170 likes | 382 Views
KERANA MANISNYA EPAL. TEMA DAN PERSOALAN. Tema Perjuangan mempertahankan hak warisan . Persoalan menghargai hak orang lain perpaduan atau integrasi sejagat tanpa mengira sempadan bangsa, agama dan budaya. kehidupan seorang tua yang hidup seorang diri setelah kematian isteri. PLOT.
E N D
TEMA DAN PERSOALAN Tema Perjuangan mempertahankan hak warisan. Persoalan menghargai hak orang lain perpaduan atau integrasi sejagat tanpa mengira sempadan bangsa, agama dan budaya. kehidupan seorang tua yang hidup seorang diri setelah kematian isteri.
PLOT Pengenalan Pembaca diperkenalkan dengan watak Buchanan yang mempunyai dua orang anak angkat; Mazlina dan Yvonne. Lima orang anak kandungnya pula menjauhkan diri kerana tidak suka akan usaha Buchanan menanam pokok epal. Perumitan konfliks Buchanan mendapat surat yang mengkhabarkan bahawa kebun epalnya akan dijadikan lapangan terbang tentera. Buchanan berasa amat sedih. Mazlina dan Yvonne pun turut bersedih dan susah hati melihat ayah angkat mereka tidak lalu makan dan minum.
Klimaks Suatu hari, semasa Buchanan tiada di rumah, orang-orang dari jabatan tanah bersama-sama dengan pegawai tentera datang untuk memusnahkan pokok-pokok epal di kebunnya. Yvonne dan Mazlina cuba untuk menghalang mereka. Pada ketika inilah Buchanan balik bersama-sama dengan Gabenor yang telah membatalkan arahan mengambil tanah tersebut. Pada peringkat ini, segala masalah yang dihadapi oleh Buchanan telah selesai. Peleraian Buchanan bersama-sama dengan Mazlina dan Yvonne berasa gembira kerana 200 jenis epal di kebun itu selamat.
TEKNIK PLOT Teknik dialog ”Setahu aku, kebun ini maruah keluarga.” ”Aku tak faham.” ”Kau pernah dengar puisi tentang ‘Golden Grimes’?” ”Aku hafal tu. Sebuah puisi zaman Raja Edward Ketujuh, bukan?” Teknik imbas kembali Ketika Buchanan duduk sendirian dan teringat akan kelima-lima orang anak kandungnya. Ketika Mazlina teringat semula pertama kali dia sampai di rumah Buchanan dan ditunjukkan 200 jenis pokok epal.
Teknik saspens Keadaan di mana pembaca tertanya-tanya sama ada kebun epal Buchanan dapat diselamatkan atau tidak. Teknik kejutan Berlaku apabila Buchanan balik bersama-sama dengan Gabenor yang meminta agar kebun epal itu dikekalkan setelah menikmati kemanisan epal di kebun itu.
WATAK & PERWATAKAN Buchanan Berusia 81 tahun dan telah kematian isteri 20 tahun yang lalu. Tinggal bersama dua orang anak angkatnya, sementara lima orang anak kandungnya tidak mempedulikannya lagi. Bekerja sebagai penanam epal di kebunnya sendiri. Hidupnya PENUH DENGAN RINTANGAN DAN DUGAAN. Anak-anaknya menjauhkan diri daripadanya dan ladang epalnya hendak dijadikan lapangan terbang. RAJIN. Buktinya, dia begitu rajin mengerjakan kebun epalnya yang ditanami 200 jenis epal.
6.AMANAH. Dia berusaha menunaikan wasiat isterinya supaya kebun epal itu dijaga dengan baik dan selamat. 7. BIJAKSANA. Hal ini terbukti apabila dia membawa salah satu epal yang manis daripada kebunnya supaya dapat dinikmati oleh Gabenor. Gabenor terpikat dengan kemanisan epal tersebut lalu membatalkan arahan pengambilalihan kebun apal itu. 8. BERWAWASAN & BERPANDANGAN JAUH. Dia berusaha mengekalkan kebun epal itu supaya kemanisan 200 jenis epal itu dapat dinikmati generasi akan datang.
Mazlina Gadis Melayu yang berusia 22 tahun. Anak Tan Sri Mansur dan menjadi anak angkat Buchanan ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Pelajar Malaysia yang menuntut dalam bidang Kesusasteraan Inggeris di Universiti Richmond. RAJIN. Dia menolong Buchanan memetik epal di kebun pada awal pagi. PERIANG. Mazlina suka ketawa ketika menceritakan sesuatu yang difikirnya lucu ; mengatakan Yvonne sibuk bersolek meskipun hanya untuk ke kebun epal. MUDAH BERSIMPATI. Dia turut mengalirkan airmata apabila melihat Buchanan bersedih kerana kebun epalnya akan diambil oleh pihak kerajaan.
Yvonne Nama penuhnya ialah Yvonne Zakharov Rosenblum, berasal dari Moscow, Rusia. Menuntut dalam bidang ekologi. Anak angkat Buchanan. Suka bersolek. BERANI. Dia cuba menghalang pekerja-pekerja jabatan tanah daripada memasuki kebun apal Buchanan.
Latar Tempat ~ Kebun epal Buchanan di Tsolum River Fruit Trees, British Columbia. ~ Rumah Buchanan. Latar Masa ~ Waktu pagi, masa sekarang. LATAR
Latar Masyarakat ~ Masyarakat di luar negara, iaitu di British Columbia. ~ Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa ; Inggeris, Melayu, dan Rusia. ~ Masyarakat yang bekerja sebagai pekebun epal dan pelajar. ~ Masyarakat yang mementingkan hak warisan. Buchanan bersungguh-sungguh menjaga kebun epalnya supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang. ~ Masyarakat yang suka akan perpaduan. Buchanan, Yvonne, dan Mazlina tinggal di sebuah rumah walaupun datang dari budaya, bangsa, dan agama yang brbeza. ~ Masyarakat penyayang.
GAYA BAHASA Penggunaan kata klasik ; nirmala. Penggunaan kata yang berasal daripada bahasa Ambon atau Menado ; lenso yang bermaksud sapu tangan. Penggunaan bahasa Inggeris ; fellow & jeans. Penggunaan peribahasa ; patah tongkat berjermang & berlanting menuju tampuk, berkata menuju benar. Penggunaan ayat-ayat pendek. ~ Pagi nirmala. ~ Mazlina bersyukur. ~ Mazlina ketawa kecil. ~ Terdekih-dekih.
6. Personifikasi. ~ Cahaya matahari segan silu menembusi awan lalu tersebar ke serata permukaan bumi. ~ Benaknya mendandan sejuta persoalan. 7. Metafora ; samudera hampa. 8. Sinkope @ penyingkatan kata. ~ Ketawa ditulis sebagai tawa.
NILAI Kasih sayang.Buchanan hidup dalam suasana penuh kasih sayang dengan dua orang anak angkatnya, Mazlina dan Yvonne. Simpati @ belas kasihan. Mazlina dan Yvonne berasa simpati kepada Buchanan kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak kandungnya dan kerana kebun epalnya hendak diambil oleh kerajaan pula. Keberanian. Yvonne dan Mazlina telah menghalang pasukan dari jabatan tanah dan tentera daripada memasuki kawasan kebun epal untuk menebang pokok-pokok epal.
Rajin. Mazlina membantu Buchanan memetik epal di kebun pada awal pagi. Saling menghormati. Buchanan, Mazlina, dan Yvonne hidup saling menghormati walaupun mereka datang dari latar bangsa, agama, dan budaya yang berbeza. Kegigihan @ kecekalan. Buchanan begitu gigih mengusahakan kebun epalnya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan hidup. Bijaksana. Buchanan membawa epal yang manis dari kebunnya dan tindakan ini berjaya mengubah pendirian Gabenor.
PENGAJARAN Hendaklah rajin melakukan sesuatu pekerjaan. Berusaha mengekalkan sesuatu yang dianggap sebagai warisan untuk generasi akan datang. Berusaha untuk menjalin persahabatan dengan semua orang tanpa mengira batasan agama, bangsa, atau budaya. Setiap anak mestilah menyayangi ibu bapa di samping membalas jasa mereka. Mestilah menaruh perasaan simpati kepada seseorang yang ditimpa kesusahan. Mestilah menepati janji atau amanah, lebih-lebih lagi jika amanah itu berupa wasiat seseorang yang telah meninggal dunia. Hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu usaha, barulah usaha itu akan berjaya.