1 / 54

Sains Islam

Sains Islam. Beberapa Persoalan Berkaitan Historiografi Sains Islam. Mukaddimah.

oswald
Download Presentation

Sains Islam

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Sains Islam Beberapa Persoalan Berkaitan Historiografi Sains Islam

  2. Mukaddimah • Dan Dia mengajar kepada Adam seluruh nama-nama, kemudian mengemukakan kepada para Malaikat dan berfirman; Sebutkan kepada Ku nama-nama benda itu jika kamu yang benar ! Mereka menjawab. Mahasuci Engkau, tidak kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Baqarah - Lembu Surah 2: 31-32)

  3. Mukaddimah • Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mencipta. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah. Dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada kepada manusia apa yang tidak diketahui (Alaq – Segumpal Darah Surah 96: 1-5)

  4. Mukaddimah • Tidakkah kau lihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit ? Dengan hujan itu Kami hasilkan buah-buahan anekaragam warnanya. Dan di antara gunung-gunung, ada jalan-jalan yang putih dan merah, yang anekaragam warnanya, dan ada pula yang hitam pekat. Demikian pula dengan manusia, binatang pemikul beban, binatang ternak ada bermacam-macam warnanya…

  5. Mukaddimah • …Yang sungguh takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya hanyalah ‘ulama (orang yang berilmu). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Pengampun (Fatir – Pencipta Surah 35: 27-28)

  6. Mukaddimah • Apakah asal usul manusia? • Apa kaitan agama dengan sains? • Sains bersumberkan Al-Quran sahaja? Al-Quran mengesahkan sains? • Apakah hubungan antara alam nyata dan alam ghaib ? • Bolehkan kajian mengenai Tuhan, malaikat, ruh dilakukan melalui sains? • Apakah api boleh membakar kapas kerana ia berkuasa untuk membakar? Isu kausaliti • Apakah persamaan dan berbezaan antara Sains Islam dan Sains Moden-Sekular? • Apakah masalah-masalah Sains Moden? • Ketinggalan-kebangkitan Sains Islam

  7. Persoalan Historiografi • Memahami persekitaran / alam tabii • Mitos berbanding dengan Teologi tabii (berlandas agama) • Tabiat semulajadi manusia untuk fahami-kuasai alam • Menggunakan teknologi - berkuasa atas alam tabii dengan teknologi

  8. Falsafah Tabii • Konsepsi manusia terhad alam tabii • Metafizik dan teologi tabii • Hubungan Makhluk dengan Tuhan (Khaliq) • Kualitatif • Asal usul, taksonomi, kedudukan ilmu (epistemologi) • Falsafah sains / Kosmologi Teoritas

  9. Falsafah Tabii • Katakanlah: Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi (Yunus Surah 10: 101) • Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada jiwa sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan ? (Al-Zariyat – Angin Yang Menerbangkan Surah 51: 20-21)

  10. Sains Tabii • Huraian sistematik mengenai fenomena tabii • Kuantitatif / impirikal / pemerhatian • Fizik, kimia, biologi, matematik • Metodologi saintifik

  11. Sains Tabii • Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan bersilih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “ Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mencipta ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali-Imran Surah 3: 190-191)

  12. Teknologi • Di salah tanggap sebagai sains • Ilmu praktikal / teknik • Latih tubi (trial error)

  13. Teknologi • Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan (kepentingan) untuk mu apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia yang membantah (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang beri penerangan (Lukman Surah 31: 20)

  14. Cabaran Terhadap Sains Islam • Historiografi sains semasa/barat bersifat sekular • Sains berkembang dengan biologis manusia • Manusia primitif menganggap fenomena tabii sebagai tuhan (animism / kosmologi politeisme) • Teknologi berkembang secara kebetulan / desakan semasa

  15. Cabaran Terhadap Sains Islam • Sebenarnya Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim (Ankabut -Laba-Laba Surah 29: 49) • Mereka itulah orang-orang hatinya, pendengarannya dan penglihatanya dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai (Nahl - Lebah Surah 16: 108)

  16. Cabaran Terhadap Sains Islam • Historiografi Islam – Ilmu manusia bersumberkan Allah s.w.t. • Kemahiran membaca / menulis daripada Allah s.w.t (tidak terdapat pada haiwan,makluk lain) • Adam as dilengkap dengan sains dan teknologi untuk kehidupan di dunia (bukan seperti monyet / haiwan) • Manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia • Wahyu dari Allah s.w.t. kepada para anbiya

  17. Sains Islam & Sains Sebelum Islam • Falsafah tabii, sains dan teknologi wujud sebelum al-Quran ditanzilkan • Sains Islam menyerap unsur-unsur sains purba (Yunani) • Ada pendapat bahawa sains Yunani mendapat ilham daripada para Nabi seperti Nabi Daud, Sulaiman (Sa’id Al-Andalusi).

  18. Sains Islam & Sains Sebelum Islam • Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakkan hamba-hamba-Nya yang beriman.” Dan Sulaiman telah mewarisi dari Daud dan dia berkata: Hai manusia, kami telah diajari bahasa burung dan kami telah diajari segala sesuatu. Sungguhnya ini adalah suatu kurnia yang nyata (Naml - Semut Surah 27: 15-16)

  19. Al-Quran dan Teologi Tabii • Teologi tabii ialah ilmu atau huraian rasional mengenai kewujudan dan sifat Khaliq melalui kajian ke tas fenomena alam tabii • Peranan aqal dan naql • Terencat di barat akibat sekularisma (Charles Darwin) –perubahan alam akibat dari ’survival of the fittest’ dan ‘random selection’ • Dasar metafizik sains barat - menolak agama (wujud / peranan Tuhan)

  20. Teologi Tabii (Golongan Mu’tazilah) • Menggunakan kategori intelektual dalam falsafah Yunani • Cuba mempertahankan secara rasional doktrin Islam daripada akliah Kristen / Nasrani. • Khalifah Ma’mun (bina Bait al-Hikmah) – galak pengajian sains Yunani

  21. Teologi Tabii (Golongan Mu’tazilah) • Fenomena alam tabii ikut hukum rasional seperti yang ditentukan oleh Allah s.w.t. – tidak boleh berubah dengan sewenang-wenang / tidak rasional. • Alam tabii dan makhluk diberi ‘kebebasan’ mengikut hukum tabii.

  22. Pengasasan Teologi Tabii Islam • Al-Asy’ari (md 935) - teori atomistik • Mutakallimun • Atom tidak kekal – bersifat kontingen (mungkin) • Fenomena tabii (contoh api membakar) tidak mempunyai kuasa kudrat tersendiri • Tidak pernah bebas dari kudrat Ilahi • Kausal tabii berpunca daripada Tuhan

  23. Pengasasan Teologi Tabii Islam • Hujah ontologikal al-Quran mengenai hubungan konsep Tauhid (atau konsep metafizik) dengan alam tabii (fenomena tabii) • Surah al-Anbiyaa • “Bahawa sekiranya Tuhan itu bukan Ahad atau Esa dan wujudnya tuhan-tuhan lain maka seluruh alam tabii ini dan fenomenanya akan hilang keseimbangan dan menjadi kelam kabut serta hancur lebur”.

  24. Pengasasan Teologi Tabii Islam • Seimbang • fikir dengan zikir (dalam agama) • aqal dengan naql (dalam ilmu) • Al Qur’an menggesa manusia menggunakan akal (bertaaqul, bertafakkur, tadabbur) dalam meneliti ayat-ayat Allah yang tersurat dan tersirat di alam fenomena tabii di langit dan bumi • Kajian membawa kepada maqam-maqam kerohanian

  25. Pengasasan Teologi Tabii Islam • Alam tabii sebagai ‘buku’ • Fenomena sebagai ‘ayat’ • Mencari kebenaran atau ‘haq’ • Al-Qur’an sebagai risalah /wahyu • Kedua Al-Quran dan alam tabii mengandungi ayat-ayat berlainan bentuk tetapi membawa simbolisme dan peringatan untuk Pengasasan Teologi Tabii Islam kepada manusia.

  26. Pengasasan Teologi Tabii Islam • Al-Quran menyebutkan agar manusia dan alam tabii menyerah kepada Allah swt melalui syariat Islam. • Harmoni antara manusia (roh) dengan alam badan/jasad (mikro) dan alam tabii (makro) • Manusia dapat laksana amanah sebagai khalifah Allah s.w.t.

  27. Pengasasan Teologi Tabii Islam • Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan intelek agar kamu bersyukur (Nahl - Lebah Surah 16: 78)

  28. Kesimpulan • Historiografi sains Islam adalah teosentrik (berpaksi agama) • Tiada kontradiksi antara teologi dengan kajian rasional alam tabii / fenomena • Mengambil manusia sebagai khalifah • Mengambil tasawuur al-Din Islam dengan menyeluruh. • Metafizik sebagai asas kepada teori atau konsep sains

  29. Kebangkitan Sains Islam • Kefahaman yang mendalam mengenai sejarah dan falsafah sains; khususnya seperti yang wujud dalam zaman kegemilangan Islam • Penyerapan sains dan teknologi barat ini harus dilakukan secara kritis dan memilih.

  30. Sains Yunani Dalam Pembentukan Budaya Sains

  31. Persoalan • Bolehkah kita terima ilmu sains dari pelbagai sumber selain dari umat Islam sendiri ? • Bolehkah kita terima Sains Moden ? Adakah kita akan mundur jika kita menolak sains moden ? • Bagaimana Sains Moden dapat disesuaikan untuk umat Islam • Bagaimana sains Islam boleh dibangunkan

  32. Mukaddimah • Sains bermula lebih awal dari tamaddun Yunani • Lembah Nil, Mesopotamia dan Indus • Membuat api, tembikar dan logam • Penciptaan abjad, huruf dan perkataan • Ditanzil oleh Al-Quran melalui para nabi dan kitab

  33. Falsafah Sains Sebelum Al-Quran (Sains Purba) • Bersifat impirikal tanpa teori (matematik dan perubatan Mesir) • Bersifat sosial dan praktikal ( astronomi untuk takwim dan geometri untuk pembinaan) • Terikat kepada unsur-unsur agama dan mitos

  34. Sains Yunani • Maklumat mengenai sains Yunani melalui kajian sejarawan Islam klasikal dan latin • Pra-Soktarik (600-400 SM) • Plato dan Aristotle (400 SM) • Hellenistik (300-100 SM)

  35. Sains Yunani • Dari Sains purba Mesir • Mitos Olympia • Budaya rasional • Diketepi oleh budaya Kristen yang bersifat mistikal atau kebatinan • Bertembung dengan sains Islam dan berlaku penyerapan

  36. Sains Yunani • Budaya intelektual Yunani – spekulasi abstrak dari konkrit • Metodologi sains – berfikir dan berhujah secara sistematis atau logik • Logik merupakan antara sumbangan terbesar sains Yunani kepada sains Islam.

  37. Sains Yunani • Logik Induktif – dari data spesifik menjadi rumusan am • Logik deduktif – data am menjadi rumusan khusus/spesifik • Logik intipati bagi metodologi sains Yunani • Sokratis dan Plato – logik deduktif

  38. Kelemahan kaedah logik deduktif Yunani • Mementing kaedah spekulasi abstrak berbanding dengan kajian impirikal • Kelemahan kaitan hujah dengan dalil pengalaman impirikal • Kecuali kajian biologi Aristotle • Kelemahan dibaiki oleh metodologi Islam • Metodologi Islam menggunakan kaedah logik induktif (contoh experimen Ibn Haytham berkaitan fizik dan optik)

  39. Pertembungan Intelektual Islam dan Yunani • Berlaku di Mesir dan Palestin • Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) – 400 SM • Iskandariah di Mesir tumpuan cendiakawan • Iskandariah jatuh kepada Islam pada 641 Masehi (‘Amr bin Al-’As)

  40. Pertemuan Intelektual Islam dan Yunani • Iskandariah terus sebagai pusat ilmu dan perpustakaan • Iran, Iraq dan Syria • Islam menjaga dan mewaris tamadun awal khusus dalam segi ilmu • Penterjemahan pelbagai bahan oleh bukan Islam ke bahasa Arab /Al-Quran. • Tahanan / hamba menebus diri dengan mengajar ilmu.

  41. Tahap Pertemuan 1 • Zaman bani Umayyah (661-750 Masehi) • Dari bangsa yang dijajah • Sekitar ilmu Yunani (perubatan, astronomi, alkimia, falsafah) • Zaman Abbasiyah (Khalifah Ma’mun) meneruskan usaha terjemahan Yunani dan juga tamadun Hindi

  42. Tahap Pertemuan 1 • Khalifah al-Mansur mengundang cendiakawan Nasrani untuk berkhidmat di istana • Jurjis ibn Jibr’il ( Nasrani Nestoria) dilantik sebagai tabib istana • Harun al-Rashid (anak Ma’mun) 786-809 mendirikan perpustakaan awam • Al-Makmun (anak Harun al-Rashid) 813-833 menubuhkan Bait al-Hikmah

  43. Hunayn : Tokoh Penterjemah Awal • Terkenal sebagai penterjemah yang sangat cermat dan cekap • Terjemah buku Galen (perubatan, falsafah Plato), Aristotle. • Terjemahan langsung ke bahasa Arab (untuk falsafah) atau ke bahasa Syriac ( perubatan, astronomi) kemudian ke bahasa Arab. • Ketua kumpulan penterjemah di Bait al-Hikmah

  44. Teknologi Kertas, Dakwat dan Qalam • Kerja penterjemahan lebih mudah dengan teknologi membuat kertas dan dakwat • Dibawa dari Cina dari Samarkand (kilang mengeluar kertas di Timur) • Teknologi buat kertas Cina diserap dan diubahsuai • Teknologi dakwat dari Mesir • Kertas menolong membangun semangat iqra di kalangan orang Islam

  45. Tahap Terjemahan Tidak Pasif • Peranan aktif dalam penterjemahan oleh umat Islam • Kaedah terjemahan ( Syriac / Latin) sebelum Islam banyak silap / lemah • Tiada institusi terjemahan dan tiada sistem teratur seperti dalam zaman Khalifah. • Ketelitian dan komitmen ‘kebenaran’ dalam ilmu pengetahuan merupakan sumbangan budaya ilmu Islam yang penting.

  46. Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing • Al-Quran sebagai pengesah dan peringatan risalah kitab-kitab terdahulu • Iktiraf ilmu sains dari tamadun awal tidak bertentang dengan risalah al-Quran. • Tetapi sains purba juga terdedah kepada pencemaran dan kebatilan

  47. Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing • Al-Quran sebagai asas pembeza, penapis dan pengesah antara haq’ dan batil. • Sains –samada kaedah ataupun fakta – dari tamadun awal diambil atau diperbetul atau ditolak sama sekali menurut kriteria dan semangat al-Quran • Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing • Al-Quran bukan kitab sains (fizik, matematik atau biologi)

  48. Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing • Al-Quran sebagai asas pembeza, penapis dan pengesah antara haq’ dan batil. • Sains –samada kaedah ataupun fakta – dari tamadun awal diambil atau diperbetul atau ditolak sama sekali menurut kriteria dan semangat al-Quran

  49. Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing • Al-Quran bukan kitab sains (fizik, matematik atau biologi) walaupun ia mempunyai ayat-ayat yang boleh dikaitkan dengan bidang-bidang tersebut. • Kepentingan Al-Quran ialah memberi panduan asas, khusus dalam konteks kaedah • Mengasaskan metologi sains Islam yang mementingkan cerapan yang teliti, kaedah ulang kaji dan kesahan fakta.

  50. Peranan al-Quran dalam Penyerapan Sains Asing • Panduan al-Quran yang terpenting dalam sains ialah struktur dan asas metafizik sains • Aspek metafizik yang kerap berlaku penyelewengan • Metafizik merupakan aspek yang paling sukar hendak dikesan dan diperbetulkan berbanding dengan fakta impirikal • Hampir semua sains / falsafah tabii awal termasuk Yunani, Cina, Hindi, Parsi pada asasnya adalah dalam kerangka kesatuan tabii (tetapi telah berlaku penyelewengan).

More Related