170 likes | 1.07k Views
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA. Nur Aziema Bt Mohamad Azmin 5 Ummu Habibah. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembentukan negara bangsa Eropah . (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.67-71).
E N D
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Nur Aziema Bt Mohamad Azmin 5 Ummu Habibah
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembentukan negara bangsa Eropah.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.67-71)
Huraikan usaha-usaha pembentukan negara bangsa Itali pada abad ke-19.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68)
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan real politik?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68) • Amalan mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik. • Cara yang biasa digunakan ialah tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan.
Senaraikan negara bangsa baru yang muncul di Eropah hasil Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68) • Czechoslovakia • Estonia • Finland • Latvia • Lithuania • Poland • Yugoslavia
Sebutkan amalan real politik dan”politik darah dan besi” yang digunakan oleh Otto von Bismarck untuk menyatukan negara Jerman.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.69) • Tipu helah • Pemalsuan dokumen • Provokasi • Penipuan • Ugutan • Isu membenci kuasa asing
Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsadi Eropah?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71) • Pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi. • Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam. • Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam. • Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah. • Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi,musyawarah dan permuafakatan. • Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.
Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan mengikut sistem politik masyarakat Melayu tradisional?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms 65) • Sesebuah kerajaan bererti negeri dengan segala jajahan takluknya. • Kemunculan kerajaan disebabkan adanya raja. • Negeri bererti kawasan. • Sempadan kerajaan ditentukan melalui kesetiaan rakyat terhadap raja. • Kerajaan yang kuat akan menakluk/menaungi kerajaan yang lemah.
Nyatakan ciri-ciri bangsa Malaysia.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66-67) • Sekumpulan manusia yang menjadi warganegara Malaysia. • Bangsa Malaysia lahir apabila terbentuknya negara Malaysia. • Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. • Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan,pengamalan kebudayaan dan Rukun Negara.
Apakah perubahan yang berlaku terhadap konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66) • Setiap kerajaan Melayu dirujuk sebagai negeri. • British menetapkan sempadan bagi setiap negeri. • Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri. • Malayan Union diperkenalkan untuk membina negara dan bangsa yang moden. • Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. • Kemerdekaan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara. • Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia.
Berikan alasan yang menunjukkan bahawa pembentukan negara Malaysia adalah sesuatu yang unik.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71) • Dibentuk kerana kebijaksanaan pemimpin. • Tidak melibatkan pertumpahan darah. • Kemerdekaan dicapai melalui rundingan. • Melalui proses pakatan murni dan tolak ansur antara kaum.
Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh dalam Kesultanan Melayu Melaka?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.75) • Kawasan tempat tinggal rakyat. • Sempadannya diterima umum. • Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.
Nyatakan keadaan-keadaan yang menunjukkan kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka.(Ruj:Buku Teks Tingkatan Lima ms.76) • Mempunyai hak mutlak terhadap rakyat. • Kekuasaan yang dimiliki oleh negara dan perintah. • Pemerintah boleh menggunakan kuasa untuk menggubal undang-undang. • Pemerintah boleh menguatkuasakan undang-undang. • Kekuasaan itu tidak boleh dihadkan oleh mana –mana pihak. • Bebas daripada campurtangan kuasa asing. • Raja mempunyai kuasa memerintah.
Berikan alat-alat yang menjadi lambang kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 76) • Alat regalia. • Nobat. • Warna. • Bahasa. • Undang-undang. • Protokol. • Adat istiadat istana.
Apakah tanda ketaatan rakyat kepada raja yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.78) • Bersedia mempertahankan negara. • Menghadiri adat istiadat kerajaan. • Mengadakan gotong-royong. • Kerahan tenaga.
Apakah persamaan kandungan antara Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911?(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82 dan 84-85)
Huraikan perkembangan Sistem Jemaah Menteri yang dilaksanakan di Kelantan pada abad ke-19.(Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82-84)