260 likes | 737 Views
Bumi sebagai satu sistem: Tenaga dan proses. Kuliah 3. Proses dan tenaga. Bumi sebagai satu sistem bergerak sebagai ‘proses’; manakala proses itu berlaku dengan kehadiran ‘tenaga’. Proses. Proses ialah bagaimana atau cara sesuatu bentuk atau pola itu dihasilkan.
E N D
Proses dan tenaga Bumi sebagai satu sistem bergerak sebagai ‘proses’; manakala proses itu berlaku dengan kehadiran ‘tenaga’
Proses Proses ialah bagaimana atau cara sesuatu bentuk atau pola itu dihasilkan. Dalam satu-satu sistem, proses itu berlaku apabila unsur-unsur yang membentuk sistem itu berinteraksi antara satu sama lain lalu menghasilkan bentuk/ rupa/ fenomena/ kejadian dll. Manakala proses atau interaksi fizikal bumi berlaku dengan kehadiran (Input) tenaga
TENAGA • Tenaga ialah keupayaan atau kuasa yang membolehkan sesuatu kerja dilakukan • Tenaga menggerakkan objek • Tenaga tidak boleh diukur secara langsung, hanya boleh diukur secara tidak langsung dengan melihat berapa banyak kerja yang dapat dilakukan. • Tenaga TIDAK BOLEH dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain. • Dua bentuk tenaga utama adalah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan • Bentuk tenaga lain ialah: • Tenaga Elektromagnet • Tenaga Haba • Tenaga Kinetik • Tenaga Potensi • Tenaga Elektrik • Tenaga Graviti
Tenaga Elektomagnet/ Sinaran – Tenaga yang dikeluarkan oleh matahari dan dihantar terus melalui angkasa lepas ke bumi. Tenaga Haba Rasa – cth : Tenaga Sinaran yang mengenai permukaan seperti air yang lama-kelamaan permukaan itu akan beransur panas. Tenaga Haba Pendam – cth : Air yang naik ke atas melalui proses sejatan akan membawa haba yang terpendam. Tenaga Potensi – cth : Wap air yang tersejat dan membentuk awan terapung di atmosfera mempunyai Tenaga Potensi
Tenaga Kinetik – cth : Kawasan permukaan yang terkena sinaran eletromagnet semakin lama semakin panas dan membentuk satu kawasan tekanan rendah. Pergerakan udara sejuk ke dalam sel tekanan rendah ini dikenali Tenaga Kinetik. Tenaga Elektrik – Pertembungan cas (+ve) dan (-ve) yang terdapat dalam awan akan mengahasilkan tenaga elektrik. Tenaga Kimia – cth : Tenaga yang boleh memproses bahan kimia/ menukar sifat kimia Tenaga Graviti – kebolehan sesuatu benda untuk bergerak ke bawah melainkan disekat
Jenis Tenaga dan Proses • Tenaga eksogen- Proses Eksogen • Tenaga luaran khususnya daripada matahari • Proses di permukaan litosfera • Banyak mempengaruhi proses permukaan bumi dan di atmosfera. • Tenaga Endogen-Proses Endogen • Proses berlaku di perut bumi namun kesannya turut mempengaruhi permukaan bumi. • Tenaga diperolehi daripada perut bumi seperti geoterma • Proses Exterresterial Proses dari jatuhan meteorit/tahi bintang dsb
b. Tenaga Endogenetik(Dalaman) Proses Lipatan Proses Gelinciran Gunung Berapi a. Tenaga Eksogenetik(luaran) Kitaran Hidrologi Edaran Atmosfera Tiupan Angin Arus Rantaian Makanan Proses Degradasi Contoh proses dan jenis tenagayang terlibat
Bagaimana tenaga mengalir? Padi menggunakan tenaga matahari, oksigen, udara , air dan tanah serta nutrien tanih dalam proses fotosintesis untuk menghasilkan buah padi. Tenaga haba disimpan dalam bentuk tenaga kimia dalam tisu tumbuhan tersebut. Padi dituai dan digunakan juga untuk binatang ternakan. Ternakan makan padi lalu menyimpan tenaga padi dalam tisu ternakan. Apabila ternakan dimakan manusia, sebahagian tenaga yang diperoleh di digunakan untuk proses respirasi/ perpeluhan untuk boleh mengalami pertumbuhan dan juga bergerak. Akhirnya jumlah tenaga pada buah padi sepatutnya sama dengan jumlah tenaga dalam bentuk lain seperti tenaga haba yang dibebaskan ke udara melalui respirasi.
Tenaga yang boleh diperbaharui Tenaga solar: Tenaga yang telah lama digunakan oleh manusia. Ia boleh ditukarkan secara langsung atau tidak langsung kepada bentuk haba dan elektrik Tenaga angin: Manusia telah menggunakannya untuk kincir angin Tenaga Geoterma: Digunakan bagi jana kuasa elektrik Tenaga Biomas : Ia adalah bahan organik yang mempunyai tenaga kimia melalui fotosintesis. Apabila dibakar, tenaga haba dibebaskan Tenaga keupayaan hidro : Dari stesen jana hidro. Tenaga nuklear: Tenaga yang dibebaskan semasa reaksi nuklear
Tenaga yang TIDAK BOLEH diperbaharui • Tenaga bahan fosil : minyak,gas & arang batu • Tenaga uranium dan tenaga nuklear
Contoh 1 Contoh 2 PEROLAKAN ARUS OLEH TENAGA
PROSES PERGERAKAN/ GELINCIRAN YANG DIPENGARUHI OLEH TENAGA-TERUTAMANYA TENAGA ENDOGEN PROSES INI BOLEH MENYEBABKAN GEMPA BUMI
Ensotan tanih oleh pergerakan Batuan. Lihat tiang-tiang condong Membuktikan berlakunya pergerakan. Ini juga dipengaruhi oleh Kehadiran tenaga
Tenaga suria • Tenaga Suria/ Tenaga matahari sebagai sumber tenaga utama • Tenaga suria adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahayamatahari. • Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas. • Contoh: • Pemanasan (air panas, pemanasan bangunan, masakan) • Generasi elektrik (enjin pemanasan) • Penyahmasinan air laut.
Matahari Matahari adalah bebola gas yang mempunyai reaktor nuklear di tengahnya Cahaya dan haba yang dibekalkan oleh reaktor nuklear ini mengawal iklim bumi dan membolehkan bumi dihuni. Bumi berada pada 150 juta km dari matahari, kesemua sistem di bumi mendapat tenaga dari matahari.
Keluaran Tenaga Daripada Matahari Tenaga yang dipancarkan setiap saat dipanggil luminositi, namun bumi Cuma mendapat sebahagian kecil sahaja luminositimatahari. Gelombang Elektromagnet Cahaya adalah sebahagian dari gelombang elektromagnet di angkasa. Gelombang elektromagnet membentuk julat yang besar terdiri dari gelombang radio yang mempunyai jarak gelombang 1 m atau lebih hingga ke X-Ray yang mempunyai jarak gelombang kurang dari 1/billion. Gelombang pendek X-Ray (bersifat partikel) manakala gelombang panjang bersifat gelombang
Tahukah anda sejauh mana manusia bergantung kepada tenaga suria? Cuba perhatikan senario berikut: Kita semua memerlukan makanan, maka ianya sangat mudah, iaitu kita boleh membeli makanan di mana-mana tempat menjual makanan. Tapi dari manakah makanan itu diperolehi oleh penjual? ……Semuanya hasil daripada sumbangan tenaga suria….sayuran, hasil tenusu, daging dan sebagainya…….. Ini kerana tanpa tanaga suria, maka tidak ada hidupan di bumi. Tumbuhan memerlukan tenaga suria untuk proses fotosintesis, tumbuhan pula sebagai pengeluar kepada hidupan lain dalam rantai makanan.
Adakah mesin dan kenderaan juga memerlukan tenaga suria?Jawapannya ialah YA! Bahan api yang digunakan untuk menggerakkan mesin dan kenderaan dihasilkan berjuta tahun daripada hidupan yang reput dan ditekan. Tenaga yang disimpan dalam hidupan yang reput itulah sebenarnya yang menghasilkan bahan bakar tersebut. Ia merupakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui (stored energy). • Tenaga tersimpan (stored energy) ini semakin berkurangan dan manusia harus menggunakan tenaga ini dengan bijak.
Penutup • Tenaga membolehkan proses berlaku dan menggerakkan sesuatu. • Peranan tenaga akan dibincang dengan lebih terperinci pada bab 4 dan seterusnya
Cadangan Rujukan • Bradshaw, M & Weaver, R. 1993. The Physical Geography: an introduction to earth environments. United State of America: The C.V Mosby Company. • Doerr, A. 1990. Fundamental Of Physical Geography. USA: Wm. Brown Publisher. • Jamaluddin Jahi dan Ismail Ahmad. 1987. Pengantar Geografi fizikal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. • Tengku Anuar Teng Dalam & Shaharuddin Hj. Ahmad. Geografi Fizikal. Ed.3. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. • Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. • Tjia, H.D., Juhairi Mat Akhir, Ibrahim Komoo, Ibrahim Abdullah, Zaiton Harun & Anizan Isahak. 1987. Proses eksogen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.