120 likes | 364 Views
HNS 2013 KENEGARAAN UNIT 2: TAMADUN MELAYU. TAMADUN MELAYU. Di akhir unit ini, anda diharap dapat : Memahami konsep Tamadun Melayu. Menjelaskan asal usul Tamadun Melayu. Melihat aspek kegemilangan dan kekuatan Tamadun Melayu.
E N D
HNS 2013 KENEGARAAN UNIT 2: TAMADUN MELAYU
TAMADUN MELAYU Di akhir unit ini, anda diharap dapat: Memahami konsep Tamadun Melayu. Menjelaskan asal usul Tamadun Melayu. Melihat aspek kegemilangan dan kekuatan Tamadun Melayu. Menganalisis sumbangan Tamadun Melayu kepada pembinaan negara Malaysia.
PENGENALAN Kemunculan masyarakat Melayu yang kompleks boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah wujud susunan masyarakat yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, pedagang-pedagang, petani-petani dan hamba. Hasil daripada interaksi dengan pedagang-pedagang asing yang datang daripada tamadun China dan India khususnya, tamadun Melayu turut berkembang. Perkembangannya secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu yang berpusat di negara-negara kota menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan kebudayaan.
Asas Pembentukan Tamadun Melayu Hakimi 2006; Bellwood 1997 - Perkembangan kebudayaan dan masyarakat Melayu, telah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu. sarjana-sarjana tempatan (seperti Nik Hassan Suhaimi 1993) menolak pendapat tersebut dan mengatakan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu), kawasan Asia Tenggara ini merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, dan juga Pulau Borneo. Tapak pra-sejarah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak Paleolitik Kota Tampan, kita mendapati bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 12,000 tahun dahulu.
Proses Perkembangan Tamadun Melayu 3 Peringkat Utama:
Perubahan cara hidup nomad kepada menetap, Susunan masyarakat yang kompleks - teknologi pertanian yang dapat menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun. Interaksi dengan lain-lain tamadun memantapkan - nilai, teknologi, kebudayaan, ekonomi tamadun Melayu. Pengaruh hindu - Seni-seni bina seperti kraton dan kuil-kuil. Bahasa Melayu - proses transformasi (bahasa Sanskrit dan tulisan Pallava). Penghasilan makanan yang berlebihan - masyarakat untuk bebas melakukan pekerjaan-pekerjaan lain. Sistem pertukaran barang mereka boleh mendapatkan makanan. Pengkhususan kerja - menjual perkhidmatan seperti menjadi tentera, guru, pelukis dan sebagainya. Peluang pekerjaan - bandar atau di negara kota (Srivijaya, Pasai, Majapahit dan Melaka) - migrasi penduduk desa ke negara-negara kota terdekat.
Lembah Bujang Boleh Dibahagikan Kepada Tiga Bahagian: Terletak di kawasan tanaman sawah padi yang luas. Majoriti orang Melayu di kawasan itu bekerja sebagai petani. Mereka membekalkan makanan kepada kawasan bandar dan pusat pemerintahan. Menjadi bandar pelabuhan utama di kawasan utara Tanah Melayu. Kapal layar dari India berlabuh di Lembah Bujang bagi memunggah barang dagangan, dapatkan bekalan makanan dan lain-lain keperluan untuk meneruskan pelayaran ke selatan ataupun pulang ke India. Terletak di puncak bukit yang memandang ke arah kawasan pertanian dan laut Selat Melaka. Runtuhan kuil Hindu-Buddha di kawasan tersebut menggambarkan pengaruhi Hindu-Buddha amat kuat pada masa itu.
Bukti-Bukti Ketamadunan Kerajaan Melayu Awal Tamadun-tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya dibentuk oleh orang-orang Melayu (sila lihat Braddell 1935; Coedes1968; Quaritch Wales 1957; Wheatley 1980; MohdTaibOsman dan Aziz Deraman (selenggara) 2000). Manakala masyarakat-masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, lebih tertumpu ke kawasan pedalaman Asia Tenggara. Tamadun-tamadun awal yang wujud pada ketika itu mengalami proses ”pengindiaan dan penghinduan”.
Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu 3 Teori Kedatangan Islam:
Sekian, terima kasih.