1 / 22

ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (MUAMALAT)

Muamalat. ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (MUAMALAT). JUAL BELI

byrd
Download Presentation

ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (MUAMALAT)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Muamalat ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (MUAMALAT)

  2. JUAL BELI Allah telah mensyariatkan jual beli untuk kemudahan umat manusia di mana manusia memerlukan makanan, pakaian dan sebagainya untuk kebahagian dan kesejahteraan mereka. Untuk menjaga kestabilan dan kesejahteraan ini maka Allah telah mensyariatkan hukum jual beli supaya ianya terjamin keadilan tanpa adanya penipuan, paksaan dan eksploitasi. bahasa : pertukaran Istilah : jual beli adalah pertukaran suatu harta dengan suatu harta yang lain secara redha @ memindahkan hak milik dengan mendatangkan gantian mengikut cara-cara yang dipersetujui. Dalil pengharusan jual beli Firman Allah : Rukun jual beli Sighah (ijab dan Qabul) Pihak yang berakad (penjual dan pembeli) Barangan

  3. Syarat ijab dan qabul Hendaklah kedua-dua lafaz ijab dan qabul saling berhubungan dan berlaku dalam majlis akad tanpa diselangi oleh unsur lain. Hendaklah bersamaan antara ijab dan qabul kepada suatu barangan yang dipersetujui oleh mereka. Hendaklah dilakukan dengan menggunakan lafaz yang menunjukkan berlakunya jualbeli. "Aku Jual — Aku beli" Syarat bagi pihak yang berakad Akil baligh Waras Bebas dari sebarang paksaan Syarat barangan Barangan tersebut hendaklah bersih pada tanggapan syarak Barangan tersebut hendaklah sesuatu yang boleh memberikan manfaat barangan tersebut hendaklah milik kepada pihak yang berakad Mampu untuk menyerahkan barangan tersebut pada masa yang ditetapkan Hendaklah barangan itu wujud dan diketahui jenis dan bentuknya.

  4. Hikmah jual beli • Fitrah manusia saling memerlukan kepada orang lain bertukar kepentingan dan keperluan hidup seharian. • Dapat menghindarkan perbuatan yang boleh menjejaskan kestabilan perhubungan manusia seperti merampas, menipu dan sebagainya. • Memberikan kepada manusia memilih jalan yang halal dan telus dalam urusan mereka. • Mengeratkan perhubungan dan kepentingan antara masyarakat manusia. • Mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Jenis-jenis akad jual beli • Jual Salam • Jual Istisna' • Murabahah • Mudarabah • Jual dengan harga bertangguh dll.

  5. Akad Salam Akad Salam • Salam pada bahasa : serah/hutang • Istilah : salam ialah akad ke atas suatu barangan secara bertangguh dengan dinyatakan sifat-sifatnya yang tertentu dan menjadi obligasi kepada pihak yang berakad di mana harga/bayarannya hendaklah diserahkan tunai dalam majlis aqad. • Ibn Abidin : Salam ialah menjual sesuatu barangan secara bertangguh/tempahan dengan menyerahkan harga secara tunai dalam majlis akad tersebut. Dalil Keharusan Salam • Berdasarkan kepada firman Allah : • Hadis Rasulullah : Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dalam Fath al-Bari /4/428. Sabda Rasulullah s.a.w : " Barangsiapa yang melakukan salaf/salam maka ia hendaklah terlebih dahulu menentukan sukatan yang tertentu, timbangan yang tertentu kepada suatu masa tangguh yang tertentu".

  6. Akad Salam Rukun jual salam • Pada umumnya rukun jual salam adalah sama dengan rukun dalam akad jualbeli di mana ianya mestilah mengandungi perkara berikut : • Sighah (ijab dan Qabul) • Pihak yang berakad (penjual dan pembeli) • Barangan • Walaubagaimanapun di sana terdapat syarat-syarat khusus berkaitan dengan jual salam sahaja. Ia sama ada berkaitan dengan sighah akad salam atau harga dan modal. Syarat pada sighah • Lafaznya hendaklah menggunakan lafaz/perkataan salam atau jualbeli. • Contoh : "Aku jual kepada engkau kain ini dengan harga RM80.00 pada tempoh 3 bulan dari sekarang". Di samping itu ia juga menyebut sifat-sifat kain, jenis, ukuran, saiz dsb.. Maka jualbeli itu adalah sah. • Hendaklah tidak mensyaratkan khiyar/option dalam akad jualbeli salam kerana ia menyalahi kewajaran akad itu sendiri.

  7. Akad Salam Syarat pada barangan • Barangan/s.matter tersebut hendaklah dari barangan yang berasaskan kepada sifatnya di mana ia boleh berubah nilainya apabila berlaku perbezaan pada sifat-sifatnya seperti besi, kaca, minyak, kain sutera dsb. • Barangan itu hendaklah diketahui kadarannya melalui ukuran, sukatan, timbangan atau bilangan berdasarkan kepada hadis nabi di atas. • Barangan tersebut juga hendaklah diserahkan secara bertangguh pada tempoh yang ditetapkan. • Barangan tersebut hendaklah wujud dan mampu diserahkan pada tempoh yang telah ditetapkan. Syarat pada harga • Hendaklah melakukan penyerahan harga secara tunai dalam majlis akad.

  8. Akad Salam Tujuan jual salam • Memberi kemudahan kepada peniaga untuk mengumpulkan modal serta memperkembangkan perniagaan mereka. • Pembeli akan mendapat kepuasan kerana mereka mendapat barangan tempahan mengikut sifat atau ciri yang telah mereka nyatakan/boleh menjadi aset/saham dalam syarikat perniagaan. • Satu proses ke arah perlaksanaan e-dagang dan mengikut perkembangan semasa. (tempahan melalui internet). • Syariat islamiyyah mendasari institusi perniagaan yang adil dan telus. Isu-isu • Menjual barangan sebelum menerimanya terlebih dahulu kepada selain daripada penjual. • Aplikasi kontemporari dalam sistem muamalat di Malaysia.

  9. Bahasa : menempah buat sesuatu daripada pembuat atau mereka yang mahir dalam sesuatu kerja pembuatan. • Istilah : akad ke atas sesuatu barangan dalam tanggungan (hutang/ tanggungjawab) yang dituntut/minta buat menurut spesifikasi • yang tertentu. • Meminta buat sesuatu barangan yang khusus daripada kilang/pembuat dengan menentukan harganya. • Syarat akad Istisna‘ • Harga barangan yang ditempah buat hendaklah diketahui atau ditentukan • terlebih dahulu di antara pihak yang berakad (bayar dahulu, bertangguh atau sebagainya menurut persetujuan antara mereka). • Sifat barangan yang ditempah hendaklah jelas dan nyata kepada pihak • yang berakad (di atas asas inilah maka pembuat/kilang menerima tempahan tersebut). • Menentukan tempoh masa Istisna'. • Pihak kilang/pembuat bertanggungjawab menyediakan barangan serta kerja-kerja menyiapkannya.

  10. Rukun akad Istisna' • Pembuat tempahan (al-Mustasni') • Pembuat/kilang (as-Sani') • Barangan • Harga sebagai bayaran kepada barangan tempahan yang telah siap. • (merangkumi harga barangan dan upah kerja pembuatan). • Hukum akad istisna' : Harus • Faedah daripada keharusan Al-Istisna' • Menggalakkan pengusaha-pengusaha kecil ke arah mempertingkatkan • keluaran seterusnya dapat memperkembangkan perniagaan mereka. • Pembeli dapat melunaskan bayarannya secara ansuran. • Mewujudkan semangat bertanggungjawab dan amanah di kalangan umat • manusia. • Pembeli dapat memiliki barangan dengan lebih cepat walaupun tanpa • modal yang mencukupi.

  11. Mudharabah Akad Mudharabah adalah merupakan suatu instrumen pelaburan dalam sistem ekonomi Islam. Ia mampu untuk menangani dan berfungsi dengan baiknya sejajar dengan tuntutan ekonomi masa kini. Definisi Bahasa : Bertebaran di atas mukabumi @ keluar bermusafir melakukan perniagaan untuk mendapatkan harta dan rezeki yang halal. Sebagaimana Firman Allah : Istilah : Suatu akad yang berlaku antara dua pihak di mana salah seorang daripada mereka memberikan wang tunai/modal kepada satu pihak yang lain untuk diniagakan dan keuntungan adalah dibahagi dua mengikut persetujuan yang telah dilakukan oleh mereka.

  12. Proses Kitaran Mudharabah Oleh itu mudharabah adalah suatu perkongsian antara pemilik harta dan pekerja/agen yang memang mempunyai kepakaran dalam bidang kerja yang diceburi. Maka pemodal akan menyediakan modal dan pihak kedua menyediakan pengalaman dan kerja. Mereka akan membahagikan keuntungan dengan nisbah yang jelas/telus sebagaimana yang telah mereka persetujui. Sekiranya berlaku kerugian maka ia adalah tanggungan pada pihak pemodal dan pekerja rugi dari sudut masa dan kerjanya. Skop Mudharabah merangkumi seluruh aspek kegiatan ekonomi dan bukannya terhad kepada aspek perniagaan semata-mata tetapi melibatkan setiap perkongsian dalam sebarang bentuk kegiatan pelaburan sama ada dalam pertanian, perkilangan, perkhidmatan dll.

  13. Hukum Mudharabah • Mencari rezeki.yang halal adalah digalakkan oleh Islam. Maka Mudharabah adalah satu instrumen pelaburan yang telah dikenalpasti keharusannya oleh Islam. Sebagaimana firman Allah : • Dan hadith Rasulullah s.a.w : • Rukun Mudharabah • Pemodal/pemilik harta (Sahib al-Mal) • Pengusaha/pekerja (Mudharib) • Harta/modal (al-Mal) • Bidang kerja (al-Amal) • Sighah/akad • Untung (al-Ribh)

  14. Syarat Pemodal/pemilik harta • Ahliyyah • Aqil • Waras • Pemodal tidak boleh terlibat dalam kerja pelaburan bersama • pengusaha. • Syarat Pekerja/Mudharib • Ahliyyah • Bertanggungjawab penuh terhadap pelaburan harta. • Tidak boleh menyerahkan kepada orang lain. • Syarat Modal (Ra's al-Mal) • Modal dalam bentuk wang tunai atau barangan/nilai. • Diketahui dengan jelas nilai dan jumlahnya. • Boleh dicampurkan dengan harta lain.

  15. Syarat Pekerjaan • Hendaklah bebas daripada sebarang kongkongan. • Bidang pekerjaan yang diharuskan. • Menentukan tempoh masa sejajar dengan jenis perniagaan/pekerjaan. • Syarat Akad • Ijab dan Qabul. • Tidak ada syarat yang menghalang kebebasan pengusaha. • Tidak ditentukan tempoh waktu. (hanafi tentukan) • Syarat Keuntungan • Keuntungan adalah dibahagikan antara pengusaha dan pemodal sahaja. • Hendaklah terlebih dahulu menentukan kadar/nisbah tertentu terhadap pembahagian keuntungan antara mereka. • Keuntungan yang dibahagikan adalah selepas untung bersih.

  16. Invalidity of Mudharabah • Apabila tidak menepati syarat sah mudharabah. Maka pada ketika ini pengusaha mendapat upah shj dan pemodal mendapat keuntungannya. • Apabila pengusaha telah melakukan kecuaian. Maka pengusaha hendaklah membayar ganti rugi. • Mati salah seorang daripada mereka. Maka pada ketika ini mereka tidak lagi berhak untuk melaburkan harta tersebut kecuali setelah mendapat kebenaran warisnya. • Salah seorang ingin menamatkan aqad.

  17. MURABAHAH Definisi Bahasa : Adalah nama terbitan daripada kata kerja "al-ribh" memberi makna pertambahan dan berkembang dalam perniagaan. Seperti kata : aku jual suatu barang secara murabahah di mana pada setiap 10 ringgit, 1 ringgit. Istilah : Menjual suatu barangan dengan harga semasa dengan suatu keuntungan yang tertentu dimaklumi @ menjual sesuatu barangan dengan harga modal dan keuntungan yang dimaklumkan. (mark up price) Contoh : Penjual memberitahu kepada pembeli harga sebenar/asal barangan yang dibelinya itu dan kemudiannya ia meletakkan keuntungan yang tertentu ke atas barangan tersebut kepada pembeli.

  18. Hukum Murabahah Akad Murabahah adalah salah satu daripada gambaran jualbeli seperti yang telah kita nyatakan terdahulu. Ia adalah harus berdasarkan firman Allah : Syarat jualbeli Murabahah Murabahah adalah terlaksana apabila memenuhi syarat dan ciri akad jual beli di mana sesuatu barangan itu hendaklah tergolong dalam kategori harta dan dimiliki oleh penjual, atau di beri kebenaran kepadanya untuk menjual, tertentu dan mampu diserahkan, hendaklah hargnya tertentu di samping syarat kapasiti pihak yang berakad.

  19. Walaubagaimanapun bagi Murabahah ia juga mempunyai syarat-syarat yang khusus : •  Perkara yang dijual hendaklah dari suatu barangan. Maka tidak sah • jual wang secara murabahah. • harga hendaklah sama/seumpama sama ada matawang, sukatan, timbangan atau bilangan. • Harga barangan hendaklah tertentu/diketahui. • Keuntungan hendaklah diketahui oleh kedua pihak yang berakad. • Memberi keterangan terhadap kos perbelanjaan ke atas barangan/menentukan kos yang sepatutnya ditanggung oleh pembeli.

  20. Isu-isu Dalam konsep jual Murabahah pihak bank adalah berfungsi sebagai entiti perniagaan biasa iaitu terlibat dalam urusan jual beli barangan. Oleh yang demikian sekiranya berlaku perselisihan pada kedua pihak yang berakad kerana terdapatnya penipuan dalam menyatakan harga maka pembeli berhak sama ada untuk memulangkan balik barangan atau terus memilikinya. Jika berlaku kesalahan yang tidak disengajakan dalam menyatakan harga barangan atau kosnya maka penjual berhak untuk menyatakan harga yang sebenar dan pada ketika itu pembeli berhak sama ada untuk meneruskan atau membatalkannya.

  21. Jenis-jenis akad Murabahah. 1. Tawar menawar (al-Muasawamah) iaitu pihak pembeli dan penjual saling melakukan tawar menawar terhadap untung yang diterima oleh penjual, seperti setiap 3 mesin yang dibeli diberi untung 1000 atau lebih kurang. Ia adalah jenis yang terbaik dalam konteks aqad Murabahah. 2. Penjual menjual barangannya dengan menentukan keuntungan yang tertentu ke atas harga keseluruhan barangan. Seperti menjual sesuatu barangan dengan harga modal di samping 10% keuntungan. 3. Bai' Murabahah lil Amir bi al-Shira. (jual Murabahah dengan sebab permintaan untuk beli). Iaitu seseorang individu tertentu atau pembeli meminta daripada seseorang yang lain supaya membelikannya barangan yang tertentu dengan dinyatakan sifat-sifat dan ciri-ciri yang tertentu dengan janji bahawa ia akan membeli barangan tersebut denagn memberikan keuntungan, sama ada secara nisbah atau untung yang telah mereka persetujui. Kemudian ia akan membayarnya sama ada secara sekaligus atau ansuran mengikut kemampuan pembeli.

  22. Tujuan akad Murabahah Pemilik modal mampu untuk menggerakkan modalnya dan mendapat keuntungan dengan melibatkan diri secara aktif bertindak sebagai orang tengah dan membeli barangan yang diperlukan dan kemudiaannya menjual dengan murabahah. Pembeli mampu memiliki barangan yang dikehendaki walaupun tidak memiliki modal yang besar melalui konsep al-Amir Bi al-Shira' kerana bayarannya mengikut kemampuan pihak pembeli secara berperingkat sebagaimana yang mereka persetujui. Pemodal akan mendapat keuntungan hasil daripada perniagaan yang dilakukannya. * Pembiayaan dalam urusan eksport import/sebagai orang tengah.

More Related