1 / 40

BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA

BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA. OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami erti jentera pentadbiran kerajaan di negara ini.

paley
Download Presentation

BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 9 JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI MALAYSIA

  2. OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami erti jentera pentadbiran kerajaan di negara ini. 2. Menghuraikan kewujudan dan keperluan jentera pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri. 3. Mengenali dan menghayati prosedur jentera pentadbiran kerajaan yang ada.

  3. PENGENALAN • Ciri utama wujudnya sesebuah negara. • Satu lambang kepada negara Malaysia yang merdeka. • Tanda diuruskan oleh rakyat negara ini sendiri. • Memelihara keamanan serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi demi kepentingan rakyat. • Pentadbir awam merupakan jentera utama kepada kelancaran pembangunan negara. • Bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran harian. • Terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar awam. • Kekalwalaupunbertukarpemerintahmelaluipilihanraya.

  4. JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN • Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara. • Organisasi tertinggi yang menjalankan Kuasa Eksekutif ialah Kabinet atau Jemaah Menteri. • Segala dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh pegawai-pegawai awam yang berkhidmat dalam organisasi-organisasi kerajaan yang berkaitan. • a) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti Majlis Tanah Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya, dan

  5. (b) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa atau budi bicara kerajaan dan pihak pentadbiran seperti Kementerian, jabatan dan Perbadanan-Perbadanan Awam.

  6. Kabinet • Merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan dan ini dilakukan di atas nama Yang Di Pertuan Agong (YDPA). • Dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan majoriti di dalam Dewan Rakyat. • Diketuai oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Perdana Menteri.

  7. Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada salah seorang ahli Dewan Rakyat dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan tersebut. • Perdana Menteri bertanggungjawab untuk memaklumkan dan menjelaskan kepada Yang Di Pertuan Agong tentang pentadbiran negara. • Tugas utama Perdana Menteri ialah mempengerusikan kabinet serta mengetuai kerajaan dalam hal-hal berkaitan dasar negara.

  8. Dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. • Dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. • Bertanggungjawab secara kolektif ke atas setiap keputusan dasar yang dibuat oleh kabinet. • Lazimnya kabinet bermesyuarat sekali seminggu • Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN).

  9. Organisasi Kerajaan yang Ditubuhkan Atas Budi Bicara • Organisasi-organisasi ini dibentuk atas budi bicara kerajaan bagi membantu melicinkan lagi kelancaran pentadbiran. Kementerian • Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

  10. (a) Jabatan Perdana Menteri • Diketuai oleh Perdana Menteri • Dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri utama dan Timbalan-timbalan Menteri yang khusus bagi Jabatan Perdana Menteri. • Kementerian yang amat penting. • Sebagai perancang, perumus dan penyelaras segala dasar negara • Menentukan kelancaran pelaksanaan dasar-dasar oleh kementerian-kementerian • Terdapat berbagai unit, bahagian atau jabatan tertentu dibawahnya (i) Unit Perancangan Ekonomi Negara (EPU) (ii) SERU – Sosio-Economy Research Unit (iii) MAMPU – Manpower Administration & Modernisation Planning Unit (iv) JAKIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  11. (b) Kementerian-Kementerian • Khusus untuk sektor-sektor penting di dalam negara. • Diketuai oleh seorang menteri • bertanggungjawab di dalam melaksanakan bidang kuasa yang disebut Portfolio. • Bertanggungjawab menggubal dasar, merancang program dan melaksanakannya di bawah arahan polisi seorang menteri. • Struktur organisasi • ibu pejabat kementerian, jabatan dan perbadanan di bawah kawalannya.

  12. Pegawai Tadbir Utama • Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan dari Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). • Menteri yang memegang portfolio • dibantu oleh seorang atau kadang kala dua orang Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen. • Setiausaha Parlimen dilantik Perdana Menteri daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara

  13. Jabatan • Agensi pentadbiran kerajaan di bawah tanggungjawab sesebuah kementerian. • Melaksanakan • perkara-perkara dan dasar-dasar seperti yang ditetapkan oleh kerajaan melalui kementerian masing-masing. • Kebanyakannya mempunyai ibu pejabat di peringkat kementerian dan cawangan-cawangan di peringkat negeri. • Gelaran ketua jabatan berbeza-beza menurut tugas masing-masing • Ketua Polis Negara (KPN). • Pengarah Negeri dan pegawai daerah

  14. Perbadanan Awam • Membantu kelancaran pentadbiran kerajaan dengan diberikan sedikit autonomi atau kuasa ke atas beberapa perkara. • Diperbadankan melalui undang-undang atau di bawah Akta Syarikat. • Terdapat dua jenis Perbadanan Awam iaitu (a) Badan-badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dan Enakmen Dewan Undangan Negeri. • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

  15. (b)Badan Tidak Berkanun ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965. Taraf badan ini sama seperti sebuah syarikat sektor swasta dan bergerak secara bebas di dalam kegiatan ekonomi. Apa yang berbeza dengan sektor swasta ialah ekuitinya dimiliki sama ada sebahagian atau semuanya oleh kerajaan seperti MAS, PERNAS, BBMB dan MISC.

  16. Organisasi di Bawah Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia • Dua organisasi penting yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia • Suruhanjaya dan Majlis. (a) Suruhanjaya • Dua jenis suruhanjaya yang tetap dalam Kerajaan Persekutuan • Suruhanjaya Pilihan Raya, dan Suruhanjaya Perkhidmatan.

  17. Kerajaan juga boleh menubuhkan Suruhanjaya Khas • Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah memperuntukkan penubuhan tiga suruhanjaya • (i) Suruhanjaya Pilihan Raya • (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan • (iii) Suruhanjaya Khas untuk tujuan tertentu • Suruhanjaya Perkhidmatan • untuk memberi layanan yang adil kepada semua anggota perkhidmatan dari segi pelantikan, kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib.

  18. Terdapat lima Suruhanjaya Perkhidmatan • (i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam • (ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pasukan Polis • (iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan • (iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan • (v) Majlis Angkatan Tentera • Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah berunding dengan majlis Raja-Raja.

  19. Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. • Ahli-ahli Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan kerana sebab-sebab tertentu dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri.

  20. (b) Majlis-Majlis • Terdapat dua jenis Majlis yang ditubuhkan di dalam system kerajaan (i) Majlis yang ditubuhkan di bawah peruntukan Perlembagaan Malaysia. • untuk melicinkan tugas-tugas pentadbiran seperti strategi dan menyelaras sesuatu dasar. • Terdapat empat buah majlis yang telah ditubuhkan di bawah peruntukan ini • Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Kebangsaan bagi Kerajaan Tempatan, dan Majlis Angkatan Tentera.

  21. (ii) Majlis yang ditubuhkan untuk membantu melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan. • berasaskan kepentingan atau keperluan pentadbiran kerana sesuatu atau kejadian atau perkara penting seperti: • Majlis Tindakan Negara – menyelaras perlaksanaan semua program dan projek pembangunan. • Majlis Ekonomi Negara – mewujudkan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diwujudkan bagi membantu menguruskan dan mencari jalan untuk mengatasi kegawatan ekonomi. • Majlis Keselamatan Negara – bertanggungjawab dalam menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan keselamatan negara.

  22. JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI • Lazimnya struktur bagi jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang sama. • Berbeza sedikit di negeri-negeri di Sabah dan Sarawak. Majlis Mesyuarat Kerajaan • Kuasa Eksekutif terletak pada Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing. • Di Semenanjung Malaysia, Kuasa Eksekutif ini dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) atas nama raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri masing-masing. • Sarawak dijalankan oleh Majlis Tertinggi. • Sabah pula badan yang sama taraf disebut kabinet.

  23. Organisasi pembentukan dasar yang tertinggi bagi peringkat pentadbiran negeri. • Dalam banyak perkara Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri harus bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. • Diketuai oleh Menteri Besar bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Ketua Menteri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai pemerintahan beraja. • Dilantik di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri dan mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan tersebut.

  24. Raja atau Sultan atau Yang Di Pertua Negeri mestilah atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri • melantik tidak lebih daripada lapan atau kurang daripada empat orang ahli lain dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. • terdapat tiga ahli pegawai (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang. • Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Setiausaha kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

  25. Jabatan • Dua jenis jabatan di peringkat negeri • jabatan negeri dan cawangan jabatan persekutuan. Jabatan Negeri • Dibahagikan kepada jabatan negeri • bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri • bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan. • Berhubung secara langsung dengan pentadbiran utama kerajaan negeri.

  26. (a) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri • Jabatan negeri yang utama bagi pentadbiran di peringkat negeri. • Diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri • pegawai pentadbir dan penasihat pentadbir utama kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan. • Sarawak - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri • Sabah - Jabatan Ketua Menteri. • Pusat merancang dan menyelaras dasar negeri • menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh agensi-agensi kerajaan negeri yang lain termasuk pejabat-pejabat daerah.

  27. (b) Pejabat Kewangan Negeri • Merancang dan melaksana dasar kewangan dan belanjawan kerajaan negeri. • Mengusahakan cara-cara untuk mencari dan mendapatkan sumber kewangan wang untuk kegunaan Kerajaan Negeri. (c) Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri • Bertanggungjawab untuk memberikan nasihat mengenai berbagai-bagai perkara berkaitan dengan undang-undang kepada Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

  28. (d) Unit Perancang Ekonomi Negeri • Merancang dan menyelaras usaha-usaha pembangunan ekonomi negeri. • Menyelaras penyediaan rancangan pembangunan negeri lima tahun. • Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri atas masalah-masalah ekonomi negeri yang umum.

  29. Jabatan Negeri dan Persekutuan • bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan. • Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Jabatan Persekutuan di Negeri-Negeri • Untuk memudahkan dan melancarkan proses pentadbiran • Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri.

  30. Pejabat Setiausaha Persekutuan dan Pejabat Kewangan Persekutuan • Diketuai oleh seorang Setiausaha Persekutuan. • Menyelaras aktiviti-aktiviti jabatan-jabatan dan perbadanan-perbadanan awam persekutuan di negeri. • Menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai-pegawai awam persekutuan dan menjaga kepentingan kerajaan persekutuan termasuk harta benda. • Pejabat Kewangan Persekutuan bertanggungjawab kepada Kementerian Kewangan Persekutuan dalam menjalankan tugas tugas kewangan seperti pemeriksaan anggaran belanjawan agensi-agensi persekutuan di Sabah dan Sarawak.

  31. Suruhanjaya • Kerajaan-Kerajaan Negeri boleh menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya berbentuk tetap atau khas. • Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja atau Sultan atau yang Di Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau ketua Menteri. • Contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

  32. Perbadanan Awam • Kerajaan Negeri juga mempunyai perbadanan-perbadanan awam yang merangkumi badan-badan tidak berkanun (syarikat kepunyaan kerajaan). • Contoh badan berkanun yang terdapat di setiap negeri Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

  33. Pentadbiran Negeri di Semenanjung Malaysia Tiga peringkat iaitu daerah, mukim, dan kampung. (a) Daerah • Kebanyakan projek kerajaan dilaksanakan di peringkat ini. • Pejabat pentadbiran yang utama ialah Pejabat Daerah. Kelantan pejabat pentadbiran daerah dikenali sebagai Pejabat Jajahan. • Menyelaras usaha-usaha pembangunan daerah. • Pegawai pentadbir utama ialah Pegawai Daerah dan bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

  34. (b) Mukim • Daerah terbahagi kepada beberapa mukim. • Di Kelantan dikenali sebagai daerah. • Diketuai oleh seorang Penghulu ataupun Penggawa di negeri Kelantan. • Di setiap mukim atau daerah di Kelantan terdapat Pejabat Penghulu atau Pejabat Penggawa bagi memudahkan lagi urusan pentadbiran antara rakyat dan kerajaan. • Peranan utama Penghulu ialah membantu pejabat daerah dan agensi-agensi kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosioekonomi di kampung-kampung yang berada di bawah jagaannya.

  35. Pentadbiran Peringkat Negeri di Sabah • Dua peringkat pentadbiran iaitu daerah dan kampung. • Ketua pentadbir di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah. • Beliau dibantu oleh penolong-penolong pegawai daerah dan seorang Ketua Daerah yang bertanggungjawab bagi pentadbiran yang berkaitan hal-ehwal suku kaum di daerah berkenaan. • Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Anak Negeri (dikenali juga sebagai Ketua Bumiputera) yang bertanggungjawab kepada Ketua Daerah. • Ketua-Ketua Anak Negeri adalah merupakan personel awam manakala Ketua Kampung yang mengetuai kampung bukan sebahagian daripada personel awam.

  36. Pentadbiran Peringkat Negeri di Sarawak • Dibahagikan kepada empat peringkat iaitu bahagian, daerah, daerah kecil, dan kampung. • Terdapat sembilan Bahagian di negeri Sarawak dan tiap-tiap satu diketuai oleh Residen. • Sesuatu Bahagian dibahagikan kepada daerah-daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. • Setiap suku kaum diketuai oleh Ketua Masyarakat yang bergelar Pemanca. Beliau bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah. • Sesebuah daerah pula dipecahkan kepada daerah-daerah kecil yang diketuai oleh Pegawai-Pegawai Perkhidmatan tadbir Sarawak. • Ketua pentadbir di peringkat kampung ialah Penghulu.

  37. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri • Pembahagian Kuasa yang jelas dan bertulis. • Jadual Kesembilan yang mengagihkan kuasa kepada tiga senarai: • (i) Senarai Persekutuan – menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan. Ada 27 bidang kuasa antaranya ialah hubungan luar, pertahanan dan kewangan. • (ii) Senarai Negeri – menyenaraikan bidang kuasa negeri. Ada 12 bidang kuasa antaranya ialah kanun tanah, perhutanan dan pertanian juga pengurusan air. • (iii) Senarai Bersama – menyenaraikan bidang kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ada 18 bidang kuasa antaranya kebajikan masyarakat, biasiswa, perancangan bandar dan perlindungan binatang liar.

  38. KESIMPULAN • Jentera pentadbiran kerajaan penting kerana ; • alat untuk memastikan kelancaran dan kemantapan pentadbiran • alat yang menghubungkan antara rakyat dan kerajaan. • John Locke seorang ahli falsafah dan undang-undang • mengatakan kerajaan diwujudkan atas kehendak dan aspirasi rakyat, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat terjamin.

  39. Sekiranya rakyat tidak mendapat hak-hak mereka adalah menjadi satu hak kepada rakyat untuk mengubah kerajaan yang sedia ada. • Ketua pelaksana kuasa eksekutif adalah dilantik menerusi proses pemilihan oleh rakyat atau pilihan raya untuk memastikan suara rakyat diwakili dalam pentadbiran negara ini. • Jentera pentadbiran negara berjalan lancar biarpun kerajaan telah bertukar kerana pentadbir bukan dipilih melalui politik.

  40. Para pentadbir awam akan tetap kekal biarpun kerajaan. • Kelancaran proses pentadbiran ini akan mewujudkan jentera pentadbiran kerajaan yang mantap dan akhirnya menjadikan negara ini lebih teguh dan kuat dalam mewujudkan masa depan yang lebih cemerlang.

More Related