130 likes | 1.18k Views
DEFINISI BAHASA. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat
E N D
DEFINISI BAHASA Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi
SIFAT BAHASA (manusia) bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear
bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk beribu-ribu perkataan dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh menggunakan bahasanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum atau selepasnya wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu ada vokal dan konsonan bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan
Fungsi Bahasa • Penghubung – interaksi jelas, luas, tanpa sempadan • Pernyataan perasaan – ekspresi dan luahan • Pernyataan fikiran – neurologi
Penyerapan Bahasa • Penjajahan – contoh penjajahan Inggeris di Australia dan New Zwaland • Perpindahan atau Migrasi Penutur – contoh ialah mencari pekerjaan (ada peluang) dan peperangan • Perdagangan – orang Arab dan China yang berdagang di Melaka • PenyebaranAgama – orang Arab yang datang ke Melaka menyebarkan Islam menerusi sistem kepercayaan dan budaya • Perkahwinan – pekerja asing berkahwin dengan wanita tempatan • Perkembangan ICT – globalisasi atau dunia tanpa sempadan • Difusi - peranan media massa
Aspek Bahasa • Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa – fonem, ejaan • Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara pembinaan perkataan – morfem bebas seperti rumah adalah terkecil atau morfem terikat seperti berumah • Sintaksis ialah bidang yang mengkaji binaan ayat – susunan kata, frasa dan klausa untuk dijadikan ayat
Ilmu Makna • Semantik ialah bidang yang mengkaji makna – makna sebenar • Pragmatik ialah komponen dalam semantik yang mengkaji makna secara lebih luas
Ilmu Bahasa • Sosiolinguistik ialah disiplin ilmu yang mengkaji bahasa sebagai yang digunakan dalam masyarakat • Psikolinguistik ialah disiplin ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia
Perancangan Bahasa • Perancangan bahasa bermaksud usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju. • Badan perancang bahasa ialah DBP (1956). • Proses perancangan bahasa menerusi tiga peringkat, iaitu dasar (susun strategi dan adakan kegiatan perancangan bahasa), pelaksanaan dan penilaian.
DASAR – kumpul data dan susun strategi untuk melancarkan kegiatan perancangan bahasa • PELAKSANAAN – pengekodan dan pemupukan • PENILAIAN – tinjau kembali kesan aktiviti perancangan untuk perancangan seterusnya dan membaiki kelemahan
Pengekodan i. Pengekodan ialah proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, makna dan sebutan. ii. Pengekodan berhubung dengan aspek ejaan, perkamusan dan tatabahasa. - ejaan (sistem ejaan menerusi MABBIM) • perkamusan seperti Kamus Dewan; usaha sekarang ialah menghasilkan kamus ilmiah iii.Tatabahasa adalah dengan pembentukan perkataan dan istilah baharu, pinjam morfem asing dan penambahbaikan struktur pasif iv.Pemupukan bererti menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain seperti pemupukan istilah teknikal
Masa Hadapan Bahasa • hadapi saingan sengit daripada bahasa-bahasa lain • bahasa global • bahasa ilmu • kedaulatan