350 likes | 596 Views
LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN HHHC9101 SET 20, SEM 2, SESI 2013/2014 PENSYARAH : NOR ATIKA BINTI MD ASHAR NAMA : NANTHINA A/P PUNNIASEELAN NO MATRIK : A144387 FAKULTI : FAKULTI FARMASI. PENGENALAN
E N D
LAPORAN AKTIVITI KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN HHHC9101 SET 20, SEM 2, SESI 2013/2014 PENSYARAH : NOR ATIKA BINTI MD ASHAR NAMA : NANTHINA A/P PUNNIASEELAN NO MATRIK : A144387 FAKULTI : FAKULTI FARMASI
PENGENALAN Di bawah program mega Gema Amal Insan yang dijalankan oleh pelajar Tahun 1 Fakulti Farmasi, terdapat tiga subprogram yang telah berjaya dilaksanakan untuk mengutip dana bagi Rumah Kebajikan Nurul Hasanah. Tiga subprogram tersebut ialah: Run To GAIN Malam Citra Seni Khidmat Masyarakat
Tarikh: 1 Mac 2014 Tempat: Taman Tasik Titiwangsa dan juga di Kolej Tun Syed Nasir,UKM. Tujuan: Untuk mengutip dana melalui yuran penyertaan larian yang akan didermakan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah serta membolehkan peserta yang terlibat untuk berlari untuk tujuan yang mulia. Perincian:Program Run To Gain telah disertai oleh lebih 100 orang termasuk kanak-kanak dan peserta veteran. Larian ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu peserta lelaki, peserta wanita, kanak-kanak dan ahli veteran yang berusia 50 dan ke atas. Tugas: Saya telah bertugas di checkpoint 1 pada hari kejadian. Saya telah mengedarkan getah dan memberitahu para peserta berapa lagi pusingan yang mereka perlu selesaikan.
Malam Citra Seni Tarikh:22 Mac 2014 Tempat:Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir Masa:8.00 malam Tujuan: Malam Citra Seni merupakan satu malam kebudayaan yang mempamerkan pelbagai jenis budaya rakyat Malaysia, memaparkan konsep 1Malaysia dan memupuk hubungan silahturahim antara pelajar berbilang kaum. Kutipan wang daripada jualan tiket Malam Citra Seni telah disalurkan kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah. Perincian: Program ini disertai pelajar dari Kampus Induk UKM Bangi dan pelajar UKM KL sebagai para peserta persembahan. Program ini juga disertai oleh pelajar UKM dan orang awam sebagai penonton kerana jualan tiket yang sebanyak RM2 dibuat secara skala besar di dalam dan di luar kampus. Tugas: Saya sebagai ahli organisasi sub-program ini yang memegang jawatan sebagai Exco Program telah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjayakan program ini. Saya juga telah membuat persembahan tarian India pada malam tersebut sebagai wakil daripada Kelab Kebudayaan Kolej Tun Syed Nasir.
Khidmat Masyarakat • Program Khidmat Masyarakat telah diadakan pada 23 Mac 2014 di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang. • Seramai 25 kanak-kanak di rumah tersebut berserta dengan 35 orang ahli organisasi telah meluangkan sehari bersama-sama. • Pelbagai jenis aktiviti telah diadakan, antaranya termasuk sukan rakyat, mini explorace serta sesi kreativiti membuat penanda buku.
Bahan Promosi • Risalah (FLYER)
Logo Gema Amal Insan • Tiket program
Gambar 1: Saya dan ahli exco yang lain sedang bersiap sedia untuk mengedarkan pakaian peserta.
Gambar 2: Saya bersama ahli jawatankuasa yang lain yang ditugaskan di checkpoint 1.
Gambar 4: Saya sedang menyusun semula kerusi ke dalam bilik stor selepas program Run To Gain.
Gambar 5: Saya sedang membantu membuat perhiasan backdrop pentas.
Gambar 6: Saya sedang mendengar taklimat daripada pengurus pentas sebelum raptai penuh pada hari kejadian.
Gambar 7: Saya bersama ahli kumpulan tarian India saya dan ahli orkestra caklempong.
Gambar 8: Saya sedang mebuka tampalan hiasan pada cermin dewan selepas program tamat.
Gambar 9: Ahli organisasi GAIN sedang membawa barang-barang ke rumah kebajikan Nurul Hasanah .
Gambar 10: Kanak-kanak sedang membuat aktiviti bersama ahli organisasi GAIN.
Gambar 11: Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti.
Sebagai exco program Malam Citra Seni saya telah mempelajari: