-pasar yang dikuasai oleh Yahudi untuk membuka premis perniagaan mereka seperti yang dilakukan oleh ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. Tindakan yang terancang akhirnya telah berjaya memecahkan monopoli kaum Yahudi.
Produk ekonomi Islam • Ini disebabkan mereka telah memperkenalkan konsep perniagaan yang baru kepada masyarakat seperti al-Khiyar, al-Mudarabah, al-Murabahah, al-Qard al-Hasan serta bebas dari riba
Peranan Akidah • Pokok pangkal sebenarnya berpunca daripada akidah yang tidak jelas. Dalam Islam terdapat tiga jenis tahap susunan maslahat yang sepatutnya difahami oleh umat Islam iaitu konsep daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah. Ketiga-tiga perkara ini sepatutnya dikuasai oleh orang Islam dalam setiap bidang. Paling kurangpun dapat melepasi tahap pertama. Mungkin kesalahan umat Islam ialah berakidah hanya untuk mencapai tahap pertama sahaja atau tahap kedua, manakala tahap ketiga untuk umat lain. Jika begini keadaannya, di zaman mana sekalipun umat Islam akan terus ketinggalan.
Berfikiran positif ! • Kesilapan dalam mendidik minda manusia ini akan membantutkan ekonomi negara dan pembinaan tamadun. Sikap sedemikian mengundang manusia-manusia yang malas yang tidak berfikir panjang jauh ke zaman masa hadapan. Orang-orang luar berbondong-bondong datang ke Malaysia kerana melihat negara kita sebagai lombong emas. Namun rakyat sendiri, khususnya bumiputera tidak melihat dengan sewajarnya dan tidak gemar untuk menangani pelbagai masalah untuk meraih kejayaan diri sendiri
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyediakan segala-galanya untuk dipermudahkan kepada manusia agar sempurna dan selesa di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri memilih dan bertindak untuk mengubahnya. Ini amanah sebagai manusia. Di dalam hadis yang disahihkan oleh Imam Tarmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: • “Pedagang yang benar dan amanah bersama para nabi,orang-orang yang benar dan para syuhada”.
Sebahagian daripada orang-orang yang arif ditanya: “mana satukah yang kamu sukai, pedagang yang benar atau yang hanya tertumpu kepada ibadat semata-mata? Lalu dijawab bahawa pedagang yang benar lebih dicintai kerana jihad yang dilaluinya itu didatangi oleh syaitan menerusi sukat dan timbang, mengambil dan menerima tetapi ia berjihad (bagi mengalahkan syaitan tersebut)”
KESIMPULAN • Penguasaan ilmu yang serius. • Selain penguasaan ilmu fardhu ain, ilmu yang bersifat fardhu kifayah yang menjadi kerjaya seseorang semestinya dipertingkatkan dari masa ke semasa. • Penguasaan teknologi yang terkini sepatutnya tidak diabaikan oleh umat Islam.
Melahirkan tenaga pakar khususnya dalam bidang ekonomi. Sewajarnya difikirkan satu institusi khusus yang mengkaji sumber-sumber teras dalam Islam dan buku-buku turath serta semasa bagi meninjau semua pandangan-pandangan mazhab dalam Islam bagi melahirkan produk-produk baru dalam bidang ekonomi.
Umat Islam khususnya para belia sewajarnya menghabiskan masa dengan mengkaji secara serius mengenai ilmu-ilmu dalam Islam dan bersikap sensitif dengan larangan-larangan Allah s.w.t. mengenai gejala negatif seperti larangan riba, rasuah, berjudi, minum arak, membazir masa dengan lepak, menonton VCD dan sebagainya. Pendapatan hasil yang haram atau syubhah akan membawa kepada tidak berkat dalam kehidupan, malah dibimbangi akan lahir zuriat dari harta yang tidak halal.